Showing posts with label snacks. Show all posts
Showing posts with label snacks. Show all posts

Sunday, 10 April 2011

what's cookin - Cucur @ Cekodok Pisang Gebu





another late entry hehe...buat cucur @ cekodok pisang ni untuk potluck masa party Batrisyia last week...eh takde la semata-mata cekodok je, memang dah janji nak bawak Karipap..cekodok ni last minit ternampak over ripe pisang yang banyak and teringat ada nampak Cik Mat Gebu buat cekodok gebus tembams terus nak try jugak...

mya yang pelik eh why my banana fritters looks like makka pakka's stones today? apa? tak kenal makka pakka? jap eh carik gambar...




ni makka pakka kesayangan mya...suka cuci batu dan cuci muka orang using his sponge...another character is upsy daisy, igglepiggle, tomliboos, pontipines...don't ask why his face is so weird, i never understands this programmes,let alone why kids seems to loves it ..dah la semua tak bercakap ek uk ek uk je hehe...

tekstur dalam...gebu dan seakan kek...kalau nak sedap boleh letak esen pisang sikit..nyumm!

CEKODOK PISANG GEBU

8 biji pisang emas
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 camca besar gula perang @ 1/3 camca besar gula halus (depends, some bananas less sweeter than the others)
1 cawan tepung gandum *refer notes below
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

  1. Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
  2. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, (i pakai sudu je tapi kena lemah lembut sikit to retain the circle shape) jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2 dan jangan besar sangat takut bahagian dalam tak masak. Tahap kebulatan (erk, cam sensitif je perkataan ni huahuahua) bergantung pada saiz dan jenis kuali yang anda gunakan.
  3. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.
** Notes: amaun tepung bergantung pada jenis pisang yang digunakan, kat sini pisang semua 1 jenis je ala2 pisang montel tu, takde la nak pisang emas ke berangan or lain2 so moisture content is quite a lot...tepung di tambah sikit demi sikit sampai adunan agak berat, kalau cair akan serap minyak dan tak naik gebu..boleh try goreng one piece at a time dan tambah tepung lagi jika perlu dan cekodok masih tak naik...dan jangan lupa tambah gula sikit bila dah tambah tepung, practice makes perfect =)


Monday, 21 March 2011

projek menyiput

gaya kepochi macam makcik jual kerepek kat pasar..mai2 adik kakok...

tiba2 teringin nak makan kuih siput...memandangkan mak dah pos acuan hari tu apa lagi kan, jom menyiput! hehe...

mak dah pesan kalau buat tu jangan banyak2 sangat, nanti nak termuntah habiskan gentel tu berjam2 pun tak habis...omg, so true ok! memang agak psycho tau sebab doh tu besar, kena cubit kecik2 je then tenyeh kat acuan...kalau ikutkan hati memang i buat je siput saiz gaban XXL tapi nanti bahagian dalam dia tak masak pulak, sia2 je usaha gigih menyiput kalau hasil tak sedap kan?

nasib baik buat setengah adunan je, pheww! tapi hasil tak berapa banyak, dapat la satu botol setengah tu ha...memang betul la kuih ni psycho beb, nak buat leceh, hasil tak banyak lepas tu bila makan tak boleh berhenti...wakakaka... =D



hamik ko, kedekut tau budak kecik ni sekarang semua benda tak share dgn org

resepi i amik kat My Resepi ok, buat setengah adunan je dalam 2 cawan tepung, tapi i tambah serbuk kari sikit and daun kari...ikut hasil research marjerin tu yang menentukan kadar kerangupan so pandai2 la adjust ye...senang sangat nak buat leceh je lebih... rasa ok tapi tak berapa rasa sangat la curryness beliau hehehe..ni kata mi amor la, so next time maybe kena lebihkan sikit daun kari and udang kering...baru mahsyuk!

KUIH SIPUT
Source: My Resepi
  • 5 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 50gm margerine
  • 1 s.kecil serbuk jintan manis
  • 1 s.kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu kecil serbuk udang kering
  • 1 sudu kecil garam (ikut rasa)
  • Sedikit serbuk perasa (optional)
  • 3 sudu besar cili boh/serbuk cili - tukar dengan serbuk kari
  • Daung bawang /daun sup (dihiris ) - ganti dengan daun kari gunting2 je
  • Santan secukupnya untuk menguli

Cara-cara

  1. Gaul semua bahan ( kecuali santan ) hingga bercampur semuanya.
  2. Uli dengan santan hingga menjadi doh.
  3. Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.
  4. Bila semua dah digentel, boleh lah goreng hingga garing. -time ni kalau dia melekat2 pun tak pe, slow2 masuk dalam minyak panas nanti ok la tu hehe....

