Monday, 29 March 2010

London Trip - The Arrival

baiklah. motif trip jalan-jalan kali ini adalah mahu bawa nenek-nenek Mya jalan dan sambung shopping di London before take off balik Malaysia.

indirectly, me and mi amor berkemungkinan besar (memang pun) tak berkesempatan nak shopping sakan sangat sebab:
1. mostly barang sama cam kat Aberdeen
2. tidak mahu memberanakkan luggage; travel secara lite and easy adalah perlu when you do it with a baby
3. motif utama kitorang adalah lebih kepada nak makan sedap-sedap; etc cari KFC Halal =)
4. fokus dan priority lebih kepada nak jaga 2 orang nenek dan Mya; berjalan turun naik tube dengan orang yang ramai tidak mengizinkan kitorang untuk leka tengok-tengok barang or window shopping (ok, ok i ada la sikit terkhayal tengok kasut and handbag and lupa Mya tengah jerit meroyan panggil mama minta di dukung huhu)

Heathrow Airport - Mya yang confuse bangun tido je dah sampai tempat lain

departure ke London macam biasa je...naik flight ekonomi jenama bmi, nasib baik tak naik British Airways uols(memang tak nak pun sebab harga mahal banyak dari bmi)...ada ke patut diorang strike dah baper hari entah...huhu..kalau tak melopong la jawabnya...patut la sampai Heathrow tengok elok je flight BA beratur ramai-ramai...mogok rupanya....

sampai airport, simpan luggage yang besar kepunyaan mak dan ma kat left baggage counter dulu...base on our experience travel a-la pelancong miskin kat Sydney and Frankfurt, rancangan teliti dan kemas adalah perlu (wah ayat macam buat paper pulak) the plan is, memandangkan kita mahu ke hotel yang di city center dengan tube underground, beg luggage yang sebanyak 4 beg itu plus Mya and her stroller adalah tidak ekonomi; consider keadaan tube yang ramai orang dan pintunya yang tutup secara mengejut - i dah dengan Mya, Kamal paling hebat pun boleh angkat 2 beg je, and takkan nak biar 2 orang nenek itu angkat beg berat sendiri kan? buatnya terkepit pintu tube tragedi pulak (besar and berat uols beg diorang, kat Aberdeen lagi dah shopping sakan =) hehe )

ok, sambung plan tadi....kitorang akan beli tiket tube day pass unlimited travel..then malam nanti datang airport balik untuk ambik 2 luggage yang tinggal tadi....and boy oh boy...nasib baik kitorang plan baekkk punyaa...bila dah naik tube tu, memang nak bawak semua luggage all out adalah impossible....

tak caye? cuba korang study map tube di atas...kita adalah dari Heathrow Terminal 3, nak ke city center perlu naik line kaler biru tu (Picaddilly Line), hotel adalah 3 minutes walk from Southwark Tube Station which is in Jubilee Line (the grey line)...jadi perlu tukar tren di Green Park Station...dah nama pun underground tube kan, so naik turun tangga dan escalators adalah wajib....certain station je yang ada lif, so just imagine kalau nak bawak all luggage yang besar berat tahap dewa tu...dengan orang ramai yang semua jalan kelam kabut laju semacam suka hati je langgar-langgar....hoho...confirm jatuh tergolek kena himpit beg beb...

baiklah, hotel kita adalah hotel budget Travelodge Southwark ya...Travelodge ni ada banyak hotel, mainly in UK la kan...tapi ada jugak kat negara lain so kalau berminat sila check web site diorang ok....komen i? puas hatttiiiii cokup puas hatttiii (macam dialog Aziz Sattar dalam citer P. Ramlee) bayar adalah sangat murah, around 50 pounds per nite for Family Room...kalau korang plan awal and book in extremely advance boleh dapat 19 pounds je per nite...hahaha...best kan? bilik besar and bersih, exactly macam dalam gambar....cuma takde la set toiletteries, or complete appliances macam hair dryer or iron for each room, kalau nak mintak reception...kat situ la diorang cut cost and boleh offer harga murah...yang penting ada kettle and selesa nak tidur...ye tak?

hotel we all...i soka, dekat je dgn tube and ada convenience store kat bawah boleh beli cikedis buat bekalan hari-hari =) *pics from Travelodge web site

hari sampai London tu just lepak-lepak je dalam bilik...simpan tenaga sebab esok dan esok nak jalan banyak plus malam tu me and kamal kena pergi airport balik nak ambik luggage tadi...oh ye, dan jumpa family uncle saya...hehe seronok je dengar diorang baru balik Paris jalan-jalan dengan kisah passport hilang kena copet dalam tube kat Paris..nasib baik ada orang jumpa and pulangkan kat Embassy..fuh...takut siot hilang passport...

kesimpulannya disini, kalau nak travel bandar besar cam London sila consider:
1. rancang dengan teliti perjalanan anda; which perlu concern your excess baggage dan environment mode of transportation pilihan.

2. jangan cuai; situation di copet adalah dijangka...especially dalam tube orang ramai dan himpit-himpit...kalau boleh elakkan bawak handbag (like moi) dan pakai baju yang ada poket kat dalam untuk simpan duit and passport.

3. book hotel yang dekat dengan station untuk memudahkan pergerakan, and research nearby halal restaurant for your convenience. sila rujuk zabihah.com untuk full directory halal restaurant around the world.

4. perlu cekap study map; eg tube map, road map...sampai je airport 1st thing cari map and directory free yang diorang selalu sediakan kat kaunter tuh...

ok korang? cerita hari mula-mula sampai ni tak best sangat, and tak banyak gambar..tunggu entry seterusnya okeh...i will let the pictures do the talking..ewah! hehe....

1 comment:

m.i.l.a. said...

bila aku nak g london nih?....