Thursday, 20 January 2011

what's cookin - Tiramisu




entah kenapa tekak ni dari 2 minggu lepas dok teringin nak makan Tiramisu...tambah2 pulak sekarang tengah layan drama Tiramisu..haha..padahal dalam drama tu bukannya ada tunjuk babak hero heroin dating makan Tiramisu ke apa....saje je gatal nak makan menambah berat badan kan? hai lah tekak... =P oh and, ni first time buat....and second time makan haha...tengok tu? bukannya pernah makan selalu pun sampai nak teridam2...pelik betul la....

so masa ada tetamu hari tu semangat la i nak buat kan...first try (yes ada first try ye sebab tak jadi) ikut resepi yang pakai kuning telur, which is kena masak kuning telur dengan susu guna kaedah double boiler...step awal lagi dah tak jadi..huhu...resepi tu memang leceh sket sebab ada guna gelatine bagai..gelatine pun buat hal tak nak larut dlm air panas...uwaa...macam ada petanda kurang baik je ni...tapi masa study resepi dah imagine dah sure sedap ni...sebab banyak bahan kan..then ada gelatine so mesti layer krim tu lembut gebus gitu...lepas tu nak menambah keharuan, si tuan punya badan ni kononnya nak kurangkan kalori..so gatal pergi beli single cream..poyo je..harusla sampai besok ko pukul single cream tu takkan naik kan? sudahnya adunan krim tu jadi runny gile..cair je...hai lah labu...ke tong sampah la jawabnya kau pergi ye...tsk. T__T

then cepat2 bersiap bawak mya lari kejap pergi kedai dekat dengan rumah ni beli cream cheese and double cream...padan muka, daripada konon2 nak kurangkan rasa bersalah makan dessert kaya kalori terus kena pakai full fat cheese dengan double cream. kesimpulannya, siapa nak diet lupakanlah niat anda nak makan dessert ni..syoh syoh pi main jauh2 ek...kita tak suka nak kawan dengan org skinny2 nih...sape yg tak kisah membesarkan pinggang dan bon bon beliau je boleh kawan dengan kita hahaha....change of plan, terus mulakan second round operasi membancuh ikut resepi dalam buku yang menjadi bahan bacaan seharian (yes, saya memang pelik baca buku resepi berulang-ulang macam novel, study bahan dan amaun dan imagine rasa mereka..food porn, siapa tak terangsang? ;P)

makan scoop scoop aje sambil layan drama Tiramisu haha..sedar2 setengah bekas ko habiskan sorang baru nak rasa bersalah pada kepadatan poket kanggaroo di perut T_T

hasilnya, walla! memang best...sedikit nota; saya buat 1/2 dari resepi asal; ganti coffee liquer tu dengan nescafe o pekat kurang manis (dats why i punya lapisan cream cheese tu tak kaler coklat sangat); dan garnish dengan sifted cocoa powder on top just before serving...yang penting kena tunggu at least 4 hours or overnight sebelum korang nak ngap...bagi rasa tu bergaul mesra dulu...kalau siap2 terus makan harusla tak sedap ye...yang penting resepi ni senang sangat, mudah nak membuatnya dan hasil memuaskan..i sokaa! =D

and pada yang nak mengawal pemakanan tapi still nak menikmati Tiramisu as dessert, skip makan nasi for your main course ye....kalau nak diet la kan...kalau ku bilang kalauuuuu....

resepi dari buku ni yang dibeli di kedai charity..sangat bargain!
* pics from google image

Tiramisu
Source: Mary Berry's Best Desserts Cookbook
* 10 servings
* can be made day before and kept in refrigerator


450 gm mascarpone cheese, soften to room temperature - see note below for substitution
75 gm icing sugar, sifted
125 ml coffee liqueur - i ganti dengan nescafe o pekat kurang manis
90 gm plain chocolate, grated - separuh letak dalam cheese and separuh tabur atas for garnishing tp i tabur cocoa powder je as garnishing
450 ml double or whipping cream
2 teaspoons coffee essence - tak pakai pun
18 sponge fingers (boudoir biscuits) - rasanya kalau kat kedai baking dia tulis Savoiardi kalau tak silap

1. In large bowl, whisk mascarpone cheese, 60gm of icing sugar, 3 tablespoons of nescafe and two thirds of grated chocolate. Put aside.

2. In other small bowl, whip 300 ml double or whipping cream until stiff peaks form. With rubber spatula or wire whisk, fold cream into cheese mixture.

3. In small bowl, stir coffee essence (if use any), remaining coffee liqueur and 2 tablespoons water OR in my case just use good ol' plain nescafe pekat, take sponge finger and dip into the nescafe, about 2-3 seconds for each side. (jangan rendam lama sangat nanti biskut soggy sangat) and arrange in your serving bowl.

