Showing posts with label desserts. Show all posts
Showing posts with label desserts. Show all posts

Wednesday, 18 May 2011

what's cookin - Pulut Mangga




alhamdulillah..akhirnya dapat jugak merasa makan dessert Pulut Mangga ni...wajib order everytime makan kat restoran Thai...sekali dapat makan bukan setakat merasa, dah macam melantak makan pulut tu cam makan nasi je huahuahua...=D

dah banyak kali beli mangga,konon nak buat pulut mangga tapi tiap kali beli semua selamat dibedal kami 3 beranak...hehe...mya ni x pernah makan mangga, selalu tu mama asyik beli epal, grapes, pear and kdg2 stroberi kalau nampak macam manis tp sebenarnya kat sini pun susah nak dapat stroberi manis kalau bukan musim...anyway, nampak mangga besar ni kat marks n spencer...memang puas hati beb! 2 biji besar ni £3...selalu kedai biasa pun kalau yg elok saiz sederhana dah £1.60 sebiji...mangga kat sini semua import dari negara panas cam Brazil, kalau nak mangga Thai memang x dapek la kan...kalau ada pun dah benyek sebab perjalanan jauh sangat kut! hehe...tapi kan, kalau kat restoran mamak cam yang famous kat Jalan TAR tu, apa ke namanya restoran Insaf kut? diorang memang ada jual mangga sebiji RM15 uols! imported from Pakistan, jenis yang kulit oren2 merah cm ni la...memang juicy dan bersari habis! patut la kaw2 je diorang buat mango lassi...


mangga sedap idaman kalbu...manis, wangi, penuh jus yang bersai....slurppp...dah macam orang mengidam disorongkan pinggan si mak budak ni dapat makan pulut mangga hehehe...

resepi pulak dapat dari dapurkakjee.com, paling simple setakat ni...sebab bila cari2 resepi cara nak masak pulut tu semua kata kena rendam pulut sampai semalaman! paling kejap pun at least kena rendam 2 jam...dengan zaman yang semakin pantas ni macam x relevan je nak masak pun kena tunggu semalaman kan? kehkehkeh...masa tu dalam hati dah berkata 'ala...org nak makan sekarang la bukan esokk...huhu...' and then wallah! jumpa resepi simple ni, korang yang seumur hidup x pernah masak pulut like moi pun sure boleh buat punya..sebab guna rice cooker aje hehe..simple kan?

dah puas bedal pulut dengan mangga ni tukar pulak makan dengan serunding...layan woooo...nasib baik x sakit perut makan pulut banyak sangat =P


PULUT MANGGA

Untuk Pulut:
Cuci beras pulut macam biasa nak masak nasi,amaun tu ikut suka nak banyak mana. masukkan dalam periuk nasi dan letak air dalam 1/2 ke 1 inci**, boleh jugak letakkan 2-3 sudu santan pekat (ikut taste masing2 nak pulut tu lemak macam mana) dan letakkan garam secukup rasa. Masak dalam periuk sampai masak, dah masak baru kais2 kan pulut dengan garpu.

Untuk Kuah:
1/2 cawan santan
1 sudu besar tepung jagung bancuh dengan 1/2 cawan air
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
sehelai daun pandai, simpulkan - yang ni i tambah sendiri

Masak semua bahan kuah di atas dengan api sederhana, sentiasa kacau supaya tepung jagug tak bergentel. Kacau sampai pekat dan tambah gula atau garam jika perlu.

Hidangkan pulut, hirisan mangga dan curahkan kuah pekat lemak manis diatasnya. Sedap di makan ketika sejuk. senangkan?

