Saturday, 27 October 2012

running here there and everywhere

sibuk sangat le tew.

but it is true tau, there's too much going on in one time.

touch down, stay seremban.
gi pjaya mintak surat utk car loan. submit.
melawat office kak iza, then sempat shopping tudung and kurung hewhewhew
bake rvc for tiyin the mak buyung menunggu hari.

balik bangi menumpang kak iza.
pinjam keta acu settlekan sekolah mya; cari,lawat kawasan, fikir2 mana location yg convenience, decide, then bayar deposit sekolah (mahal boleh tahan woh)
lari kejap singgah kedai cermin mata. (which happens located next to tuttifrutti)
dapat tau pasal hal rumah pertukaran nama strata or whatever, lari kejap pergi developer office.
shopping barang baking for raya cake. (oh how i miss the shop's smell!)
bro in law admitted because of high blood in senawang.
atuk admitted ijn for endiogram. call yanti for the quickest route to ijn, lupo dah den jalan nak ke kl haha.

balik seremban dengan menumpang tiyin.
dapat the eagerly-awaited-car at last! alhamdulillah... :)
(oh and i actually cried for teeny weeny bit when driving the new car back home from the car shop, sebab happy ta[i tak pt berkongsi kegembiraan terkenang mi amor yg jauh di mata, deymm..blame it to the radio yg tetibe keluar lagu rock kapak kumpulan may ke wow lagu  engkau yang satu i think. tanpa mu, aku lah yg rindu..tanpa dirimu...uwaaaaaaa....meleleh ayaq mata cheq, siap lap2 tisu bagai)
bake blackforest(s) for raya and kek sarang semut for atuk.
(turn out he actually went out looking for that cake earlier that day, ahah! kantoi disitu ontah bilo maso yo keluar merayau, doktor suruh rehat duk rumah. pastu bentan rasa nak domam bagai. haiyoh. so when i suddenly served the cake for tea he's a happy bunny but in a  macho way of course ;) )
raya haji @seremban. the one thing i remember that day is the super hot weather,melekit!

balik bangi, for the first time just the two of us dengan kereta baru.
nervous ok sebab mya ni pelik sket, asal tayar bergolek je merengek cakap headache. luckily there's kfc.
kenduri tahlil @sg besi, time for quick mingle with everybody that you haven't met for a year.
and sempat membaking project with wani before the kenduri. hehe.

to cut it short, i've spent quite big amount of money to bribe make mya happy. seminggu tuttifrutti sampai dua kali, asal nangis dalam kereta 'ok jom its ice cream time!' so that i can drive properly.
have to meh, what to do. dia pun dah pandai cakap 'mama..sugar rush dah mya ni...'
err, maybe she thought sugar rush is some kind of condition like stomach pain or headache, i suspect.

still in shock with the price tag for everything here.
terbayang bayang tercampak sabun mandi dove botol besar sebab terkejut beruk mat yeh tengok harga rm27. whattt?????

eventually one bottle of fresh milk, 10 eggs, and a pack of chicken cube might cost you more than 10 ringgit.
spending around 50 to 60 ringgit for a  trip to wet market is a must.

dah terbiasa masa kat aberdeen dulu kan nak beli brg dapur semuanya berharga nombor yg kecik je, sayur 1pound, susu botol besar gaban tak sampai 2pounds, telur 2 pounds, ayam saiz sederhana 3 pounds sampai sini ambik, ayam seekor dah dekat rm18 kut. mak aiiii....besarnya dah dekat nombor 20 tuuuu...hehe...

tinggi betul cost of living kat sini kan?  contoh gaji 3 ribu pounds beli ayam seekor baru 4pounds paling mahal, sini gaji 3 ribu ringgit ayam seekor rm20.

masa ni la teringat camne la org yg susah dan tak mampu tu kan? insaf sangat. at least kita masih mampu bagi anak makan yang sedap2, boleh lagi layan kan dia nak tuttifrutti and baskin every other day.

adoi. entah apa apa je merapu tetibe datang keinsafan pasal harga barang. ;P

raya haji? to be honest dah lupa after 3 years not celebrating raya korban dah lupa camne sambutannya.
dengar takbir je macam, eh raya haji pun ada takbir ke? alamak baru la tersedih teringat cik abang sayang.
dalam kereta terkeluar lagu raya pun pelik, dendang perantau my a**! woh tukar cepat tukar cepat...
takut ada drama air mata lagi kang kehkehkeh

i miss mi amor so so so soooo muchhh lah. please december come faster.

