Thursday, 3 March 2011

what's cookin - Easy Moist Chocolate Cake


menu dessert bidan terjun sabtu lepas untuk tetamu...kenapa dessert bidan terjun? sebab niat ikhlas di hati nak buat Triple Chocolate Caramel Cake yang ala2 terkenal dikalangan bloggers pakar memasak dan baking...macam kat sini and sini...akan tatapi...aduhh...kek ku jadi bingka! dah la ni first cake guna hand mixer baru (yep, akhirnya beli jugak hand mixer...hehe yg murah aje asal boleh try resepi yang kena pukul telur sampai kembang sudahh...), semangat tau nak cuba resepi yang memang nampak lain dari yang lain ni and dapat review memberangsangkan dari bloggers, siap beli cake pan yang sesuai dengan resepi dekat kedai 1 pound tau....

entah apa la silap, adakah sebab ovallette ku? or batter tu tak cukup kembang? tapi kan dah pakai hand mixer kan..ke sebab over beat? hai lah....masa tunjuk dekat hubby hand mixer baru tu ada la gurau2, cakap 'hehe..lepas ni kalau kek mama tak jadi jugak dah xde alasan la kan? sebab dah ada hand mixer..hehe...' and dia pun cakap ' ala..tau nanti mesti salahkan oven...oven tu panas sangat la..bla..bla...' and i gelak je sebab..err..memang akan bagi alasan tu pun! =P

anyway, fortunately i memang dah biasa dilanda badai buat kek tak jadi dan hidup harus diteruskan di mana dessert untuk tetamu esok hari harus ada, say bye bye to bingka coklat dalam tong sampah dan terus cari resepi kek coklat yang simple dan paling penting, guna serbuk koko dan telur yang minima serta tak guna butter...sebab bahan2 basic dah habis, sebab kek tak jadi tu la punya pasal kan...haru betul, mana nak cari resepi kek coklat sedap tak pakai butter dan serbuk koko yang sedikit? confusing confusing....

last2 jumpa jugak resepi yang paling simple, terus bancuh2 sambil layan Mya nasib baik la mood dia ok, elok pulak tak kacau mama...selalu tu kan pantang nampak mama keluarkan mixing bowl dengan tepung mula la sibuk mintak buat karipap hehe...good girl Mya! =)

EASY MOIST CHOCOLATE CAKE

1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/3 cawan serbuk koko
1sk baking soda
1 biji telur
1/2 cawan butter@ minyak masak (i pakai butter, tak berani nak guna minyak takut tak jadi lagi)
1/2 cawan buttermilk@ susu segar (i guna fresh milk)
1sk esen vanila
1/2 cawan air panas

1. Panaskan oven 300 degree F. Griskan loyang 7x11inci dengan butter.
2. Ayak tepung dan baking soda@powder ke dalam mangkuk.Ketepikan.
3. Pukul gula dan butter. Masukkan telur dan pukul lagi.
4. Masukkan buttermilk/susu dan serbuk koko. Kacau sebati.
5. Masukkan air panas dan esen vanila. Akhir sekali masukkan tepung yang di ayak tadi dan mix sebati.
6. Masukkan ke dalam loyang dan bakar lebih kurang 30-35min atau sehingga kek masak. (adunan memang agak cair dan masa bakar tu pun kek tak berapa naik sangat, tapi insya Allah kek tu moist dan memang tekstur kek agak fudgy, sesuai makan suam2 dengan ais krim vanilla, walla!).
7. Sejukkan di atas redai dan tuang topping@ganache kegemaran.


Chocolate Ganache

250 ml double/whipping cream dipanaskan dan tuang atas 250gm dark cooking chocolate yang telah dipotong (cream panas tuang atas chopped chocolate tau NOT vice versa), kacau sampai coklat cair dan masukkan anggaran 30gm butter, kacau sampai berkilat. Sejukkan sebelum tuang atas kek. (selalunya i ikut mood, sometimes cream tu kurangkan sikit sebab nak rasa macam kunyah coklat lembut atas kek dan kalau ganache cair agak susah nak paipkan hiasan pakai nozzle and kalau ada leftovers it'll make perfect chocolate truffles!)


Nota Kaki: entry ni memang dah ada dalam draft, honestly fikiran masih dihantui dengan berita pemergian sahabat =(

6 comments:

DeLancrettLurpak said...

akan gigih mencuba recipe yg ini nanti, bila mood R mari, hehehe

swit@kon said...

dappppppppppppppp

suhana azlin said...

delancrettlurpak: hi salam kenal =) kek ni xyah angin R dtg pun dah boleh bancuh2 campak2 aje...

suhana azlin said...

ahkon: mmg sedap beb, sesuai dgn keadaan i yg nk dessert express hehe...

Nurshafina said...

Dilanda badai ketika buat cake adalah kelakar hokeeehhh!! Teruk la ko ni.
Mmg kita sama la buat cake tak jadi salahkan equipment kan.

Kita dah teror dah tp tak jadik jugak cake.. Apa barang??!!

suhana azlin said...

mulut mmg pok pek menyumpah salahkan barang, but deep inside tau je salah tu dtg dari diri sendiri teehee ;)