Thursday, 2 December 2010

S.A.D - kan betul expert yang cakap bukan sendiri pandai-pandai!

*pics from google image

hello peeps! check this out....6 Ways to Beat Depression During Winter Months...banyak-banyak tips paling suka yang ni sebab simple dan senang nak buat..hehe..betulkan bukan saya sendiri yang sengaja merengek-rengek nak mengadu domba tak tentu pasal kan? ironically, bila jumpa artikel ni terus terasa ok..hah! ok then looks like i'm not the only one *lari-lari senang hati lalalala~ =P

apparently ada tajuk artikel yang sampai berbunyi 'how to stay sane during long winter months' haiyoh...kronik betul sakit orang stress bermusim ni ye...oh ye, penyakit ni ada nama ye..S.A.D - Seasonal Affective Disorder..erkkk...apakah diriku dah berjangkit dengan penyakit ni? perkataan 'disorder' tu sangat takut okkk...ingatkan ada penyakit eating disorder or sex disorder jek..hehe...takde la kut...sebab bila baca simptom tu takde la teruk sangat sampai morning sickness or susah nak bangun pagi or overeating or oversleep or..eh..ok-ow. yang overeat, susah bangun pagi dengan pening2 tu cam...k.e.n.a.l.j.e.s.a.p.e eheh. e-heh-heh. *uwaa....tolonggg......

in conclusion enam tips berikut adalah:

1. Get outside often
- akan dibincangkan kpd kakanda menteri segala menteri, kekangan untuk keluar sesuka hati seperti selalu adalah kerana Mya senang selsema

2. Exercise regularly
- erkk...ni memang pasang niat dah lama kan,buat je belum =P

3. Drink green tea - ok, boleh diusahakan

4. Avoid coffee
- paling susah, in fact, tersangat susah..huhu...ingatkan pengurang stress rupanya lagi menyumbang kepada mood swing ada la

5. Keep eating fruits
- yang ni pun senang, i like!

6. Be aware of the depression
- cadangan penulis adalah apply teknik meditasi, tapi pada kita yang Islam ni sembahyang dan banyakkan mengaji la kan...memang betul dan sangat setuju, bila baca Quran bukan ke hati jadi tenang dan lapang =)

*pics from google image

ok then, that's it. enough of this stupid SAD disorder thing that makes me feel more pathetic of myself just by reading its name (i mean, what kind of name is that? its just..sounds sad). just embrace yourself...live life to the fullest....play fun game with Mya more often like all the time...try your hardest to ditch out your coffee...just keep doing that zumba thing from youtube and you'll be fine...teeheehee... (^_^)

ops, tak dilupakan tuntut janji dari kakanda menteri beli but baru weekend ni...or at least nak bawak lepak kedai kopi berehat menikmati kek sedap sambil minum err..green tea? haiyoh.

boy i'm screwed..........

what's cookin - Cream of Mushroom Soup




sekarang kan tengah sejuk kan...banyak-banyak musim winter adalah paling least favorite sebab 1) tak dapat keluar berjalan-jalan to earn some 'me' time, 2) bersedia dengan stok losyen pelbagai jenis sebab tangan akan jadi kering yang tahap flaky and kulit nipis sampai pedih (heh, budget banyak kerja cam cinderalla la tuh kat rumah =P) dan seluruh badan akan gatal,sangat pedih bila mandi sebab kesan calar menggaru dan paling tak suka 3) saya sentiasa laparr! grrr...

adoi...apa pun bersyukur la dengan nikmat Tuhan kan..tak baik selalu merungut pasal cuaca ni..tapi memang tau keadaan cuaca memberi kesan kepada tahap emosi, and kajian pun ada buktikan paling depressed adalah masa musim sejuk hehe...(nanti kita tengok tips untuk kekal ceria di musim sejuk ye) patut la emosi tak tenteram..bahaya tau sikit-sikit nak sedih tak tentu hala..rasa macam lonely pun ada...pastu cam nak marah je bila Mya naughty sikit..cepat2 sedarkan diri dan beristighfar...tak boleh jadi ni, kena bawak2 la mengaji ke bertafakur ke apa kan...tak pun esok kena jugak keluar rumah kejap hehe... (alasan nak berjalan =P)

wah...saje je nak tunjuk kereta diselaputi snow kat belakang tu kan? hehe..takde la..tepi tingkap ni la spot paling 'terang' nak snap gambar tau...

