Showing posts with label ho ho holiday. Show all posts
Showing posts with label ho ho holiday. Show all posts

Saturday, 21 July 2012

the makan holiday

Selamat berpuasa semua! Kami di Aberdeen ni dah mula semalam…awal sehari uolls, kalau nak merasa puasa 18 jam berbuka pukul 9.47 malam meh le datang hehe…dengar macam wallah ok ke tu pukul 10 baru dapat makan? Tahun lepas masa mula2 berpuasa di perantauan di musim panas ni memang la rasa macam larat tak larat je kan tapi once dah get through the first week tu dah rasa biasa…badan pun dah boleh adjust, kepala ting tong dengan head rush kalau bangun cepat2 or tunduk2 pun dah kurang sket…mind set pun dah mula bersemangat fikir kuih-kuih or side dishes menarik sebab kepala tu dok ingat buffet spread dengan param je kan hihi =P

Ok la, sebab puasa summer so kitorang pergi la berjimba di hari2 terakhir sebelum ramadhan tu. dengan cuti sekolah lagi kan sangat kasihan dengan itu budak cinonet asyik termakan janji pelesu mama je nak bawak main.

Objektif kali ni adalah mahu MAKAN.
Destinasi: Glasgow, sasaran: Nandos, KFC, Subway, Wau Café dan lain-lain lah kan. 
Sambil2 tu mama mahu shopping for the 2nd wave hikhik…3rd wave lepas raya esok last minute sebelum balik bulan 10 ;)

Oh ye, kali ni bessssstttt sangat sebab berjaya mempengaruhi Nurul and family utk join sama muahahaha…sebut Nandos dengan KFC terus terpengaruh ngehngehngeh…jom jom the more the merrier, hari ni beritahu gebang gebang kasi racun fikiran Nurul dengan bersungguh sungguh malam tu terus diorang book hotel, cayalah! Mya pun happy sangat sebab ada kakak Sarah and Syahmi join jolly holiday….sampai kan dia ingat diorg tu cousin dia…alamak dak kenit saying ni…teringat kenangan holiday dengan abang Adam dia lah tu hihi…

Gambar makanan memang tidak lah ada yo…entah apa2, percutian bertemakan makan tapi gambar melantak nan ado.


ni masa Nandos forst round, ada dua malam tu dinner kat Nandos aje hewhewhew...puas hati kuu...puasss!


hari pertama memang dah nak allocate untuk mama..me! me! me! haha sebab tu papa janji nak bawka pergi shopping Livingston....konon designer outlet tapi takde apa pun,semua designer tak pernah dengar...jangan harap la oh my gucci ke apa kan....haha macam la kalau ada Gucci LV sume tu berani nak masuk ;P butttt....sebelah outlet tu shopping mall best, so merembat lah mak budak ni kat Next, mano laie...eden memang dah target dah so terus menonong cari Next hihi....

kat sini lapang la sket nak membeli sebab orang tak ramai, parking senang....Primark dia pun baru and tersusun je, i loikee! sebab tau je la Primark kan, barang murah picisan (oh  i loveeeee primark! ;P) so selalunya kedai dia berimejkan messy bersepah and susunan saiz sume ke laut but not here. tenang pikiran nak mencari uolls. 

tau je la Glasgow bandar besau kan, kitorang lak dah biasa duduk pekan kecik 'traffic jam' pun kat traffic light je so bila si minah sat nav to bawak tempuh bandar je mula la menyumpah...adusss.....pening siot...serius rasa macam KL, fly over bersilang pukang. asal lalu tempat yang ada highway baru je mulalah sat nav pening, recalculate la apa la pastu sesat barat...hoho...pengajaran, sila update sat nav anda dengan updates terkini laluan jalan raya ye.

hari nak balik ke bandar tu singgah theme park, hari ni memang allocate for the kids. sebab awal2 dah check weather cakap hari Khamis panas and the day before hujan so kita tukar plan hari nak balik yg weather ok kita main then time hujan pergi shopping...mak tak kisahhh ponn... *jeling2 dapat permission libas kredit kad*

mya yang mula2 sampai macam tak nak senyum..ntah pape..sakit perut kut seba lepas masuk toilet baru tergelak bebas haha ;P

ride yg dia paling happy, tapi ni ride paling keji sebab tak termasuk dalam the so called 'unlimited' package..pftttt! sekali naik £3 ok?? apakah?? 