Wednesday, 10 October 2012

Gadget oh gadget!

grrrrr..i hate ipad's auto correct!!!!!

Letih - peti
Happy - hapus
Besday - bedah
Rehan - reban
Great - berat
Mengong  - mengongkong
Adoi - adik
Gadget - had get
Boobies - biodiesel

Monday, 8 October 2012

Bye Bye Papa

Alhamdulillah, kami dah selamat sampai di tanah air petang tadi.

Pheww..letih jangan kata la kan, for 7 jam perjalanan Glasgow-Dubai mya ok je, sibuk main ttoys baru hasil bribery mama untuk pujuk dia yang mengamuk sebab papa tak ikut masuk aeroplane.

Sedih, sebak, sayu tok sah cakap la kan, kita lak tengah kelam kabut kena bukak jaket, shawl, asingkan linquid semua tu untuk scan, yang guard tu boleh lak suruh diam 'sshh sshh'.

Woi, kau x dengar ke budak tu tengah menjerit i want my papaaaa! Mama, mama i want my papa to follow.....mama please cepat buy iPad mya miss papa ni mya nak call papaaaa...mama!!!

Heret cepat-cepat masuk kedai toys. Settled.

Dari malam tu dia dah start sedih x leh tido, Mintak ajak baik rumah x nak selepas kat hotel. Tau tau je kan?

Then sampai Dubai, terus K.O. Tidur kepenatan. Nasib baik ada mat saleh baik tolong bawah hand carry. Susah wooo...bayangkan nak terkucil takkan nak tinggal je dia tido atas stroller cam tu je kan?

Elok lagi 3 jam nak sampai mya bangun, tapi bad mood sebab mabuk. Mula la dia nangis and marah marah sebab nak  termuntah. Tiba tiba ada makcik perasan awet muda sound, 'sshh! Ssshh! Eh tolong jangan bising sangat eh? Senyap sikit boleh?'

The nerve of some people eh? I was so terkelu dan terkedu, tapi terkeluar jugak la perkataan B****
tadi, senyap senyap of course. Takkan nak create a scene lak kan?

Setakat rambut kering kuku cat hitam libas Furla cakap pun slang duduk london 40 tahun,kalau nak privasi sila la ke bisnes class cik puan. Kita tunggu je kalau dia nak sound baik kan, dah praktis dah ayat apa nak jawab.

Mya tengah nangis pun terkejut and takut, hmmm macam ni la perangai org malaysia  ya syg, sangat tak considerate. Bayangkan la, dia pergi sekolah tak pernah pun ada cikgu marah marah, ni tetiba ada orang marah depan ramai ramai, trauma sangat kan mya?

Bila ada baby  lain nangis pun dia mendengus dengus. Agaknya anak dia yang ikut sekali tu keluar
perut terus umur 18 tahun kut. Kesian ok, baby tu demam la sebab dah borak borak dengan mak dia.

Haih. Bila mengadu dekat papa dia sangat marah, tanya kenapa mama tak menjawab? Ish, kita ni dah la tengah emosi tak stabil,ada yg kena gunting rambut dia kang.

Well, tak pe la kan. Yang penting selamat sampai, papa pun tak risau risau lagi camne mama nak handle travel sorang. Lagipun kat klia lagi mama dah beli new play doh mya kan? And yang penting dah dapat makan gulai lemak cili api telur ikan perghhh..slurpppp!

Ok la, papa ni katanya tengah on da way balik keje nak pi beli iPhone. Kalau i tertidur sorry lah ye darling. Got a long day lots of thing to do tomorrow; ratakan rambut senget yang potong sendiri, buat spek baru, beli toileterries, masuk drive thru McD...hihihi...

Dan yang paling penting Esok juga kena bawak mya beli basikal ni, antara janji janji manis mama yang harus ditepati!




Kalau tak jetlagged la kan.......



P/s: apa benda la iPad ni kan? Susah betul nak taip. Grrrrrr.....

