Thursday, 7 July 2011

what's cookin - Potato Bread


rasanya dah lama tak meroti..tiba2 teringin nak makan roti kentang,just plain, slightly sweet good ol' milky potato bread =)

dan boleh dikatakan operasi meroti kali ni yang paling sukses, despite segala kegundah-gelanaan perasaan di kala itu..hik. masa ni tengah merajuk hati, bukan dengan sape2 pun cuma ada rasa sedikit kecewa dengan diri sendiri, nanti2 la ye kita cerita cam malu la i =P

so bayangkan masa tengah uli roti ni hubby dok pujuk 'aih, ni kenapa ni nangis2 pulak..alololo meh sini meh...' sambil usap2 bahu dan i tengah menguli roti dengan juraian air mata...haha..

i wont deny it gurls, there is a part of me yang memang tahan nak tergelak ;P

sebab sambil uli sambil hati sedih sambil jeling2 sukatan air tadi betul ke tak dengan intai resepi tapi tak nampak sebab vision sangat distorted and blurry...dalam hati dah terfikir, adoii habis la roti aku tak jadi sebab buat time tengah sedih gini mesti dia pun merajuk tak nak naik gebu T__T

ok, kembali kepada operasi roti kentang.

bear in mind that i don't have a breadmaker, a weighing scale and piping beg to pipe my custard...TAPIII...itu semua bukan halangan untuk kita meroti ye kawan-kawan...breadmaker terasa rugi nak beli sebab bukan rajin sangat buat roti (tapi kalau terjumpa kat car boot sale bagus gak kan cam kak gie jumpa breadmaker 3 pounds), penimbang pun tak rasa perlu beli sebab convert aje kat cooking converter (although kalau timbang sukatan lagi precise kan), and piping beg pulak actually hari tu dah beli tapi i return sebab design sangat x ergonomik dan for me a bit pricey lah alat2 baking kat sini,contoh alat piping yang bagus sampai 15-20 pounds which is equal to sepasang jeans dorothy perkins atau blouse Topshop...hmmm...balik msia nanti maybe kena angkut sikit alat baking bawak balik aberdeen kan?

tapi bab yang nak paipkan kastad tu agak sadis la...first try pakai baking paper buat bentuk kon tapi susah giler sebab kastad yang i buat tu pekat...fikir punya fikir ahhh pakai aje la plastik beg, bersihkan, gunting sikit betuk 4 segi, letak kastad tengah2 then tebuk lubang sikit...aiyoo...dah lama2 lubang tu makin besar sampaikan ada tu terlambak-lambak atas doh okkk..haha kelakar giler...mya pun pelik tengok mama kelam kabut semacam sambil cakap sorang2.. 'mama, oh mama, mama buat ape?' haha suara dah la haluih comel aje dengar bila speaking melayu cam tu ;)

all in all, roti ni memang sedap, sebab i ganti air dengan fresh milk so rasa tu lagi lemak2 gitu...haha suka hati je nak 'derhaka' resepi, nasib baik jadi elok roti ni...sedap makan panas-panas buat minum petang, just be prepared and allocate masa untuk perapan doh kut kang nanti minum petang entah ke mana buat supper je la roti korang ni nanti hehe...


dah perap satu kali, susun atas dulang and perap lagi...jangan lupa sapu marjerin atas dan keliling loyang okkk....

wow! naik gebu lagi! dah sapu eggwash and paip kastad...adehhh....sedih woo time nak letak kastad ni... (-_-')

fresh from the oven...sedap, hangat, lembut, tembam...emmmmm....dah kena curi sebijik dengan si mya yang tak sabar nak makan, baru keluar oven dah suruh mama blow kan untuk dia..

resepi ni i dah convert ikut sukatan cawan ok, kalau nak pakai penimbang sila tengok resepi asal...boleh la baca komen2 mereka2 yang dah try...ada je yang pakai tepung biasa instead of high protein flour aka bread flour dan hasil ok je...blogger2 suka masak pun ramai yang dah cuba, ada yang letak bread improver la, softener la...lain tangan yang membuat lain rupa paras end product nya kan? lumrah la tu =)

resepi krim kastad i tak letak tau, sebab resepi yang i pakai tu mmg pekat sangat tapi rasanya kalau cair sangat pun tak sesuai pulak nak bakar atas roti ni,and lagipun tiap kali nak buat kastad mesti tukar2 resepi hehe..cari aje kat myresepi tu ha, berlambak macam2 resepi kastad ada pilih aje mana yang suka..ok?

