adoiii la haiii....tuan punya diri dah sebulan sampai msia, baru hegeh nak update citer.
sedih tau besfren kita kt sini nak balik msia for good (for the time being la, hopefully ada rezeki balik kampung aberdeen balik aminnn)
apa daaa....kita baru je habis tempoh melankolik homesick kembali merantau and tukar status SAHM, dia lak rezeki kembali ke tempat asal, kita hanya merancang Allah jua yang menentukan dan Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambanya, kan?
untuk meraikan farewell kecil-kecilan keberangkatan pulang Nurul and family, kami pun berbesar hati lah menjemput rakan2 rapat geng gagak hitam ni makan2 di teratak comel. at this time diorg dah hari terakhir kena keluar rumah and stay dekat hotel dah, so alhamdulillah rezeki pada hari2 terakhir di Aberdeen tu ada je orang jemput datang rumah untuk farewell, ye la nak organize satu jamuan farewell besar sekali harung camne lak nak dpt venue dan penganjur ye tak?
Blueberry Cheesecake, belated birthday cake for Kakak Sarah, sorry la Sarah anty memang tak sempat nak survey and beli hadiah, failed big time nak fikir apa hadiah sesuai for 8 year old girl, apa yg budak sekarang suka eh? serius xde idea.
Seri Muka from Mummy Ina, karipap daging by tuan rumah comel
Ayam Masak Pedas aka Ayam Ungkep, Sambal Belacan dan ulaman.
kali ni konsep makanan ala kampung, jemu pulak asal buat makan2 je nasi yg berperisa so
kali ni makan nasi putih je, memang layannnn
dalam periuk tertutup tu ada Gulai Kambing (sedapppp la pulak kambing gulai ni hoi, hasil mengorek resepi di google, masakan gulai ala kelantan, wah mentang2 suami kelantan celup sokmo masak lauk kelate uolls), Udang Masak Lemak dengan Nenas, Ayam Goreng for kids, Sayur Campur dengan Egg Tofu.
cheerful kiddos, diorang ni asal nyanyi2 besday memang suka la kan. ni je gambar bebudak yang ada, gambar mak2 dan anty2 budak memang nan ado lah ye, very the busy top up food, prepare hot drinks, jenguk bebudak kat atas, and of course chit chatting. Nurul siap ada bagi hadiah lagi sorang satu, wah meriah dah macam krismas lak hehe.
lambakan Macaron, memandangkan minggu tu last week sekolah memang dah plan buat macaron ni banyak2 dari minggu sebelum tu lagi, a week before sediakan shell yang pink dengan purple pastu masuk freezer, senang je kan? then hari isnin tu bake warna hijau dengan putih lak. sekali harung la ni dengan krismas goodies untuk teacher Mya.
kitorang buat hari Jumaat malam, memang party sakan weolls, gelak2 sampai sakit perut. in fact the next morning nak bangun cam mamai and pening2 kepala haha..pastu cakap kt mi amor,'adoiii mama hangover la papa..sakitnye badannn...peningnya kepala agaknya cam ni la kut omputih rasa kalau malam tu dok minum todi banyak parti2 kan?' wah gitu hangover katanya.
memang merangkak beb nak turun katil. ye la kan, nak prepare bahan masak or rewang hari sebelum tu dah kena siap2, 3 hari sebelum balun buat karipap frozen, 2 hari sebelum dok sakit hati prepare filling untuk macaron kalerful bertuah tu asyik tak jadik je (ada ke patut tengah pukul butter buat buttercream split sampai berair?? sedihhhh) pastu hari khamis elok lak cik abang dondang sayang tu dok ajak jugak teman gi dentist, uwaaa....camne nak teman lak mama nak gi beli barang yang x cukup, nak buat kek, nak blend itu, nak buat ini, rumah x kemas lagi, meja tak susun, bunga x masuk pasuuu...tak nak ikot boleh? kena teman gak ke?
cannot ye. arahan pihak atasan, kena gak ikut. dia cakap kira dating la ni. dating berjumpa dentist and tengok hasil x-ray gigi. hahaha.
but its okey, had fun laughing out loud tengok x-ray gigi yang senget nak kena cabut tu. ;P
as for Nurul, really hope and doa supaya semua urusan dia and family nak settle down balik msia dipermudahkan, ahli ketat geng mengopi ni tau! sedih giler masa hantar kt airport, melopong mya tengok mama nangis. dah hilang sorang kawan rapat. huhu.
even kitorg ni beza umur dan bukan sebaya tapi memang boleh ngam and jadi rapat sebab satu kepala, ye la kan mummies2 yang boleh jumpa selalu and mengopi bersama baper orang je kan, yg sahm je la, kalau yang sambung belajar tu camne nak melepak bagai, kalau ada event baru la dapat jumpa tanya khabar.
