Showing posts with label easy peesy. Show all posts
Showing posts with label easy peesy. Show all posts

Thursday, 5 July 2012

what's cookin - Victoria Sandwich Cake; a true British classic ;)




Victoria Sandwich Cake...emmmm sedapnya...walaupun simple basic resepi je pun tapi gabungan kek butter, whipped cream dengan strawberries memang mengancam! sekali sekala memang menjelma jugak mengidam kek ni kat anak tekak...maka ke John Lewis cafe lah kami dua beranak, tak pun pergi satu cafe  tu yg memang dah tau ada Victoria Sponge yang sedap. (hasil exploration mama yang pantang nampak cafe comel and secluded)



tapi kali ni saya terpengaruh lagi bila ternampak kek ni kat dapur Kak Rima Spore, kena pulak time tu tengah puasa (ye ye sangat notty baru terkedek2 nak ganti belen2 puasa ganti) apa lagi terus call mi amor mintak beli butter balik ofis nanti...kelakar sebab bila singgah kedai on the way balik rumah dia siap call;


mama, nak apa tadi?
butter dengan telur..eh jap pastu nak gula, eggs and fresh milk heh heh heh
eh ado yo laie rasanya tadi butter je makin banyak pulak list..ni butter nak yang mana? 
oh lurpak pleaseeee....
kalau yang co-operative salted boleh?
tak nak nanti busuk.


balik tu dia mengomel, mahal betul butter mama ni dekat £3 ha..nasib baik papa cukup duit.
whoopsie! hehe...rupanya butter tu yang bosa patut la mahal sket, perli ke hape beli bosa2...men ey, mana la diorang tahu beza rasa kek pakai butter ke marjerin jenama supermarket kan.





anyway, kek ni memang a true British classic...sebaris dengan Bakewell Tart *nyums!*, Eton Mess *tak minat sangat*, Scones *oh yes!*, Lemon Drizzle Cake *tangy i like* and Shortbread *come to mama!*...slurpp! sedapnyaaaa la haii...so so  quintessentially British! to cut it short, i LOVE anything that have butter and sugar in it...memang masalah besar bagi diriku...oh crap! ;P



potong dua slice untuk jiran sebelah...kesian diorang tu kerja keras sebab sebelah ni dental lab, and kalau terserempak dengan the wifey yg selalu keluar masuk rumah buat delivery tu dia sangat baik selalu tegur and lambai2 even kalau time tu dia tengah kat dalam ofis...dan juga untuk meringankan beban dari kena habiskan kek sorang2...mi amor tak layan sangat lorr....excuse my paper plate, lagipun pintu sebelah je kan...serius tak de stok bekas makanan yang fancy2 -_-'

the basic recipe is; equal weight of eggs, sugar, flour and butter. some recipe did add baking powder and a little milk to losen. kalau ikut yang Kak Rima buat tu dia timbang berat telur then go from there. for mine, i use Mary Berry's from goodtoknow, senang sebab all-in-one method, campak-semua-beat-then-bake and dah siap a few sukatan according to the size of your cake tin. the recipe just use a layer of jam, sandwich together between two layers of cake, it is said by Women's Institue to be the original version of the cake, refer wikipedia. but kita lagi suka yang ada layer cream and fresh strawberries, more lighter in terms of taste but not the calorie obviously. ;P


Victoria Sandwich Cake

  • 2 large eggs
  • 100 g (4 oz) of softened butter
  • 100 g (4 oz) of caster sugar, (1/2 cup sugar)
  • 100 g (4 oz) of self-raising flour (1 cup self raising flour)
  • 1tsp of baking powder.
  • 2 x 15cm (6 in) greased and lined sandwich - i used 8" cake tin, bake 2 portion of this recipe to get 2 layer cake
  • 1 tablespoon milk, to losen - ni tambah sendiri
  • 1/2 teaspoon vanilla bean paste - tambah sendiri

For the filling and topping:
  • 4tbsp strawberry or raspberry jam
  • A little caster sugar, for sprinkling on top
  • 150ml double cream, whipped until slightly stiff with 2 tablespoon icing sugar - tambah sendiri, ikut preference masing-masing ye
  • fresh strawberries slice - tambah sendiri

  • METHOD:
Pre-heat the oven to 180°C/Fan 160°C/gas 4. Grease two sandwich tins then line the base of each tin with baking parchment.

Measure the butter, sugar, eggs, flour, milk if using and baking powder into a large bowl and beat until thoroughly blended. Divide the mixture evenly between the tins and level out.

