Showing posts with label mamma mia. Show all posts
Showing posts with label mamma mia. Show all posts

Tuesday, 21 February 2012

a slap on the face. or, is it my b***?

bukti anakku yag bertuah tu memang like mother like daughter semalam.


mya: mama, can i put you in the oven?
me: what? why? don't want laarrrr....
mya: sebabbbbbb....seddapp mama tu..nyum nyum... (gigit2 kaki mama)


pang! ambik. slap on the face, my tembam face. -_-'


adoi mak aiii....terguris hati mak. begitu 'sedap' kah daku?
haha dah tau lagi mau tanya...mya ni cam tau2 je, mama memang dah plan nak pergi jogging la lepas anta mya school. tapi selalu je rancangan jogging ter'detour' ke window shopping. eheh.


ala kira bersenam apa? good 2 hours of brisk walking and strolling and relaxing and and..err...sambil makan maple pecan plait sedap?


so hari ni saya pun pergi la jogging lepas anto mya bertuah tu tadi.


pancitttttt takkkkk ingattttt...uwaaaaa....serius kembang kempis idong naik bukit.


tapi cuaca sangat best; matahari menyinar indah, burung berkicauan, angin sepoi2 kejap sejukkk kejap makin sejukkk..haha...spring is definitely on the air, udara sangat manis, semanis pucuk2 daffodils dan bunga kecik purple yg tak diketahui namanya yang dah mula bertebaran di tanah.....


siap terserempak dengan mi amor yg on the way balik lunch lagi. hahahaha....terus terkontrol balik kembangan lubang idong tadi uols, semangat sikit semangat!


sebab terjumpa kat traffic light, lambai2 manja aje buat isyarat babai babai pastu sambung larian. 


fuhh fuhh fuhh...


lambai makcik jaga lintasan jalan kaki budak sekolah...
lambai pakcik depan sekolah mya..
lambai sana..lambai sini...


sekali tapak kasut terkopak daaaa...haish. ari tu dah terkopak, den baru yo gam kan lekat balik. ni dah kopak balik. apakah maksudnya semua ini? hah? stress ai.


tau tak baru je berazam nak jogging hari2 lepas anta mya? cubaan sungguh.




makanya perjalanan (bukan 'larian' lagi nampanya heh) diteruskan ke kedai runcit. shopping sayur mayur pun jadik la janji dapat masuk kodai.


ohhh crap, alangkah bagusnya kalau dapat jadi joggaholic seteruk penyakit shopaholic and bakingholic akak ni....


*SIGH*

Wednesday, 15 February 2012

canne mama?



mama, macam mana mama? kan mama?

tu la ayat feveret mya. E-V-E-R-Y-T-H-I-N-G semua ada kena explaination.

mya, don't climb on that sofa jatuh nanti kan sakit. mama sad nanti tauuu...
aish apa mya screaming aje ni? i told you got uncle upstairs nak sleep kan?
mya jangan la disturb mama nak cook ni, kan got hot oil here...its very dangerous you know?
laaa...why mya draw on the wall ni? papa marah nanti tau....
come mya say bye bye to the cat, dia nak go back home tu mama dia miss nanti.

canne nanti mama cry?
canne nanti uncle get downstairs mama?
canne nanti mya terkena hot oil tu?
canne papa marah? alaaaa...meeyaaaa kan nakkkkkk...
canne mama mama cat tu miss dia? catttt ohhh cat, mama miss u..macam tu mama dia miss dia kan mama?

tak pun ada je akal dia nak pusing2 kita balik. contoh tak bagi makan ice cream sebab batuk. tiba2 out of blue tanya;

mama, mya dah baik cough ke? mya nak eat ubat la...
eh, mya dah takde cough tak boleh eat ubat sayang, that one kalau mya cough aje..
allaaaa...meeyaaa kan nakkkk...
ehhhh stomach pain nanti macam mana?
mama, mama, macam mana nanti mya siad bila mya stomach pain?
huhuhu..mammmmaaaaa helllpppp helllppppp so painfulll (sila abaikan lakonan mama yg over, siap dgn mimik muka lagi tu -_-')
mya dah boleh eat ice cream? (muka mengharap mama say yes)

sekarang pulak dah jadi habit, asal kita dah siap nak tidur, dah baca bedtime tinggal nak baring je tiba2 cakap hungryy la hunggryyyyy...haih. saje je kan? tadi bila kita nak bagi dinner pandai komplen; 


'i want chicken only don't want rice..tak sed-dapp rice tu. tak, tak sed-dapp.'


kat sekolah ada party valentine ko. kemain lagi. dress code red or pink. kecik2 sila rasain semua ye mya dah besar sok mama kutil2 kalau tau dok main2 valentine ni.

oh i feel so princessy today....



bila mama start berhujah 'see? kan mama dah cakap when its dinner time mya finish up la your food...when its bedtime you have to sleep..bla..blaa...mama dah bagi tadi....bla bla...put at the corner...kan mama dah tanya mya nak oat tak tadi....bla bla...'