Potato Bread
Source: myresepi.com

135 ml air ais ---> i used cold fresh milk
3/4 sudu teh garam
2 sudu besar mentega atau marjerin
1/2 biji telur (dipukul sebentar, baki 1/2 lagi guna untuk brush roti sebelum bakar)
4 1/2 sudu besar kentang lecek
3 cawan tepung roti/tepung protin tinggi
3/4 cmb susu tepung ----> i tak letak sebab tak ada
4 sudu besar gula
2 sudu teh yis segera ---->kalau kt UK ni xde mauripan, i pakai easy bake yeast jenama allinson


1. Satukan tepung, gula, yis, garam, kentang lecek, mentega/marjerin dan telur. Kacau dan tuang air sejuk/susu segar sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli perlahan.

2. Uli sampai licin dan elastik, kalau agak melekit tambah tepung 1 tablespoon at a time, uli sampai tak melekit dan baru tambah tepung 1 tablespoon lagi sampai doh licin (anggaran masa menguli dalam 10-15 minit).

3. Bulatkan doh, tutup doh dengan kain lembap (kain jangan cecah doh cover permukaan mangkuk aje) dan perap doh 45 minit atau sampai naik dua kali ganda di tempat yang suam, in my case di tepi heater.

4. Tumbuk doh untuk keluarkan udara, uli lagi 1/2 jam (now, this part menguli another 30 minit i tak buat sebab terlepas pandang, but fortunately roti menjadi hehe).

5. Buat bentuk bulat kecil, susun atas loyang yang dah di gris atau dah lapik dengan foil. Ikut resepi dapat 10 biji but i buat 12 biji, just nice nak susun atas loyang.

6. Tutup dengan kain dan perap lagi 40 minit. Kemudian sapukan eggwash (guna lebihan telur tadi di campur dengan 1 sudu besar susu atau air) dan paipkan krim kastad. Bolehlah dibakar 20 minit dalam pre-heated oven, 170 celcius atau sampai masak (ikut tahap kepanasan oven masing-masing ok)

HAPPY BREAD-MAKING GIRLS! (^0^)



Wednesday, 6 July 2011

up and running again - Part II



**sambungan dari entry lepas....

dah lama jugak x cerita pasal anak dara i yg diva lebih tu kan? ;P

as for Mya for last 2 weeks i've been sending her to the creche, every other day or every two days.. not long just for an hour or two...ok la kan, and alhamdulillah finally Mya macam baru tersedar eh eh best ar tempat ni...got big pink slide, sand pit, books, teddies, big toy car (yang comel ala flinstone gerak pakai kaki tu) etc etc...rasa happy sangat bila dia dah tak nangis and muka glowing cerita dengan mama apa dia buat dengan 'teacher' on that day; teacher give mya fresh milk and banana...friend tu scream aje...teacher read book for mya...friend help mya naik car..mya tu baikkk aje tak cry pun, happyyyyy aje mama...bla bla...so cute! actually its more to exciting and touching a little bit at the same time...

masa ni first time ikat tocang dua =)
maaf lah ye dia ni memang x pandai posing senyum natural, keras giler hehe

excited sebab semakin tak sabar nak tengok dia membesar and start pergi sekolah..you know, things like bawak lunchbox, ikat rambut tocang dua, pakai t-shirt hijau, green shirt for Green Class, beli stationary sekolah macam yg cikgu pesan, pergi trip dengan classmate, indoor shoes for gym session, balik rumah cerita dengan mama apa dia buat and terus tidur kepenatan...and the list go on...

touching sebab; dah besar dah anak mama sorang sob sob...perlahan-lahan kena ajar dan lepaskan dia untuk independent...hukhuk...tapi rasanya dalam bab ni papa yang lebih over protected kut hehe...

