Thursday 26 May 2011

Milan - So, this is Milan ey?


Saturday, 21st May 2011
Location: Milan, Italy

First day in Milan, the three of us woke up quite late...lazily lying on the bed berebut bantal dan selimut atas katil and somehow finally managed to dragged our butt to mandi dan bersiap...penat wooo dengan perjalanan yang panjang semalam...

at this time, perasaan sedikit hampa sebab bandar Milan tidak lah se-gah yang di war-warkan semua orang...what i have in mind is a modern yet full of magnificent reserved ancient buildings and cathedrals, ada ciri2 gothic maybe...tapi setakat yang nampak masa dalam train from airport semalam is rumah2 flat and apartment...little that i know Milan is the 'modern part of Italy', dah balik baru tau bila research2...rupanya bandar Milan ni masa zaman perang dunia dulu teruk kena bom, sebab tu bangunan semua moden2...you should go to Rome if you want to see the 'ancient part of Italy' they said....

so, we kick off our day by deciding to walk from our hotel straight to the nearest metro station, which is err....rasanya perkataan 'nearest' macam tak berapa sesuai je sebab it took us nearly 30 minutes to get there..setengah jam berjalan kaki adalah sangat jauh ok, ditambah lagi dengan keadaan yang tak tahu jalan berbekalkan peta print dari googlemap, jalan pulak lalu depan belakang rumah2 orang dan kedai2, imagine korang berjalan kaki menyusuri kedai2 dan apartment nak ke stesen LRT Kerinchi, or berjalan dari park kereta tepi jalan kat Bangsar nak pergi lepak kt mamak best or Starbucks kat situ..haaa..sebijik macam tu y'all! hehe...

serius ni tau, memang rasa macam kat Malaysia ;P

30 minutes later, mata semakin silau sebab panas terik, kaki dah penat berjalan dan baju semakin berlengas bermandikan peluh, akhirnya jumpa pun stesen metro yang di cari..pheww..! serik okk..tu la ada tram tak nak naik konon nak explore sendiri...padan muka mama and papa mya nih, kesian mya dah panas berjemur atas stroller....our destination is this......

Duomo Cathedral

ok, i have a little confession to make.
untuk percutian kali ni macam biasa kena la buat research kan, lokasi makanan halal (CHECKED!), explore peta (CHECKED!), study map metro and tram(CHECKED!), hafal nama stesen metro yang berkaitan(CHECKED!), a bit about culture(CHECKED!), serba sikit jugak pasal Italian food contoh makna 'vegetarian' in Italian(CHECKED!)...semua tu memang dah set dalam kepala dan dah bersedia, fully prepared and memang semuanya macam yang dah dijangka, except THE WEATHER (TETTT!!)

panas terik, rasa macam balik kampung tanahair ku yang tercinta kuikuikui....ok adalah mengada nak komplen pasal panas2 ni kan ;P tapi tak kira nak jugak hehe...nasib baik i tak bawak baju knitted2 bagai, or duk pakai but ke hape kalau tak mau rentung kaki dalam kasut hehehe...

Duomo ni memang cantik...very massive consider it was built starting from 1386 and took six centuries to complete...sebelah Duomo is this galleria, which house of LaRinascente, famous shopping mall and other lavish boutiques like LV, Prada, Gucci, MassimoDutti, MaxMara, Furla to high-street store like H&M, Gap and Zara...jadi apa lagi kanda, ayuh! =D

Galleria Vittorio Emanuele II, tempat yang dituju selepas perut yang lapar dah diisi Fillet o' Fish dan dah minum air mineral sebotol sebab kehausan...mainly sebab nak cari tempat teduh and *ehem ehem* nak melilau cuci mata window shopping (^_^)

gelato sedap...sebab kedai cafe gelato ni sebelah LV, makanya mungkin sebab tu harga pun mahal...hehe...

mya yang terus baik dapat makan ice cream...senyap terus, makan sorang pulak tu..haih memang anak omak

Luini Panzerotti, Via Santa Radegonda...memang around Duomo je.. memang betul apa yang other travellers komen dalam TripAdvisor, beratur panjang nak membelinya! niat hati memang teringin jugak nak try tapi bila tengok queue panjang cam ni and dah boleh bayangkan orang yg jual tu dengan tak pandai speaking English utk explain which one is vegetarian so pendamkan je lah ye senah...snap gambar sudahh...


mya masa ni dah ngantuk dan penat nak tidur tapi dia tahannnn je mata tu tak nak lelap...aduhh geram tau! macam2 dah mama buat, from....

