Tuesday 24 November 2009

P.A.P.A - dom

papa..ayah..abah..daddy..bapak...lain orang lain panggilan diberi, tapi semuanya membawa kepada satu maksud..iaitu insan yang membesarkan, memberi makan pakai pendidikan dan yang paling penting protection...

hah. ni kenapa bermadah pujangga pulak ni? hehe...
saya baru lepas layan Papadaom weekend lepas bersama suamiku dan to my surprised, tak sangka Afdlin's movie kali ni sangat berlainan dari his previous movies (i think Baik Punya Cilok is genius, top in my list)

like what he said in his blog, dia adalah Saadom (the main character in Papadom) dan apa yang Saadom buat untuk anak dia adalah apa yang dia akan buat untuk anak dia...agak sedih la citer dia..sebab jarang ada movie yang specially dedicated pada pengorbanan seorang bapa...walaupun ada certain part tu saya rasa macam tak logika seorang bapak akan buat utk anak dia tapi what the heck kan, kadang2 ayah tu lagi boleh syg anak way much better dari ibunya...

dalam cerita ni, Saadom jadi fanatik giller dgn anak sendiri sebab dia rasa bersalah tak spent lebih masa dengan family sampai la isteri dia mati accident (takut woh sebab accident tgh drive sambil call laki marah2, oh tak rela mati dengan cara macam tuh takde kab bar ro kabarkatan) - masalah tidak spent time bersama family kerana kesibukan kerja which is cari duit utk family jugak adalah tidak dapat saya rungkaikan, rasanya semua orang ada problem ni kan?

overall, walaupun jalan cerita sarat dengan mesej kasih sayang tapi kalau dah Afdlin tu Afdlin la jugak, mesti ada unsur2 lawak especially bila dia cakap2 dengan bayangan isteri dia yg chomel, Norkhiriah (minah ni aku tengok muka je dah nak gelak dah) time sekodeng anak diorang dating and tengok wayang hehehe...

being a wife and mother sedikit sebanyak mengubah pandangan saya kepada suamiku dalam dimensi yang berbeza...i mean, the way dia cari duit, kerja penat2, cara dia planning for our future which..part yang saya paling failed (kepala ni asyik ingat nak beli make up ape dan nak makan sedap je, dah jd penganggur ni baru sedikit terkawal) paling tak suka dengar statement tamparan wanita dia 'kita kan kena simpan duit nanti dah tua duit banyak kan senang..mya ni ha entah2 dah bkeje esok tak nak bagi papa dia duit..' haaa...lebih kurang cenggitu la ayat dia yang akan membuatkan ke-excited-an saya untuk berecrita tentang jualan murah terkini terbantut serta merta...haha..potong betul =P..dan statement balasan dari saya untuk menutup kekecewaan adalah 'eleh entah2 dah tua esok papa cari gf lain sbb mama dah ganyut..wuwu..tau la mama ni gemuk..' motifnya adalah utk membuatkan dia rasa serba salah tanpa sebab kuangkuangkuang...kita perlu bermain dgn reverse psychology di sini ye kawan2.. =P

oh oh dan paling chomel ialah melihat kerisauan seorang bapak bila anaknya sakit...ala la la la..manja yang amat (tengok la anak sape kan..) dan tiba2 terlintas dalam hatiku 'ces...nak demam jugak la cam ni' hahaha boleh? =P
dan lagi satu saya paling suka tentang suami saya adalah dia juga suka melancong dan sangat suka bila dia dah mula bercakap pasal rancangan cuti2 akan datang..haha...buat masa ni sasaran untuk kita-perlu-melancong-ke-luar-gara-setahun-sekali tercapai, tak kisah la pergi dgn duit sendiri atau duit kompeni, heh heh heh..
2008-sydney, 2009-germany+paris, sekali tengok tup2 dok kat UK terus huhuuu....

baiklah, moral of the story disini ialah i love you papa dan saya telah bertekad untuk menjadi isteri yang LEBIH baik iaitu menjadi lebih lemah lembut (paling mencabar, adakah manja mengada boleh dikategorikan sbg lemah lembut? itu yang kita tak tau tu), menjaga hati, pastikan rumah sentiasa kemas (takpe yg ni ada mya sebagai alasan =P ), masak masakan lebih sedap, lebih memahami dan saling bantu membantu untuk mencapai objektif sampingan kami tinggal di UK - "Kumpul duit, bukan kumpul barang tapi belanja duit utk tour europe dibenarkan" (HAHA tetibe font kecik dan ada statement tambahan =P )

Sekian ikrar dari saya. =P

dua orang comel kesayangan saya di dunia =)

5 comments:

swit@kon said...

bilanya ko tgk papadom?
dvd ke kat panggung?
wah aberdeen tayang papadom kah?

Mursapap said...

Sila realisasikan impian untuk meng-tour sekeliling Europe. Pastu jgn lupa tangkap gambar ok!

suhana azlin said...

switakon: eheh. ha tu susah sket nak jwb..nnt tidak menyokong industri filem negara..=P

mursapap: of course darling..hehe..cuma perlu tabah semasa tour itew dgn kerenah anak dara ku shj (-__-")

swit@kon said...

oho!
aku taw dah.
hahaha
mana tau. papadom international :P

didi said...

lin,

post ni membuat aku sgt terharu
sebab aku bukan lemah dan bukan lembut, malah bukan gedik. aku kan sarkastik dan realistik, walaupun hubby aku tu romantik.

jadi aku rasa seolah-olah aku bukan mould seorang wife yang perfect. tapi aku suka masak, kemas rumah. so that part takde masalah.

yang penting objektif kita sama : to make your husband the happiest man alive. tu je kan :)