Wednesday, 8 January 2014

niat tahun baru


kejap sangat dah habis 2013 kan? dulu punya la reluctant nak melalui 2013 sebab kena dok jauh. auww...giteww..sekarang tidak jauh laiiii...haha tetibe.
walaupun 8 bulan je tapi berat dan payah Allah je la yang tahu weiii....
susah giler kut dok jauh, cinta antara benua beb, kita bangun pagi dia dah balik keje nak tido bila masa nak bercakap. alangkan suami isteri duduk negeri lain-lain kt msia pun boleh sampai gaduh cerai berai.
ish, mintak jauhkan lah.

ikut plan asal at least setahun
tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan, syukur sangat. ;)
suka duka hidup independent tu nanti kena citer dalam entry khas.

anyway, for this year dah tanam azam simple, yg penting mampu capai. mampu ke? we'll see.hehe.

1. To be a better muslim, jaga solat, jaga hati and then to be a better mama and wife,banyakkan sabar dan jalankan tanggungjawab dengan ikhlas which happen to be soooo damn hard dengan duduk sorang di tempat org kekurangan perbualan dengan org dewasa, nak rang dari malaysia ye yang cakap melayu tau bukan yg gi kedai borak dgn shopkeeper ;

2. Jangan layan perasaan negatif dan bisikan2 syaitan, especially on that particular time of the month, fuhhh sangat mencabar okey, sampai tahap pejam2 mata 'ish pergilah kau bisikan syaitan!';

3. Mulakan dan akhiri hari-hari mendatang dengan doa/zikir/selawat, in order to beat permasalahan nombor 2 di atas which is sangat-sangat mujarab, bangun pagi capai ipad terus on youtube, senang kan?

4. Jangan tidur lambat; ha yang ni cam susah sket, time keje kena bangun pagi pun habit kul 12 baru lelap camno tuh?

5. Eat well, kena sumbat makan banyak2 all those berries, banana, yogurt, oats, fish, etc and lots more. Harus swap black coffee dgn green tea. Cuaca sejuk begini bila haus memang ingat air panas je and somehow I keep find myself nak buat kopi o or teh o, pastu asyik craving maple pecan plait, almond croissant dgn lattes je. apakah kebetulan saje yg craving ni datang lepas penat buat zumba and main body combat??? sia-sia je kannn....tsk. T_T

 
maple pecan plait idaman kalbu 
*pics from google image

6. Makan supplement! uwaaa...beli semangat tapi nan ado la hari2 ingat nak makan, makan vitamin wey! makan!!


tu je la kut. yg nombor 1 dan 2 berkait rapat.
lonely wey dok sorang, nak pulak suami sibuk keje, balik dah penat, pastu bila takde kawan perbualan yang kita ada hanyalah dengan your own thoughts. bahaha.
mesti korang ingat apa la punya pathetic...tapi hanya yang pernah mengalami je faham kut.
kalau housewife dok msia mmg la syiok, ni kt tempat orang?

sebab tu la we all super gorjes mummies ni at least seminggu sekali have to meet up for coffee and gossip session. lepas anta anak sekolah kul 9 pagi tu terus zasss naik bas gi city center mengopi hihi
tak kisah la starbucks ke costa atau pret. memana pun boleh asal boleh bercakap. berebut2 berlumba2 memasing nak pok pek pok pek, sampai haus2 sakit tekak sebab gelak kuat sangat.
pastu sampai la ke minit2 terakhir sebelum nak catch up bas balik umah amik anak baru teringat kena balik.

oh ye, sebab nak mengisi masa lapang dah register kelas bersenam kat aberdeen sports village.
murah aje sebulan pun, pastu sume kelas yang diorg provide ikut jadual boleh join.
so nak untung pergi la hari2, setakat ni seminggu sekali at least pergi 3 kali.
yoga, zumba, body balance or body combat.

tapi kannn...nape ek bila bersenam lagi lapar? takkan nak blame weather lagi kuttt...
haha asal lapar je cakap sebab sejuk, asal sejuk jek lapar.
pastu nak sedapkan hati 'oh takpe makan je sebab nak exercise'
memang takde makna la nak selim melim weh.