kalau dah plan hari Mya pergi creche tu memang la sibuk sket, bangun pagi kena masak utk lunch terus, layan My breakfast kejap, mandi bersiap2 then around 10 keluar rumah jalan kaki je you....dari rumah sampai creche around 20 minutes walk (exercise babe exercise), letak Mya for 1-2 hours then mama sambung bersenam masuk M&S beli a little treat for myself (hehe) or window shopping cuci mata GAP tengah sale ke tidak, top Dorothy Perkins hari tu dah makin turun harga ke belum,just things like that =P

oh ye, a little treat for myself tu just benda2 macam buah mangga sedap/cheesecake/loyang kek/ fresh flowers murah/lace brief kat M&S aje...see? i bukannya shopping sangat pun hubby je suka nak bebel2 cakap i suka shopping...i kan suka makan so selalu duit dia bagi tu habis beli makanan aje mana ada beli baju ke kasut ke kan? kan? tak patut kan cakap gitew...sayangku, cuba cakap sape yang x suka shopping? kalau tiba2 i lost the will to shop or bake he should be dead worried okay hahaha...

tengah dalam mood bunga dalam hati ada taman....orange tiger lily yang dipaksa berposing dengan kek lemon...macam sepadan je kan? screams summer to me..tapi lily jenis ni tak wangi la penat i cium2 sedut2 habuk debu je lebih ;P

but start last Friday semua orang dalam rumah ni tak sihat...semua jangkit dengan Mya yang selsema and batuk; then papa pulak batuk teruk sampai cramp perut and terluka anak tekak then demam pening2 sikit; mama pun cam biasa la bila dah semua orang sakit haruslah nak ngada2 sekali kan? hehe...adoiii...tekak sakit, selera nak buat kerja tu zero terus..tapi tang selera makan tu ok pulak haha...time ubat tengah berjalan tu masing2 elok la kejap cubit2 joget2 tapi bila ubat dah hilang both me and hubby dok monyok je muncung sebab kepala berat...Mya jugak yang sihat tetap kuat main dan sibuk mengemas rumah hehe..

kesian jugak tengok Mya, dah la tak selesa sebab hidung penuh hingus, tekak pun cam sakit2 sebab batuk2 dah tu kena duduk rumah je harusla bosan...ye la takkan dengan hingus cam tu nak pergi main kat creche jugak ye tak? jadinya dia jadi super mengada mega sensitif little creature ye...adoiii...i pesan sikit or tersalah tanya soalan yang dia malas nak jawab je sure nangis eh bukan, buat2 muka nangis tapi lebih pada merengek..sabor je le teman T__T

tapi dah namanya anak omak kan? apart from melayan her current obsession towards bedtime stories 24-7 (celik mata bangun pagi nak mama baca buku, lepas breakfast lepas lunch nak bedtime stories,sebelum tidur memang dah tentu la kan, not 1 ye almost 10 books!) nak bagi dia happy senang je; bagi je main tepung hah sonyap la dia =)

mya in action, saje je tengok ada banana dah nak lembik mya pun tengah bosan, moh le mya kita buat Spongy Banana Cake...sodap wooo....


aktiviti baking esoknya; mendonut la pulak...hehe..tu dia tengah buat bentuk balloon...ada belon bentuk love, circle, star balloon..siap dengan tali ikat belon tu...suka nau dengan belon...

dah siap ngappp!! tergebu sangat la pulak...ni bentukkan secara tradisional aje pakai tangan, buat bentuk bola then tebuk dengan muncung botol coke kat tengah2 ;)

aktiviti main tepung di atas tu semua sebelum mama pun kena sakit kepala join melepek ye hehe...tapi xpe now ni dah sihat dah, kalau tak tu aduhhh...nak bangun pagi malas, nak masak lembab, even nak bake2 pun xde mood hah tu kira parah la tu for moi ;P

ok lah, nanti kalau i teringat i story pasal obsession Mya dengan bedtime stories eh bukan all-time stories ye =)

Tuesday, 5 July 2011

up and running again - Part I

** punya la lama tak update, bile nak mengomel tu tengok2 terlebih panjang lak entry ni..hehe so kita buat part by part lah ye...kut bosan pandai2 la korang 'close' sendiri ye ;)


tolongg...

i'm so so soooo lazy to update my blog nowadays...kekonon sibuk la kan...eheh.

entry what's cookin pun dah lama tak update; ada je sebenarnya bake kek itu ini tapi sangat lah malas nak snap gambar...entry what's cookin yang sepatut di update is:

i) Spongy Banana Cake from NasiLemakLover, which turns out really spongy and moist, so easy to make and simply delicious, just like Sonia, this is the kind of recipe that i'll be making again and again and again...unfortunately i tak snap gambar, masa ni memang malas sangat nak update2 blog, yg rajinnya baca blog org je huhu...

