for those who still remember, i'm having such a difficult time trying to make doughnuts before...huhu..sila bayangkan, dalam masa seminggu almost 5-6 kali cuba buat tapi hampeh....satu rumah penuh bau yeast...yeurghh! keadaan itu sangat lah tidak dapat diterima sebab dulu kat msia nun ok je i buat..huhu sedih...
well, maybe salah tengok resepi...refer resepi malaysia which instant yeast (mauripan) are widely used tapi beli yeast lain....hahaha..okay okay my bad... =P
disebabkan itu, mauripan menjadi bahan utama dalam senarai-barang-mesti-bawa emak saya semasa datang melawat....amik ko, berbelas paket dia bawak hehehe...
and for that, i present you.....
...
.....
........
..........
.............
taraa! my homemade doughnuts....pardon me for the cockiness of their appearance, senget benget but what the heck, that's what I called 'homemade' =)
sangat suka hati donut ku menjadi...tak sia-sia gagahkan diri tabahkan hati tahan tangan yang lenguh masa menguli....gebu yang amat (mana taknya tepung sikit tp guna satu paket mauripan)...macam tuan yang buatnya jugak hahahaha...serius weyh, kegebuannya mengingatkan diri ini kepada keadaan pipiku sekarang..and my thighs...oh my bon-bon also...and my bangers wings...not to forget my muffin tops..but err, whatever lah kan!
for me, the dough was quite sticky to work with....gebu melampau...nak canai utk terap pun susah sebab melekat-lekat...adakah sukatan resepi ku tersilap? hehe...so what i did was bentuk bulat-bulat kecil, then tebuk lubang kat tengah-tengah with muncung botol coke saiz kecil tu...and becoz it was soooo soft and gebuz, masa nak angkat utk goreng pun macam senget-senget..haha lantak lah...janji sedap..janji dapat rasa donut macam buat kat rumah...tak pun dapat rasa macam donut yang jual kat tepi jalan depan mpi area hala kat kg abu bakar baginda tuh...woot woot..donut gebu terbaek segar dari ladang tuh... =D
Donut Pesona
Source: rinnchan.fotopages
Bahan-bahan:
3 cwn tepung gandum
2 tbs gula castor
11 gm instant yis mauripan
2 tbs air suam
3/4 cwn susu cair (macam rinnchan, i pun fresh milk je)
1 biji telur
3 tbs mentega
1/2 tsp garam halus
1 titik esen vanila (opt.)... (tak letak)
1 titik esen ros (opt.)... (tak letak)
1 1/4 tsp pelembut BIOSTAN ...(sorry tak pernah dengar pun..hehe..tak letak)
Cara-cara :
1. Di dalam mangkuk pengadun, larutkan yis ke dalam air suam dan apabila telah rata (pekat), tuangkan susu dan ratakan. Biarkan 2 minit.
2. Masukkan gula, telur dan mentega. Campur sehingga sebati dengan memukul atau gunakan mixer.
3. Ayak tepung bersama garam dan bread improver. Masukkan separuh tepung ke dalam bancuhan yis dan gaulkan sekurang-kurangnya tiga puluh saat. Tambah lagi tepung baki dan uli sehingga rata (10 minit). Taburkan sedikit tepung jika perlu untuk memudahkan ulian.
4. Tutup mangkuk dan biarkan selama lebih kurang 30 minit (atau apabila ulian doh sudah berganda)
5. Uli doh sekali lagi sehingga ulian menjadi pejal (4 atau 5 minit).
6. Terap doh menjadi lapisan kurang sedikit dari setengah inci. Tabur sedikit tepung untuk memudahkan pengendalian doh.
7. Gunakan pencetak doh atau ciptaan sendiri untuk menebuk doh tadi.
8. Sapu hanya sedikit minyak pada bekas untuk mengelakkan doh melekat. Perap selama 25 minit atau apabila doh sudah naik secukupnya.
9. Goreng pada api yang sederhana dan balikkannya dengan kerap. Goreng sehingga kuning keemasan. Sekiranya hendak dibekukan, memadai kuning pucat sahaja.

selamat menguli kawan-kawan! =)
5 comments:
aku terliur
*rasa nak pi alamanda n beli big apple for buka pose*
la..pose ke? kalau pose tgk gamba makanan mmg la babe...hehe..
adus..sedapnye big apple..gulp! =P
akhirnya..donut mauripan ko berjaya! hehehe.. tahniah!
p.s. haritu aku buat ikut resipi mesia dan guna mauripan jugak, tapi disebabkan ketidaksabaran untuk menguli tanpa tunggu dia kembang betul2, haaaa amek ko. donut tu sangat keras dan tak sedap! haih.. kena try lagi nih..
ye la cik puan lady, akhirnya! hehe..
mmg masa menguli tu ko kena sabar beb, gile lenguh..masa tu la rasa oh-how-i-wish-ada-breadmaker-make-my-life-easier!
sila cuba lagi dan pujuk otot2 tgn anda utk bersabar ye...hehe..dan jgn lupa sila belog hasilnya =)
Clap clap clap.
Donut mu sgt meletops.
Post a Comment