4. Spoon one-third of cheese mixture evenly over sponge fingers. Repeat with dipped sponge fingers and cheese mixture to make more layers until finish. Sprinkle remaining grated chocolate over dessert.

5. In small bowl, whip remaining whip or double cream with remaining icing sugar until stiff peaks form. Spoon whipped cream into piping bag with large star tube. Pipe large rosettes on top of dessert. Sprinkle reserved grated chocolate over whipped cream rosettes. (i tak de la hias secantik dalam buku ni hehe)

6. Leave dessert in refrigerator at least 4 hours before serving. (kalau nak tabur cocoa powder, make sure letak cocoa just before serving, jangan letak awal nanti cocoa powder jadi tak cantik)


Mascarpone Cheese substitution

Substitute with 450gm soft cream cheese, soften to room temperature; in step 1, beat cream cheese and 3 Tablespoons milk until smooth and fluffy. Increase amount of icing sugar for cheese mixture to 80gm; beat in with 3 tablespoons coffee liqueur (or nescafe), then stir in grated chocolate until evenly blended.


Wednesday, 19 January 2011

sibuk bona bona la tu...

hye all! rindu pulak nak membebel syok sendiri dlm belog ni =)

kitorang ni ada tetamu datang, en hafiz sekeluarga aka shin chan kawan mya from edin...ada kerja kt ofis sini so diorang sewa apartment dekat2 sini je....apa lagi kan, jalan jalan ronda ronda masak masak dan makan makan la kan...hehe....penat jugak 2 hari berjalan...mya lagi la penat, dah la sekarang ni memang tak nak duduk dala stroller...nak jalan sendiri je balik rumah tido kejap sambung main pulak dengan boyfren...

yang mama sibuk masak la apa lagi kan...sekali sekala ada orang bercamping kat rumah mau tak seronok...hehe..menu biasa2 je...isnin-nasi ayam and murtabak; selasa-nasi campur lauk biasa2, got sate for starter (cewah! padahal masa tu nak makan nasik lauk cendawan goreng tepung belum siap lagi =P) and Tiramisu for dessert...whoaa....cakap kat Ina, kalau nak makan dessert dalam erti kata membalun tak boleh makan nasik nih...hehe...

saya dan Tiramisu ni sebenarnya tak ada sejarah bersama pun...percaya tak i tak pernah makan Tiramisu? hahaha...tak pernah makan satu hal..yang tiba2 meroyan teringin sangat sangat nak Tiramisu tu lagi buat diri sendiri tak paham..hahaha...semangat beli boudoir fingers (biskut jejari tu la..) dengan mascarpone cheese masa beli grocerie onlne hari tu...yang si kamal time check list barang nak bayar (haruslah di semak senarai itu kan...i kan tamak haloba tengok gamba makanan semua nak tiba2 lapar =P) jadi pelik.. 'mama...bouduar ni apo ko bondo eh? maskarpon ni apa' hahaha...mas-car-po-neyh la papa..bukan maskarpon....adusss....

so bila ia buat tu harusla dia tak teringin pun nak rasa kan...hehe...dia memang tak minat dessert2 ni...sangat tak best kan? sangat opposite kan? sebab i gile desserts...be it melayu punya pengat or pie or cake...hehe....

ok la...later i share resepi Tiramisu tu ok...and ada kisah disebalik tabir jugak sebab mula2 nak try resepi lain last2 first batch tu selamat masuk tong sampah and buat resepi lain yang lagi simple...amik dlm buku resepi yang beli kat kedai charity jer..hehe..err..ada la masalah teknikal yang tak dapat dielakkan hehe..sanggup tu lari kejap gi kedai beli cream cheese lain...bab makan ni i memang semangat kental sket kihkihkih =P

ok then..nak bfast beans and toast and tiramisu semalam...nyum..nyum...tata!