ii) Lemon Butter Cake also from NasiLemakLover; the lemon glaze is to die for i tell you...i asyik makan kerak luar aje hehe...simple butter cake drizzle with lemon glaze on top, oh, for Cik DeLancrettLurpak, kek ni sahaja tak masam2 lemony sangat, kena cucuk2 kek then curah lemon glaze baru sodap...kalau you prefer kek lemon yang lagi 'kick' maybe kena try resepi yang memang letak lemon curd dalam kek ;)

Lemon Butter Cake...bak sindiran adik Rachel yg sarcastic kepada si monster kuat makan Joey dalam Friends; 'a moment in your mouth forever in your waist' haha jahat kan?


iii) Puding Coklat Marble from myresepi.com, memang feveret la myresepi ni, macam2 resepi ada and paling best kalau resepi yang famous tu memang worth a try sebab ada ramai orang dah komen and share tips =) puding ni gigih buat berlapis-lapis, punya la leceh nak tunggu dia keras sikit baru boleh tuang the next layer kalau tak jadi kelabu asap kan sebab bercampur...bersepah satu dapur dok buat puding ni hehe..nasib la ko sedap puding...mya memang suka puding2 ni, sebab atuk dia selalu hantar jelly kaler2 yang jenama yame tu dalam parcel =)

buat kuah kastad sekali sebab terlebih koko so macam kurang manis sikit...hehe ada kastad lagi terangkat beb! entah la kenapa sekarang ni suka je nak beli fresh flowers...i geram sebab murah2 maybe sebab tengah musim kut, satu bundle tulip baru 3 pounds you! atau..adakah dari pengaruh Nora Elena? hahaha...takpe la kan, i berpijak di bumi yang nyata nak bunga pergi je beli sendiri tak yah nak merajuk2 tak tentu pasal =P

iv) Pavlova disaster...dah la sayu sebab tak pernah rasa tapi teringin nak makan, dah la siap study video how-to kat Joy of Baking, dah la siap beli kiwi dengan strawberry semata2 nak garnish...alih2 mana salah silap tak jadi...sape tak sayu nokkss....sickingly sweet melekat kat anak tekak and i think its undone inside...ke i yang tak pandai buat tak reti nak makan? huhu...dah la malas nak try, Yanti sila belanja Pavlova sedap itu ye...at least lepas ni nak try dah boleh bayangkan rasa yang sepatutnya macam mana hehe...


hiasan je warna warni meriah tapi tak jadiiiiii!!! tskk. T__T

v) Donut Kentang, again from myresepi.com... dah lama tak mendonut...terjumpa sepaket Easy Bake Yeast kat pantry saje la nak cuba...surprisingly yang ni paling menjadi compare to yang pakai Mauripan msia mari hehe...alhamdulillah rezeki Mya...gebus ko kejadiannya, hilang lubang donut kat tengah tu dek ketembaman melampau (kalau dalam hati korang ada terlintas 'tengok tuan dia la..' ha siap okeh haha tetibe)

malas nak pakai cutter...buat ni saje je nak bagi Mya main tepung sebenarnya sebab dia moody aje selsema and batuk, sekali sedap la pulak...sorry la ye kurang jelita donut i ni =)

vi) Untuk kategori savoury pulak, ada jugak try buat Laksa dengan Mee Rebus...laksa pakai ikan sardin or mackerel dalam tin aje uols...sonang bangat nak membuatnya...tapi tak best la sebab tak kick, daun kesum dengan bunga kantan nan ado kek UK ni ha...sodih ati makan Laksa xde bau kantan ko..sob sob...tapi Mee Rebus memang sedap! haha matik la puji diri sendiri hahaha...ala korang google aje resepi pilih mana berkenan....i pakai keledek dengan air rebusan daging je, letak udang kering lebih2 sket ha sodap la jadi eh...janji ada telur rebus dengan cili hijau hiris..perghhh....pastu perut kembung sebab makan keledek banyak sangat kehkehkeh ;D

oh mee rebus ...mengimbau kenangan manis zaman melantak yang best sebab makan tapi boleh maintain kurus di you-tee-emm sekudai dolu2...rindu seh! bukan rindu kampus tp rindu kurus =P

laksa perantau kurang kick...makan dengan cili api and nenas tin aje pun cukup la kan....

ok la, korang pun dah lapar kut pagi2 tgk gambar makanan2 ni sume (muahaha objektif tercapai pi cafe cepat pi! *sambil gelak jahat*) sambung esok untuk part II...ciao! (^_^)