pandai je buat kita cair; 'mama. mama ask la mya, mya do you want oat? mama ask la mee-yaaa.....uhuk uhuk'

like mother like daughter. sounds cliche, but so so true. ;P

betapa pandai pun kita yang mak ni rasa berhujah, membebel, menegakkan peraturan disiplin pandai lagi si kecik ni nak putar belit. hihi. sejak genap umur 3 tahun ni memang nampak sangat perkembangan perangai, sikap dgn kepandaian dia cepat sangat berkembang sekarang ni. time2 macam ni la kalau tersilap cakap sikit dia yang betul kan kita. oopss! i'm sorry mya, mama won't say that again ok? =)

nak anak cakap elok2, kita kena cakap elok2. nak anak pandai cakap 'please', 'thank you', 'excuse me', 'alhamdulillah', nyanyi2 happy2 kita pun kena buat benda yang sama. nak anak tak malu mintak maaf kita pun kena la tak berat mulut nak mengaku and say sorry bila buat salah.


 tengah cari akal camne ye nak mintak mama makain eskrem..hmmm...eskrem..oh eskremm cedappnyerr...slurpp!


susah wooo nak jadi mak, kita ni bukan la bagus mana jauh sekali ibu mithali so untuk tunjukkan perfection untuk anak dari diri yg tak perfect dan banyak kelemahan bukan la mudah ye. lagi2 la anak sulung, faham2 je la kan jadi bahan eksperimen mak bapak. bak kata chandler and monica masa dapat anak angkat 'we can screw them up to whatever we wants'. betul apa? kan?

kadang-kadang ada je tertinggi suara, terlebih membebel, tercakap kasar sikit nak nak bila tengah penat kerja rumah tak habis rumah makin bersepah tapi cepat2 kena sedarkan diri, what do i expect a 4 year old would do? duduk diam saje memahami kelelahan emaknya yang tak habis mengemas? hai lah, baru terasa kebodohan diri sendiri ;P.


 muka yg mencairkan hati mama bila mama bising suruh kemas toys


from the moment she's out to this world, proses pembelajaran menjadi seorang mama tak pernah habis. every day is a new chapter to me. looking back, there's faults and silliness that i would not change otherwise, sebab dengan kelemahan tu la kita baiki diri sendiri.

when she's all grown up, selalu bayangkan apa anggapan and first impression yang kita nak anak kita ingat dalam memori dia masa kecik2 dulu. oh mak saya tiger mum, garang gila serius aje. mama saya lemah lembut dan sangat penyayang. mama saya kelakar dan lucu orangnya. 

korang yang dah jadi mak selalu tak terfikir benda ni? mesti la kalau boleh nak anak kita ingat memori yang baik2 aje kan...mama saya garang tapi baik, walaupun dia membebel dan saya nangis sebab mama marah tapi saya tetap cari mama mintak pujuk..mama saya the best cook in the world you know! pandai sangat dia cook...dulu mama saya selalu ajar saya main counting, play with flour and butter,and then when its raining mama said we can put on our boots and play in the rain, best sangat! mama saya suka joget2, selalu bila saya tak perasan tiba2 mama dancing2 dengan papa...selalunya diorang buat funny moves and silly faces. hehe. mama saya sayang papa, papa saya pun. diorang tu memang kadang2 pelik sikit, saya pun tak faham tapi best lah!

haha terdetail pulak angan2. kesimpulannya, marilah kita perbaiki diri untuk anak-anak sendiri. harap2 Tuhan dapat terus berikan kekuatan untuk jadi yang terbaik for my Mya  :)


akibat tak nak tidur siang, punya la beria refuse even masuk bilik pun last2 tertidur atas sofa...tengok si capik bukan main cantik lagi dia bertootoo..entah bila masa la dia sarung tutu kt capik ;P

Thursday, 23 December 2010

jom main snow



video ni amik dah minggu lepas, selepas second wave salji tebal (cewah second wave tu tak ingat =P) melanda kembali after a week salji dah cair dan we all(we all di sini means mama dan mya) baru nak bergumbira keluar jalan2 lepak makan fries or fish and chips sambil call papa yg tgh keje kat ofis just to say 'hi' haha keji sungguh =P

