Showing posts with label menu iftar. Show all posts
Showing posts with label menu iftar. Show all posts

Friday, 3 August 2012

Iftar 2012 - Tetamu di 13 Ramadhan

salam 15 Ramadhan =)

hoih...seperti yg di duga first week puasa mmg rajin snap itu ini gambo masakan..lepas tu...heh heh heh...
bz meh...ada pergi buka rumah membe, pastu si mya ni suka nau dah tido terbangun balik..haih. tak sempat nak main tenet tau....ni pun si kenit dok atas riba mama, dah tido pastu elok kita br pas isyak dia bangun cari mama, siap mata bulat ajak borak2 pasal kawan2 dia huhu...

btw, 2 hari lepas ajak Nurul and family berbuka...moh layan, jgn tenung lama2 pulak ;P

sagu gula melaka

Nurul bawak kuih lapis retro, me buat popia ayam

set Nasi Hujan Panas; Udang Sweet Sour, Ayam Goreng Tepung....

.....dan star kita pada hari ini adalah Kambing Masak Hitam...vavavava...! sedap melampau kut? haha matikla sendiri masak sendiri puji...eh tapi serius ni cuba la kawan2, sesuai sangat masak hari raya nanti...tentiu la cik lurpak selaku die-hard-fan kambing yg telah berjaya memengaruhi gue ;)

mens yg dah tak larat nak menyumbat


tak tido malam si mya menunggu bff dia kakak Sarah and Syahmi, sebelm tidur dah cakap,' Mama, u know...tomorrow is very exciting, because my friends is comingg!! yeayy!' celik mata dah tanya sampai la ke pukul 9 malam...huhu...sampai nak tertido atas sofa...kasihan anakku takde kawan.

muka budak tak bagi kawan balik rumah


adoiii...lemau sungguh rasa...sebab waktu tido dah tak betul, sgt loser ku rasakan....mya ni kalau dah terbangun confirm pukul 2 pagi kang barutertido...asyik cakap hot hot hot....sampai tido kena bukak tingkap, kita yang kesejukkan...over ok? tapi mmg berpeluh peluh pun rambut dengan badan dia, pelik betul...kut balik msia nanti pastu xde elektrik tak boleh bukak aircond rasain lah kamu mya oi....

dah tido lambat, pastu bangun subuh, pastu tido balik, pastu terjaga2 sebab bising bunyi burung berkicauan di dinihari (dah kata tingkap bukak kan harus sound effect bagus jelas lagi nyata), pastu terkelip2 tak boleh tidur, last2 terjaga dah dekat kul 12...ambik kau....loser.

mama pun sama, rasain lah kamu balik keje esok kena bangun pagi ;P


Friday, 27 July 2012

Iftar 2012; Day 7 - Menu takde idea

pejam celik pejam celik dah seminggu weolls di aberdeen ni berpuasa. rasa cam dah lama ber'diet' tapi hari2 mengadap cermin dok complaint 'papa...asal ni rasa cam dah lama mama lapar tau tp tak kurus ponnnnn.........'

heh. camno nak kurus kalau menu harian wajib ada dessert manis2 pakai santan sume kan ;P

semalam hari ke-7 berpuasa, sangat takde idea nak masak apa. tak tau nak makan apa pun ye gak..last2 buat nasi goreng kampung je la...mi amor pun ckp tak payah la masak beria, nanti tak habis jugak...kalau masak simple dan sedikit at least byk lagi ruang kt perut dia nak menyumbat makanan lain cam teringin megi ke apa hehe...

memang pun, hari tu buat beriani pun banyak yg terbuang...nasi goreng ni pun tak habis uoll..ish ish ish...

 buah melaka lagi..oppps..sori lah ye ni memang kuih kegemaran kita...burger malaysia tu request ya kanda, dia ckp buat seketul dua dah la...haih, camno tu....malas nak halfkan resepi sebab nanti ada balance yis, kita selalu buat satu adunan tu hambun ke satu sachet yis senang tak yah nak simpan2...dapat 10 ketul koo...tapi xpe kita delivery sampai ke sekolah Thirah, weolls ni selalu petang2 mesti nak merayau habiskan masa...lamo bona nak dapek makan wuwuwu...


set nasi goreng kampung dengan ayam goreng tepung kentucky plus keropok udang thai...happy sangat sebab keropok ni sebijik cam yg dpt compliment crackers basket masa makan kat kedai thai the other day, suppose satu meja dapat satu bakul je tp sebab waiter tu dah biasa dengan hubby siap borak2 ckp melayu so dapat la buat muka kesian mintak dia topup keropok...

adoiiii...cedapnye keropok tuu...caiyok caiyok...skang dah 6pm, only 3 1/2 hours to go. =)

Thursday, 26 July 2012

Iftar 2012: Day 6 - Menu ringkas tetap terbaik =)



ayam masak gulai darat; ya kanda i ni kecik2 pernah duduk kelate so sekali sekala tu datang la angin pantai timur dia request makanan kelate...mesti nak manis2 gitu. eh kalau gitu i kena pandai masak lauk semua negeri la kut sebab dia pernah gak duduk Johor, Pahang dengan Nogori..pengsannn!


sambal kering; suppose ada tauhu and tempe but na ado, yg den ado terung, kentang dengan ikan bilis so campak kan aje sudah...kita yang buat dia kan...