Friday, 4 February 2011

what's cookin - Cream Puffs


dalam pada pening melayan Mya yang moody semacam menjerit2 marah2 sebab tak suka hidung lekit2, sempat jugak bancuh cream puffs ni.....rasanya ramai dah blogger otai masak2 selalu buat puff ni kan...senang je rupanya...just baca betul arahan, then suhu oven kene betul...ok la jugak, just kalau dapat kastad yang pekat lemak letak kat tengah lagi sedap...for me, ni jenis dessert yang sesuai minum petang which bila nak makan baru masak....dah sejuk tu cam kureng sikit la...memang advisable makan on the same day, or kalau nak buat in 2-3 hours advance pun better simpan dalam bekas tupperware..

first time buat ni berdebar jugak, sebab ada part yang remove from heat takut gak kelam kabut dok letak je periuk tu atas dapur, takut jadi telur dadar jek hehe...alhamdulillah jadi, memandangkan ni sekadar eksperimen melepaskan rindu kepada aktiviti baking i buat 1/2 adunan je....oh ye, kalau nak scoop pakai sudu or nak guna piping bag masa nak paip adunan before bakar tu sila lah buat comel2 ye...kalau tak jadi macam puff di atas, gebus semacam macam tuan dia jugak huhu...nasib baik dah kena mekap dengan bedak so takde la nampak beno kegebuannya =)

resepi from David Lebovitz, disebabkan saya adalah malas nk copy paste resepi sila lah ke website beliau ye...lagipun better korang baca penerangan dari chef sendiri, kalau ikut arahan insya Allah menjadi..happy baking! =)

Wednesday, 15 December 2010

what's cookin - Homemade Chicken Nuggets

ada iceberg lettuce, my Mr. K makan dengan salad dressing =)

semenjak dua menjak ni kan memang tersangat rajin nak buat makanan kudap-kudapan gini....lagi2 yang boleh masuk freezer kan, memang i sukaaa hehe...selalunya kalau nak sumber inspirasi buat snacks terjah je blog Hana Jepung nuu...walla! banyak idea resepi baru kita boleh cuba...thanks so much pada tuan rumah ye...

tengok beliau buat nugget ayam cantik molek berbentuk hati, terus semangat nak buat jugak...bukan apa, dah pernah try buat nugget ni but pakai chicken pieces la....sedap memang sedap tapi kurang juicy macam yang selalu kita beli frozen tu...dah nama pun forzen kan, for sure la pakai processed meat yang letak benda2 perasa tak menyihatkan yang kita tak tau...tau benda tu sedap jek hehe...paling tertarik dengan resepi ni sebab dia pakai daging ayam cincang...whoaa...bisa bikin gue gelisah nih...memang dah lama cari resepi cam ni =)

i punya comel je uols...keras la tangan ni nak buat bentuk love cam hana tu huhu...

dalam blog Hana pun ada cara buat homemade breadcrumbs....sonang yo...salah satu cara bijak untuk habiskan roti yang hampir berkulat selain dari kita jadikan pudding roti hehe...i buat cam chef Ina Garten buat croutons, kerat2 or koyakkan roti, letak atas dulang pembakar, drizzle olive oil, tabur salt and pepper to taste and bakar sampai garing....then blend dalam food processor...there, fresh breadcrumbs ready to roll! hehe...

lepas study resepi hana (heh siap study macma nak buat reseach =P), i pun googled 'minced chicken nuggets'...results memang tak memuaskan...sebab most of the recipe pakai chicken chunks...bukan minced...ada la satu dua resepi macam kat Notecook and vegetable chicken nuggets kat sini Taste.com.au ...last2 decide buat resepi sendiri je la, guna bahan yang sedia ada kat dapur comel i ni hehe....nak masak ni macam biasa kena la kreatifkan diri kan...lain kali buat kita pakai bahan lain yang available masa tu pulak =)

hasilnya - memang sedap woh...juicy and full of flavour....maybe sebab ada letak lemon juice sket, just nak neutralkan and enhance rasa manis ayam tu...nothing fancy pun, pakai bahan asas sahaja like blended onion and garlic, salt, pepper and breadcrumbs to hold the meat together...to make it more healthy, i did put some finely cubes carrots and beans...cara coating nugget pulak sama cam buat kroket hari tu....ikut cara Hana jugak...terima kasih sangat2 la pada tuan rumah Hana Jepun ni...blog anda memang menjadi sumber inspirasiku sekarang nih kihkihkih...