dah la esok nak raya..hehe...dah la lepas raya nak berboxing kat kedai...mintak2 la hari nak bergumpal boxing tu snow tak turun...fuhh..fuhh...(hidung kembang kempis start warming up sebelum berboxing) then dah la hari lepas boxing tu nak gi 'raya' kat Dundee pulak..heh heh heh...Dundee je uols...dokek yo, pokan pun kocik comey...1 jam je naik train...memang plan nak jalan2 time org tengah sibuk raya Krismas saje je nak menyibuk...tapi beli tiket pun dah lambat so semua tempat mahal ya ampunnn...so amik yang paling murah je hahaha...nak pergi bandar around Scotland je pun..berangan je nak gi Glasgow la Edinburgh la nak shopping pun cam happening tapi mahal sangat cam tak berbaloi and dengan cuaca tak menentu ni kalau train stranded takde la rugi sangat tiket tu burn kan? airport pun still tutup lagi ni..sedih woo sebab tengah tunggu parcel makanan sob..sob..hang in there ikan masin busuk, tauhu kering, sotong kering and ovallette(tetibe ada ovallette terselit ek,i teringin nak buat marble cake sedap resepi malaysia you)...entah kat mana la diorang tersangkut...mintak2 la keharuman mereka mekar semerbak tu tak terhidu dek anjing2 kat airport tu kehkehkeh...kalau tak nasib ko la anjing, mau rosak deria hidung terus tak leh keje dah =P

ok la ye, we all akan pergi Dundee hari Isnin, tido satu malam.. saje je nak habiskan masa dan duit dan nak cari fridge magnet menambah koleksi...hehe....takdo kojo cari kojo...harap2 train still boleh jalan and weather semakin baik....Happy Holidays! (^_^)

Wednesday, 1 December 2010

sorry mr snow man!



baru tadi bawak mya keluar main snow...kat belakang rumah ni je haa...perghhh...sejuk yang amat, tak sampai 5 minit je rasa nak balik...konon berangan nak buat snow man..kuikuikui...main campak2 kepal2 snow (ada gak terfikir nak bawak balik curah air gula buat abc cam kiera makan tuh) and jadi la lembaga snow man hahaha...jadi la kan...the ugliest snow man you ever see.... =P

Friday, 26 November 2010

snow,snow...go away..mya want play..come again another day..


lomah jantung den bila dah snow ni ha...winter tahun ni cam awal pulak snow turun..sebab last year seminggu before krismas baru snow...takpe la harapnye cepat sejuk cepat jugak la dia abes kan?

dua hari lepas sempat bawak mya keluar...niat di hati nak belikan dia toys lego tu..sebab sekarang ni mainan bricks and blocks tu jadi current obsession mya hehe...dulu ketagih main puzzle..hari2 sampai 2-3 kali ajak mama main sampai mya dah hafal puzzle tu macam mana =) sekarang ni nak main lego pulak...budak besar mya ni seeloknya kita jangan dunk in lambakkan semua toys pada dia, bagi satu satu bila boring tukar lain..and make sure toys tu carefully picked bersesuaian dengan umur dia...ni yang buku health visitor bagi tu la yang cakap, bukan teori mama mya syok sendiri yek....hehe....

tengah syok2 berjalan dalam shopping complex tu cam dengar bunyi bising kat luar...ingatkan hujan sekali snow daa....turn off i tawww.....hai lah nasib...bermulalah episod berkurung kat rumah nampaknya....dalam hati cam bersyukur pun ada, berbisik; aha! nasib baik keluar hari ni...cam lama lagi la nak dapat keluar bersuka ria jalan2...tahun depan la kut kan? =P

and semalam snow turun dengan meriahnya....

aktiviti tahunan bila winter - duk termenung kat tepi tingkap dalam bilik huhu...gambar ni snap semalam around 11.30am gitu...and 15 minutes later...

secara tiba-tiba angin kuat dengan snow lebat...suka je camni tau, nasib baik tengok cerah tadi tak teruja then terus bawak mya keluar ke hape..naya je stranded kat stesen bas kan...hehe...

si mya mengekek gelak tengok kereta kat luar semua putih, tak berhenti bercakap 'mama, wat appen car...wat appen to car mama....shian car..' penat nak jawap hehe...

so kawan-kawan, bersedialah untuk mendengar rintihan dan rungutan saya yang kebosanan duduk kat rumah ni ye...hehe....


Tuesday, 16 November 2010

selamat ulang tahun ke-2 sayang

Eh? budak comot ni dah 2 taun eh?

Princess mama dah 2 tahun..2 years old..fuhh..rasa sekejap sangat dah besar..sekarang ni baru la faham perasaan seorang ibu tengok anak membesar T__T with me being anak yang agak rebel juga semasa zaman persekolahan, very the naughty suka cari pasal dan sebagainya…uwaaa…padan muka diri sendiri kan? Baru tau.

Back to the story (mama ni suka curi tumpuan pada diri sendiri =P)

mengimbau kenangan pengalaman pertama kali preggie...dari kiri atas clockwise; senyum tutup mata sambil jari tutup muka sebelah, bukak mata buat muka jelir lidah jari ala2 peace, bukak mata dan senyum macam tengah babai pun ada...korang nampak ke tak buat2 nampak ni? orang tua2 cakap, kalau tak nampak tu tandanyaa....tak lama lagi....hehe...

