Showing posts with label lauk pauk. Show all posts
Showing posts with label lauk pauk. Show all posts

Thursday, 21 June 2012

what's cookin - Daging Goreng Sawi Asin

 hadoi...sian kat blog, berhabuk sudah hehe...cam tak tau je nak citer apa, padahal banyak je benda boleh update; sports day Mya, our lavish lobster weekend (serius terasa cam org kaya kau!), citer shopping, sale sana sinun bisa gugur jantung gue eh macam2 la kan tapi bila dpean lappie blank pulak ;P

anyway, sebab tengah lapar tak puas lunch mee hoon teringat belum update satu resepi yang sedap ni...memang kena dengan selera kita la sebab ada cili apa and sawi asin, bak kata Kak Ayu tuan punye resepi bila tergigit cili dengan sawi tu krup krap krup krap! wallah! do give it a try lovelies, simple dan sedap, two thumbs up! =)
saya adalah malas nak copy resepi, for recipe pi jenguk kat tuan rumah asal ye hehe...

Friday, 20 January 2012

what's cookin - Dendeng Daging Pandan




pencarian resepi dendeng daging yg sedap berakhir! yezzaaa...!


walaupun ni lauk entah minggu bila tapi sila cuba ye, memang sedap sangat2...kena post jugak even entry basi sebab memang ish sedap sangat sangat la...rugi kalau tak share dengan kawan2 ye tak?istimewanya adalah digaul dengan bawang goreng sebelum dihidang....and yes, please use homemade bawang goreng ye...dengan bau harum pandan, bawang goreng dan rasa isi daging berempah yang digoreng garing ummpphhhhh....terangkat!


dah cuba sekali confirm wajib masuk hidangan raya korang, cayo la cakap den ni yo....


for homemade bawang goreng senang je; bawang merah hiris nipis, gaul dan salut sepenuhnya dengan tepung gandum, garam, dan sedikit gula..goreng dalam minyak panas sampai garing...sedap sangat selalu tak sempat nak masuk dlm lauk pun sebab dah kena curik buat ratah mama dan mya..hehe...resepi ni dpt dari myresepi kalau tak silap...


terima kasih pada Kak Ummi, blogger pakar masak yg femes tu..mana tak femes resepi ni dah masuk majalah Jelita y'all!  =)




DAGING DENDENG PANDAN
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 500 gm daging batang pinang
  • 2 cawan air
  • * 2 batang serai - diketuk
  • * 1 inci halia - diketuk (*untuk direbus dgn daging)
  • 2 sudu besar cili kering yang dikisar
  • 2 sudu kecil rempah kari daging
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • 1/4 cawan gula melaka yang dihancurkan
  • 3 sudu besar gula pasir
  • garam secukup rasa
  • sedikit air (jika perlu)
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • minyak masak secukupnya
Bahan Kisar:-
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm lengkuas
  • 2 cm halia
Cara Memasak:-
  1. Potong daging kepada saiz 4 x 4 inci, bersihkan dan rebus hingga daging empuk. Angkat dan toskan. Hiris daging nipis2. Buat hingga siap.
  2. Tumbuk-tumbuk sedikit setiap keping daging.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap daging tadi hingga nampak garing sikit di bahagian tepinya. (boleh gunakan minyak lebihan bawang goreng untuk lebih sedap). Angkat dan toskan.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebihkurang 1/4 cawan dan tumiskan bahan kisar serta cili kering dengan api sederhana perlahan hingga pecah minyak.
  5. Masukkan serbuk kari daging, serbuk ketumbar, kacau rata. (masukkan sedikit air jika terlalu kering)
  6. Masukkan gula melaka, gula pasir, kicap manis dan garam secukup rasa. Seimbangkan rasa.
  7. Masukkan daging dan daun pandan, gaul rata. Masak hingga daging benar2 bersalut dan sedikit kering atau pecah minyak.
  8. Tutup api dan tuangkan bawang goreng. Gaul rata-rata menyelaputi daging. Siap untuk dihidangkan.