enough said (and whining hehe)...apa kata kita pusingkan keadaan tak best kepada best? selain dari spend time dengan Mya bukak chanel exercise dan buat work out tummy scoop bersama dan berjoget zumba dari youtube, aktiviti lain yang boleh dibuat selepas penat bersenam tentunya masak! kan? =)

ni menu hari tu tiba2 teringin nak hirup sup cendawan lemak berkrim...first time belajar masak sup ni dari hubby's auntie, Mak Teh...beliau memang otai masakan barat hehe...so bila tengok macam mana nak buat sup ni alahai baru tau sonang yo nak buek eh....selama ni dok bukak tin campbell tu je...main campak2 je segala macam jenis cendawan yang ada...kalau kt msia selalu campur oyster mushroom, shiitake dengan fresh white mushroom..tapi kat sini susah la nak dapat oyster mushroom semua tu...so pakai white button mushroom je la kan....then kalau nak rasa lagi lemak pekat boleh juga campur sikit kentang...ikut la selera masing2 kan....at least boleh kurangkan penggunaan heavy cream...or tukar to low fat single cream, or low fat creme fraiche... kurang ngeri sikit kalori dia hehe....
shiitake mushroom...berlambak ada kat supermarket carrefour nuuu...

white button mushroom..paling common kat sini...huhu rindu nak makan oyster mushroom buat nasi goreng cendawan (-_-')


Cream of Mushroom Soup
Source: self made and depends on what i have in hands =)

400-500 fresh white button mushroom OR
the same amount of a mix of shiitake, white button mushroom and oyster mushroom
1 whole onion - diced
2 clove garlic - minced
1/2 cup water
1/4 cup or less whip/heavy cream (kalau nak diet kurangkan la ye..mak nenek segala kalori nih hehe)
salt and pepper to taste

1. Heat 2 tablespoons of cooking oil, sauteed diced onion and stir for a while. Then put in minced garlic.
2. Put in all mushrooms, stir occasionally until it totally caramelized and all the juices come out. Season with salt and pepper to taste.
3. Pour in water, bring to boil. Turn the heat off and cool it down a little bit before pureed the soup using food processor. Pureed the soup according to your own preferences; some people like 'chunky' soup while others prefer 'runny creamy' soup.
4. Pour the pureed mushroom soup back into the pot, turn the heat on and pour in the cream, bring to simmer and stir occasionally. Put more water or creme and add more seasoning if necessary. Enjoy!


Wednesday, 1 December 2010

sorry mr snow man!



baru tadi bawak mya keluar main snow...kat belakang rumah ni je haa...perghhh...sejuk yang amat, tak sampai 5 minit je rasa nak balik...konon berangan nak buat snow man..kuikuikui...main campak2 kepal2 snow (ada gak terfikir nak bawak balik curah air gula buat abc cam kiera makan tuh) and jadi la lembaga snow man hahaha...jadi la kan...the ugliest snow man you ever see.... =P

Monday, 29 November 2010

freaking freezing


serius tau mmg sejuk sangat sekarang ni..i was like...eh apesal winter last year takde teruk sangat macam ni? ni bukan exxagerate tau...memang betul betul bukan cobaan punye...hehe..

semalam bertekad nak jugak keluar bandar walaupun snow tebal..memang tebal tak hengat cuba kirang bayangkan jalan sauk snow dengan but ala2 UGG tu tapi tak waterproof? whoaaa...banjir ais la jawabnya dalam kasut ku..sob..sob...kebas sampai sakit dah jari kaki...so dah alang-alang keluar tu cari la sekali wellies kan..tengok orang pakai cam alahai comfy nye kaki kau tak basah..tapak pun getah mantap so tak licin la...oh, kalau tak tau wellies tu apa, nama penuh dia wellington boots ataupun orang kampung den panggil kasut phua chu kang..kehkehkeh...