Today our beloved Kasih Mya is officially 2 years old. Dua tahun lalu pada tarikh 15 Nov mama masa ni tengah sibuk call nenek suruh bersiap sebab lepas check-up nak gi makan2 kat Basil Bangsar Village yang sampai sekarang tak gi qada’ lagi hehe…and 8 tahun lalu pada tarikh yang sama 16 Nov 2002 Lin and Kamal were officially declare ourselves as a couple..aww! kembang kejap perasaan gue hehe…tarikh birthday Mya sama dengan tarikh mama n papa couple tau..isn’t it ironic? I mean, ok jom couple I syg u, u cinta I kan then 8 tahun kemudian, taraaa…! We got baby, baby! Hehe..memang simbolik =)


dress polka dots comel courtesy from Aunty Didi =)

kek beli siap...kecik je comey malas nak buat sebab kek coklat ari tu buat smpi skang duk beradu dlm peti ais tunggu masa nak kene buang je...kos nak buat lagi mahal dari beli pastu buang je tak abes nak makan membazir kan? beli je la bukan nak makan pun cukup syarat je nak singing singing happy happy...

Memandangkan sambutan hari jadi yang meriah dah buat before balik UK, so bila exact date ni beli kek, pakai baju comel polka dots sponsor by Anty Didi (thanks so much babe!) yang supposedly for Raya purpose tapi agak besar untuk dipakai ketika itu then ikat rambut comel2 pasang lilin, pasang lagu birthday from youtube and nyanyi2…tu je la…cukup la kan…simple je dah kami anak beranak je yang ada pun…

Yang penting Mya happy sangat =) tiup lilin berkali-kali seronok tengok api lilin tu menyala then berasap-asap hehe…lepas tu buat ‘majlis’ ni pun weekend lepas hari sabtu…kalau nak buat hari ni papa sibuk, lunch pun tak balik then entah pukul berapa pulak nak tunggu balik keje kan…so buat je la kejap masa papa tengah rehat2 kat rumah


nyanyian dan tiupan lilin pertama berlatarbelakangkan lagu happy birthday di youtube


tiupan lilin kali ke berapa entah...suka hati la Mya asalkan Mya happy layan kan je la =)

As for checklist kepandaian Mya, so far dah banyak yang dia pandai buat kadang2 takut mama pulak yang ketinggalan dengan perkembangan dia hehe…contohnya;

- paling suka tolong mengemas; tolong masukkan barang dalam bakul masa shopping barang dapur, tolong mama angkat bantal kemas tempat tidur, tolong passkan hanger baju, tolong mama lap lantai, tolong masak (lebih kpd tolong sepahkan sebenarnya hehe) macam-macam lagi la…bagus Mya bagus teruskan semangat sampai anda besar dah anak dara ye, sonang kojo den kek umah nanti…

- pandai mengomel…kalau bab ajuk mama cakap nombor satu…sabar je la, dengar mama borak dengan nenek pun suka ajuk apa mama ckp, tau2 je la mama dia ni kan bila borak dramatic dan gelak kuat2 agaknya tu yang dia tertarik nak ajuk kut =P

- dah hafal lagu ABC, twinkle twinkle little star, lagu tema cerita Mr Tumble, lagu season kat CBeebies channel, lagu I Can Cook…then pandai kira 123 sampai 10…ajar in english one, two, three tapi tetibe pandai kira satu, dua, tiga…terkejut i..hehe…dia ni kalau ayat bm tu cepat je nak ikut haih.

- Akal mengelat makin panjang, kalau dia tau mama nak panggil dia mandi cepat2 lari pergi tempat lain suruh mama kejar…mama pulak kena cari akal macam mana nak bagi dia pergi ke bathroom dengan rela hati…so tampal sticker fish kat dinding tiles bilik mandi and bitau ‘come here Mya say hello to fish’ hehe…time nak tidur pulak mintak susu, bila mama tgh buat susu dia akan tutup muka dgn tangan, meniarap and gelek2 bontot..saje je tutup muka konon tak nak minum susu…then cakap ‘pigel pigel drink milk’ ok fine mama pun buat action bagi iggle piggle minum susu…pastu cari alas an ‘ashi ashi drink milk..’ ok ok upsy daisy pulak drink milk…only after mama buat aksi bagi pillow, shirt, light, tick tock dan macam2 lagi minum susu and bitau cepat mya drink your milk or spider will come and take away your milk baru la dia baring betul2, bukak putting dan minum dengan rela hati…huhu…dan aksi yang sama harus diulang even kalau dia bangun tengah malam mintak susu ye..tak ke pening tgh mamai2 nak berlakon bagai adoiii….

bersama Iggle Piggle dan Upsy Daisy tersayang


sticker ikan buat penguat semangat Mya menempuh kesejukan di bilik air

- Pandai baca buku..well, in her way la kan…dah kenal banyak benda dan banyak vocab…rasanya compare to zaman kita at this age mana la kenal spoon, window, door..yang tau sudu, tingkap, pintu hehe…lainla korang dulu duduk over the sea..i dulu takde la….