**Nota: Pulut tu i letak air agak2 1 inci atas beras, tapi terlembik sikit but still sedap..so pandai2 la agak air tu banyak mana ye...mungkin bergantung pada jenis beras pulut jugak kan =)

Friday, 4 February 2011

what's cookin - Cream Puffs


dalam pada pening melayan Mya yang moody semacam menjerit2 marah2 sebab tak suka hidung lekit2, sempat jugak bancuh cream puffs ni.....rasanya ramai dah blogger otai masak2 selalu buat puff ni kan...senang je rupanya...just baca betul arahan, then suhu oven kene betul...ok la jugak, just kalau dapat kastad yang pekat lemak letak kat tengah lagi sedap...for me, ni jenis dessert yang sesuai minum petang which bila nak makan baru masak....dah sejuk tu cam kureng sikit la...memang advisable makan on the same day, or kalau nak buat in 2-3 hours advance pun better simpan dalam bekas tupperware..

first time buat ni berdebar jugak, sebab ada part yang remove from heat takut gak kelam kabut dok letak je periuk tu atas dapur, takut jadi telur dadar jek hehe...alhamdulillah jadi, memandangkan ni sekadar eksperimen melepaskan rindu kepada aktiviti baking i buat 1/2 adunan je....oh ye, kalau nak scoop pakai sudu or nak guna piping bag masa nak paip adunan before bakar tu sila lah buat comel2 ye...kalau tak jadi macam puff di atas, gebus semacam macam tuan dia jugak huhu...nasib baik dah kena mekap dengan bedak so takde la nampak beno kegebuannya =)

resepi from David Lebovitz, disebabkan saya adalah malas nk copy paste resepi sila lah ke website beliau ye...lagipun better korang baca penerangan dari chef sendiri, kalau ikut arahan insya Allah menjadi..happy baking! =)

Thursday, 20 January 2011

what's cookin - Tiramisu




entah kenapa tekak ni dari 2 minggu lepas dok teringin nak makan Tiramisu...tambah2 pulak sekarang tengah layan drama Tiramisu..haha..padahal dalam drama tu bukannya ada tunjuk babak hero heroin dating makan Tiramisu ke apa....saje je gatal nak makan menambah berat badan kan? hai lah tekak... =P oh and, ni first time buat....and second time makan haha...tengok tu? bukannya pernah makan selalu pun sampai nak teridam2...pelik betul la....

so masa ada tetamu hari tu semangat la i nak buat kan...first try (yes ada first try ye sebab tak jadi) ikut resepi yang pakai kuning telur, which is kena masak kuning telur dengan susu guna kaedah double boiler...step awal lagi dah tak jadi..huhu...resepi tu memang leceh sket sebab ada guna gelatine bagai..gelatine pun buat hal tak nak larut dlm air panas...uwaa...macam ada petanda kurang baik je ni...tapi masa study resepi dah imagine dah sure sedap ni...sebab banyak bahan kan..then ada gelatine so mesti layer krim tu lembut gebus gitu...lepas tu nak menambah keharuan, si tuan punya badan ni kononnya nak kurangkan kalori..so gatal pergi beli single cream..poyo je..harusla sampai besok ko pukul single cream tu takkan naik kan? sudahnya adunan krim tu jadi runny gile..cair je...hai lah labu...ke tong sampah la jawabnya kau pergi ye...tsk. T__T

then cepat2 bersiap bawak mya lari kejap pergi kedai dekat dengan rumah ni beli cream cheese and double cream...padan muka, daripada konon2 nak kurangkan rasa bersalah makan dessert kaya kalori terus kena pakai full fat cheese dengan double cream. kesimpulannya, siapa nak diet lupakanlah niat anda nak makan dessert ni..syoh syoh pi main jauh2 ek...kita tak suka nak kawan dengan org skinny2 nih...sape yg tak kisah membesarkan pinggang dan bon bon beliau je boleh kawan dengan kita hahaha....change of plan, terus mulakan second round operasi membancuh ikut resepi dalam buku yang menjadi bahan bacaan seharian (yes, saya memang pelik baca buku resepi berulang-ulang macam novel, study bahan dan amaun dan imagine rasa mereka..food porn, siapa tak terangsang? ;P)

makan scoop scoop aje sambil layan drama Tiramisu haha..sedar2 setengah bekas ko habiskan sorang baru nak rasa bersalah pada kepadatan poket kanggaroo di perut T_T