Bake in the pre-heated oven for about 25 minutes or until well risen and the tops of the cakes spring back when lightly pressed with a finger. Leave to cool in the tins for a few minutes then turn out, peel off the parchment and finish cooling on a wire rack.

When completely cool,take one cake, layer with whipped cream then spread some jam and arrange strawberries slices and top with another layer of cake on top. Sprinkle icing sugar for garnishing before serve.


Storage: any leftover sandwiched-cake can keep in the fridge, make sure letak dalam bekas yang bertutup and allow 15 minutes in room temperature before eating. Somehow selepas di war warkan dalam fb mayday mayday mintak tolong kawan-kawan yang interested utk dtg rumah to take the leftovers datang la Cik Thirah aka supermummy datang lepas habis lab last nite. phewww...  -_-'  so rasanya max 2-3 days if kept in the fridge will be ok.


Thursday, 3 March 2011

what's cookin - Easy Moist Chocolate Cake


menu dessert bidan terjun sabtu lepas untuk tetamu...kenapa dessert bidan terjun? sebab niat ikhlas di hati nak buat Triple Chocolate Caramel Cake yang ala2 terkenal dikalangan bloggers pakar memasak dan baking...macam kat sini and sini...akan tatapi...aduhh...kek ku jadi bingka! dah la ni first cake guna hand mixer baru (yep, akhirnya beli jugak hand mixer...hehe yg murah aje asal boleh try resepi yang kena pukul telur sampai kembang sudahh...), semangat tau nak cuba resepi yang memang nampak lain dari yang lain ni and dapat review memberangsangkan dari bloggers, siap beli cake pan yang sesuai dengan resepi dekat kedai 1 pound tau....

entah apa la silap, adakah sebab ovallette ku? or batter tu tak cukup kembang? tapi kan dah pakai hand mixer kan..ke sebab over beat? hai lah....masa tunjuk dekat hubby hand mixer baru tu ada la gurau2, cakap 'hehe..lepas ni kalau kek mama tak jadi jugak dah xde alasan la kan? sebab dah ada hand mixer..hehe...' and dia pun cakap ' ala..tau nanti mesti salahkan oven...oven tu panas sangat la..bla..bla...' and i gelak je sebab..err..memang akan bagi alasan tu pun! =P

anyway, fortunately i memang dah biasa dilanda badai buat kek tak jadi dan hidup harus diteruskan di mana dessert untuk tetamu esok hari harus ada, say bye bye to bingka coklat dalam tong sampah dan terus cari resepi kek coklat yang simple dan paling penting, guna serbuk koko dan telur yang minima serta tak guna butter...sebab bahan2 basic dah habis, sebab kek tak jadi tu la punya pasal kan...haru betul, mana nak cari resepi kek coklat sedap tak pakai butter dan serbuk koko yang sedikit? confusing confusing....

last2 jumpa jugak resepi yang paling simple, terus bancuh2 sambil layan Mya nasib baik la mood dia ok, elok pulak tak kacau mama...selalu tu kan pantang nampak mama keluarkan mixing bowl dengan tepung mula la sibuk mintak buat karipap hehe...good girl Mya! =)

EASY MOIST CHOCOLATE CAKE

1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/3 cawan serbuk koko
1sk baking soda
1 biji telur
1/2 cawan butter@ minyak masak (i pakai butter, tak berani nak guna minyak takut tak jadi lagi)
1/2 cawan buttermilk@ susu segar (i guna fresh milk)
1sk esen vanila
1/2 cawan air panas

1. Panaskan oven 300 degree F. Griskan loyang 7x11inci dengan butter.
2. Ayak tepung dan baking soda@powder ke dalam mangkuk.Ketepikan.
3. Pukul gula dan butter. Masukkan telur dan pukul lagi.
4. Masukkan buttermilk/susu dan serbuk koko. Kacau sebati.
5. Masukkan air panas dan esen vanila. Akhir sekali masukkan tepung yang di ayak tadi dan mix sebati.
6. Masukkan ke dalam loyang dan bakar lebih kurang 30-35min atau sehingga kek masak. (adunan memang agak cair dan masa bakar tu pun kek tak berapa naik sangat, tapi insya Allah kek tu moist dan memang tekstur kek agak fudgy, sesuai makan suam2 dengan ais krim vanilla, walla!).
7. Sejukkan di atas redai dan tuang topping@ganache kegemaran.