suka je dapat splash mama kat tepi

sebab beli tiket utk mama naik sekali kalau ada ride yg kena parents ikut so mama la menjadi mangsa...uwaaa...tatut tatut...kita memang trauma pergi tempat2 gini sbb ad apengalaman pahit kecik2 dulu...huhu...masa ni terjerit2 kut sebab spinning cup and flying2 all in one..pastu dengan senget2 lagi, takut je si halus tu terjatuh

 hahaha...weyh, mak sapa tu dok peluk tiang? malu je..haha lantak la apa orang nak cakap bedah, saya memang tak enjoy kalau kena naik benda2 mengarut cam ni..pusing slow tak boleh ke? nak jugak hayun hayun kan. 

which is why saya sgt happy bila mya cakap dia ok kalau mama takde...bukan senang ok dia ak ikut org lain, 'uncle' lak tu..selalu kalau dengan uncle2 ni dia memang tak suka...

sian si kenit, tak nampak pemandangan =P

mummy mummy penakut tengah tengok ride paling takut yang pusing2 ala solero tu...takde keje lain ke diorg tu kan? haishh, i pelik betul...ye la i pun sama jangan harap la nk naik benda2 gini hahaha...

kaki x sampai nak pijak pedal

bff

yang ni ride paling dia benci...nampak tu muka takut, hah tadi nak naik sangat hihi...kesian mya trauma sampai bangun tido dalam keta kapal lanun ni yang dia sebut dulu 'i dont like the pirate ship tu mama..mya scared....'

ice cream time

nice weather indeed, alhamdulillah...rezeki budak2 dapat main =)


masuk kereta mya terus lembik, cakap merapu2 tup2 dah tidur berdengkur sume siap haha...ambik ko! tapi memang puasa hati la....happy sangat tenok dia happy sebab main pun ada kawan...tak ingat dah nak hold hand mama ni huhu...memang dah lama nak bawak dia pergi theme park yang ada banyak ride utk small kids ni...aberdeen apa la yg ada kan, ada la 2-3 ride tapi sume ngeris ngeris tak kids friendly langsung...sambung hourney another 3 hours, sampai aberdeen 9ish gitu then we all terus lepak makan sahur la konon...haih, perut ni x sempat lapar di sumbek sumbek haha....

and hari ni first puasa as expected termenung panjang menunggu masa nak kena masak ;P



Tuesday, 26 June 2012

Rondaan Eropah 20120 - Colmar, Alsace Region, France.

serious tak ingat. boleh pulak tertinggal one of our big fat le tour de europe, wah gitu! haha...ok la sebelum ketinggalan buat kenangan baik kita tempek a few pics cepat2.


Colmar is acommune in the Haut-Rhin department in Alsace in north-eastern France.
It is the capital of the department. Colmar is also the seat of the highest jurisdiction in Alsace, the appellate court.
It is situated along the Alsatian Wine Route and considers itself to be the "Capital of Alsatian Wine" (capitale des vins d'Alsace).
In 2006, the city of Colmar had a population of 65,713[1] and the metropolitan area of Colmar had a population of 120,367.[2] Colmar is the center of the arrondissement of Colmar, which has 144,700 inhabitants in 2006.[3]
Colmar is the home town of the painter and engraver Martin Schongauer and the sculptor Frédéric Bartholdi, who designed the Statue of Liberty. The city is renowned for its well preserved old town, its numerous architectural landmarks and its museums, among which is the Unterlinden Museum(sumber dari Wikipedia)


seperti yg kita semua tahu Colmar ni lah tempat asal sumber inspirasi kepada Colmar Tropicale Resort, Bukit Tinggi  Pahang. pernah la pergi sekali time zaman bercinta dulu (hewhew tu je yang paling jauh nak feeling dating oversea pun kan) tapi macam takde ramai orang sangat time tu, so agak gloomy.

