kan kita ada oven baru kan.
baru tak baru dah 2 months old la jugak
so sekarang masih dalam fasa mengujikaji perangai cik oven. first time buat kek besday mya sangat tak puas hati.suppose nak basic kek victoria sponge tu, kek masak tapi tekstur cam berat semacam. but still edible la.
tapi kalau buat cupcake ok la pulak.
then try buat cookies pun cam bantat, but that one maybe its the recipe sebab ratio butter dengan tepung cam tak balance, ke diri sendiri yang salah bancuh tak tau la. tapi pernah dengar orang cakap kalau cuaca sejuk baking2 ni susah nak menjadi, sebab tepung jadi satu macam. betul tak betul tu tak tau lah kan.
rasa cam seminggu 3-4 kali membaking, sebab nak dapatkan setting yang betul. mostly kalau kek yang loyang besar luar nampak macam dah ok tapi bila potong lapisan bawah tu tak masak. macam bingka. sangat frust tahu??
so far cookies dah ok, masak memang cantik sebab memang piring dia berpusing ala2 microwave tu kan, and oh yes i try resepi cookies yang lain hehe...sodap rangup, pueh ati den dapat benda nak mengunyap malam2. amik resepi kt curlybabes.
only god knows berapa kilo tepung ku habiskan and how many trips i made to the shop just to buy eggs and flour. agak2 cam tak jadi je cepat2 hambun and hapuskan bukti, kang kut terdengar usik usikan manja cik hubby ada yang akak meroyan bedah. hahaha.
jadi ujikaji hari ini adalah: Moist Chocolate Chiffon Cake.
yang ni kalau tak jadi memang nak kena sumpah. sebab di buat dengan penuh kasih sayang you know, spend exactly 35 minit untuk beat meringued BY HAND.
yes you read me, penat berdiri duduk, sakit pinggang duduk berdiri pulak. siap ada coffee break once a while lagi. haha. sekarang nak menaip sikit pun tangan cam dah kebas haha. lenguh gile. tapi takpe, me beloved 'chicken wings' deserved it. LOL.
Monday, 19 December 2011
Friday, 16 December 2011
Renteten kes pelajar Malaysia hilang di Dublin - apakah benar??
ish. seriau beb seriau....kalau betul, kesian mak bapak kat msia tu..sudah la risau hidup tak tenteram anak menghilangkan diri, hantar belajar jauh2 dengan harapan tinggi jadi Doktor tup tup kena tanggung saman biasiswa pulak....ni tengok2 jadi macam ni... kesian sangat2 kat family...
apa la nak jadi.
Ya Allah, Kau jauhkan lah benda2 macam ni daripada keluarga, kawan2 dan mereka yang aku sayangi...berilah si Ariff ni hidayah dan nur supaya pulang ke pangkal jalan. Amin..
Untuk berita lanjut sila klik here and here .
apa la nak jadi.
Ya Allah, Kau jauhkan lah benda2 macam ni daripada keluarga, kawan2 dan mereka yang aku sayangi...berilah si Ariff ni hidayah dan nur supaya pulang ke pangkal jalan. Amin..
Untuk berita lanjut sila klik here and here .
Tuesday, 13 December 2011
amalan kecantikan yang telah lama saya tinggalkan. tsk tsk. T___T
kalau dah namanya perempuan. lumrah perempuan suka nak bercantik cantik, bersiap siap comel lote dan sanggup berhabis kalau masuk bab cantik dan melawa ni, tak gitu?
yours truly tak ketinggalan. masa zaman anak dara muda jelita dulu memang rajin la bab2 menjaga kecantikan ni, zaman sekolah tu lebur je krim apa yang mak pakai tapi bila dah masuk uni memang teeheehee duit habis sebab mengkayakan guardian dgn watson je la..dulu muda2 kadang2 ada jerawat2 comel seketul dua, condition kulit tak la teruk mana tapi dah namanya student hari2 berjalan kaki tengah panas dengan mata panda sebab stay-up (kononnya study padahal bergayut) jadi memang pantang kalau ada produk whitening baru keluar sure nak beli.
