Sunday, 10 April 2011

what's cookin - Cucur @ Cekodok Pisang Gebu





another late entry hehe...buat cucur @ cekodok pisang ni untuk potluck masa party Batrisyia last week...eh takde la semata-mata cekodok je, memang dah janji nak bawak Karipap..cekodok ni last minit ternampak over ripe pisang yang banyak and teringat ada nampak Cik Mat Gebu buat cekodok gebus tembams terus nak try jugak...

mya yang pelik eh why my banana fritters looks like makka pakka's stones today? apa? tak kenal makka pakka? jap eh carik gambar...




ni makka pakka kesayangan mya...suka cuci batu dan cuci muka orang using his sponge...another character is upsy daisy, igglepiggle, tomliboos, pontipines...don't ask why his face is so weird, i never understands this programmes,let alone why kids seems to loves it ..dah la semua tak bercakap ek uk ek uk je hehe...

tekstur dalam...gebu dan seakan kek...kalau nak sedap boleh letak esen pisang sikit..nyumm!

CEKODOK PISANG GEBU

8 biji pisang emas
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 camca besar gula perang @ 1/3 camca besar gula halus (depends, some bananas less sweeter than the others)
1 cawan tepung gandum *refer notes below
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

  1. Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
  2. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, (i pakai sudu je tapi kena lemah lembut sikit to retain the circle shape) jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2 dan jangan besar sangat takut bahagian dalam tak masak. Tahap kebulatan (erk, cam sensitif je perkataan ni huahuahua) bergantung pada saiz dan jenis kuali yang anda gunakan.
  3. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.
** Notes: amaun tepung bergantung pada jenis pisang yang digunakan, kat sini pisang semua 1 jenis je ala2 pisang montel tu, takde la nak pisang emas ke berangan or lain2 so moisture content is quite a lot...tepung di tambah sikit demi sikit sampai adunan agak berat, kalau cair akan serap minyak dan tak naik gebu..boleh try goreng one piece at a time dan tambah tepung lagi jika perlu dan cekodok masih tak naik...dan jangan lupa tambah gula sikit bila dah tambah tepung, practice makes perfect =)


2 comments:

swit@kon said...

kalau letak brown sugar sikit lagi sedap!!! walaupun dia agak melekit masa di goreng itu.
tapi rasanya.....terangkat!

suhana azlin said...

ye ke? okay ptg ni buat lg banana fritters ala makka pakka stones utk mya =)

aku buat xde pulak melekit2...lekit kalau kurang tepung konon nak rasa pisang lebih,tp kalau buat pisang goreng memang fail giller..agaknya jenis pisang kut kan...