Thursday 18 February 2010

what's cookin - Banana and Chocolate Chunk Muffin

hai hai hai! v(^_^)v

bertemu lagi kita di dalam episod what's cookin kali ini ya...sebelum cerita masak-masak kita pergi jalan-jalan dulu okeh! semalam adalah sangat cerah..pelik betul, sebab semalam semalam aka kelmarin ada snow turun, tengok-tengok semalam matahari memancar-memancar dengan indahnya...terus hati i pun jadi riang ria ribena...dok dalam rumah pun tak yah bukak lampu...pastu lagi pelik hari ni snow turun balik, tapi ciput je la jenguk manja manja je..haihhhh...cepat la abes winter...kan?

saya adalah pantang tengok hari cerah sebab ada alasan untuk keluar bersiar-siar bersama mya....target kita mahu ambil cream muka mya yang di order (sbb tak ada in-store so kena order and pick up later) dan mahu beli bedak muka mama yg baru...

St. Nicholas Shopping Centre; tengok tu..lihat awan di sana, berarak mengikutiku..cewah! happy betul hehe..(sebenarnya nak cakap "tengok tu, nampak tak kedai GAP? ada sale murah giller tau tak?wohoho!") dari luar nampak ada SALE dalam GAP so terus jalan cepat-cepat pergi farmasi beli cream and bedak dengan pantas, dalam hati dah tak tenang sebab ternampak signage baju GAP Kids 2.99pounds je!

hasil tangkapan di GAP, tunic top Mya hanya 4 pounds sahaja uols! murah-murah tapi dah tak banyak saiz so kena pilih2 sikit.. i dah rambang mata, ikutkan hati nak je rembat semua tapi masa ni Mya dah start merengek mengantuk (adoiyai..bangun pukul 11 pun nak tido lagi anak dara ni) and kalau ada papa lagi best sbb ada chief banker dan tukang bagi support utk mama dan jaga Mya so beli satu je la kan (-_-')

muka Mya puas hati dah nampak pintu rumah...chettt....lepas GAP i masuk Primark, shopping store feveret i sebab semua baju and kasut adalah murah dan gorjes dan kalau nasib baik boleh dapat barang Mya yang reduced sampai 50pence! wohoho! lumayan bukan? tapi keadaan cinonet i tak mengizinkan jadi balik je la...huhu...sampai rumah tak sempat i habiskan seround lagu wajib utk tido si Mya dah lentok..hehe kesian dia...

ok, cinonet dah selamat beradu, berbalik kpd tajuk di atas.
cubaan kali ini adalah Banana and Chocolate Chunk Muffin akibat terpengaruh nonton rancangan feveret Mya - I CAN COOK, episod Chunky Banana Bread.

Tapi kita ubah suai sikit, bahan-bahan basic tu guna ikut apa yang ada dalam pantry comel i aje dan tukar kismis menjadi chocolate chunk dan letak dalam paper cup sebab ketiadaan loaf tin. The thing that i really,really like about this recipe is it's so simple! (what else, heh?) dan adunan tak banyak, ok la untuk 3 orang makan..tak sampai 15 minit muffin i dah selamat di masukkan dalam oven...but if u interested to make these, i do suggest to use over ripe bananas and i notice some banana recipe suggest to use pisang emas in their recipe. Maybe boleh try kan? Kat sini ada satu jenis pisang je yang ala-ala pisang montel, takde nak dapat pisang emas ke apa ke so rasa pisang tu kureng la sikit tapi still sedap... =)

freshly baked from oven...

the texture...light and fluffy..more into bread like texture (dah nama asal pun banana bread kan..hehe)

Recipe adapt from I CAN COOK, CBeebies Channel
Ingredients:

WET Bowl:
1 ripe banana - mashed
3 dessert spoons sunflower oil plus a little for greasing -i use vegetable oil
1 egg - beaten
3 rounded dessert spoons of raisins - use choc chunk instead if u are chocoholic like moi =)
1 teaspoon vanilla extract

DRY Bowl:
50g golden caster sugar - i use granulated sugar
110g plain flour
1 level teaspoon baking powder

Method:

1. Prepare your WET bowl: Pour oil, egg, vanilla extract and raisins/choc chunk into mashed banana.

2. In other bowl, mix in sugar, flour, and baking powder.

3. Then pour the flour mixture into your WET bowl. Fold in slowly until combine.

4. Grease loaf tin with oil or scoop mixture into muffin cup.

5. Bake in pre heated oven 150 C for 15 minutes or until done.

happy baking! (^o^)


pesanan untuk cik ahkon: muffin pisang ni adalah untuk mengubat hati yang lara akibat pandan cupcake yang tak jadi hari tuh...mentang2 la ckp pasal cupcake pandan font pun kaler hijau hehe...

4 comments:

swit@kon said...

hahaha. jadi lah tu kan. at least. aku ingat ko nak letak pandan cupcake ko yang tak jadik tu. :P

benda ni cam sedap je. tapi lin butter cookies aku tu bila simpan dalam balang jadi makin sedap k. so ai nak buat lagi this weekend.

p/s : sila la email kat aku kasut2 meletup tu. aku nak kirim sepasang dua. aku ada beli online tapi p*i*g skin la pulok. huhu. btw, kakiku punya measurement adalah 23.5 akak 24 cm. hahahahaha

mamamya said...

hehe..mmg biskut tu makin makan makin nak tak boleh berhenti masukkan tgn dlm balang =P

kamu mahu branded atau yg sempoi sahaja? nnt la kut weekend ni weather okeh aku gi survey...saiz 24 cm eh? uk punye size berapa tuh?

swit@kon said...

hahaha. aku tak tau la lin. kalau Vincci saiz 6 la kot.

ko ukur benang 24cm. bawak g kedai. hahahaha

mamamya said...

aku baru je berangan nk gi jalan bandar esok sekodeng kasut ko, tup2 salji turun besar2 sebijik2..huhu..bad weekend... =(

marathon tgk muvie dan mkn menambah berat bdn la jwbnye...