bila dah jadi emak ni baru la rasa, tahu, dan faham betapa susahnya nak mendidik anak...ni belum bab jaga dan lain2 ye, ni baru bab MENGAJAR...
kadang2 pening, nak ikut cara mak bapak kita ajar or mak bapak hubby or ikut latest parenting tips yang kononnya hasil dari kajian bla bla what so ever tu...huhu....
bertambah pening bila duduk berbual dengan kawan2 seangkatan...eh i selalu tak bagi anak i makan benda2 ni tak elok..ala makan coklat sikit je kita dulu pun makan jugak elok je...ish i rimas la tengok anak dia tu tak tau duduk diam kan ke mak dia tengah sibuk berborak rasa nak cubit2 je...you, tengok tu, tengok cara anak dia behave pun tau mak dia ajar macam mana kat rumah kalau i dah lama budak tu kena tau!
uwaaa...tolonggg.....
saya tak mahu in future menjadi emak yang hidupnya di control oleh budak berumur 4 tahun, dan dalam masa yang sama saya tak mahu anak saya yang baru berumur 3 tahun ni terasa sangat dikongkong oleh emaknya yang perasan teknik parenting beliau is the best..hmpphh..
senangnya untuk kita sebagai observer jadi jadi hakim pada parents dengan hanya melihat pada sikap dan behaviour anak2 mereka kan? sekarang dah jadi emak baru tau betapa susahnya nak jaga anak....hadoii.....
lagi la bila mya dah makin besar, dah makin pandai dan makin susah untuk di acah2 kan oleh mama...dah panjang akal dan boleh bagi alasan kalau nak sesuatu, yang bila tak dipenuhi akan berubah menjadi gorgon dalam bentuk mini paling mengada-ngada yang sengaja mengundang kemarahan mama, nak2 time kita tengah penat dan pening..saja je cari alasan nak kena lepuk...huhu....tau je la kan bila tengah marah tu syaiton ni suka je hasut nak bagi tangan kita laju pelepap bon2 si kecik, nauzubillah....
tak suka la kan, jadi emak yang cepat naik darah...dulu masa berangan2 kehidupan motherhood macam mana yang di impikan rasanya gambaran di atas tak ada dalam imaginasi saya..yang ada semua indah2 belaka - bangun seawal pagi, bake fresh bread for breakfast so that pagi2 dapur saya bau wangi, layan anak belajar, buat arts, pergi piknik and main bola dekat taman, baking sama2...oh bestnya....
tetapi realiti kehidupan adalah jauh berbeza ya kawan2....pressure makin terasa bila anak makin membesar, rasa macam baru semalam dapat weekly newsletter dalam email pasal 'your baby this week' sekarang alih2 dah jadi tajuk 'your preschooler this week'...erkk. nak masuk sekolah dah ke budak ni? T_T
but for me, pressure tu sebenarnya datang dari tekanan orang sekeliling...sampai kadang2 terfikir eh suka hati la kan nak ajar anak aku macam mana yang sibuk nak fikir apa pandangan orang tu buat apa....other people selalu senang jumpa kesalahan kita dalam mendidik anak...tengok silap sikit je dah jatuh hukum mak yang tak pandai mengajar tu yang jadi budak tu nakal bla bla bla...lagi sakit hati kalau dia tegur cara kita tu terang2 depan orang ramai..haiyoh, serius rasa nak bagi side kick kat kepohchi macam ni taw!
emak mana yang tak nak bagi segalanya terbaik untuk anak dia kan? rasanya macam mana cara kita nak didik anak tu berbeza ikut perangai budak2 tu jugak...so far la kan, ikut pengalaman anak-anak ni sikap diorang berubah ikut pertambahan umur, ada peringkat suka jerit2, sampai satu masa tu eh pandai pulak masa mood tak elok tu dia dengar explaination kita and terus tukar jadi mood yang ok, ada masa tu cepat merajuk....adoii..serius pening...contoh macam kata la si budak ni memang tengah datang musim nak menjerit kan, tiba2 bila pergi rumah orang berebut mainan dengan kawan2 and of course la dia menjerit bergaduh2...ala biasala kan budak2 standard la tu...tapi nanti ada je yang macam tak faham kenapa anak kita nak menjerit and buat muka yang 'tolong kawal anak anda sekarang or else pergi tempat lain' ...seriously you all, ada je...tu yang buat i tertekan tu...dan baru faham apa perasaan mak dulu time i buat mengada kat rumah orang..teehee...
looking back, rasanya ada je pro and cons cara didikan emak2 kita dulu...yang pros tu kena jugak tengok masih relevan atau tak dengan zaman sekarang...and yang cons tu i jadikan teladan, contoh paling obvious is emak2 dulu2 selalunya tak open up sangat dalam hal2 berkaitan seksual...kan? tak tahu la emak korang advance tapi rasanya i dulu faham pasal period pun hasil gosip dengan kawan2, entah ilmu betul ke ajaran sesat percaya je apa orang cakap hehe...dah besar baru la faham sendiri2...
selalu dengar orang cakap senang je 'i beri didikan tegas pada anak2 but at the same time i'm their best friend' whoaa...terer betul makcik ni...zaman makin berubah, cabaran masalah sosial 10 tahun akan datang di waktu Mya menjadi si dara sunti calon awek paling hot kat sekolah tentunya berbeza dengan zaman comot i kat sekolah 13 tahun lepas kan? lagi la dengan perkembangan teknologi sekarang, entah2 masa tu kalau Mya pergi sekolah rendah bawak iPhone pun buat kena gelak je dengan kawan2 sebab mama dia kedekut hahaha...
so how meh? nak jadi garang sangat pun tak boleh, nak jadi hot mama yang sporting tak bertempat lagi la tak boleh...confused....so for Mya, if you're reading this in the future ketahuilah yang sebagai anak sulung memang lumrah mereka menjadi bahan eksperimen para ibu bapa untuk set benchmark rules and regulations, do's and dont's untuk adik2 ok...oleh itu sila abaikan mana2 hasil eksperimen yang gagal, sekian.