...layan baca buku main sticker bling2...

...to nyanyi lullaby sebagai jampi tapi hasilnya?

tetap segar gagahkan diri kacau mama shopping...aduhhh...i surrender you, tak larat nak tidurkan budak kecik ni lagi dah =P


kalau uols tengok dalam TripAdvisor tu what to do in Milan memang nothing much la sebenarnya...other than Duomo, going into the Galleria (even if not for shopping, just marvel its architecture is so much worth it!), browsing along the shopping street (yang sangattt panjang tak larat nak jalan habis) tempat yang lain boleh melawat is museums and art galleries, which is wayyy out of my husbands league! hahaha...kalau i setakat nak tengok2 bangunan cantik ok la sebab suka dengan architecture kan, tapi galeri seni tu memang la kalau masuk pun tak faham dan tak dapat nak appreciate the art kan so baik la tak payah =P

hari pertama memang nothing much, takde hasil pun yang dapatnya penat bukan main dan nasib baik jumpa jugak satu kedai halal yang dekat dengan area Duomo ni...mainly sebab banyak tenaga dah dihabiskan masa berjalan kaki dari hotel nak ke metro pagi tadi kan huhu....

for tomorrow, we all akan check out iBIS Ca Granda and check in iBIS Centro, haha apa jadah la main check-in-check-out ni kan? saje je nak tukar2, konon our plan is 2 malam tidur hotel ekonomi and 2 malam lagi nak tidur hotel yang best sikit tp sebab hotel yang best sikit tu harga2 dia semua macam tak berapa nak best with our pocket so stay dengan iBIS Hotels je la jawabnya kehkehkeh....

iBIS Centro is much more closer with city center, more convenient sebab metro dekat and ada kedai halal, just what we need after 2 days tak dapat nasi ;)

Milan - The Journey Begins


Friday, 20th May 2011.
Destination: Edinburgh Airport - Milan Malpensa - Centrale FS Milano - Ibis Hotel Ca Granda

Perjalanan percutian kali ni bermula awal pagi, kena naik train Aberdeen - Edinburgh pukul 7.50am...so tau2 je la kan bila kena bangun pagi ni cik tuan puteri i tu macam mana kan? hehe...kelam kabut jugak la nak mandikan dan nak siapkan dia...tu la, malam tadi sampai bergaduh2 dgn mama suruh tidur awal tak nak..haa kan dah liat mata tu nak bukak pagi ni...hehe..mak budak ni membebel macam la budak tu faham kan?

fuhhh...lega dah sampai edin dengan selamat...ni dalam airlink bus nak ke airport..dekat je, keluar train station terus naik airport shuttle...very convenient =)
(sila abaikan terjahan lemaks peruts yang mengganggu gugat penglihatan anda disitu, i lupa nak tarik nafas you!)


bye bye edin


seperti kebiasaan bila travel ni bab makan memang kelam kelibut sikit....almaklumlah, apa je makanan yang kita boleh makan kan? balik2 melantak fries, crisps, keropok, biskut, coklat, muffin, roti, sandwich tuna...tu je la...hari ni dah pack bekal, nasi ayam lebih semalam hehe..memang saje buat extra and simpan dalam fridge, bangun pagi panaskan dalam microwave and pack terus....just nasi dengan ayam je, tak payah la kan nak letak salad dan timun bagai nanti tak tahan pulak...alhamdulillah tak basi...kitorang cari port lepak costa coffee and terus bukak bekal..sampai mat salleh sebelah tu pun cakap 'eh sedap bau' hehe...tak tau la kut dia perli ke apa =P lantak la kan, janji Mya dapat makan nasik..sebab lepas ni tak tau bila lagi dapat jumpa nasik kan?

