Showing posts with label Soups. Show all posts
Showing posts with label Soups. Show all posts

Tuesday, 12 November 2013

what's cookin - Creamy Mushroom Soup (without the cream!) inspired by Abg Jamie =)

entry tertangguh, resepi ni request by my ex-ofismate kak Lin...kenangan silam aku dan dirinya, bilik ofis sebelah2, masa tu baru je start keje, gi course, balik keje kejap i kawen pastu dpt mya pastu terpisah lepas pindah Aberdeen. huhu....paling sedih dia dah transfer ke Penang and lagi sedih I wasn't there on her wedding day.

this is what you get living abroad you know? wedding sume org ko takde kan. sucks BIG time. lagi sucks eh tetibe balik org tu dah beranak pinak.

anyway, nak cakap pasal resepi sup cendawan ni. sup ni memang feveret kawan saya tadi tu la. dah pernah tunjuk demo lagi kat dia cmne nak masak sume. then baru2 ni dia tanya lagi resepi, and kebetula memang tengah teringin nak mushroom soup. cuaca sejuk2 makan sup panas owhh nikmattt...

elok lak sehari sebelum tu tertengok rancangan Abg Jamie ku, Jamie's 15 Minutes Meal dan dia masak Mushroom Soup ni, andddd...paling best, no cream needed! kira ala-ala skinny la ni kannn. maka boleh la makan bermangkuk2 sebab tau je la heavy/double cream ni kalori banyak mana ye tak.

and I think it is a bonus point kalau kt msia nun, krim dah la mahal. cendawan pelbagai jenis lagi. pastu selalu krim nak pakai sikit je lebih masuk fridge pastu lupa and end up buang je.

bahan cam biasa basic seperti ini ye, main agak2 je tau no specific sukatan:

cendawan - potong kecil cendawan dari pelbagai jenis; button,chestnut,oyster, wild, shitake (rendam dulu ok)
bawang - potong dadu
garlic - 2 ulas gitu cincang kasar
thyme - optional
mix herbs - pun optional
sedikit kiub ayam - ikut citarasa
sedikit susu - untuk bagi kuah putih sikit
salt and pepper - ikut keperluan dan citarasa

and the trick Abg Jamie letak to get that smooth silky soup consistency; RICE!

yeah you read me baby, dia letak beras. but since i got some white rice leftover letak je dalam segenggan gitu.

jom masak! =)

ni bahan-bahan dia ye mak jemah

tumis bawang besar sampai layu, masuk bawang putih. kacau sampai naik bau sedap, masuk daun thyme then cendawan aneka ragam tadi, kacau sampai cendawan tu semua kecut. kalau pakai shitake masuk shitake dulu ye then baru cendawan yang lain. bila cendawan dah keluarkan air masuk nasi, sini la si Jamie Oliver tu masuk beras. literally beras kembang dgn air sup tu so jadi nasi kan? so sama je letak nasi putih, short cut ;)

then tuang air, nak cepat letak air panas. sikit je tau, pastu letak susu sket. jangan banyak sangat sebab kalau kurang cair boleh tambah later. masuk kiub ayam, garam dan lada hitam sesedap rasa. masak sampai menggelegak sekejap. get ready blender untuk kisar sup.



sebelum kisar tu kalau ahkak la kan, suka asingkan sikit kepingan cendawan tu dalam mangkuk asing sebab nak gak ada yang boleh kunyah2 time hirup sup. ikut suka hati korang lah ye. blend sampai tahap kehancuran (haha apa da punya ayat) yang korang suka, some like it extra silky smooth with no bits, some likes it chunky. macam yang ni kita blend lamaaaa sikit sampai dia betul-betul smooth. kalau perlu tambah air sket dalam blender tuh ye. pastu masuk balik sup tadi dalam periuk. masa ni la adjust rasa, kepekatan dan warna krim tu ye. 


dah siap! senang aje kan? kan? makan panas-panas di kala cuaca mencecah 2C adalah nikmat yang amat, cicah pulak dengan garlic bread rangup, fuhh...

buat jangan tak buat! 

eh lupa, tima kasih la abg Jamie bagi idea bernas resepi di atas. ;)


Thursday, 12 January 2012

what's cookin - Broccoli, Cheese and Potato Soup


perfect winter warmers; nice, hearty, creamy soup...ooh la la~

kita memang suka sup2 creamy camni hehe....tang yang berkalori tinggi ni mana yg tak sedap kan? aduhai...resepi dah lama nak try, tapi bila pergi kedai tu cam fikir banyak kali nak beli broccoli dengan cheddar cheese, hubby is sooooo not into cheese and broccoli. rugi betul. but recently dia sangat sibuk, balik dah letih tak bermaya, pinggang dah meramping, sebab sibuk yang amat kadang2 lupa nak lunch. i mean, what the....??? dulu kita kat ofis tu ada gak masa2 yang sibuk melampau, tapi makan tetap makan...perut kalau dah berkonsert kerja apa pun tak boleh buat ye tak? hehe. selalu bila sibuk bab makan ni lagi teruk ada la kut, asyik lapar je then makan semua nak yang instant je, lalu drive thru then makan dlm keta.