hmm. harap-harap tahun 2014 ni rezeki kami dimurahkan, urusan dipermudahkan, happy selalu dan semoga Allah kuatkan lagi semangat, iman dan kesabaran menempuh dugaan mendatang.

harap2 jugak supaya kesihatan both atuk and nenek mya sihat sentiasa hendaknya, yang ni memang doa sangat-sangat lah.sebab Tuhan je la yang tahu betapa teringinnya nak bawak atuk datang sini tengok rumah and sekolah mya, tinggalkan kejap gulai masak lomak telur ikan, tempoyak petai and makan croissant for tea, pergi strawberry picking and melawat St Andrews (btw atuk mya gila golf, hari2 golf gila kuat kan? impian setiap golfer mesti nak melawat St. Andrews, ahkak pun boleh tumpang sekaki  feeling2 tempat berchenta Kate Middleton dulu ahaks!)

this year also will be so packed for mi amor. chaiyok chaiyok papa! dont worry i can help myself while you were wandering around in your own little bubble world, pandai la mama bawak diri gi Primark, jangan risau ek. kekeke...

insya Allah dipermudahkan lah semua hendaknya...aminn...

cak! tuan tanah yang sehat dan boypren ;)





Sunday, 5 January 2014

selamat hari jadi suami :)


wah gitu! lepas update entry citer bday anak terus update citer besday kakanda
bukan apa takut pisang berbuah dua tiga kali, perap dlm draf lamaaa giler kang silap2 dah nak besday sendiri br teringat entry besday boypren terperap lagi ;P

kanda saya dah 32, whoa cam x caye je, sebab tadi duduk2 melepak minum kopi tetibe terfikir, eh jap kita couple cintan2 dulu bulan 11 tahun 2002 kan? maknanya dah 11 tahun la kenal each other ek? eh ye ke? hah tetibe basic math pun ingat dah salah kira haha

fuhhh, 11 tahun uolls, SEBELAS TAHUN dok telek muka yang sama. alhamdulillah, semoga Allah terus panjangkan usia kami untuk jadi mama and papa mya, untuk terus menelek muka masing2 forever and ever sampai ke jannah. :)

oh ye, tarikh kitorang declare couple dulu sama dengan besday Mya, simboliknya exactly genap 6 tahun kenal tuai hasil seorang baby, this year bila Mya 6 tahun means mama and papa dah love  you love you for 12 years, tadi bila papa try to read kad dr mama out loud minah tu yg gelak gedik2 gatal sebab ada love you love you, ek ele...cam pahammm je kan hehe...

plan nak buat kek coklat utk besday ni ada kacau sket, sebab tu cam condong. hari sebelum tu entah bini sapa la bijak pandai sangat, bangun pagi jerang air muncung cerek tu ngadap plug kt dinding lalau menyebabkan fius terbakar and satu rumah xde elektrik. oppsie! in that bini pandai defense, dia actually tertolak cerek tu ke dinding sebab nak charge ipad sebab nak bukak zikir pagi kat youtube, tapi bila dah menimbulkan kemarahan suami kau berani ke nak cakap 'alaaa..tertolak cerek tu ketepi sket tadi sebab mama nak bukak zikir pagi...'

kau berani?? hahaha. sila memoyokkan diri and layan mya buat coloring diam2 ye, dah jangan sibuk kacau org nak repair plug tuh. ;P
fyi, rumah kat sini kalau xde letrik memang susah le wey, dapur, dgn heater la paling penting sekali. oh dgn air panas..perghh...dah sejuk beku tangan ni tahan sejuk.

end up satu keje pun tak dapat buat sampai la suami yg termarah kejap berjaya repair tukar soket plug yang baru, total ulang alik gi kedai cari plig tukar plug ada 6 kali kut. yikes! member dah la tak sempat bfast, woho double triple yikes! mmg ahkak menikus je la kan...huhu tatoottt...sampai dia suruh siap2 makan subway pun dalam keta diammm je. takut nak banyak tanya, tunggu member dah makan subway panjang 1 kaki tu baru berani nak cakap sikit2. entah pape je sape yg marah dgn geram dgn sape pun tak tau. haha padan muka, kul 2 lebih baru settle gila kau tak takut. orang dah la kelaparan, dah la last weekend nak enjoy before start keje isnin nih, bazir masa setengah hari sabtu cam tu jer. so sorry papaaaa....