dalam flight makan kerepek kentang...mahey woh beli dalam flight, nyesal tak borong jajan sebelum naik kapal...sorry la ye sayang asyik makan junk aje =( dah itu je yg kita boleh makan, takpe la kali ni je mama kasi can hehe...


sebelum terbang awal2 kita kena buat persiapan bahan entertaining cik Mya kita ni ye kawan-kawan...kena la bawak crayon,beli magazine in the night garden, sticker2 gitu...nasib baik bawak siap2, sebab dia memang cepat boring...tapi kita la pulak mabuk2 dalam flight tu nak melayan dia main kaler2, lekat2 sticker...adoiii...nak take off dengan landing tu mama yang pegang2 tangan mya and papa sebab kecut perut, mya relax je golek2 atas seat..chis!! takut jugak time take off tu, goyang dia lain macam sikit la sebab angin terlampau kuat..cam senget2 sebelah dah rasa kapal tu uols...

beli magazine dapat free toy, cermin muka mainan yang err, dah jadi handphone hehe...gelihati dengar mya main handphone, konon2 tengah call atuk 'hello? atuk? emm...mya naik airoplane ni...haa...ok babai...mama, mya call atuk tadi mama...'

dah boring main phone, bertukar jadi laptop pulak...konon sibuk la tu tekan keyboard ;-)

almost there, melintas Swiss, banjaran Alps...subhanallah, cantik sangat...memang panjang banjaran gunung2 Alps ni uols...teruja i kejap =P


sampai Milan Malpensa Airport around pukul 4.30pm gitu...terus terkejut, bukan terkejut apa, cuaca sangat panas! huhu....Mya dah start muka merah2, dan berpeluh dan tak selesa...touch down je tengah beratur kat kastam dia dah terjelepok tertidur...punya la tahan ngantuk dari dalam train membawak ke dalam flight hanyut jugak akhirnya..pheww! =P

from Malpensa nak ke Centrale Station pulak, Centrale or Centrale FS ni main station untuk transport la, mainly for trains - local, suburban, Metro, Tram, international train...so from Malpensa kitorang naik train Malpensa Express ke Centrale...masa nak beli tiket ni dah terasa 'susah' nak berkomunikasi, sebab diorang sangat tak pandai English! aduh..tak tau la kut dia memang sombong ke apa kan, sebab senyap je dengan muka keras masa beli tiket tu..huhu...dalam train tengok2 kat luar rasa macam naik komuter dari Seremban nak pergi MidValley je....cakap kat husband, aikk..papa kita dah sampai malaysia ke ni? hehe..serius tau uols, bangunan sebijik macam kat malaysia, penuh dengan flat and apartment, cuaca pun sama, panas! hehe..cuma flat and apartment dia tak setinggi cam flat kita, and still bercirikan bangunan mediterranean - mostly orange color, banyak gantung pokok bunga hiasan dalam pasu and tingkap kayu...sepanjang perjalanan kat tembok tu penuh dengan contengan graffiti, haish...dalam hati dah macam tak seronok, tempat apa la yang kitorang pergi melancog ni ye..gulp..

sampai Centrale, orang sangat lah ramai...macam semua berkumpul kat satu tempat...kita yang baru turun ni nak melawan arus pulak dengan yang berebut nak naik train..pening pening....dalam hati dah cakap 'haish, takda sistem ke apa depa ni...kelam kabut semacam'

makanya, terbangak2 la 2 orang pelancong buta Italian ni mencari arah kaunter pertanyaan...dah jumpa kaunter, tutup lah pulak..hampeh tak? kitorang sebenarnya nak mencari kaunter tiket, sebab nak beli siap2 tiket ke Lugano untuk hari ketiga nanti...nak harapkan signage? memang tak ada uols! rupanya kaunter tiket tu tingkat bawah...jenuh mencari...tanya orang pun tak faham English, buat sakit kepala je...Centrale FS ni agak besar, bangunan typical bercirikan Roman architecture (which i like,sebab for me kalau melancong haruslah bandarnya banyak bangunan bercirikan zaman2 renaissance dulu2) and still baru lagi...tapi gambar kat Centrale ni memang tak ada la ye...sampai ke sudah takde amik gambar kat sini hehe...