- Suka buat muka mengada, kuat demand, kuat jeles dan suka buat2 nangis..naik menyampah pun ada kadang2 meluat I hehe..takde la…orang tengah cuddling2 sibuk nak mencelah nak duduk tengah…serius tau sampai tarik2 rambut mama as if dia cakap ey pompuan ke tepi kau aku nak duduk sini go away go away! then bila mama mengalah gelak puas hati….apa lagi ‘bergaduhlah’ anak dgn mak berebut ketiak papa hehe gitu la rutin harian kami =)

- Bab makan memang ikut mood; sometimes memang refuse to eat anything..anything ye..sampai naik risau…kena pandai la tackle dia macam bagi roti bentuk star ke (cutout using cookie cutter) kadang2 tu ok pulak…rice with fried chicken, choco rice cereal with fresh milk..bagi apa pun sume ok…ikut mood la..dia paling suka hirup sup..aiyoh..pandai pulak tu memilih ‘no I don’t want carrot, soup only mama’ and bukak mulut kecikkkk sangat muat2 nak hirup sup..syabas syabas! Menu common: macaroni soup with carrot and spinach. Or as Mya calls it moon shape pasta.

- Betul la pakar cakap otak budak ni macam sponge, cepat je serap apa2 input..and, ingat pulak tu. Contoh kalau main puzzle, sebab dah hari2 main so dia boleh ingat lepas gambar ni gambar small plant, then big chair, then papa bear..gitu..so kalau nak tercakap perkataan tak elok tu we all eja je….macam,kalau bukak paper online baca berita ‘hish b-o-d-o-h betul la dok rogol budak apehal ko g-i-l-a!’ dan sampai sekarang dia still ingat baby Aqif tumpah susu walaupun benda tu jadik dah lama time kt msia dulu..hehe..pantang sebut nama Aqif mesti cakap Aqif tumpah milk..aiyo..mcm la budak tu tiap kali jumpa dok terluak susu, ternampak sekali je pun..hehe…

Banyak lagi la…dia makin besar kan, altiviti harian tu kena padatkan dan sekarang ni pantang tengok cuaca ok mesti nak bawak Mya keluar, tinggalkan kat crèche sejam dua so that mama dapat lari jap gi marksandspencer beli sayur and udang lebih2 lagi time bekalan ayam dah habis dan malas nak gi kedai arab macam sekarang ni…asalkan dia dapat bergaul dngan orang kan..lagipun ni la chance mama nak window shopping hehe…and hari sabtu dah start bawak dia pergi join sesi mari menari khas untuk toddler sebaya Mya…wahhh…happy bukan main..ye la bilik tu luas and ada cermin besar cam studio menari tu..mama tengok pun sexcited!

Kadang-kadang tu rasa sayu jugak tengok dia macam boringgg je duk rumah…kalau kt msia tu banyak je aktviti dia nak buat kan, orang yang nak melayan dia cakap mengomel pun ramai so skill nak bercakap tu sure cepat berkembang…tapi kat sini most of the time tengok tv je…nak layan dia sorang tak dapat la kan, mana nak settlekan kerja2 kat rumah lagi…kdg2 tu rasa bersalah gile tgk muka dia sekonyot je bila mama tengah sibuk masak =(

So what I did was, other than layan dia main puzzle plan untuk masak2 bersama Mya..contoh macam main doh biskut ke..buat kek simple ke..or even mash pisang buat cekodok..hah, senyap terus..leka je main dengan senduk sume hehe…

aktiviti main masak2 kegemaran saya...
menambahkan sepah dan kerja mama di rumah bagi mama bersenam sikit =)

Kasih Mya…I still remember nama ni terlintas masa tengah duduk tengok tv kat ruang tau rumah comel kami di sg chua…masa tu tengok astro ria…nama ‘Kasih’ tu memang dah confirm tapi tengah cari nama gabungan…terlintas ‘Mya’..eh eh macam ok je kan…’Kasih Mya’- bunyi pun cam lembut tup tup start drama Kasih Mya kat astro..si nasha aziz berlakon..haha terkejut ko! Haa..ni kira confirm la ni macam tau2 je….=)

Mya, mama and papa doakan Mya jadi anak yang baik, dengar cakap orang tua dan belajar rajin2 ye….deep inside, mama mengharapkan biarlah Mya lebih ikut perangai papa, cukup la mama seorang yang dramatic dalam keluarga kita mau migraine kepala papa nak melayan 2 diva dalam rumah hehe…ikut perangai papa means, berusaha bersungguh-sungguh bila nak dapatkan sesuatu, terang hati dan otak dalam akademik serta mempunyai tahap kesabaran yang tinggi..Mya perempuan, kena sabar dan jangan kelam kabut macam mama sob sob...kalau nak cedok kualiti yang ada dalam diri mama pun cukuplah dengan minat memasak sahaja…ingat ye sayang….tiap malam sebelum tidur mama selalu doakan yang terbaik untuk Mya dan papa, mohon permudahkan urusan papa dan mintak Mya dan papa dilindungi serta sihat selalu….