hasilnya, walla! memang best...sedikit nota; saya buat 1/2 dari resepi asal; ganti coffee liquer tu dengan nescafe o pekat kurang manis (dats why i punya lapisan cream cheese tu tak kaler coklat sangat); dan garnish dengan sifted cocoa powder on top just before serving...yang penting kena tunggu at least 4 hours or overnight sebelum korang nak ngap...bagi rasa tu bergaul mesra dulu...kalau siap2 terus makan harusla tak sedap ye...yang penting resepi ni senang sangat, mudah nak membuatnya dan hasil memuaskan..i sokaa! =D

and pada yang nak mengawal pemakanan tapi still nak menikmati Tiramisu as dessert, skip makan nasi for your main course ye....kalau nak diet la kan...kalau ku bilang kalauuuuu....

resepi dari buku ni yang dibeli di kedai charity..sangat bargain!
* pics from google image

Tiramisu
Source: Mary Berry's Best Desserts Cookbook
* 10 servings
* can be made day before and kept in refrigerator


450 gm mascarpone cheese, soften to room temperature - see note below for substitution
75 gm icing sugar, sifted
125 ml coffee liqueur - i ganti dengan nescafe o pekat kurang manis
90 gm plain chocolate, grated - separuh letak dalam cheese and separuh tabur atas for garnishing tp i tabur cocoa powder je as garnishing
450 ml double or whipping cream
2 teaspoons coffee essence - tak pakai pun
18 sponge fingers (boudoir biscuits) - rasanya kalau kat kedai baking dia tulis Savoiardi kalau tak silap

1. In large bowl, whisk mascarpone cheese, 60gm of icing sugar, 3 tablespoons of nescafe and two thirds of grated chocolate. Put aside.

2. In other small bowl, whip 300 ml double or whipping cream until stiff peaks form. With rubber spatula or wire whisk, fold cream into cheese mixture.

3. In small bowl, stir coffee essence (if use any), remaining coffee liqueur and 2 tablespoons water OR in my case just use good ol' plain nescafe pekat, take sponge finger and dip into the nescafe, about 2-3 seconds for each side. (jangan rendam lama sangat nanti biskut soggy sangat) and arrange in your serving bowl.

4. Spoon one-third of cheese mixture evenly over sponge fingers. Repeat with dipped sponge fingers and cheese mixture to make more layers until finish. Sprinkle remaining grated chocolate over dessert.

5. In small bowl, whip remaining whip or double cream with remaining icing sugar until stiff peaks form. Spoon whipped cream into piping bag with large star tube. Pipe large rosettes on top of dessert. Sprinkle reserved grated chocolate over whipped cream rosettes. (i tak de la hias secantik dalam buku ni hehe)

6. Leave dessert in refrigerator at least 4 hours before serving. (kalau nak tabur cocoa powder, make sure letak cocoa just before serving, jangan letak awal nanti cocoa powder jadi tak cantik)


Mascarpone Cheese substitution

Substitute with 450gm soft cream cheese, soften to room temperature; in step 1, beat cream cheese and 3 Tablespoons milk until smooth and fluffy. Increase amount of icing sugar for cheese mixture to 80gm; beat in with 3 tablespoons coffee liqueur (or nescafe), then stir in grated chocolate until evenly blended.


Friday, 14 January 2011

what's cookin - Homemade Dadih

seronok tak terperi bila jumpa resepi dadih ni tau....bukan apa, alasan je konon nak buat untuk Mya tapi sebenarnya mama dia yang hantu dadih hehehe...

resepi sangat senang, and kebetulan serbuk agar-agar dah termasuk dalam senarai barang parcel from malaysia (thanks to my MIL, next posto from mak pulak hehe) apa lagi semangat la kan pergi kedai cari susu coklat...


hasilnya memang memuaskan hati tau, sebijik rasa cam dadih serbuk paket yang selalu beli kat kedai baking tu...so lepas ni pakai je resepi ni kalau nak jimat...at least kita tau takde bahan pengawet dalam makanan kan? bila dah siap tu apa lagi...2 bekas tipuware tu mak budak ni sorang je makan..hahaha..puas hati dapat makan dadih coklat faveret =D