Friday, 14 January 2011

what's cookin - Homemade Dadih

seronok tak terperi bila jumpa resepi dadih ni tau....bukan apa, alasan je konon nak buat untuk Mya tapi sebenarnya mama dia yang hantu dadih hehehe...

resepi sangat senang, and kebetulan serbuk agar-agar dah termasuk dalam senarai barang parcel from malaysia (thanks to my MIL, next posto from mak pulak hehe) apa lagi semangat la kan pergi kedai cari susu coklat...


hasilnya memang memuaskan hati tau, sebijik rasa cam dadih serbuk paket yang selalu beli kat kedai baking tu...so lepas ni pakai je resepi ni kalau nak jimat...at least kita tau takde bahan pengawet dalam makanan kan? bila dah siap tu apa lagi...2 bekas tipuware tu mak budak ni sorang je makan..hahaha..puas hati dapat makan dadih coklat faveret =D

Dadih

1 liter air
1 liter susu perisa strawberry/coklat
1 cawan gula (rasanya boleh dikurangkan sikit)
11 g serbuk agar2
secubit garam

1. Masak air dengan gula sampai gula hancur.
2. Masukkan susu strawberry/coklat, serbuk agar-agar dan secubit garam. Panaskan sehingga mendidih dan kacau hingga sebati.
3. Tutup api dan tapiskan ke dalam bekas-bekas kecil. Simpan di dalam peti ais sehingga dadih menjadi pepejal.

terima kasih banyak2 pada tuan blog sebab share resepi ni =)

Thursday, 13 January 2011

quickie update - jom sihat =)

  • dah melepasi fasa gelora meroyan dalaman kritikal selepas kopi disenaraihitamkan dari list barang dapur oleh Mr. K, after he realized that i finished the whole regular jar of nescafe all by myself in a month. tsskk T_T..memang patut pun kena paksa stop minum kopi sebab i prefer kopi pekat so haruslah gula pun banyak kan...sangat tak bagus untuk kesihatan...
'no more kopi for mama..apa ni minum byk sangat nanti reput kaki tu baru tau'

and siap warning lagi jangan sorok2 beli simpan bawah bantal, cam tau2 je...hiks. and weekend harusla belanja i lepak minum kopi mahal untuk melempiaskan nafsu coffee addiction yang terperam seminggu. as for today, 6 days without caffeine..oh, terbau2 harum semerbak mu kopi...

  • as no more coffee for me, baru la resolution minum green tea dapat dilaksanakan =)

  • makanan juga lebih healthy, nak snacking makan je wholemeal cereal, jangan dok intai2 tempat sorok coklat atas peti ais...and eat more fruits and vegs....my trick kalau malas nak potong buah is habiskan setengah carton smoothies favourite, akan tercapailah sasaran 5-a-day...oh coklat..tetiba teringin la pulak..kalau dark chocs ok kan? kan? kan? hehe...

my fav super yummy innocent smoothies, quite pricey but kalau kira balik kos buah yang ada dalam satu carton memang berbaloi-baloi...


  • kuatkan semangat untuk bersenam at least every other day dengan mya kat rumah...tp kena buat dengan bersungguh-sungguh sebab susah nak berpeluh, dah bukak heater pun takat melekit badan jek...but in the same time kena hati2 takut terpijak si kecik tu...suka je nak main merangkak bawah celah kaki kita...favourite video kitorang adalah ini.....

very the not-just-heart-pumping-baby..ahaks! and try to wait until 2nd and 3rd songs, its just getting sexier and sexier =P


then cooling down dengan gelek manja dangdut atau layan lagu balada seperti...




terus lentok mengantuk beb


p/s: kesedaran untuk makan lebih sihat adalah berpunca dari hubby, yang baru lepas check kolesterol...seperti yg dijangka memang la perlu kawal pemakanan as kalau tgk history pun badan mi amor ni jenis yg senang naik kolesterol jahat....apa lagi kawan2, mulakan dengan baby step; fulfill fruits and vegs 5 serving a day and then shake your hawtie bon bon to your fav music...and doakan semoga saya berjaya kuatkan semangat teruskan usaha murni ini ye ;P

Thursday, 6 January 2011

nak hadiah ribu riban bolehhh...?

me: papppaaaa....hari jadi ke berapa eh agaknya mama boleh mintak hadiah harga ribu ribu?
him: kejap eh..papa check... (sambil korek bulu idong)
me: papa! orang serius ni! haih. cepat la papa...bila? mama nak la...
him: la..betul la papa tgh check ni nak cabut bulu idong...hehe...mama nak apa ni?
me: kihkihkih...teka la.... (senyum menyeringai gedik penuh makna haha ;P)
him: ontah...apo bondo eh.....beg LV?
me: hehehe...no lah...i can live without beg mahal, but i sure can not live without this... (sambil tunjuk gambar kat pc)
him: aiyolahai....tak habih habih....emm, berapa hinggit tuh?


wahhh! dah tanya harga tu macam dapat je...macam boleh diluluskan je..ye tak? hahaha...come on la darling, wife u ni kan tak habis2 dengan usaha murni nya membesarkan waistline sendiri dengan projek baking tak habis habis....sure la berangan barang idaman pun yang berkaitan dengan baking ye tak? like i said, for sure boleh je hidup tanpa handbag mewah jenama LV, Gucci, or Ferragamo....but this...my oh my...dah la banyak pilihan warna...