balik cuti sem sure mak layan belanja facial, hehe kenangan betul katil2 facial sebelah2 pastu tau2 je la facial ni kan lama, urut la mask la steaming la...tengah sedap relax2 tunggu mask kering and tahan mata yang dah layu tetiba terkejut dengar bunyi dengkuran mak tertido..haha LOL! =P
even lepas kahwin pun time hubby buat financial planning perbelanjaan sebulan siap propose, harus ya ada bajetnya untuk kecantikan gue dong. tapi haremmm tak buat pun sebab terus mengandung and bajet lebih terarah kepada melempiaskan nafsu makan. muahahaha. weekend2 tu drpd dok kat salun 2-3 jam baik la kita merayau jalan2 cari makan, betul tak? =P
tapi kan lepas ada baby tiba2 macam dah malas sangattttttt nak buat benda2 tu sume. bukan malas apa, penat. masa tu rasa nak marah2, miserable, tak terurus sume ada sebab tak cukup tido. nak adjust lifestyle bila ada baby ni bukan senang wooo....ada anak kecik tau2 je la kan, nak2 kalau tinggal berdua je dengan dia mana la ada masa nak berscrub muka pakai mask bagai. dapat mandi 5 minit tanpa gangguan pun dah cukup baik. bye bye lulur mandi puteri binari susu kambingku. kadang2 tu dia ok je tidur tapi telinga ni cam terdengar2 je baby nangis tengah2 sedap bershower tuh.
boleh je kut kalau nak maintain, patutnya bila tension and letih memanjakan diri is one of the thing yang kita boleh buat untuk release tension. tapi bila badan dah penat dengan kerja ofis, dinner pun ala kadar tapau seadanya, settle anak dari nursery, tidurkan dia and prepare baju kerja dengan barang utk nursery dia esoknya, ruji pakai mask and urut2 muka dah tak masuk dalam list penting.
sekarang bila dia dah besar ni baru la merasa balik pakai mask muka and mandi lama sikit memanjakan rambut. baru la rambut ni rupa rambut, lawa sikit la dari penyapu. kalau tidak....haish.
rindu pulak nak gedik2 belek muka weh. antara amalan kecantikan yang pernah dan wajib di hidupkan semula dalam kahidupan seharian as part of azam tahun baru is:
1. sapu EVO sebelum tidur : yang ni serius lama gilerrr kut tak buat, rasa cam zaman sekolah dengan uni dulu rajin la, massage a few drops minyak zaitun kat muka dan leher sampai la minyak tu merata cam ala2 kering sikit kat muka. best wooo...antioksidan semulajadi =)
2. tekap timun/cold used teabags atas mata: yg ni rasa memang semua orang at least mesti pernah buat sekali kan?
3. pakai bedak sejuk : orang yg selalu berjemur harus amalkan, saya ada satu favourite bedak sejuk gamat untuk resdung, all the way from langkawi. the bery first time pakai macam sejuk2 pedih, tak tau la sebab memang hidung ni beresdung ke apa =P tapi memang best gile la bedak sejuk ni, parut cepat hilang and elok untuk sunburn. make sure lepas pakai cuci bersih then sapu krim sebab bedak sejuk ni tend to make your skin feels dry after wards.
4. facial at least once a month and face mask once a week: facial oh facial. last sekali buat tahun lepas kut, tinggal mya dengan mak kejap, that was the first time after 2 tahun dia lahir. tapi macam tak best sebab dalam hati tak tenang ingatkan mya pastu sibuk berdoa eh cepat la amoi cuci muka gua, nak cepat2 habis je. pastu saya ni suka face mask yang jenis face-cloth tu, dulu feveret jenama from japan apa tu yang ada perisa lemon dengan orange. best sangat...tapi sekarang dah melambak2 kut skin care from japan/korea sampai cam takut pulak nak pakai.
5. steam rambut: yang ni best. sebab suka pergi salun nyonya style retro zaman 80-an kat pekan sungai besi. teeheehee...best sebab murah. dulu kalau datang 'kegilaan' tengah lunch break hari jumaat pun boleh pi pecut steam rambut jap. lagi tengah banyak kerja and stress rasa nak bakar opis lagiiiii la gatal semacam nak steam rambut...haha...tak dapat pergi sungai besi pi cuci rambut kat salun area precint diplomatik pun jadik, dokek sket den nak berkojar balik opis, boto tak? ;P
6. urutan dan tekan muka lepas bangun pagi: pernah sekali terbaca dalam majalah, pasal petua cantik artis, tak ingat la artis mana msia ke indon, tapi dia cakap bangun pagi basahkan muka then urut2 muka tu 5-10 minit. pastu tekan2 kat a few area contoh; tolak tulang pipi ke arah atas a few seconds and ulang, picit2 dagu, urut sekitar mata, picit2 belakang telinga serta tengkuk and urut leher dari bawah ke atas. kalau air kt muka dah kering basahkan balik dan ulang. so what i did is sambil urut sambil selawat. awet muda tuuuu selawat banyak2 kan? sekarang nan ado lah ye. bangun pagi pun sebab mya dah kejut mintak breakfast. T__T
7. sapu ais ke muka sebelum mekap: ni pun best gak. lepas cuci muka amik seketui ais then sapu keliling muka sampai cair, biar kering then baru pakai toner/sunscreen/ moisturiser/ serum or apa jadah la base ke apa then baru pakai mekap. entah la, macam suka sebab nampak mekap tu lagi blend and 'melekat'.
