Thursday, 14 January 2010

what's cookin - Vadai


ini permintaan mi amor di malam hari sebelum tidor...apa mimpi entah, mimpi hindustan kut...tak pun mimpi berdating dengan anty jual vadai favourite dia kat depan Ocean kat Seremban tuh..hehe..my MIL pun gelak je bila i report anak dia request buat vadai (
ye la kan, after all those kuih and savoury dishes, never came across my mind hubby akan request buat vadai)

memandangkan saya seorang isteri yang comel baik gorjes dan pantang dicabar (ceh!=P ) bangun pagi terus google "resepi vadai" and voila! senang je rupanya...bahan semua ada so wooshh...terus rendam kacang dal and prepare bahan-bahan...




Resepi adalah dari Rinnchan.fotopages. terima kasih la sebab dengan adanya fotopages kakak-kakak yang sifoo masak and rajin macam ni lah impian suami saya untuk makan Vadai tercapai hehe.. =)

Rasa dia? hey, of course la sedap beb..first thing hubby cakap lepas makan "emmm sedapnye kalah vadai depan ocean!" dan tersengih kepuasan..and i dengan berlagaknya in slang mem mat saleh "darling, mestila sedap ini buat pakai tangan mama mestila lagi lazat dari vadai yang anty depan ocean tu okey! hehe.." haha...memang la berlagak sebab menjadi...cuba kalau tak jadi mesti buat muka cencorot then bila hubby balik dan tanya mana vadai papa? terus buat muka chomel, give him a big hug just to buried my face and said whisperily "hihihi tak jadi la appaaa..."



gurly gurls


aktiviti bosan semalam...punye la bosan beb dok umah, masak sudah, makan tentulah sudah, nak surf pun tak tau resepi apa lagi nak cari hehe...sampai kan dok depan cermin main rambut, main mekap2 dengan mya pakai blusher, mascara, eye shadow (me of course bukan mekapkan mya ok! hehe) pastu main kamera...hehe inilah hasilnya...

untuk tatapan kawan-kawan serta keluarga yang rindu kat kami, tsk tsk..ketahuilah malaysia tetap di hati..uwaaa...nak balikkk.... (T_T)


susah betul nak dapat muka mya pandang kamera..


haih. sibuk betul yb cinonet tu


ok fine fine mya memang nak bagi nampak mama syok sendiri camwhore sorang2 kan?


tengok mya dah pakai gelang...gelang ni nenek mya beli lepas dia lahir as gelang kaki, now dah jadi gelang tangan...hmmm..barulah nampak gurly sket anak i ni kan?

itu la keje i kat umah ni kawan kawan....kesian kan? rambut makin nipis (byk mkn megi dan malas nak cuci selalu sbb sejuk!) menampakkan dahi yang sememangnya jendul (takpe jendul is comel sebab siti pun ala2 jendul and i pun ada my dato' k haha nak sedapkan hati ) dan muka yang mengembang (T_T)

jom la datang aberdeen jalan jalan koranggg wuuwuuwuu....


Monday, 11 January 2010

what's cookin - Apple Pie and my late night cravings mania

uwaaa..tolong..saya selalu laparrrr.....konon tak nak makan nasi untuk dinner but then i end up makan macam-macam sebab lapar tak makan nasi for dinner (eh, apa ni ayat belit2? oh lapar eh sian patut la weng!)

so as a result, saya makan papadom sedap dengan banyaknya, cornflakes bercawan2, ini....

Apple Crumble


...dan ini!


Easy-Peesy Mushroom Bruschetta
(suppose makan dgn french bread bakar tapi hantam saja makan dengan roti putih, haha roti tu pun malas nak bakar tau nak ngap cepat2 je hehe)


oh my! ni kalau kira kalori dah sama banyak dengan makan nasi berlaukkan ayam goreng pedas kegemaranku kut..tsk tsk sob sob (T_T) there goes my expanding waistline, i hope you happy now!!

but still, ada sahaja alasan untuk saya main masak2 dengan happy dan senang hati..haha konon je lepas makan rasa menyesal dan berazam tidak mahu snacking dan berhenti memasak...cheh! =P

alasan terbaik kali ini adalah dengan kebanjiran apples yang sudah agak tidak ranum dan enak untuk dimakan...memandangkan telah berjaya buat apple crumble dengan senangnya, maka saya nak cuba buat Apple Pie pula...when talking about making pies, the first thing you have to consider is about the crusts...or orang kampung saya panggil kulit tepung kuih tu...either you want to use frozen pie crusts from the store or making your own...and for that, i decided to make my very-own-first-time-ever-made pie crust from one of my favourite food blogs, SimplyRecipe.com

resepi untuk buat crust pie adalah simple dan senang..nasib baik menjadi..ikut je semua instruction dalam resepi tuh...and for the filling i just make it my own way...kupas epal, buang biji, potong dadu, then masak atas api perlahan letak cinnamon sticks (suppose letak cinnamon powder), lemon juice, lemon zest, and balance dengan gula. walla! (^_^)

but then if you want full and complete (plus more proper heheh) apple pie filling recipe, again please refer here.