Monday, 20 June 2011

Milan; Another we're-lazy-nothing-much-to-do day and my random ramblings


adehh...boleh lak terlupa nak sambung ceciter pasal jalan2 ari tu kan?

sekarang adalah hari ke-2 di Milan ye...hari ni kena check-out hotel Ibis Ca' Granda and check-in Ibis Centro...saje je suka2 nak tukar2 lagipun Centro ni dekat sket dengan city center..macam biasa kena naik Metro dan sebab dah serik berjalan kaki dari hotel ke stesen Metro terdekat untuk ke city center semalam so hari ni kita naik aje tram nak pergi stesen Metro ye....

tram paling antik...bunyi gedak geduk gedak geduk...xpe la janji kita tak payah jalan kaki berjemur kan mya kannnn...

bilik sama je, dah jenama hotel pun sama kan...panas2 ni yang penting ada aircond nokkss...

yang kedua penting; dekat dengan restoran halal...fuhh, selepas 2 hari lega dapat makan nasi ;)

seriously, Milan ni tak banyak tempat pun nak melawat....other than shopping ada la a few places macam museums, galleries, markets, tapi dengan cuaca panas, nak berhimpit dalam Metro dengan si kecik ni sangat la tak convenient...lagipun mi amor ai ni bab2 sejarah or arts memang not his cup of tea so kirim salam la nak masuk muzium or galeri bagai...err jap, tengah bayangkan camne nak layan Mya kalau masuk tempat2 macam tu... (-_-')

kesimpulannya Milan is a place untuk serious fashionista sahaja ye, penggemar fesyen tegar boleh la datang Milan...kalau ada anak2 kecil memang macam tak berapa nak sesuai la...kalau datang dengan girlfriends memang best la, nak2 pulak bawak duit berkoyan fuhh memang syiok la nak spend kan? for those yang shopaholic dan crazy dengan designer brands memang berbaloi...tapii...untuk orang yang kegilaan barangan designer belum sampai seru dan duit pun tak berapa banyak macam kitorang ni duduk2 layan kopi aje la...hikhik...

layan Italian cappucino yang sedap dekat cafe sebelah Duomo...penat weh jalan, masa ni semua cafe, diulangi, SEMUA cafe penuh ye....memang desperate sangat nak duduk dan relax kejap sebab kepenatan dan kepanasan...gedik lebih kan? ;P

mya dah ngantuk sebenarnya tapi ditahan2 mata tu...dok main sachet gula sepahkan kedai orang...sabar je la...

tidur pun hehe...baru lah boleh posing hehe...entah apa2 kan pergi Milan yang shoppingnya baju Gap macam la kat Aberdeen takde (sebenarnya ini je yang sampai hati nak beli beb haha)

emmm...macam bosan je kan? dua hari pergi tempat yang sama je...kalau ikut plan memang nak explore shopping street yang boleh tembus area Duomo ni dari hotel je tapi sebab memang dah tak larat sangat and tengok jalan2 nak shopping kat sana pun suasana macam berjalan dari Pavillion ke Bukit Bintang je so terus turn off...baik i balik Kl je kalau gitu...

lepas mya tidur sempat la curi2 masuk designer butik tengok2 handbags...tengok aje ye, jeling harga letak balik elok2 kat situ haha...lepas tu bagi report kat mi amor kedai mana yang friendly mana yang sombong hidung tinggi...sebenarnya kanda i tu baik hati suruh pergi tengok2 kalau ada yang 'termampu'...masa tu gelak besar je sebab ye la, dia bercakap dengan muka innocent without knowledge how much exactly a designer bag can cost him...

i cakap ' tak payah la papa..i dont want..yet..YET ye hehe...mama nak mixer kitchen aid la...' and pout...

haiyoh...kek sini takdo do jual mesin kek mama...haha tu la jawapan dia...macam la tak kenal i kan? harusla beli kitchen gadget untuk buat i hoye hoye hurrah hurrah kesukaan hehe...setakat handbag masih belum datang minat lagi nak splurge thousands for designers brand..entah la, pada i la kan beg designer ni memang la cantik..bau kulit dia aduhhh bisa gugur jantung gue! kembang kempis hidung mak ni noks dok cium puas2, both my lubang hidung and my eyes went so big masa merayau kat handbags department dalam La Rinascente tu cuci mata but for me, pada tahap sekarang untuk splurge hundreds of pounds for a bag masih belum sesuai...in future maybe kalau ada rezeki cik abang sayang terlebih duit hah time tu ai okkkk je hehe...i nak kalau beli tu hayunan kad kredit dibuat dengan senang hati tanpa was2 tak gitu?