Dadih

1 liter air
1 liter susu perisa strawberry/coklat
1 cawan gula (rasanya boleh dikurangkan sikit)
11 g serbuk agar2
secubit garam

1. Masak air dengan gula sampai gula hancur.
2. Masukkan susu strawberry/coklat, serbuk agar-agar dan secubit garam. Panaskan sehingga mendidih dan kacau hingga sebati.
3. Tutup api dan tapiskan ke dalam bekas-bekas kecil. Simpan di dalam peti ais sehingga dadih menjadi pepejal.

terima kasih banyak2 pada tuan blog sebab share resepi ni =)

Friday, 8 October 2010

what's cookin - Apple and Blackberry Crumble

fresh from the oven...membuatkan rumah ku berbau bakery hmmphh hmmphhh...

lagi entry what's cookin...entah kenapa last week tiba-tiba craving nak makan apple crumble..terbayang-bayang apple filling yang rich berkuah masam manis ditambah dengan bau harum cinnamon...aduh memang tak tidur malam beb! kebetulan memang ada terbeli blackberry (ewah kalau kt msia ni maunye org ingat 'ter'beli hp baru!) sebab tekak ni saje je gatal teringin nak rasa blackberry hehe... (which extremely masam maybe sebab dah off berries season kut)

so after a few research up and down looking for the filling recipe, i've decide to make it on my own...hehe..selalu macam tu, ye ye je salin resepi bagai last-last buat ikut sesuka hati je...

lokasi shot wajib haruslah di tepi tingkap..terkojut jugak org lalu lalang kat luar tengok ada pompuan mereng sebelah tangan pegang pinggan sebelah lagi pegang digi cam =P

personally, I prefer to add a bit of cinnamon powder into the filling...sebab ada je resepi yang tak letak tapi macam kureng la sikit..coz I do think apples and cinnamon are match from heaven, memang tak boleh dipisahkan di kala memasak dessert berasaskan apple =P

as for the crumble, maybe you can follow other recipes according to your preference...ada yang tak suka too buttery, ada yang prefer tambah almond flakes, or maybe those yang a bit calorie conscious (obviously not me haha) prefer to use less butter and add more healthy ingredients like oats, wholemeal flour or such...pendek kata sangatlah mudah membuatnya main campak-campak saje...and I do think this is the most simplest dessert you can cook up in storm, or prepare the filling in advance and save it for later...

saje je nak sepah-sapeh kan crumb banyak butter dan rangup itew haha...tapi kuah merah tu memang keluar sendiri eh, mengancam bukan? ;)


Simple Apple and Blackberry Crumble

Filling:
2 medium cooked apples like Bramley, Granny Smith, etc. (peeled, cored, cubed)
1/4 cup blackberries
1/2 tablespoon lemon/lime juice
3-4 tablespoon brown sugar
1/2 teaspoon cinnamon powder (or kalau takde campak je 2 batang cinnamon semasa memasak)
2 tablespoon water (coz i like it to have a bit of gravy...)
1 tablespoon flour/cornflour (...and i like it thick hehe)

Crumble:
175gm - 200gm butter
4 tablespoon brown sugar (use less if you want as filling is already sweet)
1/4 cup flour
a bit of crushed cornflakes ( i use my favorite Special K Oats and Honey)

Method:
1. Put cubed apples, lemon/lime juice, sugar, cinnamon powder and water into small pot. Cook over low heat just until the apples a bit soft and the sugar dissolved.
2. Stir flour with a bit of water and pour into the pot. Stir well carefully not to break up the fruits.
3. Adjust taste with more sugar or lime juice if necessary.
4. Turn off heat and slowly stir in blackberries. Pour filling into small ramekins or a tart pan.
5. For crumble; Place flour, sugar and butter in a bowl and rub until it resembles breadcrumbs.
6. Sprinkle crumble on top of the fillings, and lastly sprinkle crushed cornflakes on top of the crumble.
7. Bake in preheated oven, 180C 40-45 minutes or until the crumble browned and the fruit mixture bubbling. Serve warm with cream or vanilla ice cream and enjoy! (^-^)