alhamdulillah..akhirnya dapat jugak merasa makan dessert Pulut Mangga ni...wajib order everytime makan kat restoran Thai...sekali dapat makan bukan setakat merasa, dah macam melantak makan pulut tu cam makan nasi je huahuahua...=D
dah banyak kali beli mangga,konon nak buat pulut mangga tapi tiap kali beli semua selamat dibedal kami 3 beranak...hehe...mya ni x pernah makan mangga, selalu tu mama asyik beli epal, grapes, pear and kdg2 stroberi kalau nampak macam manis tp sebenarnya kat sini pun susah nak dapat stroberi manis kalau bukan musim...anyway, nampak mangga besar ni kat marks n spencer...memang puas hati beb! 2 biji besar ni £3...selalu kedai biasa pun kalau yg elok saiz sederhana dah £1.60 sebiji...mangga kat sini semua import dari negara panas cam Brazil, kalau nak mangga Thai memang x dapek la kan...kalau ada pun dah benyek sebab perjalanan jauh sangat kut! hehe...tapi kan, kalau kat restoran mamak cam yang famous kat Jalan TAR tu, apa ke namanya restoran Insaf kut? diorang memang ada jual mangga sebiji RM15 uols! imported from Pakistan, jenis yang kulit oren2 merah cm ni la...memang juicy dan bersari habis! patut la kaw2 je diorang buat mango lassi...
mangga sedap idaman kalbu...manis, wangi, penuh jus yang bersai....slurppp...dah macam orang mengidam disorongkan pinggan si mak budak ni dapat makan pulut mangga hehehe...
resepi pulak dapat dari dapurkakjee.com, paling simple setakat ni...sebab bila cari2 resepi cara nak masak pulut tu semua kata kena rendam pulut sampai semalaman! paling kejap pun at least kena rendam 2 jam...dengan zaman yang semakin pantas ni macam x relevan je nak masak pun kena tunggu semalaman kan? kehkehkeh...masa tu dalam hati dah berkata 'ala...org nak makan sekarang la bukan esokk...huhu...' and then wallah! jumpa resepi simple ni, korang yang seumur hidup x pernah masak pulut like moi pun sure boleh buat punya..sebab guna rice cooker aje hehe..simple kan?
dah puas bedal pulut dengan mangga ni tukar pulak makan dengan serunding...layan woooo...nasib baik x sakit perut makan pulut banyak sangat =P
PULUT MANGGA
Source: dapurkakjee.com
Untuk Pulut:
Cuci beras pulut macam biasa nak masak nasi,amaun tu ikut suka nak banyak mana. masukkan dalam periuk nasi dan letak air dalam 1/2 ke 1 inci**, boleh jugak letakkan 2-3 sudu santan pekat (ikut taste masing2 nak pulut tu lemak macam mana) dan letakkan garam secukup rasa. Masak dalam periuk sampai masak, dah masak baru kais2 kan pulut dengan garpu.
Untuk Kuah:
1/2 cawan santan
1 sudu besar tepung jagung bancuh dengan 1/2 cawan air
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
sehelai daun pandai, simpulkan - yang ni i tambah sendiri
Masak semua bahan kuah di atas dengan api sederhana, sentiasa kacau supaya tepung jagug tak bergentel. Kacau sampai pekat dan tambah gula atau garam jika perlu.
Hidangkan pulut, hirisan mangga dan curahkan kuah pekat lemak manis diatasnya. Sedap di makan ketika sejuk. senangkan?
**Nota: Pulut tu i letak air agak2 1 inci atas beras, tapi terlembik sikit but still sedap..so pandai2 la agak air tu banyak mana ye...mungkin bergantung pada jenis beras pulut jugak kan =)
3 comments:
This is my hubby favorite, must make for him one day. Thanks for sharing .
me too! normally i will order 2 plates of pulut mangga if we go to thai restaurant just for myself!
but normally they served it with too little milky coconut white sauce to go with pulut and mangoes portion, sangat kedekut! lucky that i know how to make this now ;P
aku pon tgh mengidam mangga ni..mangga lain aku x layan,cuma mau harum manis..mangga kacukan siam tu..gemok2 gebu2..sedap mkn dgn pulut.very pemes d perlis.skrg tgh musim.sekilo rm14..nasib la org tua aku layan selera cucu dia, sekotak dia pos.puas hati.huhu.
Post a Comment