tengok ni soooo chomelll kan...geram i tauu....
*pics from google image

tapi kan dah namanya tengah musim sejuk basah penuh lecak salji kotor kan...habis satu bandar tu ku cari tapi semua kedai kasut habis tau tak...adoi..nak berjalan to the other side kat shopping complex tu malas la pulak..dengan kaki dah beku plus jalan penuh snow lagi...huhu..keciwa i...tu la hari tu ada org offer nak beli kasut but tinggi jual mahal..alasan sebab winter lambat lagi and tu cam sporty sangat konon tak stylo org nak yang boot sampai lutut cam clarks punyer tu leather woh tengok harga pun sure akan tercakap wohh! jugak hehe(font kecik sebab cakap dlm hati je)...hahaha...padan muka! =P

berbalik kepada keadaan cuaca, bila tengok berita baru la tau rupanya winter kali ni paling teruk dalam sejarah UK since 1993...cuba baca berita BBC ni, jangankan wellies, garam pun habis uols! oh, garam ni orang buat tabur atas snow utk cairkan dia gitu...suhu paling sejuk Sabtu lepas asalah di part highland kat scotland, mencecah -15! whoa..pitam kejap dengar...

forecast kata sejuk ni akan berlanjutan sampai next week...sebab ada angin sejuk bertiup dari siberia la yada..yadda...bla bla...tapi saya set dalam otak sampai tahun depan je..haha senang, tak nak mengharap lebih-lebih... =)

Friday, 26 November 2010

snow,snow...go away..mya want play..come again another day..


lomah jantung den bila dah snow ni ha...winter tahun ni cam awal pulak snow turun..sebab last year seminggu before krismas baru snow...takpe la harapnye cepat sejuk cepat jugak la dia abes kan?

dua hari lepas sempat bawak mya keluar...niat di hati nak belikan dia toys lego tu..sebab sekarang ni mainan bricks and blocks tu jadi current obsession mya hehe...dulu ketagih main puzzle..hari2 sampai 2-3 kali ajak mama main sampai mya dah hafal puzzle tu macam mana =) sekarang ni nak main lego pulak...budak besar mya ni seeloknya kita jangan dunk in lambakkan semua toys pada dia, bagi satu satu bila boring tukar lain..and make sure toys tu carefully picked bersesuaian dengan umur dia...ni yang buku health visitor bagi tu la yang cakap, bukan teori mama mya syok sendiri yek....hehe....

tengah syok2 berjalan dalam shopping complex tu cam dengar bunyi bising kat luar...ingatkan hujan sekali snow daa....turn off i tawww.....hai lah nasib...bermulalah episod berkurung kat rumah nampaknya....dalam hati cam bersyukur pun ada, berbisik; aha! nasib baik keluar hari ni...cam lama lagi la nak dapat keluar bersuka ria jalan2...tahun depan la kut kan? =P

and semalam snow turun dengan meriahnya....

aktiviti tahunan bila winter - duk termenung kat tepi tingkap dalam bilik huhu...gambar ni snap semalam around 11.30am gitu...and 15 minutes later...

secara tiba-tiba angin kuat dengan snow lebat...suka je camni tau, nasib baik tengok cerah tadi tak teruja then terus bawak mya keluar ke hape..naya je stranded kat stesen bas kan...hehe...

si mya mengekek gelak tengok kereta kat luar semua putih, tak berhenti bercakap 'mama, wat appen car...wat appen to car mama....shian car..' penat nak jawap hehe...

so kawan-kawan, bersedialah untuk mendengar rintihan dan rungutan saya yang kebosanan duduk kat rumah ni ye...hehe....


what's cookin - Murtabak Mini Pasti Sedap

emm. murtabak lagi? =P

ni lah menu utama sebagai hidangan minum petang selain dari karipap kentang dan karipap sardin tau..menu yang praktikal sebab boleh buat extra and simpan for frozen...lately mi amor adalah sangat sibuk dan tak balik lunch...lunch adalah sandwich tuna subway dan kalau nasib tak baik terpaksa beli sandwich sejok kat kedai runcit ajer..hoho..sangat sedih okkk...which means, during dinner time apart from makan nasi dan lauk simple hidangan sampingan yang agak mengenyangkan seperti murtabak dan karipap sangatlah dialu-alukan ya...