but.....the 'real' Colmar memang sangat best!! love the ambience, love the people, love the building, endless array of pastries, macaroons and coffee shops, and full of vintagey souvenir shops...suka suka suka! kedai toys sangat comel, penuh dengan cute figurines and old school wooden toys; dan untuk orang yang baking freak like moi memang boleh crazy tengok acuan kuih muih...siap cakap kat mi amor, 'papa, nanti kalau kita dah kaya terlebih duit datang sini lagi eh? mama nak shopping angkut segala mak nenek set pinggan comel kat display tu...dont worry time tu tak yah risau over limit luggage sebab i suruh je kedai tu shipping sampai msia, dah tu kata duit banyak, kan? harus i ferasan bik mama gitu'

haha jelingan maut ko i dapat. oopss!

sebab kalau time packing i selalu kena bebel tau, sebab dia yang tukang susun and timbang kita tukang angkut sampah sume nak bawak ;P


toy shop yang comel

nutella crepes for papa, macam la kat tepi jalan Aberdeen ni takde jual hihi

gugur jantung tengok..slurppp!


loving the wood beam detail on the wall and cute window shutters, colourful!


tumpang romantik orang naik gondola kat belakang...malas nak naik sebab dah la mahal pastu di bawaknya lalu belakang2 rumah orang, area yang cantik tu sebenarnya kejap je uols. pic yg bawah tu masing2 dah campak jaket, far too hot for us meh...weather just nice even tak sunny and susah nak dapat lighting utk bergambar but sedap2 la berlenggang dengan baju nipis.


haha...kudos to the director behind the scene, Cik Kasih Mya ;)

area ni ada dalam one of the picture dalam google tau, and dalam tu cam cantik giler sebab kiri kanan penuh dengan flower pot bergantungan kat tebing dan tingkap...so kalau nak pergi time cantik masa full spring ok, ready aje ongkos lebih untuk segala benda sebab musim melancong time gitu memang la mahal.

papa's girls

minty mint coloured house


percaya tak first time kita makan macaroon? tak pernah teringin nak makan pun sebab tau cam manis2 gitu kan...tapi bila dah sampai konon tempat asal macaroons ni and tengok pulak display wallah kemain comel gitu kita pun mempengaruhi Mya, haha saje je dah tau itu budak memang suka benda2 warna warni gini. so with us buat muka cembeng melekap muka kat depan cermin display maka papa pun gagahkan jugak la pergi memboli, sobab eh dia malas nak paham apa diorg cakap muahahaha...tau je la French cakap kan yang 'r' tu jadi kasar, so bila dia pronounce makarun org tu cam confuse2 and then finally said 'oh oui oui macaghoon'

and rupanya kat sini kalau kita nak beli terus beratur and btau nak apa, then diorang akan pergi belakang kat  dapur untuk ambik, yang display tu hanya for display only ok...cam tu...baru den tau...yang kita punya la dok bertempek kat tempat macaroon tu kan, takut orang dah beli dulu haha..rupanya banyak lagi kat belakang daaa...patut la semua orang masuk then terus beratur, patut la staff semua sibuk ulang alik kelaur masuk, patut la minah tu dok pandanggg je kat iols anak beranak yg mengendeng kepohchi takut macaroon kat display kena curik..hihi ;P

budak kedekut! semua dia punya, mama cannot have this ok mama? it's mine. T____T

 fine, i got mine la... le famous Opegha Cake...teeheehee...yang ni pun first time nak makan, but the chocolate ganache layer is far too rich for my liking, plus the extra strong coffee syrup jugak kut...melekat kat anak tekak...

 one of the reason i cannot mengurus semasa holiday, despite endless mendaki turun naik tangga, dukung mya and all the walking is we keep on stopping for lattes...oh, just by looking at at the layer kat gambar ni pun dah telan air liur..cedap cedap...

 english theme set

 polka dot range

 see?? sapa yang memang minat collect barang hiasan rumah yang comel2 sila allocate luggage khas untuk rembatan shopping anda...utk orang yang luggage limited like moi ni telan air liur je la kan, quite pricey pun ye jugak, kalau beli tu mano nak sumbek? kata mi amor nanti. hehe dah tau dah. sebab dah la kena turun naik teksi, flight and train pastu yang tukang angkutnya dia jugak kan. haha...