settle beli tiket Lugano, beli dinner (apa lagi kalau bukan piza margherita dengan croissant) terus amik teksi ke hotel...dah tak larat nak naik turun tram beb, letih! hehe...check in hotel dah dekat pukul 10 malam...we all plan tidur 2 malam kat Ibis Hotel Ca Granda, and lagi 2 malam Ibis Hotel Centro, saje je nak tukar2 hehe...Ibis Centro lagi dekat dengan city center...kalau korang try cari hotel, i gerenti takkan jumpa yang semurah dan se-establish dengan Ibis Hotel..serius! kalau book awal boleh dapat dalam 50-60/ night...murah tau..kalau compare hotel lain semua 100++...tapi dah rate murah kan, bilik selesa but very basic, no kettle and iron...hmmm...


mya yang kelaparan dan kelegaan akhirnya dapat jumpa air-cond kehkehkeh....mya, mya...macam mana nak balik kampung jumpa atuk ni? ;P


what a journey huh? malam tu 3 beranak tidur dengan lena sebab kepenatan, kumpul tenaga nak berjalan esok =)


Wednesday 25 May 2011

finally, pheww..!

air view - Lake Maggiore, Switzerland

alhamdulillah...dah selamat sampai rumah after 2 hari perjalanan pulang...penat toksah cakap la, cik abang driver lagi la kesian huhu....

later i update kisah suka duka kami di milan okay...tapi...macam banyak yang 'duka' je hehehe...apa pun semua tu pengalaman berjalan di tempat orang kan? baru terasa negara sendiri jauhhhhh lagi best...

and as all of you may aware, volcano meletus lagi...although not as bad as last year where 10millions people stranded around Europe, tapi kami antara yang terkena tempias debu2 volcano kali ni...nasib baik cepat2 buat decision yang tepat beli tiket baru ke London sebelum airport London pun kena tutup...tak kisah la bayar berapa dan sampai mana janji dapat jejak kaki UK mainland, nak balik rumah tu fikir kemudian hehe...

so to cut in short, we bought new ticket Milan-London Luton, then from Luton sewa kereta and drive for about 900km to Aberdeen...what a journey kan? tak pasal2 merasa road trip pusing UK daru hujung je hujung hehe...

xpe la janji semua dah selamat...later i update ok, nak makan nasik lemak ni lapar! balik2 terus masak nasik lemak uols...menu paling senang dan simple =)

Tuesday 24 May 2011

What a trip...

We're in milan malpensa airport right now,waiting for london luton flight instead of edinburgh. All i can say is- farewell to the most expensive n leceh holiday ever..doakan kami selamat smpi aberdeee dgn selamat,amin..

Friday 20 May 2011

ciao aberdeen, buongiorno milano!


pic from here


harapan menggunung mahu sumbat benda lazat berkrim ini banyak2...

yummylicious gelato...here i come!

we're heading to milan right now peeps! aberdeen-edinburgh-milan...doakan semuanya berjalan seperti dirancang okay! will be back on tuesday...till then, ciao! ;-)

Wednesday 18 May 2011

what's cookin - Pulut Mangga




alhamdulillah..akhirnya dapat jugak merasa makan dessert Pulut Mangga ni...wajib order everytime makan kat restoran Thai...sekali dapat makan bukan setakat merasa, dah macam melantak makan pulut tu cam makan nasi je huahuahua...=D

