Saturday, 16 April 2011

current obsession


Sambal Lote...kalau ikut my mum ni sambal orang Jawa, tapi Mell pulak cakap sambal orang Minang...ala mana2 la kan janji sedap makan dengan nasi panas, naik selera you! tak sedar makan bertambah....maunya tak sedap; cili padi, bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan belacan goreng kejap, then blend. nyumms! almost everyday dok buat ok, kalau takde macam tak sedap je sebab tak pedas... tengok tu, makan Nasi Ayam Blackpepper pun nak kena ada sambal ni jugak =P

ni Mell la dok buat sambal ni masa ajak makan Sup Ekor ari tuh...adehhh....tolong...kalau buat sambal ni sure makan nasi bertambah T_T

2 comments:

just azura! said...

suka jugak sambal tu.. makan sambal tu je pun takpe dah. zura, husband yang ajar buat. hehehe..

suhana azlin said...

berhantu kan sambal ni? ni dah hari2 dok buat..pastu tak sedar makan nasik bertambah T_T