Wednesday 23 February 2011

what's cookin - Spaghetti Olio


menu semalam semasa sesi melepak dan bergosip, the gurls; Kak Suni, Mell dan Athirah come over after diorang main badminton...yg main 6 orang tapi yang join sesi menggendang gendutkan perutnya bertiga aje yang dapat datang...maklumlah kan, ada yang nak balik prepare lunch untuk suami2 dan ada yang terus pergi attend kelas or jumpa lecturer...

eh, lupa lak, yours truly adalah tidak join sesi bersenam tersebut...kurang minat dan tak pandai main atau dalam erti kata lainnya dilanda wabak 'M' hehehe....bila diorang sibuk ajak and bincang pasal aktiviti riadah elok senyap je tapi bila masuk bab 'eh, lepas tu jom kita lepak mana2 nak' nah amik ko lajuuuu je offer diri jadi host muahahaha....saya memang suka bab lepak dan makan, lebih tepat lagi suka dapat jadi host dan masak2 untuk tetamu, tak kisahla kalau setakat menu yang ringkas sekalipun =)

menu simple semalam adalah - Spaghetti Olio Pedas, Bubur kacang hijau, Murtabak Mini dan Kek Batik yang tak mengeras nak makan kena scoop2 aje...huhu...oh and kopi original Kluang Station thanks to my mak =)


kalau ikut resepi original Olio from Italy ni kalau tak silap just pakai garlic and olive oil je....tapi ingat lagi dulu masa kerja kat San Francisco Pizza (ala yang dekat seksyen 8 bangi, kedai corner lot tepi traffic light tuu) abg chef tu buat Olio pakai cili kering....banyak peminat tau Olio kat situ ramai orang order...aiyoh, teringat pulak kat Mushroom Bruschetta depa..slurrpp...

anyway,resepi Olio i ni adalah hasil campak2 sahaja..ikut apa bahan yang ada dan ikut selera anak tokak den yo....sonang bona nak buek...yang ni tak letak perencah daging, ayam or seafood sebab Mell tu allergic...dia ni pendek kata allergic semua benda; tak boleh berpeluh, telur, seafood, ayam bla bla....makan pun setakat rasa2 sikit je...kesian nanti tak dapat nak makan banyak2, dah la kek batik dengan murtabak tu ada telur....kalau uols nak buat ikut je selera masing2 ok, tak pandai nak sukat2...boleh letak daging, ayam, udang, sotong, sosej, variety of mushrooms...gitu...

Spaghetti Olio, my way...

spaghetti
capsicum merah/kuning/hijau
cendawan butang segar - dihiris atau potong empat
lobak merah - potong panjang runcing
3-4 ulas bawang putih - cincang halus
cili kering - potong panjang, the more the merrier
1-2 sudu kecil italian mix herbs - optional
garam dan sedikit kiub ayam to season
sedikit olive oil untuk menumis

1. Rebus spaghetti accordingly. Letak sedikit minyak dan garam.
2. Bila spaghetti dah hampir masak, panaskan olive oil dan tumis cili kering, kemudian masukkan cendawan, kacau sekejap sampai agak layu.
3. Masukkan bawang putih yang telah dicincang (tak tumis awal2 sebab garlic cepat hangus), kacau sekejap dan masukkan capsicum,mix herbs, serta garam dan kiub ayam secukup rasa.
4. Tapis spaghetti dan masukkan dalam kuali tadi, better masukkan pasta yang masih panas so that boleh meresap rasa. Kacau dan tambah seasoning kalau perlu. wallah!

4 comments:

kew_chop said...

hihi bukan hg terrer ke men badminton dulu main kat belakang blok.. ngeh3..
mek senangnya spageti ni. nak buat untuk dinner la nanti..

mamamya said...

eh, ada ek kita main dulu? main bersepah2, raket kemana shuttle ke mana kehkehkeh...i kalau bab joget baru sexcited mek....u x ingat ke kita bukak kelas latin dgn dangdut kt bilik dulu? wakakaka... =P

sila buat, sonang dan sodap

Izyan Alias said...

hai, salam. slm perkenalan. blh share resipi spaghetti olio San francisco, sedap sgt..

mamamya said...

hi salam kenal izyan! saya pun x tau depa punya resepi ori, tp olive oil, oregano, daun parsley cincang, crushed garlic dengan cili kering kena ada, yg lain tu mushroom, capsicum or nak tambah daging ayam ikut suka la kan. oh jgn lupa kiub ayam sket bagi rasa. ;)