Tuesday, 10 January 2012

what's cookin - Kambing Masak Hitam





sebab minggu lepas laki beli kambing sampai 2 kilo, makanya dah selang sehari pulak dok makan kambing; lamb chop, kambing bakar, lamb chop, kambing bakar....huh, jemu la pulak. jom try masak lauk kambing ni pulak. 


tengah dok surfing resepi lauk kambing teringat pulak cik lurpak kita yang sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan kambing dalam menu harian beliau...wakaka..(tuan punya obsesi-berdosa-ku; sila take this as a compliment kpd seorang foodie tegar okeh =D ) hah, ada pun resepi. kambing masak hitam, sangat lah senang nak membuatnya. rasa pun mantop, cuma kita takde kicap masin so ganti la dengan light soy sauce and oyster sauce. tapi sebab oyster sauce tu jenis ala2 manis so rasa macam dah termanis la pulak. tapi memang sodap ni beb. hah lurpak lepas ni boleh la masak untuk kenduri ye, memang sodap nih!

Kambing Masak Hitam
Source: mysinfulosession / resepipaklong


Ingredients
1 kg daging kambing dipotong dadu
1 btg Kayu manis
3 biji Bunga Lawang
5 biji Buah Pelaga
5 biji Bunga Cengkih
1 biji Bawang besar (dikisar)
7 biji Bawang merah (dikisar)
1/2 inci Halia (dikisar)
2 s/besar Serbuk kari
30 g Cili Kering (dikisar)
2 cawan Kicap manis
2 cawan Kicap masin/sos tiram
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 cawan Kismis (dikisar) - sebab nak cepat kita rendam kejap then cincang2, jgn malas ok kalau kisar lagi sedap
1 s/besar Minyak sapi - yg ni saya tak ada
Minyak masak
Air

Method:
1.Panaskan minyak masak. Masukkan rempah ratus (kayu manis, bunga lawang, buah belaga dan bunga cengkih). Masak sehingga naik bau
2.Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar (bebawang dan halia). Masak sehingga naik bau
3.Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Masak kari sehingga naik minyak. Sekiranya belum naik minyak, tambah air.
4.Masukkan cili dan masak sehingga naik minyak.
5.Masukkan daging dan gaul. Biarkan selama 10 hingga 15 minit.
6.Masukkan kicap manis dan masin.
7.Bubuh garam dan gula secukup rasa.
8.Bila dah agak empuk, masukkan kismis. Masak lagi selama 20 minit.
9.Tutup api dan masukkan minyak sapi. Gaul sehingga sebati.


sedap wooo...nanti kita nak share lagi resepi daging dendeng harum pandan pulak, dapat dari ummi kuantan...baru try semalam, sedap sangat nak buat time raya pun best!

Tuesday, 7 December 2010

what's cookin - 'Kenny Rogers' Roast Chicken


memang dah lama teringin nak masak ayam bakar ala pakcik kenny tu...me sangat suka kenny but hubby prefer nando's...sebab dia kata cannot gi la makan ayam kenny (what! i okeh je layam semua, semua pun suka huhu...)...see, dia memang sangat tekak melayu..western2 ni selow sket hehe....
dah lama jugak dok terintai2 resepi ni kat blog Hana @ Kanazawa..waduh...comel sungguh ayam beliau...cantik jek complexion ayam dia kena make-up...takdak pun jerawat batu hangus sana sini..hehe...anyway, katanya resepi asal from here and dah ramai pun yang try test resepi ni kat myresepi...gituuu....tapi takde la i bakar ayam sekor tertonggeng gitu kan...kebetulan mi amor baru beli ayam kat kedai ayam and saiz dia cam gemuk sket lak dari biasa and ada kulit (selalu tu skinless and saiz comel) so memang cantek ahh nak kena golek ayam ni dalam oven hehe....


up close....ayam tak seayu dan sekiut Hana punye..ada kerak2 hitam si cantik manis..shedap wooo dok korek kerak hangus tuuu....hehe...


brussel sprout tu saya sangat tak suka okeh...sebab beli packet prepared mix veggies dah siap ada sekali dengan carrot and brocoli, so den campak kan yo lah..sebagai penghias ayam i je la kan dengan kecomelan mereka tergolek-golek disitu...memang tak paham kenapa brits people suka makan sayur ni (-_-')

makan dengan mashed potato, gravy bantuan gravy granules paket dan roast veggies...yummss!


hasil - betul betul how liaw! manyak kaw ohh! hehe..serius sedap...petang hari sebelum tu dah start perap ayam walaupun nak makan lunch esoknya so maybe tempoh perapan yang lama membantu rasa ayam panggang ni sampai ke tulang temulang! hehe....

ni resepi dia ek..kita copy paste je dari rumah Hana..thanks Hana sebab share =) kalau nak resepi kentang putar pun ada kat rumah Hana...