Homemade Chicken Nuggets
Source: slightly adapt from Hana, with a few modifications according to my preferences

250 gm daging ayam, cincang
1-2 tablespoons lemon juice
3 tablespoons breadcrumbs
2 tablespoons bawang merah dan bawang putih di kisar
finely minced or chopped vegetables like carrots, peas or beans (optional)
salt and pepper to taste

1. Campur semua bahan dan gaul rata.
2. Bulat-bulatkan atau buat bentuk ikut kesukaan.
3. Golekkan ketulan nugget atas tepung jagung, kemudian celup telur dan akhir sekali salutkan dengan breadcrumbs.
4. Goreng deep fry atau kalau ada lebih boleh di sejuk beku kan.


Tuesday, 14 December 2010

what's cookin - Kerepek Lobak Merah


sekarang ni memang demam buat snacks hehehe...saje la kan bagi alasan buat untuk Mya, padahal..... (^___^) -> tengok muka pun dah jadi lebar...

serius tau..sekarang ni kan sejuk kan, so mulut ni asyik nak mengunyap je..huhu tolong tolong...masuk hari ni dah 3 kali buat kerepek carrot ni...mula-mula tu memang cam pelik sket time buat tu, sebab dalam resepi minyak cuma 2 -3 sudu besar je kan...alih2 tambah punya tambah rasanya dah dekat 1/2 cawan kut dok tambah minyak sebab nak jadikan doh ...tapi rasa memang sedap buat kunyah2..sesuai untuk yang tengah berdiet sebab kerepek ni bakar ye bukan di goreng...sekali hadap je mama mya ni habiskan dok tengok tv hihihi...oops! =P

2nd time pulak buat pakai olive oil...sedap eh bukan bertambah sedap weh...flavorfull sket rasa dia, makan pun cepat rasa kenyang...tapi doh tu abit tricky sikit la nak handle...sticky semacam melekit2 maybe olive oil tu pekat kan..extra virgin lagi kau....hehe...

hari ni pulak buat lagi hehe...cam ketagih pulak nak jugak ada benda buat snacking time duduk2 tu kan...hari ni buat pakai both minyak masak and olive oil...dua adunan lagi you...tu diaaa...penangan musim sejuk dan kerepek carrot nih kehkehkeh...

rasa dia kan, lemak2 sket...sebab ada cheesekan...kalau nak dok bayang2 lagi rasa dia cmne, pi makan biskut cream crackers nu...labih kurang cam tu la rasa dia...but personally i lagi suka yang olive oil version, lebih rapuh dan rangup...sangat rapuh actually, sebab pegang sikit je dah patah! =)


Kerepek Lobak Merah
Source: My Resepi.com (mintak halal ye tuan punya resepi =) )

60g lobak merah yg diparut
100g tepung gandum
2 sudu kecil cheese diparut
1 1/2sb minyak masak
1/4sk baking powder
garam dan lada sulah secukupnya

1. Campur semua bahan-bahan di atas. Uli sehingga jadi doh. Kalau keras boleh tambah sedikit minyak lagi.
2. Balut dengan pplastik dan biarkan 15 minit.
3. Canai setebal 2mm. Potong panjang lebih kurang 10cm panjang dan 2-3mm lebar
4. Bakar dalam oven dgn suhu 200C selama 15-20minit atau sehingga rangup.