masalahnya kan, kanda saya tu memang marah senyap je. pastu tetibe dia ok sendiri sbb malas nak bising2. i is lagi takut u know, pastu terbergenang sorang2. entah pape, agaknya kalau Tuhan bagi laki yang marah direct ada yg lari rumah terus kut.


hai lah nasib, nasib la dapat bini yg careless cam ni, boleh buat compilation kut kisah masalah problem berpunca dari isteriku yg bijak pandai, sape pernah baca citer ai tertinggal kunci rumah dalam rumah masa gi kedai sampai kena amik cab gi amik kunci spare kt tuan rumah, which is rumah dia jauhhhh giler sure setuju kan? mana entah entry tu malas nak carik. total kos tambang teksi is empat ratus dalm ringgit malaysia hokey...bijak tak bijak si isteri yg disebutkan itu tadi haha. not my proud moment.kalau nak carik sendiri. ;P

jauh melalut nampaknya, tajuk besday kakanda tapi terciter pasal benda lain.

anyway, bottom line is kanda saya ni memang the best in the world la...sebab tu wpun dah xde semangat nak buat kek lepas kejadian rasa bersalah yang amat tu, gagahkan jugak buat. senang giler kek coklat moist je pun tapi bila buat dengan hati yg tawar dgn rasa apesal la aku ni bodoh careless sangat menyusahkan laki maka tersengetlah kek yg x bersalah itu, buat kelam kabut kan.

nasib baik kad dgn hadiah dah ready awal. nak cover kesengetan serve kek slice je haha. no lilin2
sebab ni besday papa bukan mya hehe. minah tu yg over nanti.

kepada suamiku yang tersayang, selamat panjang umur, murah rezeki ye...ucapan seterusnya sila refe rdalam kad hehe...harap dapat buat papa happy dengan hadiah yang tak seberapa nih, wpun kanda saya tu tak layan besday2 ni tapi besday setaun sekali sapa lagi nak manje2 kan dia kalau bukan isteri bijak pandai dgn cinonet kuat membebel ni ye tak? haha...

only 8 years to go to celebrate his big 4-0 series tohether, semoga Allah terus merahmati keluarga kami, kekalkan kebahagiaan dan panjang umur untuk tua bersama, insya Allah...

Mya's 5th Birthday (^_^)

Assalamualaikum semua! 
baru nak rajin update dah kemalasan melanda semula hikhok

moh le layan cerita basi ni, citer taun lepas ;P
terperuk dalam draf punya la lamaaa....
hari ni dah masuk besday papa di tahun baru

hari jadi anakanda ku yang tersayang, anugerah pinjaman yang tidak ternilai dari Allah swt
sedar tak sedar dah 5 tahun diberi tanggungjawab dan nikmat jadi parents
suka duka, ups and downs, tersilap decide, tercuai, terleka, unaware semua ada
anak pertama kan, siapa sulung tau la jadi bahan eksperimen mak bapak (angkat tangan!)

anakku yang mama sayang sangat tak tau nak cakap camne,
mya skang dah 5 tahun tau, dah boleh sangat jadi kakak walaupun kedekut tau mama dgn papa mya punya sorang hihi...cakap pasal nak baby mesti mya tu munchung sedepa...tak nakk tak nakkk...apa da...
punya la penakut giler dgn hospital and doctors, 
even tengok drama ada scene orang berbalut patah kaki pun nak nanges
tak bagi mama ada baby sebab nanti painful tummy mama kena cut ...
just so u know, penakut2 tu is sooo mama okey bahaha *jeling papa*

sekarang Mya tengah mood rajin, rajin ngaji, buat homework, buat workbook
bangun pagi cari workbook, balik sekolah bukak je kasut terus bukak homework
alhamdulillah, so far senang sangat nak rutinkan Mya, pendek kata memang beza la dari masa baby dulu
Mya yang baby adalah sangat cengeng okey? hehe. 
tp takpe sebab Nek Mun ckp budak kuat nangis tu pandai, macam papa.
err so i guess sebab tu la mama tak pandai kut?

