Thursday, 17 February 2011

berapa konservatif kah anda?

how conservative are you? haha bila dah terjemah ke bahasa melayu macam banyak kesalahan tatabahasa je kan?

so, how? rasa2 korang ni conservative atau seorang yang moden? generation x kata orang....for me i always thought i am more on conservative side....

pemikiran saya memang 'kolot' sikit haha....tp bab2 yang memerlukan untuk kita menjadi 'kolot' la kan....lebih2 lagi bila kaitan dengan hal2 percintaan (ni masa zaman cintan cintun dolu2 la)

dulu kan punya la suka giler kat sorang mamat ni...ala...mamat yang pakai kancil biru plat nogori tu, tp skang dia dah kerja jauh you, kat uk nun..kehkehkeh...ok berbalik pada kisah saya suka si mamat, memang suka giller kat dia...kalau tengah jalan kaki nak pergi kelas tu selalu mengharap nak terserempak sebab fakulti dia kat ats bukit fakulti saya..haha...kau ingat diri tu hot sangat ke kalau diri tepi jalan si mamat boleh nampak time tengah drive? =P

lepas tu dok tunggu2 mana ni tak sms ponnn...x call ponn...nak kita msg dulu jangan harap laa hehe...eh, ni jual mahal ke or ego nih?

kalau zaman sekolah dulu pon sama jugak, selalu rasa macam amaze dalam hati kalau ada my girlfriends yang dok ngorat2 lelaki dulu..entah la ek, macam dah set dalam kepala lelaki yang kena tackle us ladies...hehe...kagum sebab membe tu berani kan, kalau i memang hampeh la....terus gelabah memalukan diri sendiri kut...ishh malu ah...

kalau korang macam mana eh?

lagi satu bab memasak, for me orang perempuan mesti tahu memasak...at least basic masak nasi and telur kicap..senang je kan? setinggi mana pun jawatan, pangkat dan gaji seorang perempuan tu tapi bila dah kahwin wajib dia masak untuk family..sebab saya percaya pada kuasa 'air tangan'...saya bukan lah hebat mana pun, setakat untuk makan sendiri boleh la sikit2 bukannya tiap2 hari nak kena masak hidangan hebat ayam golek ke apa kan...

pernah sekali masa 1st year kahwin jemput kawan2 hubby datang rumah open house raya kecil kecilan sebab masa tu tgh boyot so makanan yang ada pun ikut kemampuan je la kan, ada ke patut sorang membe dia cakap 'eh, kau tau masak eh? kat ofis aku yg pompuan semua tak pandai masak, bukan pompuan sekarang semua x tau masak ke?' and i was like, hello, kawan2 i semua tahu masak okkk...terkezut kejap, lagipun mee hoon goreng bodoh je kut aku buat ni..hehe...like i said, kalau pandai masak nasik, goreng ayam and masak kicap tu kira tahu masak la kan?

selalunya bab konservatif ni elok kita applykan dalam hal berkaitan perkahwinan and married life...contoh dulu masa nak kahwin, selain dari mengharapkan dalam suami yang baik bertanggungjawab tahu agama soft spoken ada kerja elok tak kedekut tak panas baran dan lain lain lagi perkara kedua penting adalah mendapat keluarga mertua yang baik...betul tak kawan2 yang dah kahwin? so sekarang memang sangat bersyukur sebab keluarga mertua saya sangat baik, perfect, dan memang rasa sense of belonging to the whole family...kadang2 rindu pada family mertua lagi kuat tau...masa sebelum kahwin dulu selalu jugak perhatikan macam mana emak, makcik2 dan saudara mara perempuan yang dah kahwin layan keluarga mertua masing masing....contoh baik memang banyak, contoh yang tak berapa sedap tu elok la dijadikan tauladan...

my mum walaupun my abah dah tak ada, at least setahun sekali mesti balik jenguk my grandparents sampai la sekarang even diorang pun dah tak ada, ada my auntie tu sejak kahwin dengan my uncle memang duduk dengan nenek sampai la sekarang, daripada nenek saya sihat dan mulut masih kuat berleter (nenek saya memang suka berleter tau, bukan marah tapi asyik bercakap je sampai kadang2 naik rimas tp my auntie ni memang sabar tahap dewa selamba je hehe) sampai la sekarang dah uzur dan saya sangat kagum macam mana my auntie ni sebagai menantu menjaga nenek yang dah uzur....

contoh yang tak baik pun ada juga, berkira dengan keluarga suami ada....yang biadab pun ada tapi tu toksah la kita cerita panjang2 kan....tak best pun =P

rasanya untuk establish relationship dengan keluarga mertua ni bukan susah sangat, pandai2 la amik hati kan...benda2 kecik and small gestures macam selalu beli buah tangan or just tolong masak kat dapur pun dah cukup...

kalau ikut budaya orang barat kat sini memang totally different dengan adat kita orang timur....agaknya sebab tu la orang lelaki mat salleh ni suka kahwin dengan asian kan? perempuan asia ni lebih lemah lembut and memang dah dibesarkan dalam culture isteri ikut suami which is bukan budaya diorang hehe...

being conservative myself, doesn't mean that i am not an independence person....anak sulung mana tak boleh independence kan? terlebih berdikari lagi ada kut...hehe...bila dah kahwin baru la belajar untuk tidak over independence sorang2, semua kena rujuk pada big boss, dah tak boleh sesuka hati buat2 berani lagi dah tapi kalau rasa dah lama tak kene bebel dengan jelingan tajam or gatal nak cari gaduh try la buat =)

eh, panjang pulak membebel hehe...kalau ada benda2 senditif tu korang jangan pulak pandai2 nak terasa tak tentu pasal eh...ni pandangan i je, tak kisah la konservatif ke tak asal pandai jaga diri sudahhh...







7 comments:

swit@kon said...

aku kolot bab family. :D
i'm a family person. so tang tu aku kolot gak la.
bab independent. oh! sangat independent. tak larat rasanya nak buat semua benda dah. tapi kalau dah ada abe sok, nak gantung je. hahaha

mamamya said...

bab family mmg kena kolot,penting tu nnt dah kawen sok lagi senang ko nak aplly hehe...

xpe babe, dah ada cik abe nnt serius ko pencen bab2 independent ni hehe..takut nnt over2 sgt org konpius bini sapa la ni ligat sangat =P

swit@kon said...

hahhaha. tapi si dia perlukan orang independent (maybe tak extreme la) sebab dia selalu outstation :D

Unknown said...

i like your prespective on marriage...very positive...sbnarnya kawin ni, if kawin kerana-Nya...mmg boleh overcome a lot of things kan...tapi kadang2 cabaran dlm perkahwinan ni datang bertimpa2 kan...mmg menguji iman at times, tapi ape yg penting? kerjasama! melalut plak, hehe

sue said...

yg atas tue komen i, terguna google hubby lak, hik hik

sue said...

yg atas tue komen i, terguna google hubby lak, hik hik

mamamya said...

sue: tu la i cm konfius azry mana ni? nak kata bf lama main couple2 time skolah pun x pernah hehe =P

mmg la kawen ni boleh overcome byk benda...hal finance, family dua pihak, future planning etc..dgn syarat jgn terlalu imagine yg indah2 romantika cm dlm muvie tu...byk benda realiti lain yg masam manis tawar pahit kena tempuh...tp betul la kerjasama mmg penting =)