Friday, 10 December 2010

what's cookin - Mayonnaise Potato Croquette (Kroket Kentang Mayonis)

Croquette - i know its French, tapi bila baca dalam cik wiki here, baru la tau ia adalah French snacks yang sangat fofular and widely adapt by people around the world but us msian hehe... Indonesian calls it 'Kroket', Japanese - 'Korokke', Bangladesh- 'Alu Chop', Hungary- 'Krokett' dan macam-macam lagi la...and of course dah dipelbagaikan cara masakannya, ada yang letak minced meat, isi ikan, sayur2...gitu...


sekarang ni memang tengah mood rajin maak snacks untuk Mya..and walla! kroket kentang ni sangat diterima baik oleh cik mya kita dan tak lupa juga mamanya yang sememangnya selera tak pernah tak baik tu hehe...since dah stop bagi susu formula ni memang selera dia makin baik..alhamdulillah...selagi dia nak makan tu bagi je...selalunya mya snacking biskut, croissants(suka gila kauu dengan croissants), fruits, yogurt and kadang2 bagi jugak makan chocolate...sekali sekala kan...bukannya banyak nauu dia makan pun....kalau kat luar or travel tu beli jugak la keropok kentang, fries dengan donut...dah itu je yang boleh makan kan sob sob...deep inside rasa bersalah jugak tengok dia makan cikedis tapi tu just simpan untuk masa2 kecemasan je..contoh masa kecemasan adalah macam dalam flight, the moment mya dah tak terkawal and mama dah tak tahan mabuk..hehe...emergency la tu kan? =P


here goes the recipe, sekali lagi intai dari blog Hana...thanks Hana sebab share resepi sonang bebonabona nih...lain kali nak try letak isi ikan or daging cincang pulak =)

Kroket Kentang Mayonis

Bahan-bahan

5 biji kentang medium

1/4 biji bawang bombay @ bwg kuning besar - cincang

1 sudu makan carrot - cincang (optional)

1/2 sk serbuk lada putih

1 sudu besar butter

1 sudu besar mayonis

1 sudu makan gula

Garam

Untuk Saduran

Telur

Breadcrumbs

Tepung gandum@tpg maizena – guna tepung jagung pun okeh

Cara-cara

1. Rebus kentang hingga empuk. Jangan terlalu empuk sbb akan mengakibatkan kroket lembik dan pecah semasa digoreng.

2. Kupas kulit dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan butter dan mayonis. Lenyek kentang sehingga halus. Jangan kasar2 yer..Dan jangan tunggu sejuk! susah pula nak melenyek halus.

3. Masukkan serbuk lada putih, bawang, carrot (jika suka). Gaul sebati kemudian perasakan ngan garam dan gula.

4. Ambil sedikit dan kepal2kan. Bentukkan oval dan leperkan sedikit.

5. Untuk saduran - Bedak2kan kentang ke dalam tepung. Masukkan pula ke dalam telur yang telah dkocok. Kemudian ke dalam breadcrumbs. Utk saduran yang agak tebal, ulangi proses tadi. (petua nak senangkan keje tgk chef buat kat tv– satu tangan untuk handle bahan kering – celup tepung / breadcrumbs, satu tangan lagi handle celup telur..gitu..kalau x nanti salut kroket ke mana jari korang yang tebal lebih2 kena salut hehe)

6. Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.

7. Boleh juga di frozenkan sebelom digoreng. Susun tidak berlapis dalam plastik ziplock. Kemudian simpan dalam freezer.

8. Hidangkan dengan sos cili, mayonis, atau mustad. Enak juga dimakan begitu sahaja.

Nota Dapur: sori la ye kualiti gambar sangat tak best..masa ni luar dah golap so xleh berposing tepi tingkat...terpakse guna flas, mak tak soka taw! hikhik..



Friday, 26 November 2010

what's cookin - Murtabak Mini Pasti Sedap

emm. murtabak lagi? =P

ni lah menu utama sebagai hidangan minum petang selain dari karipap kentang dan karipap sardin tau..menu yang praktikal sebab boleh buat extra and simpan for frozen...lately mi amor adalah sangat sibuk dan tak balik lunch...lunch adalah sandwich tuna subway dan kalau nasib tak baik terpaksa beli sandwich sejok kat kedai runcit ajer..hoho..sangat sedih okkk...which means, during dinner time apart from makan nasi dan lauk simple hidangan sampingan yang agak mengenyangkan seperti murtabak dan karipap sangatlah dialu-alukan ya...