apa pun, mama and papa sayang Mya sangat2, selalu mama mintak dipanjang umur nak tengok Mya besar.
mohon supaya Allah berikan
Happy 5th Birthday Mya! berangan nak jadi fairy, ok then fairy themed party it is!


party ni buat small scale je, hanya mampu jemput kawan2 Mya yang rapat and yang dia familiar je, sebab? 1. rumah kecik, dan mama tak mampu nak masak banyak to cater semua org, invitation pun only open for mummies and kids je, untuk papa and the geng Uncle Nazli/Anty Nurul bermurah hati offer their cosy pad to entertained the daddies, haha nasib baik kalau tak habisla papa kena duk starbucks or anywhere sampai 3-4 jam ;P
2. atas nasihat dan pengalaman kawan2, its better to focus on entertaining and games bila smale scale party, dan jugak kalau jemput orang ikut selera mama takut Mya yang tak comfortable being around kawan2 dia yang tak familiar, after all, its her day, kan?

sebab tu jugak la menu pun simple2 je, nak fokus pada games and entertainment katanya :)

'bahan hiburan' pertama to keep the kids entertained:


 face painting corner by Anty Uma

then we also had games, simple games je macam pass the parcel, guess how much sweeties in the jar, pick out card then buat ikut arahan dalam kad tu and grab the teddies aka musical chairs, but instead using chairs kita guna teddies :)

berjaya jugak buat diy tutu skirt nih

syahmi the handsome boy


deko yang tak seberapa, number 5 pinata tu diy okey, gigih mengtransformasikan kotak cereal kepada bentuk nombor 5, pastu guna double sided tape, lekat kan tissue paper yang dah keronyok2,  after about 2 weeks dgn kepantasan kura2 and sakit belakang membongkok siap jugekkk...pheww!

oh ye, bunting dengan bunga tisu lekat kt dinding pun diy jugak...ya ampunn...senang sangat nak membuatnya, bottom line is plan awal supaya tak kelam kabut, buat kraf diy ni makan masa jugak uolls...




california rolls, katanya...filling avocado, crabstick dgn salad wrapped with tortilla. rasa agak bland maybe uolls kalau nak buat tambah sos cili or tabasco or apa2 sos yang dirasakan sesuai ye...



Egg Fried Rice, Nutella Sandwich, Nugget and Veggie Spring Rolls, dan juga Spaghetti Olio


Homemade Pizzas by  Anty Nurul :)

Macaron tak berapa nak jadik,   and also Chocolate Cupcakes

Mango, Apple and Blueberry Fruit Salad

Raif yang comels

hadiah pemenang games ;)


simple goodies


ahoy there mateys! Pirate Kieshan
aiyoyo anty uma, how come la u can paint on the face so intricate like this meh?

Anisah, Mya and Mayeesha

Kakak Sarah

Ihsan the big handsome lion


mama gone so kaput la that day, gambar dengan kek pun takde yang semenggah, eh wait! I actualy almost forgot the cake! bahaha so kelam kabut I tell you! padahal malam tu tidur lambat sebab nak siapkan kek dengan deko. kelam kabut giler sebab a day before elok dah plan to-do-list tetibe last minit mi amor order buatkan mihun goreng dgn kek utk dia bwk pergi main bola, untuk farewell Nazli dgn geng main bola. aiyoh...ke laut la jawapnya persiapan ahkak kan, dgn kek tak frost lagi (belum masuk bab buang masa sbb buttercream disaster gile, so revolting in fact), bunting dgn bunga2 tak gantung lagi, meja belum susun and prepare...memang penat gilos tapi bila kakanda dah mintak tu sanggup ke nak cakap tak boleh?? ko sanggup?? bila dia balik tu tengok bekas mihun habis licin dengan muka happy giler terubat rasa lenguh kaki ni weh.

pressies, thanks so much to aunties yang pemurah bawak hadiah macam2 untuk Mya ;)



toadstool cake, deko caca marba tema home made kehkehkeh...dok cari fairy cake toppers punya la mahal sorang princess je £6! gilos...memang tak membantu dalam usaha mama organize party using as minimum amount of money as possible, last2 beli gambar fairy utk buat kad je nih. cantik gak kan..kan..cepat cakap cantik! patah pinggang nak membega kek ni okey...


