Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Thursday, 21 June 2012

what's cookin - Daging Goreng Sawi Asin

 hadoi...sian kat blog, berhabuk sudah hehe...cam tak tau je nak citer apa, padahal banyak je benda boleh update; sports day Mya, our lavish lobster weekend (serius terasa cam org kaya kau!), citer shopping, sale sana sinun bisa gugur jantung gue eh macam2 la kan tapi bila dpean lappie blank pulak ;P

anyway, sebab tengah lapar tak puas lunch mee hoon teringat belum update satu resepi yang sedap ni...memang kena dengan selera kita la sebab ada cili apa and sawi asin, bak kata Kak Ayu tuan punye resepi bila tergigit cili dengan sawi tu krup krap krup krap! wallah! do give it a try lovelies, simple dan sedap, two thumbs up! =)
saya adalah malas nak copy resepi, for recipe pi jenguk kat tuan rumah asal ye hehe...

Friday, 20 January 2012

what's cookin - Dendeng Daging Pandan




pencarian resepi dendeng daging yg sedap berakhir! yezzaaa...!


walaupun ni lauk entah minggu bila tapi sila cuba ye, memang sedap sangat2...kena post jugak even entry basi sebab memang ish sedap sangat sangat la...rugi kalau tak share dengan kawan2 ye tak?istimewanya adalah digaul dengan bawang goreng sebelum dihidang....and yes, please use homemade bawang goreng ye...dengan bau harum pandan, bawang goreng dan rasa isi daging berempah yang digoreng garing ummpphhhhh....terangkat!


dah cuba sekali confirm wajib masuk hidangan raya korang, cayo la cakap den ni yo....


for homemade bawang goreng senang je; bawang merah hiris nipis, gaul dan salut sepenuhnya dengan tepung gandum, garam, dan sedikit gula..goreng dalam minyak panas sampai garing...sedap sangat selalu tak sempat nak masuk dlm lauk pun sebab dah kena curik buat ratah mama dan mya..hehe...resepi ni dpt dari myresepi kalau tak silap...


terima kasih pada Kak Ummi, blogger pakar masak yg femes tu..mana tak femes resepi ni dah masuk majalah Jelita y'all!  =)




DAGING DENDENG PANDAN
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 500 gm daging batang pinang
  • 2 cawan air
  • * 2 batang serai - diketuk
  • * 1 inci halia - diketuk (*untuk direbus dgn daging)
  • 2 sudu besar cili kering yang dikisar
  • 2 sudu kecil rempah kari daging
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • 1/4 cawan gula melaka yang dihancurkan
  • 3 sudu besar gula pasir
  • garam secukup rasa
  • sedikit air (jika perlu)
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • minyak masak secukupnya
Bahan Kisar:-
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm lengkuas
  • 2 cm halia
Cara Memasak:-
  1. Potong daging kepada saiz 4 x 4 inci, bersihkan dan rebus hingga daging empuk. Angkat dan toskan. Hiris daging nipis2. Buat hingga siap.
  2. Tumbuk-tumbuk sedikit setiap keping daging.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap daging tadi hingga nampak garing sikit di bahagian tepinya. (boleh gunakan minyak lebihan bawang goreng untuk lebih sedap). Angkat dan toskan.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebihkurang 1/4 cawan dan tumiskan bahan kisar serta cili kering dengan api sederhana perlahan hingga pecah minyak.
  5. Masukkan serbuk kari daging, serbuk ketumbar, kacau rata. (masukkan sedikit air jika terlalu kering)
  6. Masukkan gula melaka, gula pasir, kicap manis dan garam secukup rasa. Seimbangkan rasa.
  7. Masukkan daging dan daun pandan, gaul rata. Masak hingga daging benar2 bersalut dan sedikit kering atau pecah minyak.
  8. Tutup api dan tuangkan bawang goreng. Gaul rata-rata menyelaputi daging. Siap untuk dihidangkan.

Friday, 15 April 2011

what's cookin - Sate

Sate Daging dan Sate Ayam bersama dengan Kuah Sate yang kurang menyerlah merah hehe =)

mintak maaf la ye...dihujani dengan entry what's cookin yang tertunggak hehe...ni semua dah buat minggu lepas baru nak story mory...kali ni nak share resepi Sate pulak...actually, dah banyak kali buat Sate tapi tak pernah tunjuk kat blog...1st time try pakai rempah perapan pek yang dah siap, produk Indonesia, cuma tambah minyak, marinate isi ayam atau daging yang dah dipotong kecil, cucuk2 dengan lidi dan bakar dalam oven..siap! kuah kacang pun sama, pakai yang segera je dalam kotak =P