and thanks to overly exposed with drama melayu yang selalu tunjuk gaya2 mak datin bawak handbag mahal dalam kepala ni macam dah set orang kaya mewah yang hujung rambut sampai hujung kaki sarung L to the V je yang layak...kasi tengok sikit i pergi Milan pakai kasut apa? Bata uols! hahahaha..beli kat Giant Senawang lagi...adoii...rasa nak tergolek pulak bila bayangkan pakai baju Zara, kasut Bata then dengan vangga Gucci tersangkut kat tangan lepas tu naik bas jalan2 dengan Mya, takpun naik bas gi beli shopping ayam kat kedai halal...muahahaha =D

lagipun kan, bila dah sampai Milan ni kan almost everybody bawak LV...dalam metro, dalam kedai, tepi jalan, tengah makan Mc D...dah macam uniform wajib pulak...Milan ni salah satu yang i tak berapa nak berkenan tu terlalu ramai orang asing, memang dibanjiri dengan immigrant...muka hindustan ada, ala2 mongolia ada, cam indonesian and melayu pun ada...diorang ni bila merantau tu tau2 je la kerja apa kan...so cuba bayangkan bibik2 korang yang kerja kat msia tu pergi jalan2 bawak LV? camno tu?

eh jap, ni pendapat peribadi i je lah ye...no offence pulak pada sesapa yang suka dan pakai designer brand...jangan la terasa hati tak tentu pasal eh hehe...sape yang tak nak beb pakai beg setaraf Kim Kardashian betul tak? cuma masa dan fulus je belum sesuai...gituu..

so here i am, bersuka ria cuci mata dan menikmati bau harum beg kulit ribuan ringgit...little that i know at the very exact moment gunung berapi Iceland sedang memuntahkan asap dan gas T_T

petang tu tengah berjalan balik hotel hubby got message from encik hafiz, bitau pasal gunung berapi Iceland...dalam hati dah rasa tak sedap, jangan la terkandas kat Italy ni makkkk....ai tak sokaaa....huhu...ingat tak tahun lepas baru je gunung berapi Iceland ni meletus, memang lumpuh habis airspace Europe causing nearly 10 million people stranded....maunya tak seram kan...nasib baik la CNN is the only channel yang bukan in Italian beb....dok mengadap berita je la sambil tu curi2 check tiket balik UK yang baru....sebab we all punya tiket balik Milan-Edinburgh kan, so check yang balik London...airport London ni bawah sikit so kalau nak tutup pun lambat sikit la kan..no?

malam tu tidur pun mimpi kejar kapal terbang tau...risau yang amat...kalau ikut hubby malam tu jugak nak balik..tu...bayangkan la kalau nak beli tiket flight baru nak balik malam ikut plan esok nak pergi Lugano, tiket pun dah beli...sayangnya kalau nak let go macam tu je...around rm400 jugak la tiket train Milan-Lugano tu huk huk..dengan kos hotel and tiket flight lagi...aduhh...fening fening..

terus terbayang kalau la tadi dok rembat Gucci maunya i pergi kedai pulang balik beb boleh buat beli tiket flight baru...Gucci ke Pucci ke semua dah tak penting dah, yang penting dapat balik UK mainland..nak balikkkk...huhu... T___T

sekali dapat makan sampai lenguh ;P


semalam pergi beli groceries kat kedai cina or kedai oriental terjumpa edamame la pulak...i likee!!

kedai ni owner dia Malaysian Chinese Ipoh mali...so mmg kena datang selalu la kan nak beli stok kicap, rempah kari or petis udang hehe...and barang2 dia pun ikut nasib kadang2 datang minggu ni ada Milo...then datang lagi after 2-3 weeks jangan harap la ko nak jumpa Milo dah hehe...so kalau ada tu grab aje ye jgn tunggu2...