mi amor bila tengok deretan pai nak bakar boleh tak buat lawak "mama, ni apesal ada 'pangkah' atas pai ni? macam rumah kasim baba je kena cross dgn penchuri hahaha" . dan gelak dengan sepenuh hati. boleh? inilah padahnya membesar dengan filem p.ramlee =)


bentuk empat segi...wah! letak dalam bekas plastik macam nak pergi piknik..hehe...


Apple Pie Simple Saya...
menjadi menu breakfast Mya keesokan harinya


Happy Baking (and eating) my friends!
XOXO


what's cookin - Thai Pandan Chicken

halo kawan-kawan! sekarang ni asyik nak update pasal episod What's Cookin aje kan? haha sebab saya semakin kuat makan dan senantiasa kelaparan sahaja...sejuk wooo (yes, bad weather to be blamed haha) they said this is the worst winter in 30 years...haha kalau diorang tipu maka tipu juga lah saya disini..tapi kan memang teruk pun, ari tu my dear hubby jalan kaki pegi ofis di pagi hari dgn suhu -16...fuh, beku ayaq idong! hehe...

oklah, menu untuk di update kali ini adalah: Thai Pandan Chicken.
Recipe courtesy from Recipezaar.com


haa..apa lagi sila sila jangan malu malu jamu mata tu okeh! hehehe....bila tengok bahan-bahan tu takde la complete pun dalam pantry saya yang kiyut ni, tapi untuk memuaskan tekak yang terliur bila tengok gambar ayam ni kat Recipezaar, campak aje la mana yang ada..hehe...sedap gak la tapi kalau ada sos ikan, oyster and kicap cair tu lagi kick kut...

happy viewing peeps! (^_^)

Friday, 8 January 2010

what's cookin - Fish & err..wedges!

baiklah, sebagai menyahut cabaran cik ahkon untuk mewesternkan lidah melayu sang suami or to westernise my husband typical malay tongue, menu hari ini adalah - Fish and Potato Wedges with Mushroom Sauce. Cheers! (eh eh konon dah cukup western la tuh!)

from drab...
(the only thing yang bukan homemade adalah fillet ini..murah tu..mengapa perlu susahkan diri bukan?)


...to fab!
(ini lah kesan akibat terlalu banyak menonton ANTM dan segala macam program makeover si buruk menjadi cantik or si gemuk kelihatan kurus (T_T) )

muahahaha...!! sedap kan sedap kan? especially yang tang sos cendawan tu..pedas-pedas blackpepper, masin-masin chicken stock, lemak-lemak si cendawan butang...pheww!! saya adalah seorang yang tidak pandai makan fish n chips jika tidak ada sos sebegitu...kalau kat sini makan fish n chips dengan baked beans or sos aja...oh, sungguh tidak menyelerakan....dah la mahal, ada sekali tu mi amor tapaukan ada ke patut sampai 7 pounds! gile ke hape makan ikan je sampai RM40! tapi kawan2, mengenangkan sang isteri yang saban hari menyebut kepingin fish n chips, mahal pun ku beli jua....hahaha...drama!

but then, being the typical lidah melayu and the true kicap boy, we are having nasi putih, sup sayur, telur dadar and ikan bilis goreng for dinner (^_^)

Thursday, 7 January 2010

what's cookin - Lemon Chicken & Sambal Ikan Bilis Kentang

Menu hari malas dan ketandusan idea semalam:

Sambal Ikan Bilis Kentang
sedap weyh tengah sejuk2 makan sambal...
oh tempe, alangkah bahagianya kalau kau ada disisiku saat ini (T_T)



Lemon Chicken
*manis, masam, masin nano nano...lala..lala....