dah banyak kali beli mangga,konon nak buat pulut mangga tapi tiap kali beli semua selamat dibedal kami 3 beranak...hehe...mya ni x pernah makan mangga, selalu tu mama asyik beli epal, grapes, pear and kdg2 stroberi kalau nampak macam manis tp sebenarnya kat sini pun susah nak dapat stroberi manis kalau bukan musim...anyway, nampak mangga besar ni kat marks n spencer...memang puas hati beb! 2 biji besar ni £3...selalu kedai biasa pun kalau yg elok saiz sederhana dah £1.60 sebiji...mangga kat sini semua import dari negara panas cam Brazil, kalau nak mangga Thai memang x dapek la kan...kalau ada pun dah benyek sebab perjalanan jauh sangat kut! hehe...tapi kan, kalau kat restoran mamak cam yang famous kat Jalan TAR tu, apa ke namanya restoran Insaf kut? diorang memang ada jual mangga sebiji RM15 uols! imported from Pakistan, jenis yang kulit oren2 merah cm ni la...memang juicy dan bersari habis! patut la kaw2 je diorang buat mango lassi...


mangga sedap idaman kalbu...manis, wangi, penuh jus yang bersai....slurppp...dah macam orang mengidam disorongkan pinggan si mak budak ni dapat makan pulut mangga hehehe...

resepi pulak dapat dari dapurkakjee.com, paling simple setakat ni...sebab bila cari2 resepi cara nak masak pulut tu semua kata kena rendam pulut sampai semalaman! paling kejap pun at least kena rendam 2 jam...dengan zaman yang semakin pantas ni macam x relevan je nak masak pun kena tunggu semalaman kan? kehkehkeh...masa tu dalam hati dah berkata 'ala...org nak makan sekarang la bukan esokk...huhu...' and then wallah! jumpa resepi simple ni, korang yang seumur hidup x pernah masak pulut like moi pun sure boleh buat punya..sebab guna rice cooker aje hehe..simple kan?

dah puas bedal pulut dengan mangga ni tukar pulak makan dengan serunding...layan woooo...nasib baik x sakit perut makan pulut banyak sangat =P


PULUT MANGGA

Untuk Pulut:
Cuci beras pulut macam biasa nak masak nasi,amaun tu ikut suka nak banyak mana. masukkan dalam periuk nasi dan letak air dalam 1/2 ke 1 inci**, boleh jugak letakkan 2-3 sudu santan pekat (ikut taste masing2 nak pulut tu lemak macam mana) dan letakkan garam secukup rasa. Masak dalam periuk sampai masak, dah masak baru kais2 kan pulut dengan garpu.

Untuk Kuah:
1/2 cawan santan
1 sudu besar tepung jagung bancuh dengan 1/2 cawan air
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
sehelai daun pandai, simpulkan - yang ni i tambah sendiri

Masak semua bahan kuah di atas dengan api sederhana, sentiasa kacau supaya tepung jagug tak bergentel. Kacau sampai pekat dan tambah gula atau garam jika perlu.

Hidangkan pulut, hirisan mangga dan curahkan kuah pekat lemak manis diatasnya. Sedap di makan ketika sejuk. senangkan?

**Nota: Pulut tu i letak air agak2 1 inci atas beras, tapi terlembik sikit but still sedap..so pandai2 la agak air tu banyak mana ye...mungkin bergantung pada jenis beras pulut jugak kan =)

Tuesday 17 May 2011

what's cookin - Sotong Goreng Tepung


menu simple dinner semalam, sotong goreng tepung, ayam paprik dengan sambal lote (yg cili padi dengan ikan bilis tu nyums!)

pagi semalam pergi beli ikan dengan mya, rupanya isnin is not so good for buying fresh fish...baru den tau yo...hehe...orang tu cakap the best is Friday, kalau nak awal sikit pun datang hari Selasa or Wednesday onwards...Isnin memang tak banyak delivery...pulok...so ikan yang ada memang tak banyak...dapat la siakap seekor dengan sotong ni ha...selamat dah kena ngap buat goreng tepung =)

resepi ni simple je and sedap! salutan tepung agak crispy but more to the airy side...means that tak krup krap krup krap sangat la time makan tu hehe..rasanya nak dapatkan salutan yang betul2 rangup kena try and error combination a few jenis tepung, sebab sotong ni kan basah2 dan lagi pulak kita celup telur...ada resepi yang bancuh tepung dgn telur, ada yang celup telur then salut...dan ada jugak yang pakai tepung biasa dicampur sikit baking powder, dan ada jugak yang pakai campuran tepung gandum dengan tepung2 lain suc as tepung ubi, corn starch dan tepung beras...banyak sangat resepi sotong tepung ni kat internet, pilih aje mana berkenan di hati...

