Tuesday 8 February 2011

what's cookin - Swedish Meatballs



tiba tiba je craving nak makan meatballs...resepi ni la punya pasal, adoii....nak makan bebola ala sweden la pulok....bila tengok gambar je terus perut bernyanyi riang dan dalam kepala sebok stadi bahan2 sambil imagine rasanya...emmm..cam sedap je kan, selama ni memang la dok baca je dalam orang punya blog cerita pergi Ikea wajib makan their ever famous meatballs....percaya tak i tak pernah makan pun meatballs Ikea tu? hehe...tak pernah makan pun boleh sampai nak mengidam, dah tu nak masak ni sah2 la tak tau nak agak rasanya macam mana kan...hentam je la labu...kalau tekak ni dah kata nak tak boleh tidak memang kena masak jugak ni =P

ohhh..sini rupanya mama, patutla senyap je tgh snap gamba tepi tingkap rupanya...ey, apa dalam mangkuk tu?

meh cuit sikit...sebelum tangan di tepis mama =P


nak buat senang je kawan2, cuma part gravy tu la tricky sikit..sebab kena masak tepung dan butter sampai bertukar warna kecoklatan, as Elise from Simply Recipe called it 'classic roux'...first time memang hampeh x jadi kuah tu, which cost me my homemade chicken stock, dari tulang ayam yang memang purposely simpan untuk buat gravy nih..adehh..rasa tepung then macam ada hangit2 sikit..maybe ada part hangus kat minyak tu lebihan dari goreng meatballs before that...kecewa la kejap kan, dah tu nak makan jugak buat mushroom gravy biasa je..letak la 2,3,8 ketul meatballs bila nak makan, balance meatballs tu simpan untuk cubaan kedua esoknya...

and today berazam nak try lagi sekali buat gravy ikut resepi....tapi kali ni buat pakai larutan gravy granules dengan air panas je la untuk ganti air rebusan daging....rasanya kuah ni boleh di ubah suai ikut selera masing-masing, nak letak mushroom ke, lada hitam extra ke, sonang yo campak2 je la kiub ayam sikit ke apa nak bagi sedap kan....hasilnya, oh yeah baby....sodap memang mejilat sudu kehkehkeh....tak sia2 tau, macam seronok pulak nak2 masa tunggu tepung tu bertukar warna hehe...

kalau ikut resepi tu adalah untuk anggaran 1.5 kg daging cincang, so for me yang buat tak sampai 1/2 kg ni kena la pandai agak2 sukatan bahan-bahan lain...rasa meatballs ni memang sedap,so juicy...boleh buat extra then campak dalam kuah spageti jadi la spageti bebola daging hehe... one of the reason teruja nak try resepi ni sebab dalam adunan meatballs tu tak pakai breadcrumbs like normal recipe, but used bancuhan roti dan susu yang dah di blend.

all in all, a proper comfort food =)

(Resepi ni terjemahan ikut pemahaman saya ye, sebab guna daging anggaran 200gm so byk bahan yang dikurangkan amaunnya, cth roti cuma guna 2 keping and rendam dalam 1/4 cwn susu)


SWEDISH MEATBALLS

Bahan meatballs:
1 large yellow or white onion, peeled, grated (through a cheese grater) (i cincang halus aje)
2 Tbsp butter
2/3 cup susu (i only use 1/4 cup)
4-5 slices of bread, crusts removed, bread cut into pieces (i use 2 slices)
2 eggs (i only use 1 egg)
2 1/2 pounds ground beef
2 teaspoons salt
1 teaspoon freshly ground nutmeg (pakai allspice pun ok, tp sbb x ade so letak a pinch of mix italian herbs je)
1 teaspoon ground cardamom
2 teaspoons black pepper


Bahan sos gravy:
6 Tbsp butter (i just use about 2-3 tbsp)
1/3 cup flour (i use 1 tbsp)
1 quart beef stock (agak2 nak kuah pekat mana)
1/2 to 3/4 cup sour cream (i didn't use)
Salt
2 to 4 Tbsp of Lingonberry, cranberry, red currant or raspberry jelly, more or less to taste (optional) - (apo ko bondo eh ni tak payah ler hehe)

1. Untuk meatballs: Panaskan butter dan tumis bawang sampai layu, ketepikan kejap. Rendam roti dalam susu dan biarkan kejap sampai roti menyerap susu dan blend (kalau ada lebihan susu yang tak diserap roti tu tapis ye...nanti banyak sgt liquid takut susah nak bentukkan meatballs tu).