saat ini rindu bangat mau balik ke malaysia....huhu...kat sini hari2 bila fikir menu je terus blank.
jemu hari2 makan ayam je, nak cari ikan fresh susah sebab banyak jual kat hypermarket which is jauh dan perlu berkereta....nak pergi beli kat pasar basah entah cam tak tau sangat kat mana walaupun dengar2 nya dekat je kat bandar nun, dengan sejuk2 salji bagai so tak yah la seksa diri membekukan diri berjalan kat luar semata-mata mahu ikan...ada la sekali tu jalan-jalan kat town ada cam pasar lambak kat bandar, ada kek, cheese, barang hiasan rumah and surprisingly - fresh fish! woohoo...terus hubby cari atm kuarkan cash (kat sini jarang pegang cash sebab most kedai accept debit card) and beli ikan siakap seekor...7pounds tuuu...dalam RM45 la..amik ko! haha puas hati den dapat makan ikan bakar fresh! (walaupun hubby kena tolong siang ikan tu sebab saya takut dengan rupa paras ikan yang mengerikan..ikan siakap dia kaler hitam tau, bukan putih mulus cam kat msia...ni adik beradik dia kut yang belah nenek sedara org putih hehe)

jemu i tengok ayam sekarang ni...hari2 rotate menu yang sama - nasi lemak ayam goreng, nasi beriani daging dgn kari ayam or ayam madu, nasi ayam, ayam masak sambal or masak kicap, sup ayam, tomyam, ayam goreng, nasi tomato of course compliment dgn ayam merah, soto ayam...you name it darling!

so when i came across this recipe from Simply Recipes for sure it takes a hit! yeay....! sudah ada idea mahu masak apa...and resepi tu terpaksa diubahsuai mengikut bahan yang ada di pantri saya sahaja ya...

Lemon Chicken

Ingredients for chicken:
chicken pieces (ikut suka nak banyak mana)
3 cloves garlic
2 cm ginger
4 TBS lemon juice (again, according to your preference, nak masam or kurang masam)
ground black pepper
salt
sugar

Lemon Sauce Ingredients:
3-4 TBS lemon juice
1 TBS corn flour / plain flour
a pinch of salt
3-4 TBS sugar


1. Blend garlic, ginger and lemon juice to make a paste.
2. Marinade chicken with the paste with salt and pepper to taste. The longer the better bebeh.... =)
3. Then fry or bake the chicken until golden brown.
4. To prepare the sauce; combine all ingredients and cook over low heat. (in my case, i also add on the previous marinated leftover stock that i used for the chicken - kita adalah perlu untuk gunakan segala bahan yang ada sebaiknya =) )
5. Then, pour the sauce over cooked chicken. Taraa! Siap!silap-silap boleh lawan Nandos...hehe...

Note:
i. Sos itu hendaklah masam masam manis rasanya...
ii. Kalau ada rosemary or thyme or honey boleh marinate sekali dgn ayam, mesti lagi syiok! kan? or kalau anda jenis lidah pedas macam Cik Puan Didi or Puan Mursapap maybe boleh tambah cili padi..uuuu..sizzle bebeh!


resepi sambal? ala...takyah la...itu rasanya semua org ada cara masing2 membuat sambal...yang penting rasa air asam jawa, garam and gula mesti seimbang...oh, kalau ada tempe or kacang tanah mesti lagi terangkat..fuhh! oh ye, lagi satu kentang tu mesti hiris nipis2 dan goreng betul2 garing baru sedap...i punya cam tertebal (wah,tetibe teringat kat en. ayol, apakah perkaitannya? muahaha) so kentang tu ala2 soggy sikit..haha takpe next time dah tau mana yang kurang so boleh buat betul2 kan?

happy cooking peeps! (^_^)v

Wednesday, 6 January 2010

my bannoffee pie disaster


saat pertama kali saya mendengar pencuci mulut bernama 'Bannoffee Pie' adalah semasa di deey-peey-yehh. ingat lagi time tu dalam audi, dgn cik ahkon sibuk membelek hp baru tengok martha stewart (haha ingat x babe? syiok kan?) , cik um dan m.i.l.a nya sedang membaja kasih, cik puan chief geng sibuk dgn ras-swiss-roll bersama cik min, max yang entah dtg ke entah absent tanpa dikesan time tuh, beserta cheche dan ayol yang..err,sedang lena diulit aircond serta bersandarkan seat audi yang best kut...and yours truly yang sedang menyalin resepi Bannoffee Pie from Min's Readers Digest (betul kan min ko yg selalu beli RD?) di dalam buku nota kecil merangkap my lil wedding planner book...hehe...ingat tak kawan2 buku yang ada sketching pelamin idaman i siap dgn border bunga2 kat page dia tuh? then ada skrip lagu comel kegemaran um, kesan permainan bingo, chi chat dan bermacam2 aktiviti mengisi masa lapang eh silap avtiviti terlarang semasa di dalam kelas...teehehe...