thanks to my bestie, Cik Yanti yang telah memperkenalkan edamame di Sushi King saya memang dah jadi hantu edamame every time pergi sushi...so bila dapat beli yang sepaket besar ni memang happy la kan hehe...walaupun frozen sedap je i berebut makan dengan mya you! comel je bila dia cakap, "mama..mya nak edamame...mya nak.." then tiru gaya mama gigit pods kunyah2 kacang yg comel tu ;)

kalau kat sini nak makan sushi pergi Yo! Sushi aje...tp sepiring edamame tu dalam 1 pounds lebih kut..ada la 4-5 batang je...aduhh...mana la nak puas kan...malam tadi 2 kali rebus kacang ni, terpaksa stop makan pun sebab mulut dah lenguh nak mengunyah hahaha (^0^)

tengok tu tak caye orang cakap edamame still hot, baru lepas rebus...sebelah tangan pegang straw minum fresh milk sebelah lagi pegang mangkuk...just to make sure...hehe...

Wednesday, 15 June 2011

One Week Recap


  • hubby was away for three days last week Wednesday to Friday, ada course kat kota London tinggal lah us girls aje kat rumah.
  • sebab hubby is away, makanya rutin harian sangat lah relax (ayat negatif: bermalas-malasan), tak payah masak, tak yah kelam kabut 'menampak kemaskan serta mewangikan rumah' sebelum big boss balik keje dan err...a bit boring. disebabkan itu saya terjebak dengan drama Nora Elena satu hari dah catch up sampai episod 14 hehe...sila salahkan mereka2 yang asyik tulis status 'oh nk husband macam seth tan','romantiknya seth tannn...' or 'suspen nye nora elana malam tadi' dekat fb..terima kasih kalian T__T
  • mya agak tak keruan bila papa tak ada...untuk malam yang pertama tu still ok lagi...tapi bila dah masuk 2 hari dia sangat moody, silap sikit nak marah even kita cakap elok2 pun boleh jadi nangis sedih gile cakap 'mama marrah myaaaa...' memang sangat menguji kesabaran asyik nangisss aje tp nak marah pun bukan dia faham kan? kesian sangat, agaknya dia macam perasan something missing tapi tak tau nak cakap macam mana hehe...
  • on last thursday, kak lola came for sleepover dan merangkap kelas kek pertama beliau we baked Oreo Cheesecake petang khamis tu dengan Athirah and then Red Velvet Cake on that night before hit the sack...a very intimate gurly day for us sebab selalu tu jumpa ramai2 so nak borak2 deep2 (apa punya ayat) susah sikit sebab terlalu ramai dan terlalu banyak perkara yang nak dibualkan...lepas penat melayan kanak2 riang Mya and baby Muhammad dembam2 gebus sampai diorang tidur, then godek2 oreo cheesecake kejap lepas tu melantak pulak Mee Rebus and Strawberry Cake for dessert...emmm memang best lah! =D
sorry la gambar sangat tak semenggah hehe...Strawberry Cake, RVC, Oreo Cheesecake...3 cakes in 2 days? really Lin? lepas tu bising muka bulat lah perut tebal la badan dah tembam la apa la...hehehe...oh ye, pada cik Lurpak kek stroberi ni mmg manis la, x masham langsung so better u try lemon cake aje ye =)