8. lulur badan: all time favourite, lulur mandi susu kambing. dulu hangat di pasaran jenama puteri binari, macam2 version ada yang bunga-bungaan, buah-buahan or milky type. rajin jugak la 2-3 hari sekali melulur. lagi best kalau mandi denga st ives apricot bath then sental badan dengan lulur. terasa diriku begitu berharga gitu! eh, rasa macam nak lari gi boots je beli body scrub hari ni...hmmm ;)
ada la lagi a few things yang agak rajin jugak dibuat dulu2, macam homemade face mask letak putih telur or crushed strawberries atas muka malam2. kalau bab supplement ni selalu lupa nak makan, time beli tu ye ye sangat je membeli vitamin c, kalsium, EPO tapi lepas 2-3 hari sure lupa nak amalkan.
rasanya sekarang ni bila dah di ambang three-o kena la mulakan balik apa yang patut...especially bab supplement dengan pemakanan kan? kena banyak kan lagi makan buah dgn sayur (yg ni cliche but so true) dah la malas minum susu, hubby selalu bising mama tu hantu kopi tapi susu tak nak minum =P dulu lagi la suka nau buat nescafe dengan coffemate..e.v.e.r.y.d.a.y.o.k. pernah dengar tak coffeemate tu sangat bahaya untuk tulang dalam jangka masa panjang? seram wehh...tau2 lutut reput peroi terus. sekarang tidak lagi hehe...jauhkan minuman instant, kalau nak pun buat kopi susu letak fresh milk instead of condensed milk. kalau hari2 minum bersusu letak susu pekat memang boleh rasa badan cepat naik tau.
penjagaan kecantikan ni bukan luaran je, zat2 dalaman pun kena jaga jugak. peringatan untuk diri sendiri tu. dah tu ni sape nak handle serunding dengan stok keropok ikan yang baru sampai ni? adoi...sedap pulak tu keropok ni, makan sampai kenyang gile pastu baru perasan pisang tersadai kt atas fridge. nak breakfast dengan banana konon. choi! =P
motip?? haha gambar ni masa keje kt Frankfurt, time ni semasa masih lagi gemuk tapi dah berani la sikit2 nak bergambar walaupun lepas tu rasa depressed tgk gamba sendiri. time mya dah umur 6 bulan. sob sob. T___T
Labels:
beauty
2
gaga so far..
Friday, 9 December 2011
frozen mode
minggu ini adalah super-lemau.
oh ye! berita paling best minggu ni is my bestie didi dapat baby!! woot woot! elok pergi check up biasa tup2 esok kena c-sect...hihi teringat time beranak mya dulu, pergi check-up biasa terus kena warded kuarkan baby.
cuaca makin sejuk tak hengat, semalam dah start ribut angin around Scotland, gale-force org sini panggil...memang teruk, especially area Edinburgh and Glasgow...semalam half day je most office kat red-alert area dah tutup....high street Aberdeen pun tutup sebab lampu hiasan Krismas yg bapak besar jatuh atas jalan, jalan nak ke Banchory tutup terus sebab pokok tumbang dan yang paling bahaya but a bit funny is hubby's colleague saw this person yang pakai baju hujan 'terbang' kejap ditiup angin kt tepi jalan...
so memang sah sah la perintah berkurung berkuat kuasa secara rasmi oleh papamya =P
mya pun dah batuk and selsema...last sekali bawak dia keluar is Sabtu lepas, ada Christmas Fair dekat bakal sekolah Mya....dokek yo...jalan kaki 5minit dah sampai sekolah...alhamdulillah dapat yang dekat, sangat convenience especially dalam keadaan cuaca macam ni and dia pulak memang start term tengah winter bulan depan.