selain dari buat frozen, inti for murtabak ni juga boleh diolah dari inti karipap..haha giler kemalasan betol! so sekali masak je...masak banyak2 inti karipap, then bahagi dua satu bahagian kena modify sikit, kasi tambah make up sikit guna bahan-bahan yang ada and taraaa! jadilah ia inti murtabak..haaa...kan ke sonang dapat 2 menu sekaligus =)

baiklah, kali ni kita buat murtabak pakai kulit popia saiz mini yang comel ye (thanks didi sebab bagi cadangan buat pakai kulit popia..memang sedap dan menjadi!) selain tu entry murtabak mini ni juga adalah kahs untuk my bestie murni yang juga sekarang berada jauh di perantauan..kat jepun nu..wallah! sorang kt uk penghujung dunia sorang kat negara matahari terbit...hehe..mek, aku dah tunjuk kat hang sebijik2 ni cmne nak buat...ajak si kakak tolong buat utk abi mesti dia seronok dapat main masak2 hehe...

ok mek murni, jom chekidout camno den masak ni ha..sonang yo...resepi kat bawah sekali ek..

masak inti cam nak buat inti karipap tu ye... kalau kurang air tambah lagi dan masak sampai kentang empuk,sentiasa kacau okeh...

ok inti dah siap..masa dah masak tu masukkan kobis, kacau kejap sampai kobis layu..tutup api and masukkan hirisan daun bawang or daun sup..angkat inti dan sejukkan.

gaul inti dengan telur sebijik...agak-agak la ye kalau inti tu banyak maybe tambah lagi telur, tapi jangan la banyak sangat takut nanti susah pulak nak membungkus =)

jangan lupa lak keluarkan kulit popia dari freezer yek..kena defrost dulu dalam 1 jam gitu...sediakan bancuhan air tepung jagung untuk kita lekatkan bucu murtabak ni...sudukan inti kat tengah2 kulit popia tu camni haa...

lipat satu bucu..kemaskan lipatan di kiri dan kanan anda..kalau perlu gamkan dengan air tepung jagung tadi...

lipat, lipat, lipat dan lipat...hehe..lekatkan bucu dengan 'gam' ye..

sebab kulit popia ni nipis kan, so kita ulang proses tadi lagi sekali...buat 2 lapis je cukup...siap bungkus dua lapis dah boleh goreng dengan sedikit minyak...

taraaa..!! hasil murtabak mini ku yang comel berposing tepi tingkap =) mandom je kan lighting kat sini..haih..takpe meh pasang flash sikit meh...

aha...baru la nampak inti kat dalam tuu...me suka cicah kari, mi amor suka makan dengan bawang jeruk...


Murtabak Mini
Source: resepi sendiri main campak2, tak pandai la nak bagi sukatan...ni just guideline je so ikut suka korang la nak tambah tolak apa yg patut kan =)

Bahan Inti:
bawang besar - potong dadu
bawang putih - potong halus
udang kering - tumbuk
daging cincang - sebab takde daging ketul so pakai apa yang ada je
2-3 sudu kecil serbuk kari - bancuh dengan sedikit air
kentang - potong dadu
lobak - potong dadu kecil2
kobis - hiris halus
daun bawang - hiris
sedikit air
garam secukup rasa
1 biji telur

1. Tumis bawang besar sampai layu, masukkan bawang putih dan kacau sekejap.
2. Masukkan udang kering dan daging cincang, kacau sampai air daging tu dah nak kering.
3. Masukkan bancuhan serbuk kari, kacau kejap sampai garing sikit.
4. Masukkan kentang, kacau dan masukkan sedikit air. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Masukkan lobak. Masak sampai kentang empuk, kalau perlu tambah air lagi.
6. Bila kentang dah empuk dan air hampir kering masukkan kobis, kacau sampai kobis layu.
7. Tutup api dan masukkan hirisan daun bawang, kacau rata dan sejukkan.
8. Gaul dengan sebiji telur sebelum bungkus dengan kulit popia.


Monday, 7 June 2010

what's cookin - Karipap Sardin


aha! layan kan kalau dapat makan karipap sardin inti banyak bukan bawang yang banyak? hehe...tiba-tiba teringin nak makan...yang inti tu ok la kan tapi tang kulit dia tu cam blur-blur sikit camne nak buat...sebab dulu time zaman anak dara gorjes selalu tolong (kena tolong hehe) emak buat karipap berkilo-kilo semua benda dah siap tinggal nak tolong gitu-gitu jek...col mak tanya camne nak buat dia cakap main agak-agak je..adusss...main agak-agak ni yang seram...buatnya kulit karipap jadi kulit pai kang tak ke haru....