Ok, sebelum berdrama air mata sorang2 depan pc ni baik stop sekarang..uhuk…syahdu pulak…padahal baru 2 tahun, masa depan untuk Kasih Mya mama masih panjang lagi kan….last but not least, semoga kebahagiaan kita berpanjangan selamanya…amin.


p/s: Selamat Hari Raya Aidiladha semua…kami raya sehari awal tapi takde sambut apa2 pun…kalau makan sedap2 tu ingat2 la orang yang jauh ni ye…hati-hati di jalan raya ok. =)


Friday, 5 November 2010

hello co-co-nut!

sebagai pengubat rindu setelah sekian lama tak update pasal mya:

kepandaian terkini - mumbling and bebel-ing!
future pembaca berita utk chanel jepun..hehe...suka sangat sebut coconut itu coconut ini...serius tak tahan gelak dengar mya membebel hehe...

Tuesday, 12 October 2010

si puteri katak


fuh...sangat lah malas mahu kemaskini belog ini...tolonggg...

hari ni plan nak anta Mya ke crèche..not that i need some 'me' time but saja je nak Mya socialize dan berinteraksi dengan manusia sebaya hehe...ni tak, balik2 tengok muka mama, papa, dinding rumah, mainan lego, teddies, lemon, banana (yes, dia tak nak yang tipu punyer eh, kalau main masak2 just gave her the actual pots and senduk plus bahan masakan seperti epal dan lemon gerenti senyap) dan kawan baik dia encik tv. sangat tak membantu perkembangan otak kan?

but despite my big effort berkejar masak lunch, mandikan Mya, etc etc tunggu bas dan sebagainya it just happens that hari ni creche tu full la pulak...haih. camno ni? nak balik sahaja kah? but as i thought about going to spencerdanmark to buy some stuff (cheesecake sedap to be exact) tiba2 ternampak a few people with their kids, some of them pushing trams with small babies walking towards to The Lemon Tree next door..wahhh...ni mesti ada apa2 ni kan..cam best je (haha baru sedar apesal Mya suka nak busy body jugak =P)

tengok2 memang pun untuk budak-budak..ada puppet show la uols...and dah nak start pulak tu..ape lagi terus beli tiket and me dgn sexcitednya beli snacks dan x sabar nak masuk hehe...dalam kepala dah bayangkan 'oh ni mesti just show puppet sarung kat tgn main kat tingkap macam yang diorg selalu buat kat tadika tu kut' hehe

orang memang ramai ok..siap bawak baby yang kecik around 2-3 months...patutla anak diorang ni semua behave je kecik2 dah biasa pergi tempat ramai orang kan...sekali tengok tempat show tu dalam mini teater laa...wahhhh...bestnyer...dah lama x tengok wayang beb, puppet show pun jadi la hahaha...cerita hari ni adalah The Frog Princess, perform by Puppet Lab. seronok tau show ni, kelakar dan memang menghiburkan...puppeteers dia pun pandai berinteraksi dengan audience..overall masa 45 minit and surprisingly Mya pun elok je diam hehe...dah sumbat coklat mana tak senyap kan =P

The Frog Princess by Puppet Lab

kat Lemon Tree ni macam tempat organize aktiviti arts la kat abndar Aberdeen ni, kalau rajin check web site boleh la join aktiviti untuk kanak-kanak yang best2...bayar pun tak la mahal sangat, cam puppet show ni just 6 pounds jer...kalau kat msia tu tengok teater mana dapat tiket bawah RM50 kan? ada tu ada, tapi duduk kat atas nuuuun sana, bawah sikit je dari bumbung teater tuh kehkehkeh...so next target nak bawak Mya pergi We Dance, Wee Groove pulak...cam best kan sebab ada dancing dancing joget joget..i loikkeeee!!

ok la, Mya pun dah tidur kepenatan naik bas hari ni...dah book tempat untuk dia main kat crèche esok so tomorrow is for sure another fun and busy day for her...baru la dia happy sikit, kalau tak tu muncung bukan main lagi panjang yang amat sebab bosan duk rumah hehe....

Wednesday, 29 September 2010

riang ria raya bersama mya

hohoho...finally keluar jugak gambar raya..eheh. tahun ni kalau ikut kalendar sistem giliran memang raya di seremban...i okkk jek raya mana pon...dokek yo...kalau nak gaduh berebut balik kampung bagai jugak tak tahu la kan =P


after papa balik solat raya. masih mencari setting kamera yang betul, tu pasal la mcm tgh senja jek lighting dia. motif gamba: nak tayang kasut diva mya..shocking pink velvet with ruffle details. me likey! paling suka sebab nampak mahal tapi sebenarnya murah bangat muahaha...

before bersalam salaman. atuk's lil girl

cubaan mya melarikan diri dari sesi bersalaman. masa ni dia dah start cranky sebab mengantuk kena bangun pagi dan adam tak agi main psp dia. hehe =P

what a drama! punya la semangat pakai baju sedondon nak amik gamba raya bertiga nanges la pulak...