 we all spend 1 malam je kat Colmar, and to be frank semalam pun dah cukup...lain la kalau uols memang dah plan nak explore area gunung2 or melawat ladang anggur tengok orang buat wine kan hehe...tapi kalau uols dah terpergi melawat Germany yang belah2 Black Forest dekat dengan sempadan macam Freiburg tu please add Colmar to your list, lagipun cross border je dah sampai negara lain kan...cuma kat tengah sempadan tu Colmar dengan Freiburg dipisahkan dengan sungai so nak cross kena turun ke Basel or Zurich dulu then baru boleh naik train ke Freiburg. hah kat situ je dah dapat masuk Swiss sekali



@ Colmar Train Station, bye bye Colmar, you had me at hello ;)


later kita akan track perjalanan hari tu and share a few tips untuk bercuti secara berhemah ye....buat kenangan sebab ni tengah taip pun cam blur2 eh pastu aku pegi mana eh? boleh pulak nak terlupa padahal kita yang tukang planning all the route, hop on off flight to train to shuttle bus to flight, where to find halal food, drop luggage and all hihi ;P



Thursday, 3 May 2012

Rondaan Eropah 2012 - Flumserberg, Zurich

lepas spend masa satu hari di Madrid, the next day we got a flight to catch; destination Basel, Swiss.

quite a journey la jugak sebab touch down Basel terus ke train station, then have to buy tickets to Zurich...masa ni dah lapor weyhh....luckily hubby's friend just went to Zurich and told him there's a seafood restaurant located dekat Zurich Train Station which is really really helps sebab itu la makanan ruji 2 hari di Zurich so menahan aje la yek...

unfortunately as usual bila dah lapar mana la nak ada snap2 gamba makanan ni kan, lagi2 la bila bawak dslr gabak malas nak keluar masuk kamera gemuk tu dari beg huhu...for those yang nak ke Swiss, makanan halal a bit susah la nak cari...sebab in Swiss penyembelihan secara halal the Islam way is banned here due to the hak asasi haiwan and what not bla bla bla...kalau ada kedai yang jual daging mentah halal for muslims kat Swiss bekalan semua datang dari France or Germany...oho baru ku tahu...

makan2 di Nordsee, the only gambar kedai makan seafood @ Zurich Station yang ada tu pun cilok fb kak iza hehe...sejuk2 dapat makanan panas sedap woooo...terbuntang mata tengok deretan fresh seafood macam2 rupa paras..slurpp! harga tidak usah lah dikau convert ya, sekali makan 6 orang melayang rm400 tsk tsk.



bila perut dah gendang gendut senang hati baru lah legaaaaa...fuhhh...terus cari tram station nak pergi hotel lak, and as usual for pelancong bajet cam weolls ni mana lagi kalau bukan Ibis Hotel...memang manyak mulah wooo, Swiss memang dah faham lah negara mahal kan tapi harga per night memang rasa ok lagi..untuk korang korang yang drpd msia nak jalan2 Europe nanti boleh try consider ok...but only applicable to those yg cheapskate like moi lah ye hihi...

we all hanya ada masa satu hari aje kat Zurich, and that 1 day tu memang nak habiskan masa layan the kids main sledge and snow dekat ski centre, around Zurich ada la quite a few jugak tempat main ski but we chose Flumserberg sebab tempat ni sangat accessible; boleh naik train direct from Zurich City zasss terus ke kaki gunung , turun keretapi tukar aje naik gondola, simple kan? i like i likeee...lagipun Flumserberg ni memang khas untuk family and kids friendly, ate lagipun macam la awak tu handal bona nak berski2 bagai kan? asal ada snow untuk bebudak (and mak budak) sudahhh....  ;)

journey dari bandar Zurich around 1 jam 40 minit gitu, kena stop dekat station Untertezen then baru tukar gondola naik atas, ikut la nak level tinggi mana kan, we all naik kat level paling bawah aje sebab kat situ pun dah ada kids area hehe...