tapi disebabkan semangat nak buat meluap-luap...kita try je la buat pelan pelan okey...

doh dah siap uli, bulat-bulatkan secubit doh...canai or digelek nipis ye....

letak inti sardin setamak yang boleh...hehe...

part paling mendebarkan;the kelim...kelim in english apa weh? hehe...ingat-ingat lupa dulu camne mak ajar kelim karipap...hantam saja lah...my mum's karipap has the most cutest, neatest kelim a karipap can ever had... lajuuuuu je jari dia kelim cam mesin kelim dah i tengok...me and my sis will be like 'whoaa...terer siot..' haha kekaguman then masing-masing try buat kelim yang paling hampir dgn piawaian kelim comel emak...which of course menyebabkan banyak karipap yang terhasil buruk rupa parasnya haha..

SUKSES! SUKSES! nasib baik menjadi uolss....goreng tiga jek dulu sebab nak try kulit karipap tu menjadi ke tak..hehe...takut la syok sendiri mengelim sekali kulit tu keras ke hape kan...buat jadi bahan si kamal mengusik je kang i jugak yang meroyan hehe...

untuk frozen, buat bekal mi amor ke ofis =)

antara batch akhir, inti sikit sebab time ni sardin dah nak abes tapi tepung banyak lagi...camno tuh?
Karipap Sardin
(Source: Emak saya =) )

Bahan Pastry:
2-2 1/2 cawan tepung - plus minus lebih kurang lah ye...
3 sudu besar marjerin/butter
1 sudu besar minyak masak
1/2 cawan air suam (larutkan dengan 1 tsp salt)

1. Panaskan minyak dan marjerin sampai marjerin cair. Biarkan sejuk sekejap. (mak saya cakap panaskan minyak ni untuk dapatkan kulit karipap yang rangup).
2. Tuang campuran minyak dan marjerin ke dalam tepung. Gaul perlahan dengan tangan.
3. Then, tuang air sedikit demi sedikit sambil menguli, jangan nak cepat je okay ikut jenis tepung ada yang require air sikit je and vice versa.
4. Uli sampai tak melekat kat tangan, pour more water if needed.
5. Bulat-bulatkan doh jadi bebola kecil, kalau nak karipap giant buat bebola besar ok.
6. Gelek nipis doh yang dah bulatkan tadi atas permukaan yang dah tabur tepung, isi inti, kemaskan tepi lebihan pastry untuk memudahkan keliman (wahaha kelakarnya ayat =P).
7. Kelim comel-comel secomel anda then goreng. Tadaa!


Bahan Inti:
2 tin sardin sederhana
1 biji bawang besar
1 sudu besar cili boh

1. Buat cam korang biasa goreng sardin, tumis bawang yang dipotong dadu or dah di blend sampai naik bau. Masukkan cili boh (nak pedas letak lebih). Masukkan sardin and kacau sentiasa sampai sardin agak kering. Perasakan dengan garam.

2. 2 tin sardin ni cukup-cukup je nak isi karipap ikut amaun tepung doh di atas. Tapi kalau uols pun tamak letak inti banyak cam i ni memang tak cukup la kan..hehe...

ok korang...cuba jangan tak cuba..hehe...tapi kalau korang terdesak cam i yang takde gerai or pasar malam nak beli mesti terpaksa rajinkan diri jugak membuat kan? huhu...rindu weh pasar malam...takpe kejap je lagi nak balik kampung...tapi karipap ni kalau buat ramai-ramai nak2 kalau buat time bulan puasa untuk buka mesti syiok...oh,tiba-tiba rindu nak main masak-masak ramai-ramai...huhu...

ah sudah sudah! cakap pasal makanan mesti terberangan macam-macam..hehe..till then, tata!


