Tuesday 16 November 2010

selamat ulang tahun ke-2 sayang

Eh? budak comot ni dah 2 taun eh?

Princess mama dah 2 tahun..2 years old..fuhh..rasa sekejap sangat dah besar..sekarang ni baru la faham perasaan seorang ibu tengok anak membesar T__T with me being anak yang agak rebel juga semasa zaman persekolahan, very the naughty suka cari pasal dan sebagainya…uwaaa…padan muka diri sendiri kan? Baru tau.

Back to the story (mama ni suka curi tumpuan pada diri sendiri =P)

mengimbau kenangan pengalaman pertama kali preggie...dari kiri atas clockwise; senyum tutup mata sambil jari tutup muka sebelah, bukak mata buat muka jelir lidah jari ala2 peace, bukak mata dan senyum macam tengah babai pun ada...korang nampak ke tak buat2 nampak ni? orang tua2 cakap, kalau tak nampak tu tandanyaa....tak lama lagi....hehe...

Today our beloved Kasih Mya is officially 2 years old. Dua tahun lalu pada tarikh 15 Nov mama masa ni tengah sibuk call nenek suruh bersiap sebab lepas check-up nak gi makan2 kat Basil Bangsar Village yang sampai sekarang tak gi qada’ lagi hehe…and 8 tahun lalu pada tarikh yang sama 16 Nov 2002 Lin and Kamal were officially declare ourselves as a couple..aww! kembang kejap perasaan gue hehe…tarikh birthday Mya sama dengan tarikh mama n papa couple tau..isn’t it ironic? I mean, ok jom couple I syg u, u cinta I kan then 8 tahun kemudian, taraaa…! We got baby, baby! Hehe..memang simbolik =)


dress polka dots comel courtesy from Aunty Didi =)

kek beli siap...kecik je comey malas nak buat sebab kek coklat ari tu buat smpi skang duk beradu dlm peti ais tunggu masa nak kene buang je...kos nak buat lagi mahal dari beli pastu buang je tak abes nak makan membazir kan? beli je la bukan nak makan pun cukup syarat je nak singing singing happy happy...

Memandangkan sambutan hari jadi yang meriah dah buat before balik UK, so bila exact date ni beli kek, pakai baju comel polka dots sponsor by Anty Didi (thanks so much babe!) yang supposedly for Raya purpose tapi agak besar untuk dipakai ketika itu then ikat rambut comel2 pasang lilin, pasang lagu birthday from youtube and nyanyi2…tu je la…cukup la kan…simple je dah kami anak beranak je yang ada pun…

Yang penting Mya happy sangat =) tiup lilin berkali-kali seronok tengok api lilin tu menyala then berasap-asap hehe…lepas tu buat ‘majlis’ ni pun weekend lepas hari sabtu…kalau nak buat hari ni papa sibuk, lunch pun tak balik then entah pukul berapa pulak nak tunggu balik keje kan…so buat je la kejap masa papa tengah rehat2 kat rumah


nyanyian dan tiupan lilin pertama berlatarbelakangkan lagu happy birthday di youtube


tiupan lilin kali ke berapa entah...suka hati la Mya asalkan Mya happy layan kan je la =)

As for checklist kepandaian Mya, so far dah banyak yang dia pandai buat kadang2 takut mama pulak yang ketinggalan dengan perkembangan dia hehe…contohnya;

- paling suka tolong mengemas; tolong masukkan barang dalam bakul masa shopping barang dapur, tolong mama angkat bantal kemas tempat tidur, tolong passkan hanger baju, tolong mama lap lantai, tolong masak (lebih kpd tolong sepahkan sebenarnya hehe) macam-macam lagi la…bagus Mya bagus teruskan semangat sampai anda besar dah anak dara ye, sonang kojo den kek umah nanti…

- pandai mengomel…kalau bab ajuk mama cakap nombor satu…sabar je la, dengar mama borak dengan nenek pun suka ajuk apa mama ckp, tau2 je la mama dia ni kan bila borak dramatic dan gelak kuat2 agaknya tu yang dia tertarik nak ajuk kut =P

- dah hafal lagu ABC, twinkle twinkle little star, lagu tema cerita Mr Tumble, lagu season kat CBeebies channel, lagu I Can Cook…then pandai kira 123 sampai 10…ajar in english one, two, three tapi tetibe pandai kira satu, dua, tiga…terkejut i..hehe…dia ni kalau ayat bm tu cepat je nak ikut haih.