lepaskan, lepaskan akuuu!!

selingan: thanks to cik atie atas tajaan baju raya mya tahun ini...mama pakai baju segera terjumpa kat OU and papa is wearing my late abah's baju melayu (baju raya terakhir beliau sebelum meninggal-seeing hubby wearing that really gives me that something something feeling, u know?), kebetulan kaler cam matching with us da girls outfit so pakai je la..tak yah kejar2 carik baju melayu baru pulak...tahun ni baju raya memang kelam kelibut gila haha..punyala malas nak carik =P

gossip gurls team 1, minus the bibik hehe...bibik selalunya menjadi teman gossip saya masa buat kuih raya sesorang lepas sahur, atau lebih tepat lagi bila proses membuat kuih tersebut memerlukan tenaga luar biasa si pembuat...kehkehkeh...

gossip gurls team 2, plus that ahli junior yang dah tunjuk bakat busy body bila orang tengah gosip =P

the kuih rayas...made with love by ehem, yours truly..ehehehe..from left; Choc Chips Cookies (thanks to Didi with this amazing recipe, mmg akan kujadikan biskut raya tahunan selepas ini), Butter Cookies and Pineapple Rolled Tart.

Pudding Trifle by MIL. actually tereksiden buat pudding sebab nak gunakan kek span vanilla saya yang kehancuran, niat di hati nak buat Blueberry Cake tapi entah apa malang 3 kali bancuh tak jadi jugak...siap la ko kek beri biru akan ku cuba lagi di tahun baru haha drama =P

sate. hidangan raya wajib ada bagi suami saya. beliau memang hantu sate. sikit lagi dia nak suruh bini chomel dia ni buat sate kat aberdeen. and bini chomel dia macam, heh, what the heck nak buat sate home made?celah mano eden nak buek yo? sambil konpius konpius kebingungan..

arrays of amazing layered cakes. sponsored by my sis in law. plus kek marble 3 warna (jadi 3 warna sebab buat bersama Adam, beliau sangat teruja melihat auntie nya ini membancuh kaler di dalam adunan kek itew) ku yang menumpang kasih. eh, sodap tau kek marble ni...the best ah.

hidangan wajib setiap rumah; rendang, lomang, kuah kacang, ketupat dan yang sewaktu dengannya.

aktiviti kanak-kanak zaman moden di pagi raya. nak keluar merayau cam kita muda dulu-dulu takut kena culik. so duduk je la rumah diam-diam. main psp ke hape ke kan...

cam pandai jek cinonet tu maen...hehe..

dah bosan dgn psp, kacau Abg Adam main laptop pulak

kesian..kena halau dengan Adam terpaksa la pandai-pandai cari hiburan lain...air freshner pun jadikla sambil buat gaya mama sembur perfume dan buat bunyi 'psst, psst..!' haha so comel!

petang after solat Jumaat; merayau ke kampung di Rembau, the actual kampung house dah nak reput sebab both of atuk and nenek dah lama takde ( i tak sempay jumpa pon)memang takde orang duduk dah, tinggal ular dengan binatang je duduk dalam rumah tu and barang perabot semua habis kena curik dek penyangak..even ada sekali tu my auntie ternampak gambar lama dia dan adik dia masa kecik-kecik kat satu kedai antik kat pekan Rembau tuh...boleh eh? sadis betul...so kitorang merayau ke rumah sedara mara yang ada je la kan...rumah ni dah 2 kali i beraya sejak kawen memang tiap-tiap tahun hidang Soto...sambal kicap dia terbaekkk wooo..tapi cam kecewa sebab taun ni tuan rumah tak buat bergedel sob..sob.. (ceh, macam la kempunan tak boleh buat sendirik =P)

mya dah start melekit..dah menggaru sebab kene geget nyamuk haha..dah nama pun kampung kan, standard la tuh jalan-jalan kejar ayam kat luar kena gigit nyamuk gajah...sape suruh pakai gaun sleeveless bagai..nak nampak comel punya pasal kan hadap je la nyamuk tuh..hehe..

rumah kedua; ada rendang ayam kampung yang juga sangat terbaekkk...i dok bising kat hubby sebab dia tak makan ayam kampung (apa la punya orang rembau tak makan ayam kampung kan?) sambil selak-selak mangkuk rendang tu carik bahagian daging ayam hehe...mya time sandar kat tiang tengah rumah orang ni sedang sibuk berurusan...patutla pandangan mata tu dah selorong je rupanya ada hasil...tau tau dah naik bau. chet! malu jek kat rumah orang jugak dia nak memerut hehehe..

adam the city boy meets the kampung folks...

dah dah jom balik..habis i korek rendang ayam rumah orang nih kehkehkeh...

mya and atuk @ kampung

raya ke 3; mya and her dayangs kat rumah my auntie..baru perasan tak amik gamba official hari raya with mum and my adik adik huhu...