for now, i try resep simple ni...just celup telur then dip into campuran tepung gandum dan tepung beras =)


SOTONG GORENG TEPUNG
Source here

sotong yang dipotong bulat - ikut banyak mana nak
1 sudu besar lemon - i use 1/2 tablespoon vinegar sebab xde lemon
lada hitam - i use ground blackpepper
bawang putih - seulas (dikisar atau dicincang)
halia - 1-2 cm - i tak letak
secubit garam
***peraplah sotong dengan semua bahan di atas

telur - sebiji (dipukul sikit dgn garpu)

3 sudu besar tepung beras
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh garam
2 sudu teh serbuk kari -yang ni i tambah sendiri ye...

Cara :
1. Satukan tepung gandum, tepung beras, garam dan serbuk kari.
2. Celupkan sotong yg diperap tadi pada telur, kemudian digolekkan pada tepung.
3. Gorenglah pada api sederhana sehingga warna bertukar keperangan.
4. Best serve hot, sedapp!

Sunday 15 May 2011

makan jangan tak makan...

selamat hari isnin semuaa! how's weekend uols2 semua? ok x? we all last saturday ada tetamu..dah lama x masak2 untuk tetamu rasanya, minggu ke minggu asyik dok tangguh je nak ajak orang datang, this week is abg Md Noor and family's turn...diorang sampai agak lambat sikit sebab ingatkan ada tetamu lain yang dijemput..erkk. tak dapek la den nak jomput ramai2..rumah ni kan comel, so nak ajak membe datang kena ikut turn lah ye =)

menu - Nasi Minyak Hujan Panas, Roast Chicken, Dalca Daging, Sate, Karipap, Puding Pisang Koktel and Red Velvet Cupcakes...fuhhh...bersilat jugak la daripada hari Jumaat tu nak prepare macam2....marinate sate and ayam, prepare nak buat kuah kacang, buat pudding and bake cupcakes...memang berbaloi baloi!

gambar cik ayam yang baru keluar oven....ni je yg sempat posing close-up sebelum hidang, yang lain semua tak sempat la nak snap huhu...resepi ikut yang ayam bakar ala kenny rogers buat dulu tu

buffet lah ye....sori la rumah kecik mana ada dining room nak makan hidang2 atas meja...tapi takpe rezeki insya Allah banyak and perut kenyang.., serius tau x sempat nak snap gambar nasi minyak hujan panas tu, colorful rice bak kata mya..termeriah sangat la pulak kaler2 tu, resepi nasi from myresepi...puding pisang koktel pulak amik from here, memang sodap makan sejuk2, antara dessert fav mi amor...dia ni susah tau nak makan puding2 manis ni....nanti la kalau ada rezeki buat lagi kita amik gambar elok2 ek..

kak leha dan 2 anak daranya yg very the sopan santun...cakap pun suara dengar tak dengar je, makan kek dok jilat2 cream cheese then malu2 sebab i bagi semangkuk frosting untuk dia ratah...takpe la kan, its red velvet baby, who am i to blame her? ;P

akhirnya! dapat jugak red velvet yang sememangnya merah seksi...auww! resepi sama jugak yang pernah buat dulu tu

kalau berborak dgn abang Md. Noor dgn wife dia ni memang layan habiss...lepas satu, satu bukak cerita...paling best sebab diorang ni dah pergi banyak tempat jalan2...ye la kan, dah duduk sini lama rugi pulak x explore europe...malta, sweden, paris, norway, middle east, spain, italy..ish pendek kata semua tempat best2 la diorang dah sampai...ini boleh menjadi sumer inspirasi ni nak cucuk2 mi amor kehkehkeh (macam la ko byk duit cam diorang kan)