Chocolate Ganache

250 ml double/whipping cream dipanaskan dan tuang atas 250gm dark cooking chocolate yang telah dipotong (cream panas tuang atas chopped chocolate tau NOT vice versa), kacau sampai coklat cair dan masukkan anggaran 30gm butter, kacau sampai berkilat. Sejukkan sebelum tuang atas kek. (selalunya i ikut mood, sometimes cream tu kurangkan sikit sebab nak rasa macam kunyah coklat lembut atas kek dan kalau ganache cair agak susah nak paipkan hiasan pakai nozzle and kalau ada leftovers it'll make perfect chocolate truffles!)


Nota Kaki: entry ni memang dah ada dalam draft, honestly fikiran masih dihantui dengan berita pemergian sahabat =(

Monday, 21 February 2011

what's cookin - Biscuity Lime Pie

pie base yang bersepah..hehe..tak kisah lah sebab i mmg hantu pie crumb yang sedap lemak lemak biskut and so buttery...nyumms...

another entry yang tertunggak dalam draft...pie ni buat as dessert masa ada tetamu datang 2 minggu lepas, family mel and athirah....sebagai sampingan nasi lemak and sate ayam....sedap and senang sangat nak buat,kalau tak suka crumbs biskut bersepah like moi, boleh juga pakai basic pie crust yang biasa tu...very refreshing, citrusy and lemony tau...bila rasa zesty tangy lime tu sampai kat anak tekak i sokaa...hehe...cuma satu je, i dont have a grater so memang kupas kulit nipis2 then cincang lumat guna pisau besar cam ala2 masterchef (perasan hebat kejap)...bila kupas tu ada la sikit2 part putih bawah kulit yang pahit sikit tu kan...aduhh...habis ada rasa masam pahit pie ku....other than that, pie ni memang sodap! lepas ni kena cari grater, pengajaran di sini make sure alatan cukup ikut keperluan resepi baru boleh masak...

resepi pai limau ni memang banyak, ada yang pakai whipped cream ada yang tak....for me i chose yang tak pakai cream, reason being sudah tentu nak kurangkan kalori yang dah sedia banyak dengan menu nasi lemak sambal sotong tu, and second sebab masa search resepi ada terbaca komen yang better try buat yang without cream sebab nanti senang filling pie tu nak set dalam fridge, nak mengelakkan dari mendapat filling pie yang runny gitu...


Biscuity Lime Pie

300g pack ginger nut biscuits (i used digestive biscuits)
100g butter , melted
3 egg yolks
50g golden caster sugar
zest and juice 4 lime, plus this lime slices (optional) to serve
zest and juice 1 lemon
397g sweetened condensed milk

1. Panaskan oven 160C, sediakan base biskut - hancurkan biskut dan campur dengan mentega cair. Tuang dalam bekas springfoam (20 cm) dan tekan-tekan supaya padat. Bakar sekejap dalam ketuhar selama 10-15 minit sampai sedikit garing.
2. Pukul kuning telur, gula, serta parutan limau dan lemon sampai kembang dan naik 2 kali ganda. Masukkan susu pekat, kacau sebati dan akhir sekali tuang jus limah dan lemon. Kacau perlahan sebati
3. Tuang filling atas biscuit base tadi dan bakar 20 minit just until set. Sejukkan dan simpan dalam fridge until later. wallah!

very the easy peesy right? ;)

Friday, 24 December 2010

what's cookin - Pancake


resepi simple hasil dari lawatan rumah ke rumah hehe...katanya resepi asal dari Hajar, tapi takde link la pulak...so kepada tuan punya resepi ni i mintak halal ye...sonang yo nak buek, sodap pun sodap...gebu dan lembut...makan dengan butter, sos coklat, honey, peanut butter pun okeh! tinggi kan menara pancake i? tinggi2 ni pun mama mya yang rembat sorang...kehkehkeh..haru betul...si budak bertuah tu orang dah buat sedap2 kaya sos raspberry buat tak tau jek dia....haih..ada la sesuap dua then sibuk main...mya tak berkenan sangat dengan sos masam manis ni, dia makan pancake kosong je...haruslah tak best kan? apa-apa je la labuuuu....

ada abang salleh kat luar tengah sibuk kikis snow tebal...time2 cam ni memang standard siapa yang pergi kerja naik kenderaan datang lambat, tak kisah la drive sendiri or naik bas...jalan tu penuh dengan kereta tersangkut kat snow so memang la jammed kan...laki i je pergi keje jalan kaki uols...sonang...hehe..

Pancake

3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (i tak letak)

1.Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
2.Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
3.Biarkan selama 10 minit. Goreng dlm frying pan hingga masak.