- Akal mengelat makin panjang, kalau dia tau mama nak panggil dia mandi cepat2 lari pergi tempat lain suruh mama kejar…mama pulak kena cari akal macam mana nak bagi dia pergi ke bathroom dengan rela hati…so tampal sticker fish kat dinding tiles bilik mandi and bitau ‘come here Mya say hello to fish’ hehe…time nak tidur pulak mintak susu, bila mama tgh buat susu dia akan tutup muka dgn tangan, meniarap and gelek2 bontot..saje je tutup muka konon tak nak minum susu…then cakap ‘pigel pigel drink milk’ ok fine mama pun buat action bagi iggle piggle minum susu…pastu cari alas an ‘ashi ashi drink milk..’ ok ok upsy daisy pulak drink milk…only after mama buat aksi bagi pillow, shirt, light, tick tock dan macam2 lagi minum susu and bitau cepat mya drink your milk or spider will come and take away your milk baru la dia baring betul2, bukak putting dan minum dengan rela hati…huhu…dan aksi yang sama harus diulang even kalau dia bangun tengah malam mintak susu ye..tak ke pening tgh mamai2 nak berlakon bagai adoiii….

bersama Iggle Piggle dan Upsy Daisy tersayang


sticker ikan buat penguat semangat Mya menempuh kesejukan di bilik air

- Pandai baca buku..well, in her way la kan…dah kenal banyak benda dan banyak vocab…rasanya compare to zaman kita at this age mana la kenal spoon, window, door..yang tau sudu, tingkap, pintu hehe…lainla korang dulu duduk over the sea..i dulu takde la….

- Suka buat muka mengada, kuat demand, kuat jeles dan suka buat2 nangis..naik menyampah pun ada kadang2 meluat I hehe..takde la…orang tengah cuddling2 sibuk nak mencelah nak duduk tengah…serius tau sampai tarik2 rambut mama as if dia cakap ey pompuan ke tepi kau aku nak duduk sini go away go away! then bila mama mengalah gelak puas hati….apa lagi ‘bergaduhlah’ anak dgn mak berebut ketiak papa hehe gitu la rutin harian kami =)

- Bab makan memang ikut mood; sometimes memang refuse to eat anything..anything ye..sampai naik risau…kena pandai la tackle dia macam bagi roti bentuk star ke (cutout using cookie cutter) kadang2 tu ok pulak…rice with fried chicken, choco rice cereal with fresh milk..bagi apa pun sume ok…ikut mood la..dia paling suka hirup sup..aiyoh..pandai pulak tu memilih ‘no I don’t want carrot, soup only mama’ and bukak mulut kecikkkk sangat muat2 nak hirup sup..syabas syabas! Menu common: macaroni soup with carrot and spinach. Or as Mya calls it moon shape pasta.

- Betul la pakar cakap otak budak ni macam sponge, cepat je serap apa2 input..and, ingat pulak tu. Contoh kalau main puzzle, sebab dah hari2 main so dia boleh ingat lepas gambar ni gambar small plant, then big chair, then papa bear..gitu..so kalau nak tercakap perkataan tak elok tu we all eja je….macam,kalau bukak paper online baca berita ‘hish b-o-d-o-h betul la dok rogol budak apehal ko g-i-l-a!’ dan sampai sekarang dia still ingat baby Aqif tumpah susu walaupun benda tu jadik dah lama time kt msia dulu..hehe..pantang sebut nama Aqif mesti cakap Aqif tumpah milk..aiyo..mcm la budak tu tiap kali jumpa dok terluak susu, ternampak sekali je pun..hehe…

Banyak lagi la…dia makin besar kan, altiviti harian tu kena padatkan dan sekarang ni pantang tengok cuaca ok mesti nak bawak Mya keluar, tinggalkan kat crèche sejam dua so that mama dapat lari jap gi marksandspencer beli sayur and udang lebih2 lagi time bekalan ayam dah habis dan malas nak gi kedai arab macam sekarang ni…asalkan dia dapat bergaul dngan orang kan..lagipun ni la chance mama nak window shopping hehe…and hari sabtu dah start bawak dia pergi join sesi mari menari khas untuk toddler sebaya Mya…wahhh…happy bukan main..ye la bilik tu luas and ada cermin besar cam studio menari tu..mama tengok pun sexcited!