citer pasal pesta krismas sekolah mya; target pergi sebab mya nak face painting and mama pulak nak bawak something for homebake's stall..
elok pulak dia diam...baru betul anak dara suka org belek2 muka tak gitu? ;)
.....and Strawberry Cheese Tart, pastry case tu boli je dek non sonang kojo ;)
gambar tak sempat nak snap banyak2...sebab buat indoor dalam kelas2 and dewan...so dengan orang yang ramai dan padat tu nak jalan pun susah...korang jangan imagine bangunan sekolah dia cam sekolah kita kek msia nu..sini bangunan sume lama2, kecik comey je...mana la ada balkoni besar dengan laluan yg spacious in between sume....huhu..lepas drop brownies and tarts, buat face painting, singgah beli buku kt gerai used books and toys terus mya ajak balik...cik mya kita ni memang....dia mana suka kalau crowded and orang ramai 2 sangat, rimas!
mya..eh silap, butterfly oh butterfly come eat...butterfly nak wee wee? butterfly cold ke? haha...
oh, papa baru beli toy kitchen as birthday present (lambat betul tunggu hadiah ;P ) nanti la mama snap gambo ye...esok ada tetamu ni so sibuk sket la nak prepare2
till then, have a nice weekend everyone! tata!
Wednesday, 23 November 2011
the one with the new baby, a party and a birthday cake disaster
last monday alhamdulillah selesai party kecil-kecilan hari jadi my princess...terima kasih pada aunties2 yg sudi datang memeriahkan majlis and get together, yg ramainya semua kawan2 mama je...kawan sebaya mya just ada sorang dua, batrisyia x dapat datang so tinggal la berdua dengan kakak anisah..
sebelum tu mari berkenalan dengan baby baru saya =)
Combination Microwave Oven jenama Goodmans, beli kt Comet; fungsi microwave dan fan assisted convection oven dalam satu, baguih naa sebab bawak balik msia nanti tak payah makan ruang dapur sebelah microwave sebelah oven.
oven ni kecik je, mula2 tengok macam skeptikal eh boleh ke buat kek ni dalam dia nampak cam microwave je kecik pulak tu...ada banyak choice yang besar sket, yg stylo, yg ada 3 fungsi dalam satu -microwave+oven+grill pun ada tapi sebab dalam hati ni macam tak caye je boleh buat kek so pilih yang paling murah dan basic...ye la, kek msia nun mano nak jumpo microwave sekali dengan oven ye tak? awal2 dah tanya kedai kalau tak suka boleh tak nak pulangkan....choii!! ;P
last weekend mmg busy, hancur plan mama nak eksperimen buat kek mya...beli oven hari sabtu, then balik buat dessert utk bawak ke rumah Kak Suni yg baru balik haji...malam pergi get together @Kak Suni's house minum air zam2 and kurma mekah...ahad awal2 kul 6 pagi dah bangun buat kek..terkial2 baca manual dah la digital..kejap2 terkagum whoa...fuyyoo...pandai dia beep beep bitau kita ek..kejap2 kang tertakut pulak...adoii apesal pulak ko beep beep beep non stop nih? last2 sebab takut tutup suis hah mati terus pastu start balik haha....padahal nak preheat oven jek
first batch kek yg buat di pagi buta ahad tu hancus; sebab tak pandai setting suhu...kita dengan tulus nya set la suhu 160C, macam biasa...kek tu jadi macam bingka telur uols, keras and macam getah pastu tengah tak masak...deymmm....lupakan hati yang lara kek tak jadi kena sambung masak pulak sebab ada tetamu nak datang....dalam kepala penuh dengan schedule task - first goreng papadom, dulu baru goreng ayam kalau tak nnt minyak kotor nak goreng papadom, maasak nasi tomato, then kari, then ayam masak merah,eh jap cili blend ada ke tak? bla bla....... nasib baik 2 orang je but still ketung tang jugak la kan....guest balik dah malam, tidokan mya then sambung balik eksperimen buat kek...turn out kena set suhu 140C baru kek tu ok..mano la den tau....
cubaan untuk stay cool, saya imagine poster keep calm ni
*image source
sambil tunggu kek masak panjat sana sini gantung belon and birthday streamers...kek kuar oven sejukkan kejap then sapu frosting yang tak sedap tuh (huh, damn you cheap hand mixer!), kelam kabut tabur sprinkles, tabur smarties sana sini...