then terjumpa pulak resepi Sate from Mamafami's Fotopages kat sini...and this time i've decided to try making my own, first time ever Kuah Kacang...semua ni sebab terpengaruh dengan entry resepi from Kjee , resepi Kuah Kacang Kjee ni bahan2 simple sangat, no santan, no asam keping, no lemongrass, ginger, galangal or whatever..rahsianya adalah gunakan gula melaka instead of gula biasa...the verdict? yummy sangat! tak sangka dah pandai buat kuah kacang...ala..uols2 yang dah pandai tu diam2 aje lah ye..kalau time raya tak sempat nak menuntut ilmu, sebab tau2 kuah kacang dah siap..hehe....so sekarang dah tau macam mana nak buat kuah kacang yang sedap! cuma warna je kurang merah, konon tak nak pedas sangat takut sakit perut mi amor kembali menyerang..mana la tau kan..tup2 bila campak je kacang blend tu cam ok ow, ok terlebih kacang sudah...hehe...and oh ye, kacang yang i blend tu kurang halus..sampai lenguh2 jaw ni dok mengunyah kacang haha...xpe la janji sedap, resepi Kuah Kacang ni memang highly recommended =)

nest time mengipas Sate nak cuba resepi Sate from Kjee pulak, katanya resepi asal Sate Majid yang popular around KL dulu..

ok here goes the recipe, copy paste je dari Mamafami's and Kjee's...

SATAY
Source: Mamafami's Fotopages

Ingredients :

1 kg chicken/beef fillet ~ cut into 2.5cm x 2.5cm pieces
1 1/2 teaspoon salt
4 tablespoons sugar
2 tablespoons honey
2 tablespoons cooking oil
satay sticks

extra oil and lemon grass for basting

To blend :

3 shallots
2 candlenuts (buah keras)
2 cloves of garlic
3 cm fresh tumeric or 2 teaspoons tumeric powder
4 cm ginger
2 lemon grass
4 cm galangal (lengkuas)
1 tablespoons corriander seed }
1 teaspoon fennel seed (jintan manis) } fry without oil over low heat till fragrant
1 teaspoon cummin seed (jintan putih) }

Method :

1. Mix sugar, honey, cooking oil and salt into the blended ingredients to form a paste.
2. Rub paste mixture into the diced chicken or beef and leave it to marinate for 3 hours.
3. Thread seasoned meat on to satay sticks.
4. Grill over char- coal fire or under hot grill . Baste with oil and water mixture to keep meat moist.
5. Serve with peanut sauce, cucumbers and onion cut into wedges and nasi impit.


KUAH KACANG

600 gm kacang tanah yang telah disangai (goreng tanpa minyak dalam kuali)
5 biji bawang besar
½ cawan cili kering dikisar
1 cawan gula melaka
1 cawan minyak
garam secukup rasa

Cara:

1. Kacang tanah mestilah cukup masak dan sentiasa di kacau sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar halus. Ketika kisar dalam blender, guna air secukupnya untuk gerakkan blender. Jangan terlalu banyak sangat air.
2. Bawang besar di mayang. Kemudian panaskan periuk guna 1 cawan minyak dan tumislah bawang hingga wangi. 3. Masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak. Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend. Air juga dimasukkan sebenyak kira2 dua cawan. Bila sudah melegak, masukkan gula melaka dan garam.

Note from Kjee: Kuah satay akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Agak2 la banyak mana air yang hendak diletak.


Tuesday, 8 February 2011

what's cookin - Swedish Meatballs



tiba tiba je craving nak makan meatballs...resepi ni la punya pasal, adoii....nak makan bebola ala sweden la pulok....bila tengok gambar je terus perut bernyanyi riang dan dalam kepala sebok stadi bahan2 sambil imagine rasanya...emmm..cam sedap je kan, selama ni memang la dok baca je dalam orang punya blog cerita pergi Ikea wajib makan their ever famous meatballs....percaya tak i tak pernah makan pun meatballs Ikea tu? hehe...tak pernah makan pun boleh sampai nak mengidam, dah tu nak masak ni sah2 la tak tau nak agak rasanya macam mana kan...hentam je la labu...kalau tekak ni dah kata nak tak boleh tidak memang kena masak jugak ni =P

ohhh..sini rupanya mama, patutla senyap je tgh snap gamba tepi tingkap rupanya...ey, apa dalam mangkuk tu?

meh cuit sikit...sebelum tangan di tepis mama =P


nak buat senang je kawan2, cuma part gravy tu la tricky sikit..sebab kena masak tepung dan butter sampai bertukar warna kecoklatan, as Elise from Simply Recipe called it 'classic roux'...first time memang hampeh x jadi kuah tu, which cost me my homemade chicken stock, dari tulang ayam yang memang purposely simpan untuk buat gravy nih..adehh..rasa tepung then macam ada hangit2 sikit..maybe ada part hangus kat minyak tu lebihan dari goreng meatballs before that...kecewa la kejap kan, dah tu nak makan jugak buat mushroom gravy biasa je..letak la 2,3,8 ketul meatballs bila nak makan, balance meatballs tu simpan untuk cubaan kedua esoknya...

and today berazam nak try lagi sekali buat gravy ikut resepi....tapi kali ni buat pakai larutan gravy granules dengan air panas je la untuk ganti air rebusan daging....rasanya kuah ni boleh di ubah suai ikut selera masing-masing, nak letak mushroom ke, lada hitam extra ke, sonang yo campak2 je la kiub ayam sikit ke apa nak bagi sedap kan....hasilnya, oh yeah baby....sodap memang mejilat sudu kehkehkeh....tak sia2 tau, macam seronok pulak nak2 masa tunggu tepung tu bertukar warna hehe...

