Friday, 30 April 2010

english class..anyone? (and its free!)

yesterday pergi english class dengan Cik Ina (Enche Hafiz's wifey).

actually, Cik Ina punye health advisor la ni sibuk suruh dia pergi join sebab...err..agaknya dia kesian tengok membe duk terperap kat rumah je kut...hehe...dah la jauh, membe duduk kat Culter so memang kena naik bas la kan...

the class was held by a non-profit organization, one of government sort of charity programmes offered to all people (local or foreigner) in Aberdeen....siap ada tempat untuk jaga baby lagi..bagus tak? tempat untuk baby tu (Leaping Leopard Creche) pun also provided by Aberdeen City Council, untuk parents/carer yang join program boleh letak baby for free...haa..ni yang i suka dengar ni..hehe...kelas kat atas, so msa tgh sibuk belajar (ye la tu...gelak je lebih) memang dengar si Mya menangis terjerit-jerit....i tabahkan hati je la, ye la sampai bila nak duduk berkepit je kan? sekali sekala kena jugak ajar dia independent and socialize dengan orang lain...tapi at the end Mya was okay, a bit tired (yela kalau dah nangis tak hengat sapa tak penat beb) but she's having fun..best woo tempat dia banyak giller toys....i nak snap gambar tapi tak boleh...memang terlalu secure sangat tempat tu...

ok, now about the class. actually it was targeted for those who can't speak English at all...dengan kata mudahnya, untuk mereka-mereka yang sangat beginner...jadi Maureen (the tutor) bitau that my english is very good (and i was like, heh, yeah right setakat pandai loyar buruk sebab tgk Friends hari2 boleh la...wait until i back to the office and my boss suruh i karang essay then terkincit sebab orang duk assume dah duduk oversea MESTI pandai English dalam semua segi hehe..)

siap cakap kalau next time ada orang yang lebih memerlukan kelas ni than moi dia akan inform so that i tak yah datang untuk bagi priority kat orang tu..sebab tempat utk baby kat creche tu terhad...huhu..pulak...apa-apa la kan...hehe...

dah dia compare dengan 2 orang anak murid dia memang beginner......Penny from China and Rungthip from Thailand....tau-tau je la orang asian macam kita ni lidah macam mana...ibaratkan macam i nak belajar cakap mandarin, tak ke haru biru...hehe...tapi si dua orang tu memang kelakar habis, kitorang asyik gelak je memanjang ...uols tau la i mcm mana kan...first time jumpa terus banyak cakap pok pek pok pek pastu asyik loyar buruk and gelak kuat-kuat...haih, nampak sangat dah lama tak de kawan T_T sampai cikgu cakap 'Lin, you have to talk slow-ly or else they won't understand'

best tau...sebab just duduk satu meja borak-borak sambil minum kopi and makan biskut..and sebab senang giller hehe..memang benda yang sangat basic, macam how to pronounce alphabet,numbers, name of days and months correctly...basic kan? and you wouldn't know ada je benda basic yang kita selama ni salah sebut...contoh:

H - pronounce as ech NOT hech
Z - pronounce as zed NOT zek (ni typical lidah melayu)
Wednesday - pronounce as Weddensday
three - yang ni i memang pronounce 'tree' sampai cikgu pergi depan lukis pokok muahaha...

belum masuk bab grammar lagi...hehe...yela, kalau kita cakap tu nak cepat je kan memang tak sedar grammar tu betul past tense ke present ke plural or singular...for us malaysian maybe a bit advantage sebab bahasa melayu pakai tulisan rumi, and sekolah pun ajar english yang advance compare tu my 2 other new friends (from china and thai..what do you expect?) dah la ada tulisan native sendiri...dari apa yang Maureen cerita, overall i'm really impressed for their improvement, dari tak tau cakap langsung, sangat-sangat pasif and pemalu and now dah pandai cakap basic things and dah boleh buat lawak and gelak-gelak...seriously, we really feel welcomed and seronok sangat semalam...memang jumpa-jumpa terus click and boleh gelak-gelak...