kisahnya train yg stop kat Untertezen ni destinasi dia is Chur, kitorg masa nak naik tu punya la melilau mano Untertezen? mano? mano? yang taunye mamamya tapi yang dok tanya orang papamya sebb mama kena jaga bebudak yang suka berlari sana sini and station tengah pack dengan umat manusia...2-3 kali la mi amor tu kena pusing patah balik tanya, 'eh, apa tadi nama stesen dia? tarzen? lupo den...' haih. 'no la..UN-TER-TE-ZEN, kita nak naik gondola ke TAN-NEN-BO-DEN. get it??' harharhar ;P


dekat platform tu satu hal lagi, tengok depan train tulis ke 'Chur', apa lagi sekali lagi tebalkan diri tanya sorang minah swiss hawt ni and tunjuk tiket betul ke ketapi ni nak kena naik, kang kut ada yg sampai Germany kang naya jek huhu...ai punye la 'excuse me, can you speak english?yes? we need to go here but this train is going to Chur, is this our train?'

minat gorjes tu cam blur blur...sekali bukan tak reti speaking English daa...tapi ai yang sebutan salah, deng! 'Chur' tu sebutan betul is Hur...derrr...kita punya la chur chur...malu siott...pengajaran; kalau nak melancong negara bahasa pelik sila study basic pronouncation dulu yeee.....  -_-'

takpe la, orang yang malu bertanya sosat jalan ye tak? heeeeee......

dalam train, masa ni dah nak sampai dah....kami mak mak budak adalah kejakunan and feel feel macam dalam iklan rokok peter styvesant jadi model cun main ski tu...ingat tak iklan dulu2? hehe..sepanjang jalan tu nampak rumah banglo cantik cantik tepi gunung la, tepi tasik la...fuyoooo...confirm area untuk billionaire ni uols, nanges tengok..

hoorayy! dah selamat naik gondola...pintu gondola tutup aje terus weols terjerit jerit 'weeehoooooo...dah sampai! dah sampai!' terkinja kinja cam apa je...kehkehkeh...ye la dari bawah lagi dok tahan semangat nak jerit2 happy2 kan ;P

view belakang tu memang la subhanallahh...cantik yang amat, macam tak percaya je dah sampai rasa macam dalam poskad aje...

sebelum main, kita makan dulu...kat atas ni makanan lagi mahal woi, sepinggan tu dalam rm60 kut...mana yang tak habis tu memang kitorang kutip satu satu sumbat je habiskan..sayang wooo...

uols tengok salji penuh kan? kan? then kitorang pun semangat  je pakai jaket tebal full winter set kan kan? akan tetapi keadaan sebenar adalah panas okeh? dan sangat silau, cahaya matahari very the glaring gitu i  dah nak pitam rasa nak termuntah dah...sebab matahari terik and salji pulak putih so cahaya tu memang memantul mantul aje cucuk mata ni, nasib baik la takde gamba yang masa kita rembat mya punya sunglasses pink miahahaha...buruk benor ghopenyer...tak tahan okehh...lutut dah rasa lembik je pening kepala sangat, lepas tu sebab tak tahan dengan kesilauan me and kak iza pi cari sunglasses kat sports shop diorang...huh tak pasal2 je tau, kita bukan tengok fesyen ke stail ke apa tapi pilih yang paling murah which is turn out dah beli baru tersedar tu saiz budak umur 12 tahun punya..kehkehkeh patutla murah, hantam sajalah labuuuu...

ha...baru best boleh enjoy bergelak ketawa dah hilang poning..time ni jaket dah melayang sebab panas berkuap dalam jaket, mi amor dok amik gambar lagi la pakai tshirt lengan pendek cap ayam tu je, dan rupa cam piknik tepi pantai lak...kalau ikut telahan hamba maybe suhu time ni around 17C-18C...panas kan? yet snow masih ada...pelik betul and i adalah fail bab2 hukum alam graviti or pressure2 ni ye so memang lah tak boleh nak explain ;P


mya yang dah sunburn



budak kecik ni punya lah happy dapat main sledge..sob sob macam lah tak pernah jumpa snow, takpe la mya main puas2 ye..kebetulan winter baru ni snow takde and lepas ni kita pulak dah memang nak balik malaysia...main puas2 ye nak, takdo do papa nak bawak mya datang swiss semata mata nak main sledge dah lepas ni ;P


dia sangat kedekut, tak bagi mama main sama-sama...siap marah2 tu kalau kita tolong pegang..ciss! curik papan sledge tu kang baru tau


ngeh ngeh ngeh..dapat pun curik yeeehaaaa....tapi sekali ni je la dapat merasa main, lepas tu memang dia jaga betul papan sledge dia tuh tak bagi mama main hihihi...posing angkat tangan ni ikut arahan cameraman, awal2 dah suruh mama angkat tangan happy2 tau...