Ayam Bakar ala Pakcik Kenny =)

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - aku tadak sos nih ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
  • 2 sudu besar madu (i xdak madu...yg ada golden syrup hentam sajalah..hehe..)
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran (i use mix italian herbs)
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

Nota Dapur: selongkar dapur terjumpa pek serbuk daging black pepper maggi so masukkan sikit dalam marinate ayam...so kalau agak2 malas letak tu je pun boleh kut hehe....

Thursday, 21 October 2010

what's cookin - Simple Blanched Pak Choi with Oyster Sauce



kali ni nak share satu resepi mudah, sedap, dan menyihatkan...Sayur Pak Choi dengan sos tiram ringkas...atau emak saya panggil sayur ni sawi pendek...kalau nak cuba sila guna sayur pak choi yang batang hijau cam ni ek..sebab yang ni lebih lembut dari yang jenis batang putih tu...kalau yang tu daun dia cam liat sikit kurang juicy lepas di celur...tak tau la kan ni taste ikut anak tekak i hehehe...


first time makan i terus jatuh cinta you...kredit tu my sister in law, hot mama adam yang introduce lauk ni..biasalakan...we all kalau weekend bila berkumpul ramai-ramai takdo kojo lain masak masak dan masak lagi hehehe...berlumbo-lumbo nak tunjuk skill...yg tahu baking (ehem*muka serius betukan spek =P) tunjuk camne buat kek, yang pandai lauk tunjuk skill masak lauk shedappp...gituu...haih. tetiba rindu nak balik kampung..uwaa..tak sampai sebulan ok sila tabahkan hati tunggu hari raya tahun depan T-T

yang penting lauk ni senang dan sesuai untuk orang yang tengah diet (oit, don't look at me okey gi jeling cik puan shakira yg sedang bersemangat berdiyet tu hehehe) kat aberdeen sayur yang ada baby spinach, kobis, carrot dgn baby pak choi ni la...so kalau lauk sayur terpaksa la rotate bayam goreng, sup sayur campur, pak choi masak oyster dan begitulah seterusnya...nak kangkung goreng belacan? maap la ye..kangkung ada tapi seikat tu rm20 hinggit okkkkktakpe lah ye baik i beli baju or barang baking =P

bahan kat bawah ni just senarai aje ye...bilangan dan amaun tu uols pandai2 la agak...ikut la sayur tu banyak ke tak..then main rasa-rasa aje..gituu...

Pak Choi with Oyster Sauce

sayur pak choi hijau
2-3 ulas bawang putih - cincang halus
udang kering - tumbuk light2 gitu
sos tiram
kicap manis cap kipas udang

1. Didihkan air dalam periuk. Bila dah mendidih, celur sayur sekejap agak-agak dalam 30 saat, angkat dan terus masukkan dalam air ais - ni petua untuk kekalkan warna hijau yang cantik. Kemudian tapis sayur dan susun dalam serving plate, preferably yang saiz besar dan nipis.

2. Untuk Sos - tumis bawang putih, kejap je sebab bwg putih cepat hangus. Then masukkan udang kering yang dah ditumbuk tadi. Kacau seketika.

2. Masukkan sos tiram, agak-agak nak kuah banyak mana ok. Masukkan kicap manis dalam 2-3 sudu besar dan tuang sikit air. Rasa sos dan tambah mana yang patut, kalau yang suka pedas boleh tambah sikit black pepper. Didihkan sekejap.