base-marble cake; bahagian rumah-chocolate cake; rooftop-orange butter cake =)
budak2 berebut ladybug dengan bunga2 je


after all, tertunailah hasrat di hati nak buat proper party untuk Mya, since her 1st birthday lagi teringinnnnn sangat nak organize proper party untuk dia, I mean, 'proper' tu yang involve diy here and there and mama organizing and planning from scratch ye...terasa 'nikmat' jadi party planner uolls...haha...dulu rumah kecik so not so much on the deco part, tak pun buat yang sekali harung lump sum dgn birthday papa and every body else yang birthday october to january kat rumah atuk bila balik msia, kalau buat kt rumah atuk segan lah pulak makcik nak gantung2 deko lelebih ye tak, pastu kt msia memang takde masa nak ber-diy sangat, beli je la...

alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. terima kasih pada semua 

anyway, tutu skirt tu tersangatlah senang nak membuatnya, tissue paper flower tu pun senang gilers.
search aje 'diy no sew tutu skirt', kat msia lagi la murah kut kos nak beli kain tulle tu, kalau net biasa pun ok je, pastu beli 2-3 kaler matching2 and voila! untuk Mya punya ni pakai dekat 20 meter tulle jugak la, usah ditanya kosnya dong sebab dalam pounds, pejam mata je la mak incik haha...

bawah ni contoh video buat tutu skirt dgn tissue flower okey :)



Thursday, 14 November 2013

my French Macaron journey, and the inspiration behind it (^_^)

le Macaron.



kenangan entah kali ke 3 dengan kali ke 4 buat kut, out of entire batch tu yang ada rupa sebanyak atas piring tu je la haha sedehhhh... ;P tapiii...shell chocolate tu addictive woi sangat sedap dikunyah begitu sahaja


*sigh*

macam susah je, macam leceh je...haha nak jugekk ber'macam..macam..' mula tu ingat kan apa ke benda la macam comel macam kiut ni...rupanya wabak video baru, almaklumlah duk benua lain lambat sikit nak catch up naik ketapi ;P

anyway, macaron.

dulu memang tak suka pun nak makan, tapi anak bertuah saya ni la suka bebeno.

dia memang. benda kiut, colorful, pastu manis harus la suka. semua orang tau la kut bila cakap pasal macarn je seram sejuk nak buat. memang leceh. they are really cerewet, finicky little cutie.

lepas tu siap challenge mama lagi;

mama....buat la macaron lagiii...mya sukeee....seddapp sangat!
mama dah buat la mya tapi tak jadii....huhu...
mama, take ipad...kan? mama bukak la video dekat youtube tu..then mama learn la dengan anty tu. learn sampai pandai okey mama?

erk. betul jugak tu kan. awat la mama ni sengal sangat ek? tak terfikir lak nak belajar betul2 dengan acik youtube (-_-')

lantas dengan papa yang out of town ada course kat London for 3 days, terus ting! datang idea nak spend masa lapang yang tak payah masak dengan register kelas macaron one-to-one dengan acik youtube.

semangat prepare bahan sume. papa belum masuk teksi dah kuarkan bahan. teksi gerak je terus trrrrrrr....on mixer membancuh. haha macam tu la penangan ketagihan macaron ni, berhantu sungguh. malam sebelum tu siap bersengkang mata stadi banyak2 video tau. tengah tido mimpi pun nampak gula dengan almond. ;P

untuk kelas pertama;
guna resepi Beth's Foolproof Macaron, full recipe kena klik 'Show More' dekat 'About' okey.


hasil eksperimen adalah seperti berikut:
rupa ada tapi tak perfect, sebab batter agak kering, dry ingredients punya sukatan sangat banyak okeh. 2 cawan icing sugar kau...pastu telur putih 2 biji, ahkak pulak main ambik je telur tak check saiz large ke free range punya. rasakan la sampai lenguh nak mengacau sebab berat. kesimpulannya, secara teori mungkin tak jadi sebab pakai telur saiz medium, plus suhu oven yang tinggi. tapi nak try pakai telur besar with the same recipe dah tak boleh sebab icing sugar dah nak habis. so kita teruskan uji kaji dengan resepi ke-2 okey.