lepas tetamu dah selamat berangkat pulang, we all pulak berangkat shopping groceries mana lagi kalau bukan kat Asda...sempat jgk la shopping baju2 and kasut untuk mya..semangat nak pergi bercuti kata papa...hehe..ini macam weekdays ni turn mama la pulak ye shopping bj utk melaran masa holiday nanti...lama ku nantikan nak pergi cuti2 nih...lokasi nanti la ye surprise sikit..haha macam la nak pergi mana kan nak secret2 pulak =P

hari ahad pulak konon nak pergi car boot..sekarang dah spring kan, bila start cuaca panas elok ni memang meriah habis carboot sale tu uols...melimpah2 orang yang jual tu sampai ke parking area tau! nak apa semua ada...baju, kasut, cerek, periuk belanga, set pinggan antik, silverware, toys, nak golf set pun ada! tapi masalahnya nak kena bangun pagi tu...kehkehkeh...last2 cakap kt hubby minggu ni tak larat nak pergi, sebab kepenatan memasak 2 hari...adoiii macam la buat kenduri besau nau...kalau kt msia memang i order je semua tau tp ni kat tempat orang kan, semua pun kena masak sendiri le kome...kalau dah sampai tahap carboot pun dilupakan memang dah letih sangat malas nak bangun pagi la tuh kihkihkih ;)

tapi penat2 pun sempat lagi teringin menjala buat breakfast roti jala pagi tu...nyumms! tiba2 teringin la pulak nak makan roti jala....

roti jala dan kuah kari yang kurang pedas tapi manis...main capai je serbuk kari ikan manis pulak kejadiannya ko...rempah kari ikan memang manis eh?

dah kenyang bfast and siap2 kan mya pergi costco pulak shopping beras...costco ni ala2 makro dulu la, wholesale beli barang borong...rasanya sape pernah duduk us sure pernah dengar hypermarket ni kan....tp brg semua pack byk2 kalau macam kitorang yang x ramai ni cam membazir je kalau sampai nak beli sabun basuh sekali 3-4 botol kan...paling berbaloi is beras, satu kampit 20 kilo murah sangat...amik ko cukup stok 3-4 bulan =)


mya yang kebosanan...dia memang cepat bosan kalau naik keta lama sikit...mulalah lah x senang duduk golek sana golek sini...kasut baru mya mungkin boleh bagi clue sikit mana destinasi percutian kita kali ini jengjengjeng....


Monday 9 May 2011

kids and their imagination




mya sekarang MAKIN banyak bercakap..celik mata pok pek pok pek sampai la malam nak tido pun dok mengomel lagi....jalan kaki dari rumah sampai ke kedai mengomel tak berhenti, adoii...penat nak layan keletah cik mya sorang ni..tapi kadang2 tu kelakar pun ada, kesian pun ada..hehe..kesian sebab selalu dia takde kawan nak main and kena eksploitasi imaginasi sendiri...kelakar pulak sebab banyak benda yang kita tak sangka dan tak terbayang pun tapi rupanya dia tahu dan otak tu selalu fikir how things works, or how the universe works actually =)

tengok mama pakai handbag, nak jugak handbag...orang pakai mascara, dia nak jugak...mama pakai perfume, mya nak jugak, pandai ok kalau kita tipu sembur deodarant aje kat dia, konfem membebel mintak tuuu tuuu perfume mama mya nakkkk....hehe...


she loves loves loves doing painting to bits! mama leka kejap je cat kat tangan then cap2 atas kertas...suka je main benda lekit2 nak kotorkan tangan =)

dah pandai tolak side table ke tepi kitchen counter, panjat naik atas sebab mya nak watch mama cooking....nak tengyok mama mashak nakkk nakk nakkkkk....sangat bahaya ok, bukan tau takut kena minyak panas ke, terpegang cili ke...haih. agak2 kalau nak masak kek sehari suntuk x habis hah jom la ajak mya baking sama, selagi tak habis butter tu jangan harap la dia nak stop ;P

dah pandai scribbling, entah apa 2yang di cakar tapi bila tanya mya lukis apa tu sayang? my bayoon (balloon) yang rupa langsung tak macam belon...kadang2 lukis rainbow, tv, heart shape..well, of course dalam rupa bentuk interpretasi dia la kan =)

my favourite; one of her mama-and-mya 'artwork' that screams colours of spring 2011 to me =)

yang ni memang wajib simpan dan frame gantung kat dinding kan?