masa tu terus terfikir, alangkah bagusnya kalau benda macam ni ada kat negara kita kan? kalau nak fikir-fikir, buat apa diorang bersusah payah tolong orang asing walhal banyak lagi local people yang susah dan perlu ditolong macam homeless people or binatang yang terbiar...they really treat us with respect and very professional...sangat kagum dengan inisiatif macam ni...macam kalau kat tempat kita (no offence) but i do think yang kita ni sometimes tend to judge people to quickly, dah la tu judge orang pun mesti nak fikir negative je...or kalau buat kerja tu macam tak ikhlas je....kalau kat sini beli telur pun cashier akan greetings senyum2 and akan bukak untuk check yang telur tu tak pecah or rosak..bagus kan? well, memang la tak semua benda diorang ni bagus but in terms of manners and courtesy i think banyak yang kita boleh belajar daripada diorang ni...contoh dalam hal kerja, setakat ni tak pernah dengar mi amor menrungut 'tensennye nak pergi kerja'...sebabnya environment sangat best, kalau kena present walaupun salah bos2 tak kan fire...setakat nak cari salah org bawahan tu bukan stail diorang la...kalau buat simulation and tak tau fromula, tanya super duper senior yang tahap atuk2 pun diorang akan ajar satu-satu...kalau dalam meeting walaupun kita ni baru setahun jagung still kalau bagi opinion diorang akan take into action...kesimpulannya, kerja bertibun banyak mana pun semua orang akan balik on time pukul 5 petang..wahhhh bahagianya...takde kena marah pulak tu..hehe...

then terfikir pulak, agaknya kita memang dah di didik macam ni ke? sebab dulu kat univ kalau present kecut perut sebab tau akan kena fire kaw2 punyer dengan lecturer...sudahnya buat kerja asal siap dan hafal jawapan....betul tak? ke..aku sorang je kena fire sebab korang sume genius dari lecturer? haha... =D

eh eh..tiba-tiba dah lari dari tajuk asal..termembebel pulak...kalau nak cakap pasal benda ni sampai ke sudah tak habis..hehe..tu kena buat satu entry khas later la kan..hehe...walau apa pun, i tetap rindu tanah air ku tercinta...msia tetap di hatiku huhu...rindunya nak balik....nasib baik dah ada kawan baru, so semalam memang rasa sekejap sangat dah habis masa and nak tidur...baru la rasa bermakna sikit hehe...

ok la ye..kalau i ingat next week i snap gambar my new friends yang chomel and kelakar tu..

5 comments:

Lady said...

khap kun khaaap~ bangga aku dengar ko pegi blajar english ni.. pasni bole la blaja cakap thai n mandarin ke~ cayalah mya nanti.. bole blaja banyak bahasa dari mama dia~ hehehe

Mursapap said...

Tapikan kene marah dgn lecturer (walaupon sedih) tapi mcm ok ape. Make u learn things. Kadang kalo senang sgt pon tak mencabar. Ye dak.

Betul Lyn, Malaysia sangat best. Boleh makan nasik lemak bebila masa, roti canai memalam sambil lepak lepas makan dinner. Or tetiba nak pegi OU sebab nak jejalan sambil shopping.

Dak pon balik kampung pastu dapat makan masak lemak cili api utk makan tengah hari. Then petang lak makan goreng pisang dengan minum kopi.

Yummmm.....

Ngeh ngeh. (Dengki tahap dewa!)

Tapi jangan nangis tau. Karang rasa bersalah.

suhana azlin said...

lady: tu la...best je ada membe beru..dia pun cm hepi bila kita ckp omg i like tomyam! hehe...

mursapap: haip, celepuk kang! hehe..
nasi lemak tu ok lagi sbb dah boleh la masak sendiri..paling rindu msakan rumah la..kt sini minum kopi tp kt kedai kupi mahal cm setarbak tu haa..perasan cm org kaya kejap padahal kedai tu je yg ada benda boleh makan huhu(telan liur je lalu depan nandos)...xpe, kejap je lagi i nak balik..yieehaa...!

oh by the way, anda mmg dengki okey! hehe...

didi said...

hihi
lagak pandai english dgn org asing lain
i like:)

bila balik nanti, sila speaking dgn british accent
saya akan bagi markah okay.

suhana azlin said...

didi: sori ye lidah i mmg keras nak ajuk british accent yg super pekat tuh..scottish lagi la dgn sengau2 lagi hehe...

bukan berlagak, tp terlebih hepi dpt gelak2 and i was like..finally, dah lama aku tak gelak bosar cm ni huhu...

pathetic, i know T_T