  • kak lola sangat tak familiar buat kek, beli bahan2 pun kitorang beli sama2 sebab dah cakap memang knowledge membaking zero...lepas tu dia jenis yang kalau stress boleh pulak jaw tu nak rasa kejang2...ayolahai...bukannya tengah buat tesis phd ke hape kak lola oiii...hehe..ke sebab dapat cikgu suka tanya soalan matematik bagaimana mendapatkan 3/4 cawan tepung dengan menggunakan measuring cups set? hehe...so funny! ye la kan...dah kata nak belajar haruslah sukatan, kira2 semua buat sendiri kan? baru confident nak baking di kemudian hari =)
  • alhamdulillah...mya akhirnya dapat tempat untuk nurseri tahun depan kat sekolah yang dekat dengan rumah..sebelum ni nama just masuk waiting list dan dapat offer pun sekolah yg agak jauh...eh bukan memang jauhhh la nak menghantar nanti, dah la masuk sesi Januari 2012, winter tengah heavy tuu...so sila bayangkan hantar mya pergi sekolah heret naik sledge aje, silap2 dengan mak budak ni naik sekali cam main gelongsor hehe...sekolah yang dekat ni sangat dekat, 5 minit jalan kaki =)
  • isnin baru ni sekolah mya panggil parents untuk sesi taklimat, anak tak digalakkan pergi sebab takut mengganggu taklimat pulak so mya tinggal dengan papa aje kat rumah...lepas taklimat boleh jumpa cikgu2 untuk tanya soalan, tour ke kelas nurseri untuk tengok facilities dan macam2 lah...nurseri ni provided by local authority so bukan yang private punya ya tapi alhamdulillah kemudahan lengkap; setiap kelas ada laptop/pc, digi cam, a complete small pantry, etc etc...budak2 zaman sekarang kan, kecik2 dah pandai main laptop, kita dulu masuk uni baru la merasa tekan keyboard (-_-')
  • masa taklimat pasal nurseri tu dah siap ada allocation masuk kelas mana, nama cikgu dan penolong cikgu kelas...comel sangat! dan sesiapa ibu2 yang berminat untuk tolong2 or volunteer apa2 urusan sangat lah dialu2 kan contoh; outdoor trips, toothbrushing session, snack time dan lain2...rasa bersyukur sangat dah la dapat sekolah dekat, sekolah ni pun memang dikenali dengan sekolah yang aktif, lebih2 lagi lepas gov yang baru ni potong bajet untuk education (mengong sungguh) haruslah bergerak lebih aktif cari dana untuk sediakan macam2 kemudahan...gitu...
  • oh ye, mya dapat kelas hijau..Green Class...afternoon session 12.30 until 3.00...comel sangat, tak sabar and super excited ni nak tunggu dia masuk sekolah next year woot woot!
  • and today, for the first time ever mya enjoying her time at creche...wowiee! bagus anak mama dah besar kan? selalu tu sure bad mood and nangis bila tengok mama takde but today akhirnya baru la dia perasan yg creche tu banyak mainan ada gelongsor besar and banyak paintings hehe...pheww! baru la tak stress macam ni...esok tinggal lagi eh...walaupun sejam je cukup la utk mama layan diri kejap window2 shopping...

Tuesday, 7 June 2011

what's cookin - Strawberry Cake


what i like best about spring/summer season? its berries time baby! move over sour Spanish strawberries, the best of british berries has arrived ;)

hehe...dah lama x baking kan? rindu sangat nak bereksperimen buat kek...tengok2 resepi telan2 air liur dok cari idea dan tanya selera, kek apa nak buat ye? so to welcome and celebrate summer haruslah buat kek yang berkaitan dengan summer fruits - strawberries to be exact. mya pun tahu beza, bila makan 'emm..this one is not masham mama..it sooo sweet!' satu bungkus tu boleh makan sorang je =)

ternampak resepi ni, from Confections of a Foodie Bride dan tertarik nak buat sebab susah nak jumpa resepi kek strawberi from scratch, mostly mesti ada pakai serbuk jello, instant cake mix and so on but this, the recipe calls for freshly pureed strawberries...yums!

tastewise? - moist, spongy cake but a little too sweet for me, but that maybe due to the fact that i bake half the recipe, so maybe ada silap sana sini sikit kan masa sukat gula...dan rasanya bila buat layer dengan fresh whipped cream dan fresh strawberries in the middle the compliment each other perfectly. but other than that, i really recommended you all to bake this cake. it will make a perfect birthday cake for a little girl, you can whipped the frosting with a little leftover strawberry pureed for a perfect pink birthday cake...who can say no to that? ;)

now, i'm not going to post the recipe here as it will be useful for you to read the recipe yourself, plus ada tips menarik yang i pun baru tahu, on how to get even bake cake - EVERYTIME! and the author also make an experiment on this, just to show you the difference.

if you interested to bake this, a little note about what i did:
- i only bake half the recipe, and use whole eggs instead of 6 egg whites, so for half recipe i used 2 whole eggs.
- for the flour, i used all purpose flour, tepung biasa aje uols, janji ayak betul2 ok.
- for the milk, i used strawberry milk (cilok mya punya hehe) so maybe my cake a little bit on the sweeter side, next time i'll use whole milk as per recipe stated.
- plan ahead and do spare time to washed, hulled, sliced, sprinkle with 1-2 tablespoons sugar and keep the strawberries for about 1 hour or so in room temperature, until nice and juicy. the sugar will draws out all the natural juices, making pureed them a bliss, no need to add water for this.
- to assemble the cake; i layered them with fresh cream and strawberries halves, sky is the limit here, you can use whatever frosting you like, i'm thinking cream cheese frosting for my next project ;)

Happy Baking! (^-^)