Kadang-kadang tu rasa sayu jugak tengok dia macam boringgg je duk rumah…kalau kt msia tu banyak je aktviti dia nak buat kan, orang yang nak melayan dia cakap mengomel pun ramai so skill nak bercakap tu sure cepat berkembang…tapi kat sini most of the time tengok tv je…nak layan dia sorang tak dapat la kan, mana nak settlekan kerja2 kat rumah lagi…kdg2 tu rasa bersalah gile tgk muka dia sekonyot je bila mama tengah sibuk masak =(

So what I did was, other than layan dia main puzzle plan untuk masak2 bersama Mya..contoh macam main doh biskut ke..buat kek simple ke..or even mash pisang buat cekodok..hah, senyap terus..leka je main dengan senduk sume hehe…

aktiviti main masak2 kegemaran saya...
menambahkan sepah dan kerja mama di rumah bagi mama bersenam sikit =)

Kasih Mya…I still remember nama ni terlintas masa tengah duduk tengok tv kat ruang tau rumah comel kami di sg chua…masa tu tengok astro ria…nama ‘Kasih’ tu memang dah confirm tapi tengah cari nama gabungan…terlintas ‘Mya’..eh eh macam ok je kan…’Kasih Mya’- bunyi pun cam lembut tup tup start drama Kasih Mya kat astro..si nasha aziz berlakon..haha terkejut ko! Haa..ni kira confirm la ni macam tau2 je….=)

Mya, mama and papa doakan Mya jadi anak yang baik, dengar cakap orang tua dan belajar rajin2 ye….deep inside, mama mengharapkan biarlah Mya lebih ikut perangai papa, cukup la mama seorang yang dramatic dalam keluarga kita mau migraine kepala papa nak melayan 2 diva dalam rumah hehe…ikut perangai papa means, berusaha bersungguh-sungguh bila nak dapatkan sesuatu, terang hati dan otak dalam akademik serta mempunyai tahap kesabaran yang tinggi..Mya perempuan, kena sabar dan jangan kelam kabut macam mama sob sob...kalau nak cedok kualiti yang ada dalam diri mama pun cukuplah dengan minat memasak sahaja…ingat ye sayang….tiap malam sebelum tidur mama selalu doakan yang terbaik untuk Mya dan papa, mohon permudahkan urusan papa dan mintak Mya dan papa dilindungi serta sihat selalu….

Ok, sebelum berdrama air mata sorang2 depan pc ni baik stop sekarang..uhuk…syahdu pulak…padahal baru 2 tahun, masa depan untuk Kasih Mya mama masih panjang lagi kan….last but not least, semoga kebahagiaan kita berpanjangan selamanya…amin.


p/s: Selamat Hari Raya Aidiladha semua…kami raya sehari awal tapi takde sambut apa2 pun…kalau makan sedap2 tu ingat2 la orang yang jauh ni ye…hati-hati di jalan raya ok. =)


3 comments:

shazlinda said...

lin..so cute laur life with mya...chomel bebenor...kalu dia da bsr t comfirm rindu lak time dia kecik2 ni...

swit@kon said...

awwwwwwwwwwww. happy birthday mya love!

atie loves you (tumpang kasih sayang goddaughter dulu la ni)

hadiah? balik aaa Malaysia. nanti atie banje burger otai!

p/s : ucapan mama mya sungguh syahdu. aku hampir menitik air mata. tapi menten...

mamamya said...

linda: thanks babe...doakan kami happy forever ye..tu la konfem rindu masa dia kecik kan? skang dah pandai citer kt papa apa dia buat masa main dgn kwn kt creche...sedar2 dah besar balik sekolah citer ada org ngorat pulak...hehe...

ahkon:syahdu ke? hehe...main tulis spontan je ikut gerak hati...rasanya mcm ni lagi kedengaran ikhlas kan? hehe..wahh..sedapnya burger otai! slurrp!