haih. *sigh*
so glad these babies went down so well with the guests, semua pun suka!
sebenarnya kan, filling tu kan cam ala2 tak jadi sebab tetibe split jadi berair la apa kan. bencik tau.
dah la ambitious giler nak buat banyak perisa; nutella ganache, raspberry, blueberry, pistachio.
disyaki punca adalah dari butter tak berkualiti iaitu jenama pasaraya. haha. padan muka.
itu je la punca yang boleh dijadikan teori, puas dah dok kaji apa la masalahnya kau ni butter oh butter.
memang tak pernah yang ong la dengan buttercream,
manjang bad luck dari masa buat kek besday mya lagi.
bayangkan la, dah siap pistachio buttercream masuk dalam piping bag.
pastu letak la atas meja and sambung buat filling lain,
sekali tengok balik boleh bertakung air kt bahagian bawah piping bag tu.
frust ahkak. terus snip lubang kecik and keluarkan air, still berair lagi, keluarkan filling and letak atas kitchen towel tebal2 untuk serap air. time ni dah lemah semangat dah, penat pun ye.
sedihhh kannn...
tu belum masuk citer yg blueberry dengan raspberry uolls. sama je tahap disaster dia
end up raspberry tu cam tak jadik ;(
perasan tak bahagian muncung bag filling pistachio tu cam berair?
sedih rupa paras dia tak semenggah, sebab rasa dia sangat lah sedappppnye la hai!
dah macam kilang macaron santa claus
krismas goodies untuk cikgu cikgi, tak dan nak deko bagai letak je la kad warna2
corak2 apa yang ada lebih buat bunting bilik mya.
yg bestnya lepas naik term baru teacher siap bagi thank you card, specifically mentioned dia enjoy makan the cookies during holiday. awww...sweet kan diorang ni? kalau bab appreciation, bagi kad ucapan thank you for courtesy memang patut dicontohi. minggu last sekolah tu even mya pun dapat byk holiday card dari classmates, tu baru primary 1 uolls, umur 5 tahun. malu mak si mya ni takde prepare pape untuk balas balik wish kt budak2 yang bagi tu huhu...thats why la untuk cikgu berazam nak buat something yang homemade, can prepared in advance and frozen.
and boleh hidang untuk party jugak,ye tak? FYI, si Sarah, Nurul's eldest girl tu hantu macaron just like Mya.
lepas tengok Nurul berjaya buat macaron comel jugak la yang buat kita rasa bersemangat sangat nak try bermacaron sampai jadik, si Sarah ni la yang dok stadi resepi untuk mummy dia, research detail okey.
siap btau tips baper kali kena kacau adunan sume. hoho.
tercabar tak uolls kalau budak 8 tahun btau tips buat macaron secara teori? ;P
so bila Sarah cakap anty lin is the best, pistachio ni so yummy bla bla
wah happy sangat, hilang penat maki hamun drama air mata dengan buttercream haha
close up sket, ni snap masa hari hangover tu. ada la baper ketui je lebih dari party malam tadi.
untuk resepi shells tu yang basic je, boleh gunakan mana2 resepi yang uolls dah serasi.
for me, warna pink tu guna red coloring powder.
yang purple guna water based purple color, which is tak vibrant langsung wpun dah curah sebotol.
and hijau ku hentam je pandan paste, haha tu je yang ado.
kalau nak warna yang menyerlah guna gel, paste, atau powdered food coloring okey.
kat sini takde pilihan, kalau nak kena beli online. tak kuasa la kan delivery je dah baper.
takpe balik msia esok akan ku tapau segala mak nenek flavorings.
resepi kat bawah untuk pistachio aje ye, yg blueberry dengan chocolate usah ditanya.
sebab dah penat and tak larat main campak je. huhu.
blueberry tu, basic cream cheese frosting campur dengan blueberry compote (blueberry fresh yang dimasak dengan air yg sangat sedikit, gula dan lemon juice ikut citarasa tahap masam manis)
nutella chocolate ganache pulak; satu bar milk/dark choc dicairkan, letak cream sket, nutella 2 sudu besar and kacau sebati.
PISTACHIO FILLING
Source: foodnouveau.com
45 g unsalted and shelled pistachios
1 cup powdered sugar - sila kurangkan sket ye, letak 1 cup ni cam manis sgt
6 tablespoons butter
½ teaspoon vanilla extract - yg ni sy x letak
1 cup powdered sugar - sila kurangkan sket ye, letak 1 cup ni cam manis sgt
6 tablespoons butter
½ teaspoon vanilla extract - yg ni sy x letak
Finely grind the pistachios with the powdered sugar in a food processor.
Cream this mixture with the softened butter until you reach a creamy consistency.
Incorporate the vanilla extract. If the cream is too thick or won’t blend well, add a tiny bit of cream or milk until you reach the right consistency.