sangat tak cantik, naik menggelembung and over baked.

kelas kedua dengan acik youtube and resepi baru:
kali ni guna resepi lain, as noted below from yumsugar.com. kali ni guna egg whites from large eggs, tak sempat nak aged ka putih telur tu pun, habis cuci mixing bowl from the first batch terus start resepi ni, again suka sebab pakai sukatan cawan. dasarrrr...hahaha...

hasilnyaa....

the moment where saya terjoget2

sekarang cuaca sangat sejuk, walaupun sejuk kering tapi kalau nak bukak tingkap untuk salai cik macs ni mau beku dengan tuan dia sekali. so beginilah ye panaskan oven kejap, tutup thenletak di jemuran cam ni.


esok bangun pagi terus mula projek lagi, 3rd batch guna resepi yang sama (^_^)

this time buat a hint of yellow for lemon curd macaron. err...nak cakap guna coloring apa untuk dapat kaler kuning cair tu pun sogan, pendek kata kalau org french tau ni mau amukan, offended terus bahaha..dah itu je yang den ado dik non..belasahhh...


still sukses! yeayy...suka suka..

ada a few steps yang penting to get perfect tau, the meringue and proses kacau batter to get the right consistency (macaronage - you just have to know when to stop beating), then the drying process and finally suhu oven aka the baking.

for the first two key points above, I found another video that can be helpful =)

check it out okeh, how stiff to beat the egg whites and the perfect consistency for the batter. dah la suara comel. bukti kalau takde gadget or flashy mixer bukan alasan untuk tidak membaking sebab adik suara comel ni pakai hand whisk old skool je ;)


once you got the hang of it, given trusted recipes and reliable oven, insya Allah jadi.

and mannn, it is addictive to bake this thing! ketagihan makin menebal the moment macaron menjadi dengan comelnya, terjoget-joget sengsorang tak sedar jiran ada kat luar, which happen memang kenal sebab anak dia satu sekolah dengan mya. cis..nasib baik ko jiran jauh sikit.

ah lantak, macaron dah jadi! yippiee!!

but harus diingat, with macaron beginners luck is almost impossible. it took me about 6 to 7 attempts (first time buat kt msia failed miserably, buat kelam kabut and nak cepat) to get it right. pastu bila buat tak jadi bukan nak buat notes ke apa kan. merasa la kau membazir ground almond dengan icing sugar. nasib baik la ground almond tu tak mahal kat sini, kalau kt msia tu tercekik gak la nak bayau...
bila tak jadi lagi la sakit hati kan.

kadang tu batter consistency dah okey, tapi suhu oven lak buat hal. ikut jenis oven masing-masing la kan, with mine guna suhu 140C around 14-16 minutes baking will be perfect.

kesimpulannya, kena rajin buat research and tengok vidoe kat youtube.
although you might end up feeling more confuse lepas dah baca banyak2 resepi. confusing confusing...



 
but when you get right, its worth it kan? Lemon Curd and Raspberry Macaron =)


sumber inspirasi mama untuk bermacaron, tapi dia cakap lepas ni mama have to go to the baking shop, to learn some more. haiya this cinonet customer ah....



NOTA PENTING:
1. use LARGE EGGS with this recipe okey dahlings, it work for me and trust me you dont want to end up with dry mixture, I've been there. not good.

2. For first timer, use powdered food coloring if you want to add color. Letak sekali masa ayak together icing sugar dengan almond meal ye.


BASIC FRENCH MACARON
Source: www.yumsugar.com

INGREDIENTS

2/3 cup almond meal or ground almonds
1 1/2 cups powdered sugar
3 large egg whites at room temperature and preferably aged up to 3 days (i dont aged mine, egg whites are easier to be separated when its still cold, then just leave the whites to room temperature)
5 tablespoons granulated sugar
1 teaspoon vanilla extract (yang ni saya tak letak)
1/4 teaspoon serbuk pewarna merah (yang ni tambah sendiri, ayak sekali dengan icing sugar dan ground almond tu)