4. Tuang sos atas sayur tadi dan bolehlah dihias dengan hirisan cili merah, ikan bilis goreng atau bawang goreng. Hdangkan panas dan pasti menambat selera anda =)


Thursday, 7 October 2010

what's cookin - Butter Prawn


hidangan masa berbuka puasa beramai-ramai di kampung saya kat sg. besi (kat kl pun ada kampung okeh)

hai hai hai...episod eh eh masak ape tewww..? kali ini dimulakan dengan resepi Butter Prawn atau Udang Mentega (ek ele memang la pun kan)

firstly, harus berterima kasih pada my MIL sebab telah mempertanggungjawabkan memasak udang butter ni kepada saya dengan hanya berbekalkan resepi dari keratan surat khabar..hehe..lupa la pulak which one tapi rasanya harian metro kut yang kuar resepi hari ahad tu....dah la tak pernah buat lauk ni so kitorang pun cam excited je kat dapur nak tengok hasilnya last last menjadi la pulak...aummm!! (eh tetibe nak mengaum apehal)


Butter Prawn
Source: keratan akhbar yang dah lupa jenama apa =P

1/2 kg udang
2-3 ulas bawang putih - ketuk jer
beberapa helai daun kari
cili kering dan cili padi - dihiris (ikut suka tahap kepedasan masing-masing)
tepung beras
garam dan serbuk lada sulah
2 biji telur - dipukul
175gm mentega (setengah buku yang saiz 250gm tu)

1. Gaul udang dengan tepung beras, garam dan serbuk lada sulah. Goreng sekejap agak-agak dah garing angkat dan toskan. Put aside.
2. Panaskan mentega sampai cair dan berbuih, tuangkan bancuhan telur dan kacau sentiasa. Sila anggap anda sedang mensauna muka di salun pada ketika ini hehehe...
3. Bila minyak butter dan telur dah naik tuangkan bahan dihiris tadi - bawang putih, cili kering, cili api dan daun kari. Kacau sekejap.
4. Dah naik bau tuangkan udang, kaup balik cukup syarat dan angkat.
5. Ops, jangan lupa tapis hasil udang mentega tu dulu kasi minyak dia turun...and watch your keraks appear like from nowhere haha..magic!

ye ye saya tau agak tricky nak buat ikut resepi ni...your truly sendiri pun dah berapa kali buat pun ada yang kerak tak cukup mengamcam..tak pun silap-silap telur tu jadi telur dadar sebab tak cukup butter terlebih telur...tapi korang boleh je try ikut resepi lain yang lebih mudah, siap ada letak nestum lagi kat MyResepi.com ni...dah try kasi roger2 dalam belog eh =)

Thursday, 4 March 2010

what's cookin - Butter Chicken

menu simple dan express - Butter Chicken..smell really nice, just a right amount of saltiness and spicy!


Butter Chicken
Recipe adapt form Nasi Lemak Lover

boneless chicken
2 tbs butter
5-6 curry leaves
2 cili padi - i also added some bits of dry chillis (the more chillis the merrier)
4 cloves garlic - chopped
2 tbs soy sauce
an egg
about 1/4 cup evaporated creamer - i use fresh milk instead =)
corn flour
salt and pepper to taste

1. Cut boneless chicken into smaller pieces. Marinate with beaten egg, garlic, salt, pepper and soy sauce for about 30 minutes - 1 hour. Coat with corn flour and fry until crispy. Set aside.
2. Heat butter in a wok and sautee garlic, cili padi, dry chillis and curry leaves until fragrant.
3. Add in fried chicken, season with salt, pepper and sugar to taste.
4. Lastly, pour in milk, quickly stir and mix well.
5. Serve hot.


Wednesday, 20 January 2010

what's cookin - Ayam Percik II

Menu hari Selasa, Ayam Percik Aberdeen...hehe...dah pernah post entry Ayam Percik ni sekali, tapi rupanya hubby i prefer Ayam Percik yang kuah merah macam sos tu...hai laaa...itu dah tak ori la darling...marah orang Kelantan kalau tengok percik kuah merah, sebab kalau tak silap resepi style Kelantan yang ori cili giling pun tak letak, betul tak Mek Murni? =)

punya la i mencari resepi ayam percik style kuah sos merah merah tapi nan ado uols....tu mesti resepi olahan penjual kat pasar malam untuk cipta ayam percik yang lain sikit dari rupa paras....ala kontemporari la tu kan...last last cipta resepi sendiri je, main campak-campak agak2 rasa letak kiub ayam sikit so jadi la Ayam Percik Aberdeen...hehe...

