Tuesday 2 February 2010

snowy me II

bangun-bangun pagi semalam tengok salji dah menimbun...alamak...geram i tengok, gebu gebu macam gula kapas! so, lepas bagi Mya makan and susu, bungkus dia elok-elok and bawak dia keluar nak amik gambar hehe...lokasi tak jauh, belakang rumah je =)

eh kejap eh, Mya pun nak story jugak, suara hati Mya:

Iya auntie-auntie, kakak-kakak, dan abang-abangsekalian, nak tahu tak belakang rumah saya ada apartment yang sangat cantik dan moden. Setiap hari bangun tidur Mama akan bawak saya tepi tingkap untuk tengok snow gebu and bebirds eh silap , birds flying flying. Neighbourhood belakang rumah saya tu kan, nampak (memang pun!) macam rumah mahal dari rumah saya yg hanya ada satu bilik tidur ni walaupun jika convert ke RM kami boleh tinggal di banglo cantik seperti bekas penyanyi dangdut terkenal itu. Tapi takpe, papa saya kata rumah kita ni dah kira termasuk pinggiran kawasan rumah mahal juga...apa-apa je la papa saya tu...

Sejuk sejuk...muncung saya beku!

Saya sejuk...kaki saya dah kejung..tolong..tolong...kasut saya sebelah tercicir tapi mama saya yang syok sendiri sbb umur dah dekat 30 baru jumpa salji tu tak perasan dan asyik tanya kenapa saya keras tak bergerak dan takut...ey mama, kaki mya dah beku tahu?! dush dush!

Tengok tu, mama masih tak perasan saya berdiri atas salji..mama sape la ni vain sungguh! sob..sob... (T___T)

ok fine, mama dah dukung saya tapi boleh tak kita balik sekarang dan lupakan hasrat utk buat saya senyum mama? Just forget it, muncung saya dah beku can not smile anymore u know!

huhu...masa nak balik tu nasib baik mama saya perasan kasut comel saya yang tergolek dog chomey atas senow...kalau tidak ini akan jadi pasangan kasut saya yang ke-3 tercicir dan tinggal sebelah, semua kasut baru saya bila 1st time pakai tercicir sebelah jadi untuk membeli kasut untuk saya papa adalah agak reluctant (mama cakap sebab ekonomi jatuh jadi kita kena budget recession, ah alasan!)

OK lah, tu je saya nak cerita pasal semalam. macam serik nak main senow lagi sebab kaki saya yang beku diri atas salji, tapi takpe asalkan boleh tambah koleksi gambar bukti saya pernah duduk UK untuk kawan-kawan sekolah nanti, Mya tak kisah....

LOL


6 comments:

Nur Hamizah said...

bestnyee snoww!!!! wah ni kalau humaira ni duk sejok2 camni alamat non-stopla selsema dia.bukan dia je, mama dia ni pon tak tahan sejuk.

btw all your entries about baking mmg mengujakan aku.maybe aku akan cube start baking dalam 1-2 minggu ni. first time!! ;-)

mya punye mucung tu memang mahal giler lah! take care ok!!! hugs for Mya!

mamamya said...

hehe..terbalik pulak dgn Mya, dia ni pantang panas mesti grumpy n moody. so dpt dok tempat sejuk ni mmg suka la dia..hehe..

tp kalau dah sejuk sgt nak2 angin tiup kuat berkerut jgk muncung dia tuh.. =P

good luck baking beb! aku skang tgh semangat nk buat cookies utk Mya hehe...

dah baking sila hapdet dlm belog okeh!

swit@kon said...

munchung kejung? hohoho. pelapis um ni babe. (jangan marah um)

pesanan tuk mya : mama mya ni memang tau! suka lupa2. lain kali mya jerit kuat2 bila kaki dah rasa seno (snow) k. meh babab! :P

ami wafa said...

keshian muchi muchi mya ni, mama mya memang vain la. ada ke excited sgt nak bergambar dgn senow sampai x perasan kasut anak dah tinggal sebelah je. haih!

Anonymous said...

ahahahaa... kesiannye mya!!!
chomel ok munchung dia tuu.






~coffeeaddicts~

mamamya said...

min, tu la kan sian betul dgn mya..sapa la mak budak ni hehe...

pn kopi, muncung dia mmg mahal okk..hehe...lagi kalau dia marah - muka berkerut masam giler muncung ke depan hehe.. =)