DIRECTIONS

The basic meringue-style French macaron is merely the springboard for your wildest color and flavor combinations. Try adding a teaspoon of Dutch-process cocoa and red gel food coloring for a red velvet macaron, or a 1/4 teaspoon rose extract and pink gel food coloring for rose. Always add the dry flavorings to the almond meal/powdered sugar mixture and the extracts/gel color to the meringue.
  1. Preheat the oven to 280º and position two racks in the lower section of the oven. Line two rimmed baking sheets with parchment paper. If you have time, draw 1-inch circles on the back of each sheet, spacing the circles at least 1/2-inch apart. (I just start to preheat the oven lepas dah siap pipe semua shells and sementara tunggu shell kering, kalau nak cepat letak dalam oven suam dengan pintu oven terbuka atau salai bawah kipas, kat sini kipas nan ado)
  2. If your almond meal is very coarse, grind it with the powdered sugar in a food processor until fine. Sift the almond meal-powdered sugar mixture twice through a mesh sieve.
  3. Place egg whites in the bowl of a stand mixer (or use a hand mixer) and begin to beat on medium-high. When the eggs are frothy, gradually add granulated sugar one tablespoon at a time until fully incorporated. Continue to beat the egg white mixture until glossy and stiff peaks form when you lift the beaters. (kalau terbalikkan mangkuk meringue tak jatuh and puncak meringue tu elok terpacak tak bengkok, get it? haha kalau tak faham refer video okey ;P )
  4. Gently stir in the vanilla extract. Be careful to not overbeat the meringue (e.g., the meringue takes on a clumpy texture).
  5. Add half of the sifted almond mixture and gently fold it into the meringue using a flexible silicone spatula. Lift from the bottom, up around the sides, and toward the middle, being careful to not overagitate the meringue and lose too much air. Once the almond mixture is predominantly incorporated, add the second half and repeat the folding motion.
  6. When the almond mixture is just incorporated, you will need to transform the batter into the appropriate texture. Using the flat of the spatula, "punch" down into the center of the batter, then scrape more batter from the sides to the center, and punch again. You will need to repeat this 10-15 times (or more, depending on your arm strength and the beginning texture of your batter) until the batter slowly and continuously drips back into the bowl when you scoop it up with the spatula. Think of the consistency of molten lava. (refer to the youtube video for the right consistency okey, this process is called 'macaronage', undermixed - cracked macaron; overmixed - no feet and spreading macaron). For the best results, punch the batter a few times, check the consistency, then punch a few more times, etc. Do not make the batter too runny or the macarons won't rise as they should, and you could end up with oil stains on the surface.
  7. Pour batter into a pastry bag fitted with a 0.4-inch tip. In a pinch, you can also use a gallon size Ziploc bag: just snip a teeny bit from one of the bottom corners. Twist and clip the top of the bag to avoid overflow. On your prepared baking sheets, pipe out 1-inch rounds in the circles you drew (remember to draw the circles on the back side of your parchment to avoid ink or pencil stains on your macarons!).
  8. Holding the baking sheet in both hands, rap each baking sheet firmly on the counter two or three times. This smooths out the tops and helps form the "pied" or frilly foot on the bottoms of the macarons. Allow the piped macarons to dry, uncovered, for at least 15 minutes. The macarons should form a very thin, smooth crust where, if you tap it lightly with your finger, the batter will not stick to your finger. If after 15 minutes, the batter is still sticky, let it dry longer. This may take up to an hour on humid days.
  9. Place both baking sheets in the oven and bake for 15-18 minutes. After the first 2 minutes, open the oven to allow any excess humidity to escape. Halfway through, swap oven racks and rotate the sheets for even baking. (yang ni saya tak buat, just bake one tray each even though my oven is fan assisted, 140C for up to 10 minutes, kalau still underdone tapak macaron melekat baru lah tukar position tray, rotate depan ke belakang then tambah lagi masa baking for another five minutes. Nak senang pakai silicone baking mat like Silpat)
  10. The macarons are done when they are baked all the way through and the shells are just hard. Take care to not underbake (insides will still be mushy) or overbake (tops will begin to brown). Remove them from the oven, and cool on baking sheet placed on a wire rack.
  11. When fully cooled, assemble the macarons with your choice of filling. The assembled macarons can be stored in an airtight container in the refrigerator for up to one week.
Makes about 4 dozen macaron halves (about 2 dozen complete macarons).