kalau ikut resepi-resepi lain ada yang tak letak cili, ada yang letak buah keras and macam-macam lagi la...a few resepi yang saya jadikan guideline is from EmahTimah's Blog and Anjung Cafe. But for mine, just ikut apa bahan yang ada kat dapur chomel i aje okk..so kepada yang berminat nak mencuba tu maybe boleh ubahsuai ikut taste masing-masing ok? =)

Bahan:
ayam dipotong ikut suka
santan
air asam jawa (sikit je )

Bahan untuk dimesin:
serai
bawang merah
bawang putih
halia
cili kering (yang dah rendam air panas/direbus)
jintan
serbuk ketumbar

Cara-cara:
Masak santan bersama ayam dan bahan yang dah mesin tadi atas api perlahan. Kacau sentiasa jangan sampai pecah minyak sampai pekat (it takes quite a while ok). Perasakan dengan kiub ayam, garam, gula dan air asam jawa. Bila dah mendidih dan pekat, keluarkan ayam dan bakar sekejap. Masa tengah bakar tu berus-beruskan ayam dengan kuah percik yang dah masak tadi. Siap!

p/s: kalau masak lauk pauk saya tak pandai ikut sukatan, leceh! main campak2 je senang dan sedap hehe..


sedap ni tau kawan-kawan...lemak2 santan, ada rasa serai sikit, gabung dengan manis jintan, pedas-pedas cili and manis masam masin...hehe...i can say it is much better than my previous ayam percik...see? kan dah cakap resepi sendiri main campak-campak lagi menjadi...time masak tu just follow your heart...cewah!

cuba jangan tak cuba okk?

and kalau sesape yang ada resepi buat kuah percik ala sos merah macam kat pasar malam tu share la ok..


Monday, 11 January 2010

what's cookin - Thai Pandan Chicken

halo kawan-kawan! sekarang ni asyik nak update pasal episod What's Cookin aje kan? haha sebab saya semakin kuat makan dan senantiasa kelaparan sahaja...sejuk wooo (yes, bad weather to be blamed haha) they said this is the worst winter in 30 years...haha kalau diorang tipu maka tipu juga lah saya disini..tapi kan memang teruk pun, ari tu my dear hubby jalan kaki pegi ofis di pagi hari dgn suhu -16...fuh, beku ayaq idong! hehe...

oklah, menu untuk di update kali ini adalah: Thai Pandan Chicken.
Recipe courtesy from Recipezaar.com


haa..apa lagi sila sila jangan malu malu jamu mata tu okeh! hehehe....bila tengok bahan-bahan tu takde la complete pun dalam pantry saya yang kiyut ni, tapi untuk memuaskan tekak yang terliur bila tengok gambar ayam ni kat Recipezaar, campak aje la mana yang ada..hehe...sedap gak la tapi kalau ada sos ikan, oyster and kicap cair tu lagi kick kut...

happy viewing peeps! (^_^)

Thursday, 7 January 2010

what's cookin - Lemon Chicken & Sambal Ikan Bilis Kentang

Menu hari malas dan ketandusan idea semalam:

Sambal Ikan Bilis Kentang
sedap weyh tengah sejuk2 makan sambal...
oh tempe, alangkah bahagianya kalau kau ada disisiku saat ini (T_T)



Lemon Chicken
*manis, masam, masin nano nano...lala..lala....

saat ini rindu bangat mau balik ke malaysia....huhu...kat sini hari2 bila fikir menu je terus blank.
jemu hari2 makan ayam je, nak cari ikan fresh susah sebab banyak jual kat hypermarket which is jauh dan perlu berkereta....nak pergi beli kat pasar basah entah cam tak tau sangat kat mana walaupun dengar2 nya dekat je kat bandar nun, dengan sejuk2 salji bagai so tak yah la seksa diri membekukan diri berjalan kat luar semata-mata mahu ikan...ada la sekali tu jalan-jalan kat town ada cam pasar lambak kat bandar, ada kek, cheese, barang hiasan rumah and surprisingly - fresh fish! woohoo...terus hubby cari atm kuarkan cash (kat sini jarang pegang cash sebab most kedai accept debit card) and beli ikan siakap seekor...7pounds tuuu...dalam RM45 la..amik ko! haha puas hati den dapat makan ikan bakar fresh! (walaupun hubby kena tolong siang ikan tu sebab saya takut dengan rupa paras ikan yang mengerikan..ikan siakap dia kaler hitam tau, bukan putih mulus cam kat msia...ni adik beradik dia kut yang belah nenek sedara org putih hehe)