Monday, 22 February 2010

what's cookin - Murtabak Perantau


bertitik tolak dari perbualan manja suami isteri setiap malam yang berkisarkan makanan kegemaran di pasar malam serta bazar ramadhan yang high cholesterol, super high calorie, tinggi lemak serta yang sewaktu dengannya, berikut adalah senarai makanan kegemaran kami yang termasuk dalam kategori di atas:

1. Rangka Ayam (dulu tak pandai makan tapi hubby i suka sangat, so terikut jugak)
2. Murtabak (bukan yg banyak bawang tapi kaya daging nyumm!)
3. Char Kuey Teow (nak kuah banyak)
4. Nasi Lemak Panas (plus segala macam mak nenek lauk pilihan - rendang/telur puyuh/paru sambal/ ayam rempah/etc)
5. Kuih Putu Bambu
6. Keropok Lekor
7. Kacang Kuda Rebus
8. Otak-otak (oh sangat rindu otak-otak JB!)
9. etc etc bla bla...

bila tengok list kat atas tu, impian nak makan adalah impossible untuk direalisasikan...huhu..mana nak carik rangka ayam dgn buluh nak buat putu bambu tu kan...jadi bila terjumpa resepi Murtabak Muhibah from Little Corner of Mine, yang dapat idea utk buat murtabak dari Teczcape.

OMG! SO GENIUS! why la i tak terfikir dan tak sekreatif sifoo-sifoo masak ni utk buat murtabak out of plain frozen paratha? why? why?! hehe..ini adalah possible untuk diusahakan, bukan? jadi terus teruja nak cuba buat murtabak..hepi weyh! (^o^) Thanks to LCM and Teczcape for sharing this wonderful idea! Murtabak is my ultimate fav dish forever and ever(wah, macam ada skandal pulak) dulu time student waktu bulan puasa adalah masa paling best sebab JB yang sememangnya terkenal dengan makanan super sedap ada banyak bazar ramadhan superb, and i remember buka puasa with my favourite Murtabak every single day (menu berbuka setiap hari -murtabak + dessert sedap spt sagu gula melaka or puteri mandi)...sampai dah tau mana gerai yang sedap dan beli setiap hari tanpa gagal....

OK. now the filling. kalau kita tengok abang2 yang jual murtabak ni selalu diorang bancuh telur dengan inti sebelum goreng...but for me, i can't bear doing that way...NO, NO, NO...that's quiet a messy job isn't it? sebab paratha ni tebal dan kene goreng dulu...bancuh telur mentah dgn inti semestinya akan basah dah berat,kan? so after did a few research (some people do it that way, some just pour the egg and cook it with the filling) i decide to play safe.
masak inti ikut selera sendiri dan campak sahaja telur semasa inti tersebut dimasak. i just can not accept if my murtabak turn sloppy and soggy.

the filling...lots of lots of lots of chicken meat...

acara kemuncak - lipat inti dengan roti paratha yang agak tebal utk dijadikan kulit murtabak adalah sedikit mencabar dan memerlukan kesabaran ya...


not bad huh? *wink wink

Murtabak Perantau
(resepi inti ikut suka hati i je ok, kalau tak sedap jangan mara aaaa...boleh tukar/tambah bahan sayuran lain ikut selera masing-masing)

Bahan Inti:
200 gm daging lembu kisar/ayam
1 labu bawang besar - potong dadu
1 biji kentang - potong dadu
3 cm lobak - potong dadu
1 biji telur
1 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-cara:
1. Rebus kentang yang dipotong dadu sehingga lembut. Ketepikan.
2. Tumis bawang sehingga naik bau. Bancuh rempah kari dan serbuk kunyit sehingga menjadi pes dan tumis sekali bersama bawang.
3. Masukkan daging/ayam kisar. Masukkan sedikit air (ikut sukatan sendiri) dan didihkan sehingga daging masak.
4. Masukkan lobak serta kentang. Perasakan dengan garam atau serbuk perasa (ikut suka).
5. Bila kuah dah agak kering, masukkan telur yang dah dipukul dan kacau rata sehingga masak.

To assemble murtabak:
1. Goreng frozen paratha according to packaging instruction (do not thaw the frozen paratha) sehingga separuh masak.
2. Biar paratha sejuk sekejap untuk memudahkan proses melipat.
3. Now, this is quite a messy job - letak inti di tengah-tengah paratha. Lipat paratha sehingga menjadi bentuk 4 segi dan terbalikkan. Biar seketika to set aside.
4. Panaskan minyak dan goreng Murtabak sehingga garing.
5. Serve warm. Enak dimakan bersama kari panas di waktu cuaca sejuk salji begini hehehe...

enjoy! =)

p/s untuk Cik Ahkon: saya adalah kurang sihat weekend lepas jadi wpun cuaca elok terang berderang maka operasi memburu kasut adalah di tunda sehingga ke waktu yang ditetapkan kemudian. harap maklum. =)