being a sweet-tooth and dessertholic myself, i was truly amaze by the recipe...plus with the article on how the chef come with the perfect recipe to get the best result and how later it become a truly hits among his cafe's customer..tau je la kan kalau baca RD tu mesti terpengaruh dengan penceritaannya yang realistik dan sangat membuai perasaan, kalau citer sedih mesti terlelh air mata setitik dua, kalau citer motivation pasti rasa motivated secara tibe2 and well, in this case perasaan itu adalah 'wah, apakah ini macam sedap sahaja oh oh lepas ni kene ajak the girls pergi beli dunkin nyum nyum..' see, i told ya i have this kind of affection or can i say it long time affair-special bonding-relationship with food.. (T_T)

and of course, after that day and even after finished our deey-peey-yehh coursesess (merujuk kpd modul yg banyak) i just being what i am, totally forget about that what so called Bannoffe Pie...ye la kan, kata sibuk nak kawen...i got married just after 2 weeks from our last day at intan weh, sila bygkan perasaan mahu putihkan muka, kuruskan badan, hilangkan parut pacat tentera, treatment rambut, check pelamin and the dress and catering oh plus the hantaran lagi..pheww..sangat mencabar ok, the only thing yang dah tercapai at that time adalah - kuruskan badan. kata banyak penderaan fizikal mana taknye kan? and oh, kalau suruh pergi balik itu course konfem mak nangis nooksss....tak sanggup!

baiklah, objektif utama mahu meluahkan perasaan pengalaman kali pertama membuat Bannoffee Pie fokus fokus...dipendekkan cerita last Saturday, my husband's fren from Edinburgh (yg kitorang pergi melantak tu yang ada tiramisu tuu...) and his family came to Aberdeen jalan2...and menu of the day adalah - Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Acar Timun, Papadom, Choc Chunk Muffin, and guess what, that so called Bannoffee Pie thingy as a dessert...

basically the pie comes in 3 layers - choc crumbs as the base (similar to basic cheesecakes base), somewhat toffee kind of thing as the middle, then slice bananas and whipped cream on top.. i came across a few recipe from the net and most of the recipe, eh sori all of them make the toffee layer using condensed milk which is cara memasaknya adalah sangat bahaya iaitu -didihkan tin susu pekat(WITHOUT OPENING IT FIRST, yes read my line) didalam a pot of boiling water for about 3 hours and make sure you top-up the water from time to time or otherwise the can will explode- i mean, are u kidding or what? oh no no no...of course i dont ant risk myself getting the 3rd degree burn from exploded condensed milk..nanti pergi hospital nak citer kat doktor pun malu..hish, karut betul.

and then i found this blog (and bila nak cari balik link blog yang dah di bookmarked kan itu hilang lah pulak how ironic), masak toffee dgn butter, gula, susu pekat atas api sampai bubble...hah, kan senang.already pesan to hubby beli banana and heavy cream and start working with the base. aha, tu senang je hancur biskut then tekan2 dgn melted butter then simpan dalam fridge. ok siap.

buat toffee pulak, masak butter and gula, kacau2, masukkan susu pekat and masak lagi sampai berbuih. hehe suka suka cam jadi je wpun dalam hati kecil berbisik 'mesti manis giller nih, ok ke ek?' then tuang toffee atas base tadi and chilled for 1 hour. ok siap.

next, hiris hiris pisang, susun atas toffee yang dah sejuk....then bukak cream and start whisking, tung tang tung tang...pelik betul, apesal tak kembang2 cream i nih? sekali tengok hubby beli single cream, which is NOT FOR whipped, ONLY FOR POURING...wh wh WHAT? takkan nak hidang dessert dgn pisang ni je?

OK. OK. RELAX. cepat lin think, think, u can do it gurl! cepat2 capai cooking chocolate, campak dalam crean then campakkan kedua-dua mereka di dalam microwave..ok, ok whats the plan nih? entah la tak tau lagi tapi buat je la kan..ahah! terpandang kek vanilla fingers husband atas microwave..hahaha...ok ok...teruskan usaha, and the last think i know i was susun susun kek tadi atas pisang and poof! curah melted chocolate atas kek tadi..woo hoo hoo..sedihnye serius rasa nak nangis uols (ToT)

apakah nasib 'Bannoffe Pie' itu tadi? inilah hasilnya...(sila jgn ketawa, i serius ok!)


uhuk uhuk..susu pekat a.k.a the toffee cair giller dan meleleh...sangat tidak appetising...dan tak ada org pun yang makan selain saya..oh in fact, saya tgh makan sepiring demi sepiring sambil taip this entry...i should have trust my instict, i does make my sick after the 2nd bites...manis giller...the key is, bila susu tu cair i scrapped all the toffee out and only ate the base and the top. actually, yang tang biskut to not bad juga rasanya hehe.. (ah sudah anda memang seorang kuat makan lin, face it!)

woh. serius lepas ni kena stadi resepi betul2.

and until today my hubby still tak tahu kek vanilla fingers ala kek apollo dia dah selamat...and also i tak sampai hati nak beritahu dia salah beli cream ;-)