jemu i tengok ayam sekarang ni...hari2 rotate menu yang sama - nasi lemak ayam goreng, nasi beriani daging dgn kari ayam or ayam madu, nasi ayam, ayam masak sambal or masak kicap, sup ayam, tomyam, ayam goreng, nasi tomato of course compliment dgn ayam merah, soto ayam...you name it darling!

so when i came across this recipe from Simply Recipes for sure it takes a hit! yeay....! sudah ada idea mahu masak apa...and resepi tu terpaksa diubahsuai mengikut bahan yang ada di pantri saya sahaja ya...

Lemon Chicken

Ingredients for chicken:
chicken pieces (ikut suka nak banyak mana)
3 cloves garlic
2 cm ginger
4 TBS lemon juice (again, according to your preference, nak masam or kurang masam)
ground black pepper
salt
sugar

Lemon Sauce Ingredients:
3-4 TBS lemon juice
1 TBS corn flour / plain flour
a pinch of salt
3-4 TBS sugar


1. Blend garlic, ginger and lemon juice to make a paste.
2. Marinade chicken with the paste with salt and pepper to taste. The longer the better bebeh.... =)
3. Then fry or bake the chicken until golden brown.
4. To prepare the sauce; combine all ingredients and cook over low heat. (in my case, i also add on the previous marinated leftover stock that i used for the chicken - kita adalah perlu untuk gunakan segala bahan yang ada sebaiknya =) )
5. Then, pour the sauce over cooked chicken. Taraa! Siap!silap-silap boleh lawan Nandos...hehe...

Note:
i. Sos itu hendaklah masam masam manis rasanya...
ii. Kalau ada rosemary or thyme or honey boleh marinate sekali dgn ayam, mesti lagi syiok! kan? or kalau anda jenis lidah pedas macam Cik Puan Didi or Puan Mursapap maybe boleh tambah cili padi..uuuu..sizzle bebeh!


resepi sambal? ala...takyah la...itu rasanya semua org ada cara masing2 membuat sambal...yang penting rasa air asam jawa, garam and gula mesti seimbang...oh, kalau ada tempe or kacang tanah mesti lagi terangkat..fuhh! oh ye, lagi satu kentang tu mesti hiris nipis2 dan goreng betul2 garing baru sedap...i punya cam tertebal (wah,tetibe teringat kat en. ayol, apakah perkaitannya? muahaha) so kentang tu ala2 soggy sikit..haha takpe next time dah tau mana yang kurang so boleh buat betul2 kan?

happy cooking peeps! (^_^)v

Tuesday, 3 November 2009

what's cookin - ayam percik

hai hai hai...!

bertemu kembali kita dan kali ini entry pertama saya utk segmen - masak apa tuu? hehe..tiba2 cam teringin nk makan ayam percik so terjumpa la resepi ayam percik simple dalam MyResepi, sila klik sini. tengok macam sedap kan? kan? kan? just the way i like ayam percik to be...saya prefer yang stail putih2 kuah santan...yummmy..!

saya tak ikut sukatan pun, sebab stok ayam yang tinggal pun kecik comey aje so main campak2 aje la kan...
so here we goes...


mya yang teruja dgn blender

looking good haa...perap dgn kunyit sekali sbb cili blend tinggal sikit...kasi kaler sket..


masak kejap atas api dgn santan..santan tin jenama Chaokoh ...
haha gelak gile masa dgr nama santan ni tapi ni la santan tin yang rasa dia paling original...


burn baby burn...


taa daa! ayam percik ku disamping lauk ikan goreng dan sayur campur for dinner yesterday

rasanya ok sedap tapi macam ada yang kureng la...maybe tak cukup cili blend and santan ..
takpe next time bole try lagi and make sure ikut sukatan betul2 haha..thats lesson learned for today ye kawan kawan ku...

baiklah puan2 itu sahaja untuk kali ini, bertemu kita lagi dalam episod yang akan datang ya..tata~