Thursday, 4 October 2012

oh mya's english!

ramai gak yang tanya, eh anak kau boleh cakap melayu tak?

over tau kalau tak reti, bajet mak bapak dia speaking scottish ke kat rumah? tak kuasa okeh! mesti la tau ko ni.....

mainly dia cakap manglish la, hujung ayat mesti ada 'lah', 'kan'..haha standard la tu ikut omak eh ;P

akan tetapi tak dinafikan dia lagi banyak tahu vocab yang basic in english, macam counting tu lagi familiar dengan one two three, perkataan kucing, tingkap, pinggan, telinga..tu semua perkataan yang dia akan tergelak masa first time dengar.

she even thought 'harimau' is limau, but at the same time tau pulak limau tu buah oren. haih.

'eh mya look at the cloud, mama rasa nak hujan la gelapnyaa...'
'hujan? what's that? hujan?'

'can you hear that? its the dog'
'dog? anjing ke mama?'

'which one is your car?'
'there my kereta!'



kekeliruan nampaknya anakku. nasib baik dah nak tengok upin ipin, first time tengok melopong tengok budak-budak tu main macam-macam, macam pelik je dialog tapi nampak cam seronok; hei larii larii..apa tak cakap awal-awal? kau ni upin tu pun tak tau, eh mestilah bapak aku yang beli..korang tu tau mintak aje...jom la kitorang tak pernah naik kereta..kaki opah lenguh ke?

so sekarang dia dah more to malay, rasa kelakar pulak.
'ugh..mamaaa...sak-kit la per-rowt mya ni..ugh ugh...sakit perrott...'
'mama mya hungry ssssaanngattt sang-ngat!'
'kelakela kan mama?'

kelakela as in 'kelakar'.

dia ni kira ok la bukan full-time nursery, mana yang 9-5 duk nursery tu toksah cakap la kan, berhabuk memang i tak faham you. yes yes kan aje haha...

tapi rasanya budak kat msia speaking slang british lagi hebat kan sekarang ni? tadika pun semua stok montessori british syllabus semuanya, especially around KL. oh speaking of KL tadi tiba2 tanya, 'mama, what is Key-El?'

sabar ye sayang, mama bawak masuk KL nanti sure terkezut tengok bangunan mencakau langit.

note to self: start counting in satu dua tiga instead of one two three. dengar perkataan 'sebelas', 'dua belas' nanti sure kezutan.


Wednesday, 3 October 2012

last minute baking mad

dah hari-hari terakhir sebagai home maker (ayat sedap sket dari house wife, nak lagi glamer 'big spender' bukan panties besar eh tp handal memboli bolah) ni ligat pulak membaking...dalam masa less than 2 weeks ada 5 biji kek, kira hebak sangat ar tuh sebab consider tahap obes semasa ni kan, mana boleh baking selalu selalu.  
nasib baik untuk orang, weeeeee....suka suka...sebab dapat baking tapi orang lain yang habiskan.

meraung-raung hand mixer bunyi motobot argos i mintak rehat, jangan kata mixer mya pun amarah. mana tak nye dia sibuk nak tengok kartun pun tak senang, so noisy la mama stop that please! stop! sorry la mya almaklumlah mixer murahan, murah murah pun banyak jasa dia tau. elok je jadi kek kita hehe. walaupun kalau nak buat sponge cake yang required 10 minutes beating sampai adunan fluffy kena stop every 2-3 minutes sebab dah terbau asap. kehkehkeh...sayang ko motobot! muahs! ;P

 Red Velvet for my farewell @Nurul's...keep calm la sangat. kamera tertinggal so gamba cilok from tuan rumah punya fb. eh sendiri punya farewell sendiri buat kek ek kahkahkah...jangan tak tau, siap msg Nurul tanya eh jadi ke tak weekend ni i nak beli bahan ni hihi..terima kasih daun keladi darling ku, sure penat lelah memasak hilang tatkala melihat daku ulang alik top up kuah asam laksa 3,4, 18 kali..siap tapau kau! ah fedulik la kan, sedap gila wohh...sebijik yang macam dalam jusco midvalley tu, terbaekk!