haha nangis sebab marah orang lain nak stop main minum air kejap, punya lah tak percaya kitorang cakap lepas minum nanti mya sambung la main balik...hohoho...tergelak giler tengok dia melalak alolololololoo...


memang puas hati sangat dapat layan budak budak main sledge, adam punya la happy kan adam kan kan? papa adam lagi la best, dah plan nanti kalau adam dapat 5A upsr boleh datang sini lagi as hadiah...perghhh...kemain lagi budak2 zaman sekarang punya rewards kan? kita dulu dapat makan kfc aje tu pun dah besar hati dah citer kat kengkawan hahaha...takpe adam, aunty doakan supaya murah rezeki adam  dgn mya,then kita dapat jalan2 together lagi kan? 

malam tu semuanya pengsan, kepala rasa cam baru lepas berjemur kat pantai....hotel tu pulak pelik ada rules tak leh bawak outside food, langsung. apa jadah....and again, sampai train station cam biasa makan kedai seafood pojaan hati kenyang2 dulu then baru balik bilik

esok ada perjalanan panjang lagi, from Zurich to Colmar, cross border sikit aje nak jejak kaki ke Alsace region France =)


notes to self: woi! lama gila kut entry ni terperap dlm draft...3 minggu later baru publish, niceeee...... -_-'





Tuesday, 10 April 2012

Rondaan Eropah 2012 - Hola, Madrid Espana!

akhirnya, sampai jugak catatan buat kenangan ke Madrid, Spain  -_-'

early morning 13 Mac tu bertolak ke Edinburgh by train, train pukul 7:52 kau! memang awal gile la kena bangun kan...huhu....arrived @Edin around 11ish...oh i miss Edin! hehe...suka Edinburgh sebab...err...entah, suka lah! sebab shopping street best, view nak amik gambo best, carboot dia pun lagi best! haha... me lagi expert jalan2 around Edin than mi amor sebab 2 kali stay Edin sebab dia bercourse ada kelas....lagipun bak kata orang tempat jatuh di timpa malang lagikan di kenang, ye tak? 

anyway, turun train semua dah lapo...lepak Burger King Waverly Station je melantak fish burger, masya Allah nikmat sungguh! then naik airport shuttle betul2 depan train station Waverly tu ke airport...i likeeee...sangat senang kalau tempat yang ada connection mantap macam ni =)

flight Edinburgh - Madrid take off around 2pm...sampai Madrid dah 6 petang gitu so bayangkan la dekat2 nak malam tu kitorang terbangak bangak tolak luggage besar dengan heret stroller mya turun naik Metro from airport ke hotel...tsk. sadis you know! but to my surprise (even dah stadi bout laid back Spanish people before) area bawah hotel suasana meriah sungguh, a few shops still open and memang best macam ada pasar minggu...whoa suka suka....korang maybe tak heran la kan sebab kat msia memang cam tuh, tapi utk org yg duduk Aberdeen where the only shops open after 6 is bar mabuk mabuk harus kejakunan okeh.

we only got one whole day to explore Madrid, kalau lah kitorang ni just backpacker couple2 aje takde budak kecik maybe boleh explore banyak lagi tempat even given limited time,  tapi bila travel dengan kids tau tau je la....lagipun Madrid is full of museums and art galleries that obviously not our cup of tea at all, oh no. setakat appreciate sikit2 bout the architecture boleh la but only for moi hehe...ahlil rombongan lain memang tak boleh blah la kan bab2 artsy ni ;P

so mana lagi? ke Bernabeu Stadium la kita yeop! angah memang suka bila dapat sampai sini sebab minat RM but for mi amor buat2 tak heran sebab setia dengan MU, boleh? any kipas susah mati Real Madrid here? ;)

ewah! 

