Wednesday, 2 March 2011

dia lebih disayangi

a very good friend of mine during deepeeyea passed away this morning, dalam tidur...sangat terkejut masa bukak fb, berkali2 cakap pada diri sendiri yang berita ni tak betul...memang tak percaya sangat2....

arwah Hilmy Hasrin memang seorang yang sangat baik, cool, tak pernah tengok dia marah or bermasam muka..sentiasa tersenyum, very helpful and he is soooo talented...he was my zapin partner once, and i still remember membebel kat dia yang keep on wore his contact lenses for more than a month tak di bukak bukak! siapa tak bising kan? hehe...bila ingat balik terus rasa rindu pada zaman deepeeyea menebal....we were so close, all of us in sidang A..macam adik beradik...

pemergian orang yang sangat baik arwah sememangnya akan sangat dirindui, tapi Tuhan lebih menyayangi beliau...paling sedih bila mengingatkan macam mana keadaan isteri dan anak arwah nanti, ya Allah...tabahkan lah hati mereka =(

kadang2 ada jugak terfikir, what should i do if something like this happen to me? i am for sure can't live without him...seriously....its like menonton wayang kehidupan buat kali kedua, bezanya kalau dulu pelakon utama was my mom but this time it was me....God...i don't have what it takes to go through that kind of situation...and sebab benda2 yang kita tak tahu macam ni lah yang membuatkan suami saya seorang yang sangat penjimat dan sangat merancang masa depan....paling benci perasaan dalam hati ni bila dia cakap 'mana tau apa2 jadi pada papa, ada duit kat sini, sini, sini ok....' rasa macam nak peluk kuat2 dan meraung please dont say like that dear...memang la duit bukan segalanya, tapi pada zaman sekarang semuanya perlukan duit kan?

pemergian arwah Hilmy memang membuatkan kami rakan2 yang pernah rapat dengan arwah jatuh terduduk....bayangkan pada usia muda 31 tahun siapa sangka arwah pergi dengan tenang dalam tidur...meninggalkan isteri dan anak yang masih kecil tanp pesan, tak boleh bayangkan macam mana keadaan anak kecil yang sememangnya akan merindui ayahnya, sedangkan Mya yang papa pergi kerja kejap pun dah tercari2....

semoga Tuhan mengampunkan segala dosa arwah dan tempatkan dia di kalangan orang yang beriman....kepada keluarga arwah and especially to his wife, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, semoga diberikan kekuatan untuk menempuh dugaan seberat ini..amin.

6 comments:

kew_chop said...

sedihnya ek.. aku yg tak kenal dia pun rasa sesak dada ni membayangkan keadaan wife dia.. huhu semoga dia diberi ketabahan..
betul2, merancang masa depan amat penting n lagi syahdu bila sang suami cakap camtu if something terjadi kat derang ada bekalan sikit2 kat anak2. harta memang penting tapi kasih suami lebih penting dari segalanya, biarla hidup mati bersama. semoga kita tidak diuji dgn perkara camni sebab aku memang tak mampu nak hadapi semua ni..
sedihnya..

Mursapap said...

Still am sad kan Lin.

suhana azlin said...

murni: betul, aku pun rasa tak mampu nk lalui dugaan cm tuh..mmg la jaminan masa depan tu penting tp mmbygkan susahnya nk teruskan hidup tanpa kasih syg suami tu rasanya tak tertanggung kan....doa sgt2 supaya Tuhan kuatkan semangat wife arwah =(

suhana azlin said...

pinat: sedih sangat....dlm kepala ni i asyik dok imagine apa yg wife dia tgh lalui, rasa mcm flashback apa yg my mom lalui dulu; 2nd day still berkurung dlm bilik...i adik beradik nampak muka dia lepas a few days kut =(

m.i.l.a. said...

sampai hari ni, aku masih x percaya lagi hilmy dah xde..

suhana azlin said...

mila: betul la, still rasa mcm berita tu x betul =(