Saturday 5 November 2011

sayang mya ku sayang


walaweh...lama sangat dah rasanya tak ngomel pasal anak dara i sorang ni kan?

16 November ni genap 3 tahun...dalam kepala mama tengah berkira party-no party? party? no party? sebabnya kalau buat haruslah sederhana apa lagi dengan keadaan rumah yang comel....dalam kepala jugak dah merancang2 menu party,dah siap conteng2 design kek besday si kecik (which is more into nak melunaskan nafsu baking mama sebenarnya hehe) tapi rasanya faktor utama kewujudan party ni is dengan kehadiran oven baru..owh! cepatlah hari gaji ni weh tak sabar nak tuntut oven dengan cik abang sayang....

baru baik demam tengok cuaca cantik ajak mya jalan2 belakang rumah amik angin....mya still moody malas nak keluar rumah lagi masa ni tu yang mama beria bawak kamera konon nak bagi dia main snap2 mushrooms ke bird ke apa2 je lah...buat umpan konon ;)

sekali jumpa pokok epal kecik ni beb...berterabur kat bawah pokok buah epal comel2...jakun kejap anak beranak mya siap nak gigit puas la bergaduh2 nak explain tak bagi dia makan...why cannot mama? i want la this apple....adeh...ada yg baik demam keracunan makan epal beracun cam snow white pulak nak oii....


si kecik mama sejak dari demam hari tuh makin meragam perangai, makin pandai menguji kesabaran, makin tahu celah mana yang sah2 mama akan mengamuk...which is at the end of the day mama akan rasa bersalah sangat2 sebab naik suara marah2 Mya yang pada mulanya fikir konon nak disiplinkan dia untuk sedapkan hati sebab mama tau main reason mya bertantrum is sebab dia takde kawan sebenarnya....start dari dilanda virus flu hari tu memang seminggu tak keluar rumah, no playgroups, no shopping for groceries, no bus ride, no dancing session let alone our cake eating session afterwards...mind you, after berdancing dengan mya sangatlah lapar dan sakit badan okeh sebab dia suka dancing sambil mama lambung2 makanya sepotong kek berkrim sangatlah tempting...emmmm...nyaman beb....

tapi tak jugak...hari ni hari Sabtu macam biasa pergi citymoves studio nak join sesi untuk pre-school tapi sekali hari tak ada kelas daaa.....adoi penat je mak kelam kabut masak meehoon goreng buat stok lunch untuk papa tadi....untuk mengubat kekecewaan sepotong kek Victoria Sponge Cake adalah harus ya...walaupun badan tak sakit berjoget nak jugakkk....

dah baper hari dok teringin victoria sandwich dapat jugak kau...sanggup tu berleceh2 naik lif, celah mencelah home furnishing department yang boleh buat mama gugur jantung kalau mya capai kristal2 pasu semua, target: John Lewis Cafe, The Place to Eat (what a name huh?)...sebab hari tu masa jalan sorg dah ternampak kek sepan plain yang gebus nembam kat situ =P

meroyan ngidam kek Victoria Sponge ni dah lama tau, since tengah gila tengok Great British Bake Off hari tu...siap google resepi specific 'Mary Berry's victoria sponge' konon beli oven je first sekali nak buat kek ni haha...eh, tau tak they even had Junior Bake Off? ala2 Junior Masterchef la ni budak2 umur bawah 12 tahun..serius pandai baking, mama mya terus berangan Mya nanti dah besar target umur 8 tahun wajib pandai godek buat kek sendiri hehe...dah jadi mak ni baru faham perasaan mak2 kita dulu kan? dah siap plan apa nak suruh anak2 buat...dapat anak degil cam moi patah hati beb...err...si kecik tu pun dah tunjuk taring sikit2 kuat melawan...tak ikut apa kehendak dia je nak tunjuk perasaan...ikut perangai siapa lagi kalau bukan ehem ehem! ;P

tangan kotor baru lepas main glue, lagi kita tegah jangan celup tangan dalam sup lagi dia buat...siap slow motionnnnn je nak celup jari sambil mata jeling mama...hah marah la marah la kena jual baru tau dengan muka dan senyuman notty....

asal dah siap nak tidur dah settle bedtime stories semua amik mood mengantuk elok je mama nak tarik selimut tiba-tiba 'i'm hungry la mama...my stomach so sad you know' dengan nada paling merengek guling2 atas katil

uwaaa...saje je kan bagi alasan tak nak tidur sebab by the time mama dgn muka muncung mulut pok pek 'mana la tak lapar tadi org suruh makan tak nak sibuk nak main je pok pek pok pek *toott* kan dah lapar bla bla...' masuk balik hall ambik makanan untuk dia terus lompat2 sambung main balik...mau i tak muncung; nanti nak tidur kena ulangggg balik semua; baca 3-4 buku, tunggu dia ngantuk bukan kejap wooo siap dengan suruh mama sing mama sing please....dah nak kena ngaji pulak berdodoi bagai subhanallah, walhamdulillah walla illa ha illallah wallahuakbar...tiga, empat sepuluh kali round baru boleh stop >_<