so semalam ku beli jugak broccoli. buat sup sayur letak broccoli banyak2 untuk mi amor then paksa dia habiskan sayur. lepas tu paksa makan multivitamin, then hulur buah sepinggan. haha kembung2 membe tu nak sumbat semua. harus okay sebab nanti kul 7 lebih dia dah hanyut2 tahan mata dari tertidur. lepas disaster satu rumah demam teruk hari tu dah serik rasanya. for mi amor, dengan kerja yang menimbun kejar dateline sakit is the last thing we want isn't it?

enuff ramblings.

the soup recipe is from Gina's Skinnytaste. yup you read me, 'skinny' ok. haha ayat penyedap hati untuk orang yang sedar diri mendemok tapi makan harus yang sedap.

it is skinny after all. use milk instead of cream. cheese pun yang 2% fat. kita letak cheddar aje, sebab tak berapa suka kalau ada 'bau muak' cheese kalau letak banyak sangat. rasa memang best, make sure pakai chicken stock yang sedap which is boleh ganti dengan chicken cube (like moi, hehe) if you want to make it express. kita suka sup pekat2 so campak satu periuk dalam food processor and blitz. yummeh!

dengan kentang, brokoli, carrot, celery and cheese, kalau tak kenyang gak makan sup ni tak tau la kan. ;)

again, resepi refer here  ok. kita malas nak copy paste. there's tonnes other great healthy recipe ideas for you to try. macam seafood salad yang ada udang and this pan seared scallop (minus grapefruit for me please hihi). yums! =D

Thursday, 2 December 2010

what's cookin - Cream of Mushroom Soup




sekarang kan tengah sejuk kan...banyak-banyak musim winter adalah paling least favorite sebab 1) tak dapat keluar berjalan-jalan to earn some 'me' time, 2) bersedia dengan stok losyen pelbagai jenis sebab tangan akan jadi kering yang tahap flaky and kulit nipis sampai pedih (heh, budget banyak kerja cam cinderalla la tuh kat rumah =P) dan seluruh badan akan gatal,sangat pedih bila mandi sebab kesan calar menggaru dan paling tak suka 3) saya sentiasa laparr! grrr...

adoi...apa pun bersyukur la dengan nikmat Tuhan kan..tak baik selalu merungut pasal cuaca ni..tapi memang tau keadaan cuaca memberi kesan kepada tahap emosi, and kajian pun ada buktikan paling depressed adalah masa musim sejuk hehe...(nanti kita tengok tips untuk kekal ceria di musim sejuk ye) patut la emosi tak tenteram..bahaya tau sikit-sikit nak sedih tak tentu hala..rasa macam lonely pun ada...pastu cam nak marah je bila Mya naughty sikit..cepat2 sedarkan diri dan beristighfar...tak boleh jadi ni, kena bawak2 la mengaji ke bertafakur ke apa kan...tak pun esok kena jugak keluar rumah kejap hehe... (alasan nak berjalan =P)

wah...saje je nak tunjuk kereta diselaputi snow kat belakang tu kan? hehe..takde la..tepi tingkap ni la spot paling 'terang' nak snap gambar tau...

enough said (and whining hehe)...apa kata kita pusingkan keadaan tak best kepada best? selain dari spend time dengan Mya bukak chanel exercise dan buat work out tummy scoop bersama dan berjoget zumba dari youtube, aktiviti lain yang boleh dibuat selepas penat bersenam tentunya masak! kan? =)

ni menu hari tu tiba2 teringin nak hirup sup cendawan lemak berkrim...first time belajar masak sup ni dari hubby's auntie, Mak Teh...beliau memang otai masakan barat hehe...so bila tengok macam mana nak buat sup ni alahai baru tau sonang yo nak buek eh....selama ni dok bukak tin campbell tu je...main campak2 je segala macam jenis cendawan yang ada...kalau kt msia selalu campur oyster mushroom, shiitake dengan fresh white mushroom..tapi kat sini susah la nak dapat oyster mushroom semua tu...so pakai white button mushroom je la kan....then kalau nak rasa lagi lemak pekat boleh juga campur sikit kentang...ikut la selera masing2 kan....at least boleh kurangkan penggunaan heavy cream...or tukar to low fat single cream, or low fat creme fraiche... kurang ngeri sikit kalori dia hehe....
shiitake mushroom...berlambak ada kat supermarket carrefour nuuu...

white button mushroom..paling common kat sini...huhu rindu nak makan oyster mushroom buat nasi goreng cendawan (-_-')


Cream of Mushroom Soup
Source: self made and depends on what i have in hands =)

400-500 fresh white button mushroom OR
the same amount of a mix of shiitake, white button mushroom and oyster mushroom
1 whole onion - diced
2 clove garlic - minced
1/2 cup water
1/4 cup or less whip/heavy cream (kalau nak diet kurangkan la ye..mak nenek segala kalori nih hehe)
salt and pepper to taste

1. Heat 2 tablespoons of cooking oil, sauteed diced onion and stir for a while. Then put in minced garlic.
2. Put in all mushrooms, stir occasionally until it totally caramelized and all the juices come out. Season with salt and pepper to taste.
3. Pour in water, bring to boil. Turn the heat off and cool it down a little bit before pureed the soup using food processor. Pureed the soup according to your own preferences; some people like 'chunky' soup while others prefer 'runny creamy' soup.
4. Pour the pureed mushroom soup back into the pot, turn the heat on and pour in the cream, bring to simmer and stir occasionally. Put more water or creme and add more seasoning if necessary. Enjoy!