so there you have it, benda paling tak nakkkk lah terjadi adalah masih membuat kek dengan lantai dapur yang melekit penuh gula di tengah malam...its almost midnight, my house is nowhere but chaotic, hubby's already so sedap snoring bergulung dlm duvet kepenatan tiup belon konon and i am soooo damn tired with a rumbling tummy....plus esok kena bangun awal nak masak lagi sebab party start @10 am....dan saya sangat stress dengan kejadian kek mya yang...err, not at all look like castle i would say...more like a tank ada la T___T
sickingly sweet icing dan keadaan kek yang belum diketahui di dalamnya...jeng jeng jeng...nasib baik rasa kek tu not bad, sedap jugak ada la rasa butter cake yg normal hihi
masa belum letak tower tu serius macam kereta kebal koo....sedih mak wuwuuwuuu....saya super stress...knowing me, when it comes to making cakes selalu buat in extra advance so that kalau kek tak jadi ada masa nak bake a new one....and bila tengok hasil yg langsung tak jadi macam yg di bayangkan lagi lah sodih....a castle with no big door, or windows...apetah lagi dengan bunga menjalar....dah la kita nak biru yang jadinya ijo chet!!
oh sod it, apa2 je lah kan...badan dah penat dan no time to stress sana sini...woke up at 6 the next morning tergelak gila bila tengok kek yg kalerful tuh. ha-ha-ha. just what i need eh.
menu party - tidbits, spaghetti olio, mushroom bruschetta, and last minute decide buat nasi carrot dengan ayam goreng sebab being typical me takut makanan tak cukup.
sorry dengan gamba yang seadanya, so busy kamera bergantung di tangan dan nak kejar mya yang mengamuk tak bagi baby muhammad kutip her toys. kedokut!
sepanjang hari ni je yg sempat grab, so setengah pinggan yang habis ni memang saya mengaku tuan rumah yang dok makan, lapo!
rambut mengerbang sebab anisah bought her hair glitter, no tie up hair today mama!
at least the girls having fun eating the cake and the 'tower'
pressies - princess book, red satin monsoon shoes (kelas kau mya mama pun takde nak beli kasut kat monsoon), checked dress, money box, pink teddy, lunch box comel and princess watch.
alhamdulillah the princess herself is having a blast! senang jugak bila tak ramai budak2 ni elok je main berdua...suka hati lah nak buat sepah ke apa janji ko senyap dan happy sudahhh...and so far mama masih stick to the idea of making her birthday cake myself despite all the drama and the poorly looking cake *sigh* but hey, that's what home made all about right? baik korang setuju cepat! ;P
next year kita buat proper ok mya, with atuk, both neneks, cousins, uncles and aunties...time2 macam ni sedih jugak berjauhan huhu...
ah sudah. sudah. dont start melankolik terkenang kampung halaman.
by 4pm i hardly open my eyes, mengantuk tersangat sangat dan keletihan 2 hari memasak tak cukup tidur....tak tau pulak buat party simple macam ni pun boleh sleep deprivation...haih. that time baru sedar i might be bite off more than i can chew, baru sedar kau! =P
and i think i deserved this lah hehe...
come on everybody, keep calm and do what you want! =D
Labels:
3rd birthday,
birthdays,
mya's ramblings
8
gaga so far..
Friday, 18 November 2011
buttercream meltdown
i was mixing butter for the second batch of the buttercream when my cheapy, unstable hand mixer's beaters go wild and stuck to each other.
sampai mya pun takut, elok2 berdiri atas meja kecik leka tengok mama membancuh sambil main2 gula ising terus terkejut and mintak mama put down and larikkkkk duduk jauh2 atas sofa ;P
actually tengah prepare frosting untuk birthday cake mya ni, official party insya Allah Isnin ni..saje buat waktu hari kerja just for us mummies....ala bukan ramai nau pun jemputannya, kawan2 yang sebaya dia pun Anisah sorang je and Isnin hari Kakak Anisah cuti pergi nursery...kakak2 and abang2 lain semua out of age-range and diorang pun pergi sekolah.
berbalik kepada buttercream yg hancus tadi, eh silap bukan frosting tapi hand mixer.
tu la, dasar cheapskate, beli hand mixer pun jenama Argos, 4pounds aje padan muko den.
first batch frosting agak manis...seriously, 250gm butter sampai dekat 8 cups of icing sugar..bahan lain just susu and vanilla essence...sickingly sweet! tengah pukul butter untuk second batch tu la dia buat hal tersangkut, nasib tak meletup teeheehee....terpaksa guna kuasa gajah by hand aje memukul...adoiii lenguh lemak2 di lengan ni berkibar-kibar senah...