sekarang paling mencik nak suruh dia mandi, tau la dah makin sejuk tapi kalau mulut penuh air liur basi sampai dekat kul 11 tengah hari apa kes anak dara? hari2 sure bergaduh nak heret dia masuk bilik air...mya jom take bath jom..no mama eat dulu...dah makan kang alasan lain pulak, no mama play puzzle first (which is kena habiskan 3 set puzzles), no mama i want colourful chocolate first...no mama watch mr tumble dulu ok? (-_-')

selalu kalau dia buat melawan saja nak test mama marah ke tak mama akan pakai alasan tipikal yang bila ingat2 balik emak dulu ada guna jugak..which is nanti polis tangkap sebab mya smelly, spider eat sticky buttock nanti baru tau, your tummy so hungry so sad the doctor have to cut away your tummy, and paling popular buat2 merajuk and nak lari rumah hahaha...

i dont know about you guys, tapi baru la faham perasaan emak masa dia ugut nak lari rumah kalau asyik gaduh je adik beradik...sebab borak2 dengan mi amor dulu pun dia cakap ma pun ada nak lari jugak sebab tensen diorang asyik bergaduh je...lepas tu bila ma dah keluar boleh tak terus baik and pakat tadah tangan berdoa ramai2 ya allah janganlah bagi ma lari....miahahaha =D

and of course bila dah selalu sangat berlakon mya dah tak heran...like kita dah elok buat2 nak bersiap sarung jaket pakai kasut bukak pintu and said 'ok mya tak sayang mama kan? mama nak run away la you wait for the new scary mama ok? babai!'

yeah you guessed it right, elok je dia dengan happynya cakap; 'ok bye mama!' siap lambai2 tangan lagi

at that moment panggg! baru tersedar, she is truly, the authentic mini-me T__T

cinta hati mama and papa, selalu kalau tengok mya dah tidur malam2 terfikir ini lah hasil lepas 8 tahun bercinta ahaks! ;)

kehadapan anakku,

mya sayang, mama ni bukan lah emak yang elok sangat...jauh sekali dengan title ibu mithali lemah lembut suara manja mendayu-dayu...perangai kita kan sama kalau benda jadi tak ikut yang kita nak suka je nak sentap2 kan so mya jangan la suka lawan cakap mama sangat ok? lawan sikit2 nak test ok la tapi kalau dah mama cakap sikit je mya dah jerit2 p. ramlee pun cakap wah ini boleh menimbulkan kemarahan! tahu? mama nak mintak maaf sangat2 sebab sejak dua menjak ni mama selalu nak marah2 jugak kan? i'm not proud of it and somehow those were the days where i found mummyhood is sooooo damn hard for me...taking into consideration mama pun boring kat rumah what with ketiadaan oven my 2nd bestfriend selama ni kan? i'm so sorry mya...tak suka sangat tau sebab bila asyik hati panas je sangat tak enjoy jadi mama...mama yang marah2 akan melahirkan anak kecil yang marah2 juga...kadang2 malam sebelum tidur mama siap berdoa ya Allah bagila mama kesabaran, jadikanlah mya anak yang baik....makanya lepas ni mari kita sama2 berazam untuk happy sahaja no marah2 ok sayang? all rightt! hi five! (^_^)

p/s: bila mya nak sampai peringkat suka shopping ni? tak rock ar cam ni asal masuk boots je nak ngamuk...asal mama baru nak usha dress display kt luar kedai je pun nak ngamuk...come on bebeh! cepat2 jadi true anak dara tau.

5 comments:

swit@kon said...

terharu. rasa aku mya plak membaca catatan bondanya.
hahaha.
aku tau kau mak yang baik babe.
tahniah.

sayang mya jugak!

mamamya said...

ada satu peringkat hari tu hari2 tantrum, hari2 nak menjerit, hari2 nak babap mama...cmno den nak hepi?

mama pulak tgh bluesss je baru balik kampung la katakan...agaknya mya pun hati tongah sodih so duo2 silap sikit nak bongih

hah. paham ke dak? ;P

ami wafa said...

alololo...comel la mama mya ni! coretan untuk mya tu memang cool la babe. dun worry too much, insyaallah, mya will grow up to be a lovely young lady chewah! and u r the coolest mom she could've ever asked for. :D

mamamya said...

min, cool kah? haha ikut suka hati je xdo do den nak bermadah puitis bagai =P

mlm td baru je borak2 pasal mya dgn papa dia, aku cakap tak kisah la kalau dia belajar tak berapa nak pandai sangat asal jangan jadik jahat boleh jaga mak bapak sudahhh....

sebab tang belajar tak berapa nak pandai tu aku tau dia menurun dari sape weeheehee =P

sue said...

gelak berdekah2 tang nak carik alasan taknak tido...apan pun menunjukkan simptom2 yang sama dah skrg