selain dari buat frozen, inti for murtabak ni juga boleh diolah dari inti karipap..haha giler kemalasan betol! so sekali masak je...masak banyak2 inti karipap, then bahagi dua satu bahagian kena modify sikit, kasi tambah make up sikit guna bahan-bahan yang ada and taraaa! jadilah ia inti murtabak..haaa...kan ke sonang dapat 2 menu sekaligus =)

baiklah, kali ni kita buat murtabak pakai kulit popia saiz mini yang comel ye (thanks didi sebab bagi cadangan buat pakai kulit popia..memang sedap dan menjadi!) selain tu entry murtabak mini ni juga adalah kahs untuk my bestie murni yang juga sekarang berada jauh di perantauan..kat jepun nu..wallah! sorang kt uk penghujung dunia sorang kat negara matahari terbit...hehe..mek, aku dah tunjuk kat hang sebijik2 ni cmne nak buat...ajak si kakak tolong buat utk abi mesti dia seronok dapat main masak2 hehe...

ok mek murni, jom chekidout camno den masak ni ha..sonang yo...resepi kat bawah sekali ek..

masak inti cam nak buat inti karipap tu ye... kalau kurang air tambah lagi dan masak sampai kentang empuk,sentiasa kacau okeh...

ok inti dah siap..masa dah masak tu masukkan kobis, kacau kejap sampai kobis layu..tutup api and masukkan hirisan daun bawang or daun sup..angkat inti dan sejukkan.

gaul inti dengan telur sebijik...agak-agak la ye kalau inti tu banyak maybe tambah lagi telur, tapi jangan la banyak sangat takut nanti susah pulak nak membungkus =)

jangan lupa lak keluarkan kulit popia dari freezer yek..kena defrost dulu dalam 1 jam gitu...sediakan bancuhan air tepung jagung untuk kita lekatkan bucu murtabak ni...sudukan inti kat tengah2 kulit popia tu camni haa...

lipat satu bucu..kemaskan lipatan di kiri dan kanan anda..kalau perlu gamkan dengan air tepung jagung tadi...

lipat, lipat, lipat dan lipat...hehe..lekatkan bucu dengan 'gam' ye..

sebab kulit popia ni nipis kan, so kita ulang proses tadi lagi sekali...buat 2 lapis je cukup...siap bungkus dua lapis dah boleh goreng dengan sedikit minyak...

taraaa..!! hasil murtabak mini ku yang comel berposing tepi tingkap =) mandom je kan lighting kat sini..haih..takpe meh pasang flash sikit meh...

aha...baru la nampak inti kat dalam tuu...me suka cicah kari, mi amor suka makan dengan bawang jeruk...


Murtabak Mini
Source: resepi sendiri main campak2, tak pandai la nak bagi sukatan...ni just guideline je so ikut suka korang la nak tambah tolak apa yg patut kan =)

Bahan Inti:
bawang besar - potong dadu
bawang putih - potong halus
udang kering - tumbuk
daging cincang - sebab takde daging ketul so pakai apa yang ada je
2-3 sudu kecil serbuk kari - bancuh dengan sedikit air
kentang - potong dadu
lobak - potong dadu kecil2
kobis - hiris halus
daun bawang - hiris
sedikit air
garam secukup rasa
1 biji telur

1. Tumis bawang besar sampai layu, masukkan bawang putih dan kacau sekejap.
2. Masukkan udang kering dan daging cincang, kacau sampai air daging tu dah nak kering.
3. Masukkan bancuhan serbuk kari, kacau kejap sampai garing sikit.
4. Masukkan kentang, kacau dan masukkan sedikit air. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Masukkan lobak. Masak sampai kentang empuk, kalau perlu tambah air lagi.
6. Bila kentang dah empuk dan air hampir kering masukkan kobis, kacau sampai kobis layu.
7. Tutup api dan masukkan hirisan daun bawang, kacau rata dan sejukkan.
8. Gaul dengan sebiji telur sebelum bungkus dengan kulit popia.


Wednesday, 24 November 2010

bargain hunt

fuhh..serius tau sekarang ni sejuk gilak...sian kat Mya dah lama tak dapat jalan-jalan...ye la banyak je aktiviti nak buat kan cam gi dancing ke, join toddler group or just tinggal main dengan kawan kat creche...akan tatapi apakan dayaku..hari-hari hujan beb...tak baik merungut pasal cuaca kan, tapi serius tak tahan...paling tak suka saya jadi tak tahan lapar! =P

semalam dapat la lari jap bawak si kecik tu keluar...tinggal kat creche je jadi la kan daripada dia duduk melopong je kat rumah...sian pulak..pagi2 seperti biasa benda pertama adalah check weather forecast..keciwa bila tengok hujan, hujan ,hujan dan hujan...wuuwuuu...dah sedih dah tak dapat keluar...tup2 tengok cam nak kuar pulak matahari..apa lagi beb, terus bersiap laju2, check jadual bas and call creche book tempat untuk Mya...