tengok ni...oh! sungguh gagah dirimu si merah...


atau pun miss posh si hitam manis...



or this....retro beb...hmmm, cantik kan hijau terang? sangat padan dengan konsep dapur tema fresh spring-summer yang di angan2 kan....off white kitchen cabinet, with refreshing yellow or light lime green walls...ohh... *lin, sila lap air liur sekarang

or this....very the eye catching kan? kan? aduhh..mana satu nak pilih ni?



berangan tak salah kan? hehe...hai la labu, bilo la laki den nak kayo dan baik hati terlebih duit ni...hehe....bestnye kalau dapat..mau 7 hari 7 malam berjoget2...time tidur pun tersenyum senyum kut wakakaka...buruk perangai sungguh! and then baru boleh pasang strategi mintak handbag mahal pulok...tak gitu? ;-)


*pics from debenhams.com

Wednesday, 5 January 2011

selamat ulang tahun sayang

woohoo...hari ni mi amor dah bertambah usia ke angka 29 tahun....means that dah hampir 9 tahun juga la we know each other...wahh...nak masuk 9 tahun bersama eh? kalau kahwin tu mau dah anak berderet =P

semalam we all ada tetamu, en hafiz yang dah berpindah ke edinburgh tu...diorang ada course kat banchory today...so on monday i bake a cake, for birthday la kononnya kan...dah alang2 ada tetamu nk datang so boleh la hidang sekali...kalau tak sape nak habiskan kek sebuku ye tak? (dah tau jawapan pun sape yg tukang habiskan =P)

kek marble simple je uols...

mya tengok ada kek dalam oven terus sibuk nak tiup lilin...time ni la mama lupa mana simpan lilin besday extra hari tu..haih. sudahnya call papa and mintak papa beli lilin on the way balik keje nanti...hehe...tak pasal2 birthday boy yang kena beli lilin and celebrate nyanyi2 2 hari in advance =)

anak bapak

for my papa..u know papa, this is why mama always membebel when u korek idung or say 'bont**' or tut tut loudly in front of her face...



aksesori mekap untuk cik soto...hidangan untuk tetamu semalam...makan soto ajer...sonang nak buek, sonang kojo den kihkihkih..

slurrpp slurpp...

and of course, marble cake....dah pernah post resepi dulu, check kat sebelah ni kalau berminat ye...memang best...lembut gebu sebab pakai ovallette...the key is, ikut arahan and make sure pukul kembang adunan just like the instruction told you so...tapi bila baking tak cukup gadget like moi...berpeluh beb nak pukul kembang secara manual..fuhh..fuhh..kacau2 stop kejap minum air..fuhh fuhh..kacau2 stop kejap ngap maltesers....takpe, demi nak makan kek marble ku teruskan jua....



to my husband, happy birthday okay..terima lah hadiah mama yang tak seberapa tuh...macam kelakar je beli hadiah papa bayar pakai kad papa =P apo nak buek...den takdo duit..hehe...ok la tu sebab i tau kalau papa beli barang untuk diri sendiri selalunya mesti ambik yang koman2 je kan..so ni kira mama tolong beli yang best sikit la...mama doakan cayang ku papa sentiasa sihat, jaga kolesterol anda jgn malas makan tomato, dimurahkan rezeki selalu so that you can belanja mama go to italy (and swiss hopefully), teruskan ke 'cool' an anda, dan semoga kita happy family forever...aminn...

just so you know, you are the best husband and papa in the world...and kadang2 mama rasa macam tak tertunjuk rasa appreciation for what you have done for us...all the planning for the future..semuanya lah..sob..sob...sedih la pulok...we love you sooo sooo sooo much!

penutup entry birthday, mya si diva jr yang perasan besday dia insist nak tiup lilin...marah pulak tu bila cakap ni bukan besday mya la..it papa's birthday... 'no! no! happy birtday mya..MI-YA ON-LY!!' sambil jari tunjuk gerak2..hahaha...

apa apa la mya...janji mya bahagia =)


Monday, 3 January 2011

ah bliss...


nasi lemak sambal sotong kering pekat likat masam manis...perghh..sotong bukan sebarang sotong, ini sotong kering datang dari malaya okkk...wah gitu! good job..good job...baru je berazam untuk makan lebih sihat but yet again hari kedua di tahun baru dah bedal nasi lemak T_T wuuwuuwuu....kira ok la kut..sebab makan sambil baca majalah free farmasi topik utama 'Healthy New You'..woh..perli okkk...tercekik kejap sotong i.. =P