nak try yang hot syrup and egg base icing tapi macam bukan masa yang sesuai pulak nak bereksperimen, jadual weekend penuh dengan jemputan orang kepada kita dan kita menjemput orang makan, sabtu esok baru nak pi beli oven, ahad ada tetamu bila nak buat kek entah. hahaha...ada yang tidur tepi oven kang ;P
mya sambil duduk atas sofa macam biasa sibuk tanya mama itu ini...
mya : mama dont use the mixer ok? mya takut..use hand aje ok?
mama: ok sayangg...mama use hand aje ni ok (sambil berkeluh kesah membebel marah mixer)
mya : rosak ke hand mixer mama? don't worry ok..nak mya and papa buy new one?
mama: nakkkkk..mama so sad ni...
mya : say 'please mya'. say.
mama: oh ok sorry, 'please mya...' (tahan gelak, adoi mak nenek sungguh)
mya : ok nanti mya and papa buy new one for you ok? what colour you want? black? white? green?
and the conversation goes on and on and on...mya nak heart shaped cupcake cases yang kat kedai tadi tu la...why mama dont have enough money...nanti dont forget ask papa to give you money bla bla bla...
iyo lah mya sayang...apa2 je la kan, janji esok papa kena beli oven mama...kalau takde oven kat kedai tu alamatnya cake m&s dengan buttercream biru je lah jawabnya.
Wednesday, 16 November 2011
three. is a magic number
pejam celik dah 3 tahun dah my lil diva huhu....seriously korang, sape2 yang ada baby or small toddler tu sila nikmati bau sedap bayi anda dan aksi comel mereka, lepas ni mesti rindu like uwaaaa....dah bosar dah, rindunya nak pegang baby kecik =(
kejap je dah pandai jaga mama and papa, pantang terbatuk or terjerit sakit macam kena pisau or tersepak pintu cepat2 dia datang 'mama sakit ke? kat mana? come show mya i'll blow for you dont worry ok?'
dah pandai complain mama masak sedap ke tak sedap, baju bau busuk tak bau flower, smelly pillow, main scooter pretend pergi shop belikan mama mekap and usap2 kepala papa and said 'papa tired eh? nak massage?'
semalam ada la beli kek and celebrate sikit2 dengan kawan2 dia kat creche, unplanned sebenarnya sebab a day before masa amik dia saje la tanya cikgu tu esok birthday mya boleh ke bawak kek tengok2 eh boleh yo! kat sini lain sikit uols, snack time diorang just bagi fresh milk, fruits, or oatmeal toast je....sangat restrict dengan sugary foods for kids so ingatkan tak boleh...
so semalam letak mya kejap mama pun lari ke morrisons beli kek simple, hati ni tempted nak beli kek yang cantik2 balut sugar paste ada gamba comel2 tapi tau budak2 tu nanti mesti kopek makan marzipan dengan sugar paste kat luar tu je...and the cake itself sure tak sedap sebab tengok best before date pun sampai december, eurghh =P
so just grab a cake, candles, smarties and writing icing dan jadilah ia....
budak2 ni cam malu ke takut tak tau la sume cam malu2 and blur je asal ada makcik pakai tudug lak ari nih? ramai yang dok kutip smarties je haih.
tapi sebelum start party cikgu kena make sure other parents is actually ok with their kids being photographed, other than takde sape yang allergic kena makan gluten free or dairy free stuff...see? i told you kat sini jangan main2 kalau pasal kids, depa sangat protective you know.
to Mya, happy 3rd birthday sayang! nak tidur malam tadi tiba2 out of blue dia cakap 'mama, mya dah big kan?' then masa bagi goodnight kiss and hug dengan innocentnye cakap 'thank you mama for buy colourful chocolate for mya..'
nak nanges T___T
apa mya cepat sangat besar sayang oi? cepat je masa berlalu..she's like literally turn into fine young women overnight huhu...excited and nervous at the same time nak tunggu dia masuk sekolah, ada kawan, nak exam, ada boyfren...nak kawen... erk. uwaaa....
selongkar2 folder cari gambar mya inilah hasilnya...pantas betul masa berlalu *sigh*
Labels:
birthdays,
mya's ramblings
4
gaga so far..
Subscribe to:
Posts (Atom)













