Thursday, 25 February 2010

what's cookin - Nasi Tomato (my 1st attempt - from scratch woh!)

minggu ni adalah minggu what's cookin..hehe..sebab tak tau nak cerita apa selain dari snow yang kejap ada kejap tiada dan kisah Mya yang semakin pandai aka notty, bercerita tentang makanan dalam keadaan cuaca sejuk-sejuk lapar ni adalah lebih baik..kan? hehe..

cubaan kali ini adalah memasak Nasi Tomato..from scratch..err, tanpa bantuan instant tomato rice paste...selama ni pernah cuba tapi guna perencah..tengok-tengok bahan semua ada so zasss...! let's get started! =)

untuk compliment nasi tomato, i also cooked Ayam Masak Merah and Acar...nyum nyum....but ikut selera masing-masing la kan, boleh jugak buat dalca, kurma or kari plus papadom...


senang je rupanya nak masak nasi tomato ni..alahai...termalu i sekejap, bak kata Nigella Lawson (i could sit drooling in front of tv all day hearing her babbling about philosophy of food) - "almost embarrasingly easy to make" wah ha ha ha...the result, sedap! and lepas ni dah tak payah nak pakai paste segera lagi...hehe...


Nasi Tomato
Recipe adapt from MyResepi.com

2 cawan beras basmathi
2 cawan air
1/2 cawan susu
2 biji tomato - potong dadu
3 sudu besar pes/ sos tomato
sehelai daun pandan
sedikit garam
sedikit serbuk kiub ayam - to taste

Bahan Tumis:
2 sudu mentega/ghee
2cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih-hiris
1/4 bawang besar dihiris

bawang goreng untuk hiasan - (homemade bawang goreng : gaul bawang yang telah dihiris dengan tepung, dan sedikit garam dan gula kemudian goreng dengan minyak panas. Kacau sentiasa sampai garing. Confirm tak boleh berhenti ratah i tell u!)

Cara-cara:
1. Cuci beras dan tos.
2. Panaskan mentega/ghee. Tumis bahan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan beras. Kacau sekejap dan masukkan air, susu, pes tomato, garam, serbuk kiub ayam dan daun pandan.
4. Masak nasi seperti biasa.
5. Siap! hias dengan bawang goreng...sodap weh...

4 comments:

thesweetlittlecat said...

beb, ko buat aku teringin makan nasi tomato, dah lama betul tak makan ni..

swit@kon said...

sedap! aku baru makan hari selasa lepas. makan free. standard aaa. lin! aku berjaya buat cheesecake chocolate brownie!!! yeay!

p/s : kasut camne yang aku nak? aku tak kisah. lagi pelik (corak rimau ke, polka dot ke, bunga setepek ke) aku lagi suka! dan yang penting 4 inci dan ke atas. sayang ko! take care. mwahs for mya. :)

swit@kon said...

oh. lupa. cheesecake chocolate brownie adalah from scratch! :)

suhana azlin said...

hehe...bestnye cheesecake brownies! aku pun ada teringin gak tp tahan je utk kesejahteraan pinggangku, takut nnt makin 'sejahtera' je hehe...

sbb kamal tak suka cheese (iye sgt rugi i know) jadinya nnt sure aku yg kene abeskan =P