overall masa yang terdedah kat luar just tunggu bas and jalan sikit dari bus stop ke creche je..tapi sejoknye yang hamat boku pipi pau den yang gebu ni ha..hehe...even orang dia sendiri pun tak tahan..masa 2 jam tu mama mya amik peluang jalan-jalan cari buku second hand..niat untuk usha bra baru and shopping2 terpaksa dilupakan sebab takde cash sob sob..debit card papa pegang sebab takut kena entertain client (konon ada client nak datang tapi xde pon cis!) hehe gile sedih takde cash kan? kat sini kitorg dah biasa xde cash sebab beli bawang sayur pun pakai kad...takpe2 lepas ni mi amor i nak apply debit card lagi satu i like i like... =)

ok, berbalik kepada cerita nak tengok2 buku second hand tadi. tempat paling best untuk cari bahan bacaan adalah di kedai charity...antara kedai yang best adalah VSA Bookshop and Oxfam. VSA is stand for Voluntary Service Aberdeen, memang based di Aberdeen and badan charity yang cover banyak benda mainly for social service macam support for young children and elderly..klik sini for more info ye. Kalau Oxfam pulak charity yang fokus pada isu kemiskinan global. banyak lagi charity shop yang ada jual used books selain dari barang keperluan lain; such as Barnado's, British Heart Foundation, Cancer Research, etc. tapi VSA and Oxfam ni ada kedai yang khas jual buku sahaja dan paling best murah sangat!

saya ni bukan lah jenis yang baca buku ilmiah or yang menjana pemikiran sangat..paling ilmiah pun suka baca biography..hehe..selalunya beli pun novel yang bacaan ringan...macam ehem *batuk* shopaholic series *batuk* (for inspiration of course eheh)

and when i say murah, it is very very cheap okay...macam hari tu beli Cecelia Ahern's; If You Could See Me Now (hehe baru nak baca ketinggalan sungguh =P) cuba teka how much?



beli kat VSA Bookshop just for 0.80pence...yup! you heard me peeps, thats only MYR4.00 okay! woot woot!

so far kedai VSA ni la yang paling murah, other charity shop sometimes jual sampai £2.50 each tau...dulu masa mula sampai tak pandai survey lagi kan bila beli tu ingat dah murah sangat dah..haha...happy kemain dapat beli shopaholic murah kononnya...padahal...huhu (>_<)

so sekarang ni apart from beli novel bacaan ringan target nak kumpul buku resepi pulak...tapi ye la kan nama pun beli yang used...so range buku tu tak semestinya menepati apa yang kita nak..kena tengok la pulak apa yang orang donate kat kedai tu and luck kita hari tu macam mana kan...buku resepi idaman kalbu adalah seperti berikut:

Tate's Bake Shop Cookbook;

coming right from the most famous bakery kitchen in Southampton NY, Tate's Bake Shop



hehe suka sangat tengok makcik gem** ni masak kat food network, btw, gelaran tu hubby yang bagi eh not moi...antara rancangan tv yang memenuhkan ruang decoder untuk direkod selain dari cerita kartun mya =)

from one of my favorite food blogs kitchen; BakingBites.com

cookies...emm..emm...tengok cover buku je dah drooling habis...siapa je yang tak crazy pasal cookies ni..



she's an award-winning famous Parisien chef and the co-author for Paris's king of pastry Pierre Hermé's cook book. cool eh.... (^o^)


kebarangkalian untuk buku masak yang best cam dalam wish list di atas tu ada di jual di kedai charity cam takde je sebenarnya hehe...sebab kalau buku tu bagus sure diorang nak simpan kan? takpe nanti kita tubuhkan tabung buku ek...penaung tak lain tak bukan Mr. K tersayang kehkehkeh...perasan tak semua buku masakan ni berkisar pasal pastry, cakes and cookies? hehe...itu adalah obsession saya ye...saya memang seorang yang bergigi manis...kalau pergi makan restoran yang up sket mesti tengok menu desserts dulu..yumms! and kalau blog ni tak berupdate tu bukannya apa, bila dapat online duk melopong leka tengok food porn kat blog masak2 yang best2...double yumms! hehe...

ok peeps, happy cooking and reading!