Friday 6 July 2012

what's cookin - Pau Lembut dan Gebu Terbaekk

last 2 weeks entah kenapa dilanda demam pau....pau...pau..pau...aummmm nyam nyam nyam..sedapnya kalau dapat pau gebus..

tengok resepi bila google mak aiii...macam2 pesen ada, tp yg pastinya kena ada tepung pau la baru jadi cantik putih melepak itu pau...baru ku tahu...tapi bila ternampak ada je resepi yg cakap tepung biasa pun boleh so kita lagi la semangat kan...

so first trial semangat buat 2 jenis inti, kacang merah dengan kari ayam...beli kacang merah tin then masak dengan air, gula and daun pandan...tp sebab kita tak pandai masak so inti dia macam tak kick sangat rasa kekacangannya teeheehee...but the pau texture was ok, lembut but not as soft as i was expected lor...so so aje gitu...

so second time, misi untuk mendapatkan pau yang lebih gebus...me and altering the recipe memang tak dpt dipisahkan, kalau tak camne sampai sekarang pun xde resepi tetap untuk cheese frosting contohnya, EVERY TIME buat rvc mesti bertekad, tekad untk jot down any changes tapi EVERY TIME jugak lah main campak2 sukat ikut eye level aje pastu lupa nak catit -_-' 

jadi masa nak menguli tu i was so tempted nak buat uji kaji, suka hati je campur tepung plain dengan tepung roti..heh heh heh...lepas uli and nak tunggu doh naik tu sibuk masak and masak (what else kan) sampai la macam eh alamak ada doh pau daaa...dah siap letak inti and kukus semua elok keluar je pengukus lepas 5 saat terus kecut mecut...what the heck???? bila try rasa doh x masak macam ala2 mentah gitu...punca haruslah tak dapat dikenal pasti sebab dah alter macam2 kan...so redha je la korek balik inti and buang all the raw doh tu.

esoknya semangat lagi nak try, kali ni stick to the recipe..well not entirely la kan just tambah ovallette je hehe..cannot la, mesti nak ubah2 gabung2 resepi hehe...dan alhamdulillah menjadi gebus bak juara! yahuuu!!! and  lesson learned ikut pengalaman previous attempts untuk dapat lapisan doh yang tebal kat bahagian atas inti tu agak susah, sebab masa bulat2 doh nak tutup inti kita tend to tarik the whole doh ke bawah, leaving the top layer nipis...tak mahsyuk kalau gitu...

pandai2 la korang bajet time nak gulung tu camne tak nak bagi nipis kat atas, tapi kita masa canai tu lebihkan canai kat tepi2 je, means that kat tengah2 tebal and tekan lebih sikit kat sekeliling bulatan...errr..got it? no? ;P

kita buat inti kari ayam dengan kentang, masak ala2 inti karipap tp kena lebih sikit rasa masin dengan manis-manis manja gitu, baru balance ngan makan dengan roti pau tuh...aummm!

sorry lah ye gambo operasi langkah pencanaian nan ado...huhu....


fresh from the steamer...mak aiii...bosa boto, dah sama bosa dengan muka mya dah ni hihi ;)

see what i mean? macam ini lah yang kita mahu, tebal di atas..pendek kata ketebalan yang sekata...kalau tak tu nipis sangat sampai nak terlambak inti bila kena kukus, tak yah nak marking dot2 kaler2 to verify the filling hihi....


Pau Lembut Gebu Terbaekk
Source: yani@myresepi
**Sukatan dah diconvert ke cawan utk menyenangkon keroje saye hihi

300gm tepung gandum  / 3 cawan tepung
6gm baking powder      / 1 1/2 sudu kecil baking powder
2gm garam           / 1/2 sudu kecil garam
162gm air suam / 162ml air suam (kalau tak cukup boleh tambah sikit)
6gm dry yeast / 1 sudu kecil dry yeast (i used one sachet 7gm active dry yeast)
30gm gula halus / 2 1/2 sudu besar gula
18gm butter/mentega / 4 sudu kecil butter/mentega
2 sudu kecil ovallette (yang ni tambah sendiri)

inti ikut suka; kacang merah, inti kelapa manis, kari ayam/daging, etc.

  1. Masukkan tepung, baking powder dan garam, kacau rata.
  2. Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain, kacau hingga larut.
  3. Masukkan larutan yeast ke dalam tepung, uli hingga hampir licin. (my way, campak semua dry ingredients kecuali mentega dalam satu mangkuk;tepung,baking powder,garam,yeast,gula dan ovallette dan gaul rata, kemudian tuang air dan uli sampai agak licin sikit, kalau tak cukup air tambah sikit2 sampai ok and lastly baru masuk lemak sayur or mentega dan uli sampai licin dan gebu)
  4. Masukkan pula lemak sayur dan uli sampai licin (dalam 5-8 minit). Buat bentuk bulat dan perap doh hingga naik 2 kali ganda atau letak dalam oven 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
  5. Untuk uji naik ke tidak..taburkan sikit tepung atas doh, tekan dengan jari, kalau tinggal lubang maknanya doh dah naik.
  6. Tekan-tekan untuk keluarkan angin, bahagikan kepada 8 bahagian bulat kecil (nak buat kecil sikit pun ok dalam 10 ketul sebab dah kukus akan naik besar lagi) dan rehatkan kejap 10 minit.
  7. Ambil sebiji doh, canai dan letak ditengah, tutup rapat dan alaskan dengan cawan kertas buat cupcake tu. Buat sampai habis dan dah siap letak inti rehatkan lagi dalam 5 minit dan boleh panaskan kukusan.
  8. Bila dan naik sikit boleh la dikukus dengan api kuat selama 15-20 minit, Balut penutup kukusan dengan kain kecil dan masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.

**Untuk frozen, lepas dah kukus biar betul2 sejuk dan boleh masuk dalam freezer. Bila nak makan boleh terus kukus for 10-15 minit sampai lembut.

3 comments:

F.a.d. R.o.y said...

sedapnya... terliur tgk...

mamamya said...

erk alamak terliur ke? kena pergi cari cepat2 tu nnt kempunan x boleh tido dibuatnya hehe..

Unknown said...

Asalamualaikummm , haiii akakkkk .. nak tanya nii , ovallete utk pau bagi apa ehhh ? setahu saya ovalette pakai utk cake je .. tapi first time saya dgr ovallete pakai utk pauuu .. nak naikkan gebu dua kali ganda tu kan? simpan kat oven ke? ke dkt microwave boleh??