others:

main dengan papa, kena geletek dekat leher and muka..punya la ketawa mengekek2 sebab geli then cakap; 'no papa! noo...nanti roshak muka mya nanti...'

tengok cerita favourite, Same Smile kakak Nisha berkayuh basikal roda tiga sambil bawak 3 ekor panda...dia pun bertenggek dekat bucu meja konon duduk atas basikal, support badan dengan tangan then both kaki berkayuh macam main basikal...tak boleh bayangkan? believe me, me neither!

pengaruh cerita kanak2 lagi, tengok member dalam tu pergi swimming dia pun nak jugak...pantang nampak bantal sepah2 atas tilam terus debushh! dan kuak lentang atas gumpalan bantal dan duvet... 'look mama mya swimming!'

ready untuk kuak lentang (-_-')

berangan drive kereta or bawak big motorbike; duduk bertenggek atas lutut mama or papa then 'vrooomm...vrooommm...teettt..pom pom, pom pom..ok dah shampai!' or kalau bawak basikal, buat2 action pakai helmet basikal tu. siap ikat tali helmet bawah dagu lagi hehe...or kadang2 bising 'mama my hat jatuh dahhh...' padahal helmet imaginasi jek ;P

makan karipap harusla mama bukak kulit pastry buang inti sebab dia suka semua yang crispy, tengok karipap dah terbukak cakap; 'mama look! like crocky!' (crocodile)

THE BEST - minum air milo sambil duduk atas pangku mama yang duduk bersila, tiba2 gelak and cakap; 'hehehe like sofa mama!' adoiii...nampak nau omak eh dah gomuk paha gobus dembam dembam...siap cakap 'so soft!'

even so, aktiviti baking masih berjalan seperti biasa...baru bake cookies semalam...ni tgh sibuk berkira2 nak buat whoopie pies pulak...cmno tuh? T__T

Tuesday 3 May 2011

what's cookin - Custard Teacake



lapisan custard yang tak berapa menonjol, tapi bila masuk mulut..aduhhhhh....fengsan!

wahhh...! lamanya tak buat kek! rindu weh nak baking...bau harum vanilla-buttery yang memenuhi rongga rumahku (guna perkataan rongga sebab rumah comel saiz mini ;) )...berebut kerak keras rangup masa potong kek panas2..fuhh...serius rindu! dah lama intai2 nak buat kek apa ye? ternampak resepi kek yang menggunakan tepung kastad ni terus teruja nak cuba...i memang super curious nak tau macam mana la rasa kek resepi2 baru ni =)

kek ni a bit sunk in the middle, sebab tuan empunya diri tamak letak custard banyak2 sangat teeheehee.. =P

all in all, kek ni memang sedap! lembut moist ala2 butter cake..cuma ada a bit hint of custard sebab adunan tepung tu ada letak tepung kastad kan....mula tu ingatkan nama 'teacake' sebab ada letak air teh ke apa sebab ada je kek pakai adunan teh kan? hehe..rupanya kek ni sesuai untuk minum petang..apa daaa....lurus bendul betul! kek ni senang je nak membuatnya, ada satu lagi resepi kek kastad yang macam menarik, ada combination apple, brown sugar and cinnamon which rings perfection to me! cuba tengok sini... kesimpulannya kek ni highly recommended untuk dicuba lagi2 pada sesiapa yang sukakan custard =)

CUSTARD TEACAKE

BAHAN KEK :-)
125 gram mentega
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan tepung naik sendiri (i use 3/4 cup plain flour + 1 1/4 teaspoon baking powder)
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar
15 gram mentega
2 camca teh esen vanilla

  • UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.

  • KEK:
  • 1. Panaskan oven pada suhu 175C, prepare baking pan dengan sapuan mentega dan taburkan tepung.
  • 2. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata. (i pukul pakai tangan je uols)
  • 3. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
  • Sejukkan sebelum dihidangkan.