kalau ikut resepi tu adalah untuk anggaran 1.5 kg daging cincang, so for me yang buat tak sampai 1/2 kg ni kena la pandai agak2 sukatan bahan-bahan lain...rasa meatballs ni memang sedap,so juicy...boleh buat extra then campak dalam kuah spageti jadi la spageti bebola daging hehe... one of the reason teruja nak try resepi ni sebab dalam adunan meatballs tu tak pakai breadcrumbs like normal recipe, but used bancuhan roti dan susu yang dah di blend.

all in all, a proper comfort food =)

(Resepi ni terjemahan ikut pemahaman saya ye, sebab guna daging anggaran 200gm so byk bahan yang dikurangkan amaunnya, cth roti cuma guna 2 keping and rendam dalam 1/4 cwn susu)


SWEDISH MEATBALLS

Bahan meatballs:
1 large yellow or white onion, peeled, grated (through a cheese grater) (i cincang halus aje)
2 Tbsp butter
2/3 cup susu (i only use 1/4 cup)
4-5 slices of bread, crusts removed, bread cut into pieces (i use 2 slices)
2 eggs (i only use 1 egg)
2 1/2 pounds ground beef
2 teaspoons salt
1 teaspoon freshly ground nutmeg (pakai allspice pun ok, tp sbb x ade so letak a pinch of mix italian herbs je)
1 teaspoon ground cardamom
2 teaspoons black pepper


Bahan sos gravy:
6 Tbsp butter (i just use about 2-3 tbsp)
1/3 cup flour (i use 1 tbsp)
1 quart beef stock (agak2 nak kuah pekat mana)
1/2 to 3/4 cup sour cream (i didn't use)
Salt
2 to 4 Tbsp of Lingonberry, cranberry, red currant or raspberry jelly, more or less to taste (optional) - (apo ko bondo eh ni tak payah ler hehe)

1. Untuk meatballs: Panaskan butter dan tumis bawang sampai layu, ketepikan kejap. Rendam roti dalam susu dan biarkan kejap sampai roti menyerap susu dan blend (kalau ada lebihan susu yang tak diserap roti tu tapis ye...nanti banyak sgt liquid takut susah nak bentukkan meatballs tu).

2. Campurkan bawang yg telah ditumis tadi ke dalam bancuhan susu dan roti, then masukkan semua bahan lain - daging cincang, telur, garam, pepper, dan seasoning lain. Gaul sebati. Bentukkan adunan daging tadi menjadi bebola, boleh juga pakai sudu kalau perlu but i found it much more easier when using my wet hands. Bentukkan meatballs sampai habis.

3. Panaskan minyak, goreng meatballs sampai masak but not too brown..eh cmne pulak tu hehe...pandai2 la asalkan bahagian dalam bebola tu tak mentah....hati2 semasa nak balikkan meatballs ok.

4. Untuk Gravy: Panaskan air stock. Sementara tu in other pan, panaskan butter, bila butter dah cair dan kuali dah panas masukkan tepung, sentiasa kacau supaya tak berketul sampai tepung bertukar warna kecoklatan (classic roux).

5. Bila dah yakin tepung tu telah mencapai keadaan classic roux tersebut (harus ye kalau x tepung tu x masak nanti gravy rasa tepung tak sedap), tuang perlahan air rebusan yang dah dipanaskan tadi sedikit demi sedikit sambil di kacau menggunakan whisker, kacau sampai jadi kuah yang pekat dan berkilat. Kalau pekat sangat tambah stock/air panas ikut suka.

5. Bila dah hampir menggelegak, masukkan meatballs tadi, rasa kuah dan tambah salt/pepper/seasoning lain kalau perlu. Tutup kuali dan masak dengan api perlahan selama 10 minit.


there, as i said, proper comfort food =)



Tuesday, 9 March 2010

what's cookin - Lasagne

hari isnin konon-konon puasa...nak ganti dan kononnya juga mahu kurangkan pengambilan kalori...but instead berbuka dengan nasi dan Ikan Masin Masak Lemak, telur mata, dan juga ini...



oh..cheese yg bubbly baru lepas kuar oven adalah sangat yummie!

huhu..banyak ok i makan, i finished up almost the whole loaf size of these scrumptious babies...looking back of god-knows-how-much-calories-i-put-on, penat lelah menahan nafas dari bau cheese hangus adalah sia-sia (T_T)

luckily i tak buat layer white sauce, and i think my waist (and tummy) were so grateful that i didn't...hehe..

oh, resepi ikut suka...buat sos basic macam spaghetti pekat...letak je apa-apa yang korang suka - carrots, celery, mushroom, pounds of minced beef, chopped sausages, etc...then layer alternately with lasagne sheet, top with lots of mozarella cheese (or even worst all kind of cheese you like..hahaha *gelak jahat) and bake till done ( your nose will do this job for you)

* Enjoy! (^_^)