2. Campurkan bawang yg telah ditumis tadi ke dalam bancuhan susu dan roti, then masukkan semua bahan lain - daging cincang, telur, garam, pepper, dan seasoning lain. Gaul sebati. Bentukkan adunan daging tadi menjadi bebola, boleh juga pakai sudu kalau perlu but i found it much more easier when using my wet hands. Bentukkan meatballs sampai habis.

3. Panaskan minyak, goreng meatballs sampai masak but not too brown..eh cmne pulak tu hehe...pandai2 la asalkan bahagian dalam bebola tu tak mentah....hati2 semasa nak balikkan meatballs ok.

4. Untuk Gravy: Panaskan air stock. Sementara tu in other pan, panaskan butter, bila butter dah cair dan kuali dah panas masukkan tepung, sentiasa kacau supaya tak berketul sampai tepung bertukar warna kecoklatan (classic roux).

5. Bila dah yakin tepung tu telah mencapai keadaan classic roux tersebut (harus ye kalau x tepung tu x masak nanti gravy rasa tepung tak sedap), tuang perlahan air rebusan yang dah dipanaskan tadi sedikit demi sedikit sambil di kacau menggunakan whisker, kacau sampai jadi kuah yang pekat dan berkilat. Kalau pekat sangat tambah stock/air panas ikut suka.

5. Bila dah hampir menggelegak, masukkan meatballs tadi, rasa kuah dan tambah salt/pepper/seasoning lain kalau perlu. Tutup kuali dan masak dengan api perlahan selama 10 minit.


there, as i said, proper comfort food =)



8 comments:

swit@kon said...

babe, shian kau. tak penah makan meatballs ikea. balik nanti aku angkut kau n mya k. siap ada kids meal. mesti cumel dan mesti mya seronot sebab ada playland kat situ. kalau kat ikea meatballs makan ngan cranberry sauce. cube aa buat :)

AwekMejaSebelah said...

Lin, ikea meatball die tambah jem.tp setoit je la masuk dlm kuah.ade rase manis masam gtew.aku memule makan mcm pelik jgk.tp 2x round beli jgk la meatball tu.yummy yummy bole bt weekend ni ;)

mamamya said...

yanti: shian kan? aku ni suka je nk ngidam benda yg x pernah makan, saje cari alasan nak masak...senang bangat rupanya...macam x suka je cranberry sauce tu, mmg ikut tradition swedish serve dgn jelly menatang apa tu...hehe...

mamamya said...

awek: hehe..buat jgn x buat...sonang yo...kalau rasa resepi ni leceh byk lagi resepi lain yg lagi simple =)

AwekMejaSebelah said...

lin, ni aku tau suraya hanim utm.aku x tau mcmane nak buang name awekmejasebelah tu.hihi.silela jangan pelik ;)

mamamya said...

kehkehkeh...yeah baru ku ingat, sbb mcm pernah tgk nama ni kt komen blog sape ntah, so aku tau la ni geng utm ni hehe...ko kena buat acc baru kut babe...nickname x beringat, mcm kasanova versi pompuan dah =P

apa blog hang? sila la beri linknya.

AwekMejaSebelah said...

blog dulu ada tp aku ni hangat2 chicken shit mmg x update dah.hihi.nanti nak buat blog baru nak jual accesories felt.tunggguuuuu

Sonia ~ Nasi Lemak Lover said...

Suhana, thanks for stopping by. This is one of the recipe that I wanted to try. Thanks for sharing.