Lemon Blueberry Cake; yes, terlebih rajin bawak 2 bijik kek...yg Oreo Cheesecake belakang tu tuan rumah punya ye...aduss...udah ku bilang di bawain kek kok iya buat juga ya...kan ke penat gituh. tekak ni memanggil2 teringin something lemony, and alhamdulillah cuaca hari tu sangat baik consider dah autumn kan, so memang syok sangat la halau wasp dok hurung kek ni, kek ni lapis dengan lemon curd Sainsburys and whipped cream. feeling summer habis uols. i likeee....

last final order, Blueberry Blackforest Cake order dari Kak Saniah our first lady hehe...katanya nak order untuk birthday anak tapi minggu tu mya chicken pox huhu...mula nak RVC tapi sebab dah rasa masa farewell so tukar order blackforest pulak hihi...cherry memang dah out of season la kan so tukar dgn blueberry je la, personally kita pun prefer blueberry kut. entah nape cherry tu rasa cam ubat batuk la. me don't like cherries. bagus la sebab dengar kabo mahei bebeno kt msia.

gambo dicilok dari fb Kak Saniah ;)


other than that, Chocolate Indulgence for Thirah yg the other day and Red Velvet for Aini, yg ni tak sempat nak snap gambo sebab selalu sangat buat maka tak heran.

betul cakap Cik Lurpak, nak buat kek itu mudah dan senang aje. but to make it looks pretty, inviting, tempting and looks special is very challenging. lagi la buat untuk orang, gigil tangan ni dek non.

balik esok berazam nak pergi kelas baking. si kenit pun bila tengok citer baking kek cantik-cantik kt food network pun dah pandai suruh mama gi belajar.

'wow! so pretty..wow wow! tengok mama look! look! mama can you do like that? mama go la learn...but mya want to follow ok? mama find yang mya boleh follow'

wah wah wah..harusla hilang fokus mama nak belajar sayang oi....kita main baking sendiri sendiri je la kalau gituh...tu pun kalau ada masa, entah-entah hujung minggu merayap je kan.

Monday, 1 October 2012

5 hari lagi

sekarang malam-malam selalunya ada mini drama air mata.

sedihnya hati Tuhan je la yang tahu, ish. macam mana nak buat kan? insya Allah ada hikmahnya.
don't know what to expect lah. just go with the flow je la kan. =(

the fact that mi amor balik keje di sambut dengan rumah yang gelap dan sunyi je pun dah rasa hiba. tiada lagi kedengaran bebelan mama dari luar, tiada lagi si kenit bergantung dekat kaki papa mengacau orang balik keje nak makan and main tenet, tiada lagi sesi 'syarahan' atau jelingan lepas dengar mama bagi laporan beli-belah-hari-ini, followed with adegan 'gaduh' sebab tak nak pulangkan kad debit kuang kuang kuang...

i guess yang tu memang dia tak miss la kut, the fact that perbelanjaan merapu berkurang secara drastik haha ;P

haih.

tabah lah duhai hati =(


Friday, 28 September 2012

what's cookin - Chocolate Indulgence Cake (new recipe)


Sekali sekala ada la menjelma tempahan kek, from the one and only my beloved customer Athirah hewhewhew..dia ni je yang setia mengorder kek, kita pun buat suka-suka je takde la nak untung mana pun setakat nak tolong kawan kan, asal balik modal sudah :)

nak buat takdela susah mana pun, just kena tau a few skill macam how long nak kena pukul krim untuk mousse, panaskan krim tu nak sampai panas macam mana for ganache, and kadang-kadang bab basic nak cairkan coklat pun boleh disaster nak2 kalau buat tengah rushing kelam kabut tak organize betul-betul. especially white chocolate, kandungan cocoa fat (ke apa bahan dalam tu ye tak ingat) kan lain dari dark coklat, kalau tersalah nak cairkan tu coklat akan split and berketul. take it from someone who has bad experience(s) okey ;)

kalau macam kek boleh buat sehari awal, then on the day tu just sediakan mousse and assemble the cake. resepi mousse kali ni simple; tak perlu guna gelatin dan tak perlu pukul putih telur asing-asing (haha dasar pemalas ;P) 


crumb coat using leftover mousse(s), patut pakai chocolate mousse je tapi entah tersilap teknik choc mousse macam nak split pulak, over beat cream kut...surprised ok, sebab selalunya white mousse tu yang problem kalau buat indulgence ;P


dah siap crumb coat caca marba kehkehkeh..simpan dalam fridge dulu okey.



dah siap ganache, sejukkan suhu bilik then boleh tuang atas kek. tangkap leleh..........


err..excuse my tangan gigil deco. using paper cornet since piping bag dah habis, sedar sedar the melted white chocolate oozing out from the other side of the cornet hewhewhew...


no so smooth side, i guess this is what happens when you pour warm ganache on to the cake (the impatience me pfftttt...)


resepi? kali ni try this basic chocolate sponge cake from Sweet Lily Kitchen nun jauh di JB, kek sedap and moist! this is going to be my go-to chocolate sponge cake from now  :)

as for the white chocolate mousse and chocolate mousse terjumpa resepi baru, andddddd....yang buat sangat excited nak mencuba is katanya resepi ni dari the SR chef himself! katanya....hehe...and the recipe itself looks promising, sebab ada guna butter as the base so i guess the mousse can hold the cake better la kan.