masa my mum buat masak-masak secara mengejut. keputusan nak buat masak-masak dibuat dengan mengejut sebab bincang hari ni terus decide esok je kita buat makan-makan haha..sebab fikir-fikir bila lagi nak tunggu i ada kat rumah bangi before balik aberdeen nak jumpa sedara mara sume kan? sure sibuk ke sana sini makan itu ini kan kan...

chief dayang mya; my sis.

pembantu dayang of the day; my cousin diyana...nasib baik la mya nak kat ko diyana sonang kojo den nak cuci pinggan ke tambah kuah mee rebus ke hape...oh hari tu mak masak mee rebus cubaan pertama beliau dengan sangat sukses...tak sia-sia i lari ke econsave cari keledek buat tambah kuah sebab takut tak cukup haha...

dayang lelaki err...ape ek dayung ke? haha...ni pun cousin jugak, Iwan..

fuhh lega...habis hutang entry raya, next, entry jamuan hari jadi terawal Kasih Mya pula ye...tungguuuu...

Saturday, 10 July 2010

aksi terkini

basikal pertama saya

muka vanggaaaa....

amoi jual sayur yg hepi dgn hasil jualan hari ini

model padang pasir

are you ready to cha cha?

darth vader version south park...and err, puting muncung...

Thursday, 24 June 2010

kepandaian terbaru saya

dah lama rasanya tak cerita pasal Mya kan? asyik2 cerita makanan and jalan-jalan...hehe...

sekarang memang banyak yang Mya dah pandai, dari segi perkembangan mental dan emosi...bab bercakap tu lagi la, makin banyak vocab yang Mya dah pandai...and cepattttt je ikut kalau dengar orang cakap...lagu program feveret dia pun dah pandai miming hehe...kira pun dah pandai, kalau main sorang tu membebel kira one two three sampai ten tapi terabur giller..hahaha...selalu mama dia tergelak bahak-bahak tengok dia main sesorang =D

nak tidur mesti nyanyi nursery rhymes or selawat alternately depends on her mood...and dah boleh ikut sikit-sikit...latest songs - Incy Wincy Spider...

Incy Wincy spider climbe up the water spout
(inn see parr em em parr...)
Down came the rain and wash pour Incy out
(aun kar arr and sher war arrhhh...)

and so on..hehe...siap tarik2 nafas tu nak ikut nyanyi...


gambar raya last year, betul-betuk sebelum datang Aberdeen...pakai baju sailormoon hehe...masa ni right before nak raya kat kampung acik atie..hehe...

contoh perkataan yang dah boleh sebut clearly:
book, door, nak, milk, car, egg, bye, hat, duck cup, star, fork, cat and paling best 'bag' (sila sebut dengan slang baku scottish ye..bukan 'beg'..over tau)

perkataan yang kebanyakannya hanya mama saje yang faham:
pheephee = pampers
fah = flower / feather
bibi = baby
sheeshee = pee
har = hair
berkd = bird
poon = spoon
amor = one more
barber = bubble
bohr = balllon / ball
faish = fries
hok = hot
korr = cold
semaaa = smileee!! (bila nampak kamera)
apik = si capik (one of her teddies)


sudah pandai demand mahu bubble bath 2 kali sehari

paling best sekarang ni dia dah pandai cakap 'come' which akan digunakan setiap kali mintak didukung dengan over emphasizing the words 'commmeeeeee...' then pantang nampak mama pakai baju lawa sikit mesti cakap 'kak,kak' (bukak,bukak) sebab ingat mama nak keluar and takut kena tinggal...

and hari tu macam tergamam kejap sebab...

mama: mya, show mama your tummy?
mya: (point and pat on her tummy)
mama: good girl! now tell me what is this? (point to her tummy)
mya: bibi (baby)
mama: erkkk...no no!


sangat suka main batu....nampak batu kutip, then nampak batu kaler lain campak batu tadi kutip batu baru dan begitulah seterusnya...nak jadi geologist kut...

owh...ni gambar Mya yang paling feminin and gurly...baru la nampak macam anak dara


gambar paling alim..hehe..ustazah notty dengan muka penuh keimanan =)

suka kemas bakul laundry juga...kutip baju papa or worst lingerie mama and sarung atas kepala..haih.


mya juga dah pandai main handphone, and buat action tengah call someone..hehe...its hillarious just to hear all the bits that come out from her mouth...rasa nak je rekod satu-satu tapi bila nampak kita capai digicam je terus tak jadi...so rekod dalam kepala je la...

kalau terdengar papa or mama (most of the time papa ok =P) let out big loud fart, Mya akan gelak and says 'potttt...' haha....

oh my, cepatnya masa berlalu kan? sedar tak sedar the next time i know Mya dah nak sekolah...and i'm soooo looking forward to that! imagine send and fetch her from school, to hear about her day with friends, cook and bake together...sob sob...tetibe nak sebak! haha...

and the most dreadful thing is, she's almost 2 now and im still carrying this 'baby fat' (if i can still called it that haha) around me! uwaaa....