bukti kukuh dah sampai bernabeu, game malam tu, nasib baik we all decide pergi stadium dulu baru pusing bandar, and at this hour pun dah ada queue panjang dekat ticket booth (full of hawt hawt hawt penelope cruz-look alike spanish chicks and gorgeous looking men i must say!)


posing wajib kalau pergi stadium bola; arsenal-tick! man u-tick! chelsea-tick! bernabeu-tick! =D


dekat stadium ni je dah spend masa banyak, sebab besarrrrr sangat nak pusing luar stadium mencarik kedai souvenir huhu...then terus naik metro ke Sol, center of tourist attraction...then dari Sol tu senang boleh melawat around the area just by foot...kalau ikut list memang banyak tempat nak pergi tapi kena jalan sikit la kan macam Royal Palace dengan Retiro Park tapi sebab time ni dah penat dan budak2 dah merengek so jalan mana yang sempat je la you all....


around Sol area tu penuh dengan kedai souvenir yang best best...ikut nasib la kita masuk kedai yang ok ke tak, macam kitorang beria pilih fridge magnet sekali tengok kedai sebelah design lagi cantik and cheaper...so kesimpulannya jangan dok borong semua benda kat satu kedai tu je....

as per said while digging hard and deep at TripAdvisor, a visit to La Mallorquina just a few steps away from Sol metro station is a must for a sweet tooth-patisserie obsessed person like moi hehe....memang dekat sangat and its impossible to missed their yummylicious longggg display of mouth watering pastries; enough to make me drooling over their window shops really ;P

but the sengal me despite mya fell asleep i forgot to snap the vintage looking pastry shops, let alone the pastries huhu...well, sibuk ok pilih nak beli mana satu tak terfikir nak ambik2 gambar ni.

muka excited dpt makan pastry sedap plus mya ketiduran



cenderahati wajib beli; kipas flamenco dramatik


haishhh...memang mencabar tau berjalan bawak toddler ni...datang mood dia dah bosan berjalan tak habis habis memang la geram betul, pegang tangan tak nak, duduk atas stroller tak nak, ikat rambut serabai tak nak....grrr...gahh!!

buat muka cute sambil buat2 tak dengar bebelan mama

don't you ever dare touching my hair mama! 

ni tepi jalan okeh, kereta laju kemain dah tu nak berlari-larian...adoiii...


haha muka tak puas hati sebelum meronta mintak dilepaskan



Plaza Mayor; tempat melepak dekat cafe minum kopi and people watching..love it!

jalan lama sikit mesti nak cari kudapan and mengkopi..nampak payung payungan kafe comel di tepian mata dah melilau...teeheehee ....

minum kopi paling mahal di dunia (tsk! tsk!) dan fried calamari sedap yang amat...total bil sila buat-buat tak nampak ye, janji perut gendang gendut senang hati. sambil makan sambil tengok funny people (as mya called it).....


...like the chubby Spidey, nampak tak?



...and our favourite, The Invisible Man! =)
the only picture yang ada semua orang, thanks mr invisible =)

feeling ada anak 2 orang jap eh papa? ;)


Madrid....oh i'm gonna miss you! nice weather, friendly people, neverending live entertainment (dalam metro pun ada orang keluar masuk main muzik ok), yummylicious fresh seafood and the best thing is everything is affordable, memang dah set nak beli apa-apa masa currency Euro ni lah...esok nak jejak kaki Swiss fuhhh...memang kena tune balik to my cheapskate mode hihi....

its definitely better if you can stay a bit longer to truly embrace and enjoy Spanish culture, tapi apakan daya tentatif percutian kali ni memang padat, esok flight Madrid-Basel, sampai Basel terus kena naik train ke Zurich, and the only full day we got to spend in Zurich is for the kids, sledging time!!

so next entry nanti dah sampai snowy mountains ok ;)

that night sebelum tidur berdoa mintak-mintak la jumpa Yusry dengan Lisa hihi ;P