Tuesday, 12 November 2013

what's cookin - Creamy Mushroom Soup (without the cream!) inspired by Abg Jamie =)

entry tertangguh, resepi ni request by my ex-ofismate kak Lin...kenangan silam aku dan dirinya, bilik ofis sebelah2, masa tu baru je start keje, gi course, balik keje kejap i kawen pastu dpt mya pastu terpisah lepas pindah Aberdeen. huhu....paling sedih dia dah transfer ke Penang and lagi sedih I wasn't there on her wedding day.

this is what you get living abroad you know? wedding sume org ko takde kan. sucks BIG time. lagi sucks eh tetibe balik org tu dah beranak pinak.

anyway, nak cakap pasal resepi sup cendawan ni. sup ni memang feveret kawan saya tadi tu la. dah pernah tunjuk demo lagi kat dia cmne nak masak sume. then baru2 ni dia tanya lagi resepi, and kebetula memang tengah teringin nak mushroom soup. cuaca sejuk2 makan sup panas owhh nikmattt...

elok lak sehari sebelum tu tertengok rancangan Abg Jamie ku, Jamie's 15 Minutes Meal dan dia masak Mushroom Soup ni, andddd...paling best, no cream needed! kira ala-ala skinny la ni kannn. maka boleh la makan bermangkuk2 sebab tau je la heavy/double cream ni kalori banyak mana ye tak.

and I think it is a bonus point kalau kt msia nun, krim dah la mahal. cendawan pelbagai jenis lagi. pastu selalu krim nak pakai sikit je lebih masuk fridge pastu lupa and end up buang je.

bahan cam biasa basic seperti ini ye, main agak2 je tau no specific sukatan:

cendawan - potong kecil cendawan dari pelbagai jenis; button,chestnut,oyster, wild, shitake (rendam dulu ok)
bawang - potong dadu
garlic - 2 ulas gitu cincang kasar
thyme - optional
mix herbs - pun optional
sedikit kiub ayam - ikut citarasa
sedikit susu - untuk bagi kuah putih sikit
salt and pepper - ikut keperluan dan citarasa

and the trick Abg Jamie letak to get that smooth silky soup consistency; RICE!

yeah you read me baby, dia letak beras. but since i got some white rice leftover letak je dalam segenggan gitu.

jom masak! =)

ni bahan-bahan dia ye mak jemah

tumis bawang besar sampai layu, masuk bawang putih. kacau sampai naik bau sedap, masuk daun thyme then cendawan aneka ragam tadi, kacau sampai cendawan tu semua kecut. kalau pakai shitake masuk shitake dulu ye then baru cendawan yang lain. bila cendawan dah keluarkan air masuk nasi, sini la si Jamie Oliver tu masuk beras. literally beras kembang dgn air sup tu so jadi nasi kan? so sama je letak nasi putih, short cut ;)

then tuang air, nak cepat letak air panas. sikit je tau, pastu letak susu sket. jangan banyak sangat sebab kalau kurang cair boleh tambah later. masuk kiub ayam, garam dan lada hitam sesedap rasa. masak sampai menggelegak sekejap. get ready blender untuk kisar sup.



sebelum kisar tu kalau ahkak la kan, suka asingkan sikit kepingan cendawan tu dalam mangkuk asing sebab nak gak ada yang boleh kunyah2 time hirup sup. ikut suka hati korang lah ye. blend sampai tahap kehancuran (haha apa da punya ayat) yang korang suka, some like it extra silky smooth with no bits, some likes it chunky. macam yang ni kita blend lamaaaa sikit sampai dia betul-betul smooth. kalau perlu tambah air sket dalam blender tuh ye. pastu masuk balik sup tadi dalam periuk. masa ni la adjust rasa, kepekatan dan warna krim tu ye. 


dah siap! senang aje kan? kan? makan panas-panas di kala cuaca mencecah 2C adalah nikmat yang amat, cicah pulak dengan garlic bread rangup, fuhh...

buat jangan tak buat! 

eh lupa, tima kasih la abg Jamie bagi idea bernas resepi di atas. ;)