KEK SPAN COKLAT

5 biji telur gred b
170gm gula kaster

1 camt ovalette 

100gm tepung gandum

1tsp baking powder 
40gm serbuk koko
70gm minyak jagung atau minyak masak atau butter yg di cairkan


Dalam satu adunan, telur, gula dan ovalette di  putar menggunakan kelajuan maksimum sehingga kembang, pekat dan berwarna putih.

Tepung, baking powder, serbuk koko masuk dlm adunan. Terus masuk minyak. Putar perlahan hingga adunan bergaul rata dan sebati.

Tuang dalam loyang berukuran 8". Boleh la di bakar pada suhu 170C lebih kurang 30 minit.
Dah siap, sejukkan kejap dalam 5 minit then terus hentak perlahan, keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai.




MOUSSE COKLAT PUTIH

100g compund white chocolate
150g butter
2 biji telur gred A (i used 2 yolks)
100g gula halus
250g non dairy whipping cream 

Cara-cara:
  • Cairkan coklat secara double boiler dan ketepikan. 
  • Pukul whipping cream hingga soft peak sahaja. Pastikan whipping cream TIDAK mencapai suhu bilik semasa diputar. Jangan terlebih pukul kerana suhu whipping cream yang semakin menurun, akan menyebabkan  ianya overmixed dan akan menjadi berketul. 
  • Pukul gula dengan butter hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. Masukkan coklat dan kacau sebati.  Akhir sekali masukkan whipping cream dan kacau rata.





MOUSSE COKLAT HITAM
Source: bilachahkedapur.blogspot


100g compund dark chocolate 
150g butter
2 biji telur gred A (i used 2 yolks)
100g gula halus
250g non dairy whipping cream 

Cara penyediaan sama dengan mousse coklat putih.


COKLAT GANACHE

300g dark chocolate, hiris atau parut supaya cepat cair
300g non dairy whipping cream
25g butter

Cara-cara:

  • Masak whipping cream hingga timbul buih-buih kecil. Jangan terlebih panas nanti krim akan split dan grainy. Angkat dari api.
  • Masukkan butter kacau perlahan. 
  • Masukkan chocolate dan kacau hingga tiada lagi ketulan coklat dan coklat telah mencair sepenuhnya. Sejukkan kejap sebelum tuang atas kek.


CARA LAPIS KEK:
  • Potong kek pada 4 lapisan. (kita buat dua buku kek, satu kek potong 3 lapisan total ada 6 lapisan kek, ni kes kek first tu tak puas hati ada part yang tak berapa gebus. dapatlah baki 2 lapisan for mya's tea)
  • Letak sekeping kek atas cake board/plate. Sapukan WHITE chocolate mousse. Letak sekeping kek lagi, sapu CHOCOLATE mousse. Letak lapisan kek yang ke-3, tekan-tekan lembut kek dan sapu baki WHITE chocolate mousse. Letak lapisan kek yang terakhir @ lapisan ke-4. Sapu rata chocolate mousse keseluruhan kek (crumb coat). 
  • Letak kek atas redai, redai tu di alas dengan baking paper/baking tray besar/pinggan besar supaya senang nak kaut baki lelehan ganache yang akan dituang nanti.
  • Tuang ganache yang dah sejuk (kalau masih suam-suam lapisan mousse seluruh kek akan mencair like mine), ratakan dan hias ikut citarasa. Siap! 


p/s: million thanks to Cik Chah sebab sudi kongsi resepi yang simple ni, unfortunately kita tak dapat nak tengok rupa dalaman kek lepas potong atau rasa the whole combination, setakat lick-lick the mousse bowl and rasa lebihan kek (sebab buat adunan untuk mya sekali) ada la. tapi customer cakap sedap. hihi ;)