menu hari ni serba ringkas dan mudah, cup cap je dah siap...pukul 3 ptg dah siap masak gulai dengan sambal kering ni..haha gilo bosan la tu awal2 dah masak, still got 7 hours to go kut cik kak oi.;P

pastu bosan kuar carik Peppa Pig puzzle for Mya, sebab seperti yang dijanjikan mama kalau Mya not use tintin (puting) for 3 nights in a row mama buy new peppa puzzle...hoih berjaya jugak kau ye nak? syabas syabas....cam ni la cinonet mama hehe...

agak susah gak la nak suruh dia buang tintin dia tu...sedih gile tengok muka sedih merayu-rayu dengan tak boleh tidurnya...macam2 rasuah kena bagi hehe...skittles la apa la...

memang la siang2 dia tak pakai tp nak tidur harus ada..sementara mama belum keje ni la masa sesuai nak buang tintin tu ye tak...lega bila dah tak pakai tintin ni; nappy free and toilet trained-checked!; tintin free-checked! =D

puzzle idaman as reward ;)


mya mya...macam la xde kartun lain kau nak suka kan? si oink oink peppa ni gak yg dia minat...dah duduk sini beb camne kita nak control pengaruh rakan sebaya, lagi la pulak budak kecik setakat explain ham dengan gelatin tu not halal dia paham la tapi masuk bab kartun cam tak boleh terima kut kalau mama tak bagi tengok...

bila berborak dengan other mummies like Nurul and Thirah pun semua cakap benda yang sama, as long as the storyline is good, tunjuk contoh yang baik macam main sama2 and sharing dengan siblings and kawan2, banyak guna phrase 'please', 'excuse me', 'sorry' dengan 'thank you' so fine la...harap2 nanti dia bertukar suka kat kartun lain la pasni as usual...aminn...

entah pape je, title berkisar makanan ending cakap pasal tintin dan peppa ;P



Tuesday, 24 July 2012

Iftar 2012: Day 5 - Set Beriani ada berann??


 set Nasi Beriani Ayam, Ayam Goreng ala rempah tak rempah, Dalca Sayur, Acar Mentah and papadom.

hari ni ya kanda order nasi beriani lah pulok...nak sonang pakai je rempah beriani jenama Shan ni ha, so far dah try yang Pilau Beriani dengan Malay Chicken Beriani...perghh...dua2 pedas berapi tapi sedap nak lagi, pilau a bit milder la of course.. make sure kalau guna pakai 2 sudu besar maximum utk 3-4 cawan beras...rasanya macam ada ternampak jenama ni kt Carrefour Alamanda ke Giant Bangi ke mana ntah, cer try cari ek...sebab area2 sekeliling Bangi/Kajang/Putrajaya tu pun cam dah rama middle-eastern kan, so barang Pakistan/Arab ni dah macam ada satu ruang khas kt supermarket.


kotak dia camni ye..sape yg teringin tu boleh la try cari 


ya kanda juga ordar kuih Cucur Badak, buatnya sikit je dapat la 8 ketui besar gedabak..


hihi sebab tgn ni pengkau tak pandai nak buat comel comel sebab susah nak balut inti...sorang makan seketui ada lagi balance 6 ketui huhu..sedih je sebab tak habis, nak buat leceh la jugak kan...ponek mengacau inti sampai kering sambil bersilat masak nasi bagai....time ni la rasa nak bukak order, agak2 nak buat kuih gebang kt fb sapa nak so senang buat sekali harung takde la membaziaq...aci tak? ;P

macam ni lah uolls bila dah duduk tempat org, bak kata cik lurpak kita yang tgh berjuang tu nak tak nak kau jugak yg kena masak, kut malas tak makan la anak beranak....mana la ada bazar2 dengan limpahan makanan disan sini kt UK ni kan.

kenangan berpuasa ditempat orang, kena pulak tang summer memang la takkan dilupakan ;)

macam mana menahan diri dengan lapar dan dahaga tu one thing la kan, nasib baik la cuaca tak panas extreme ke apa...tapi bab berjauhan, rindu nak berbuka dan bersahur dengan family, pergi solat terawikh, gaduh kt meja makan saling menyalahkan tadi sape yg tamak beli kuih berlebih2 kat param pastu tak makan, meredah panas merayau shopping baju raya sambil semua kedai pakat bukak lagu raya riang ria...huhu...sedih siott =(

tapi sebab dah kena duduk sendiri ni la tiba2 kena buat2 handal memasak itu ini...ada hikmahnya jugak, seumur hidup buat nasi lemak kat bumi Aberdeen ni la...huhu...lagi la bulan2 pose ni kan, tu yang gigih nak jugak ambik gambar lepas dah siap hidang sume...buat kenangan....esok2 bila tengok balik baru la teringat eh eh bila masa pulak aku pandai buat kuih ni ek? haha selama ni sampai masa minum petang je yang tau amik kunci keta start enjin then merayau cari makcik kuih kan =)


Wednesday, 10 August 2011

Iftar Day 9; eksperimen Kuih Seri Muka microwave

haha. ketinggalan sungguh...orang lain ramai dah cuba buat kuih2 talam cenggini guna microwave...kan cik lurpak kan, kan? =P

biasalah bila bulan puasa cam ni semua pun teringin...akak memang sokaa sangat2 kuih orang lama cam ni dik nonn...paling feveret talam keladi kaler purple tu, fuhhh...sodap! nasib baik la x jumpa keladi kat sini kalau tak lama dah jadi bahan eksperimen jugak...tapi paling suka yang jenis cam pengat2 or pakai kuah santan dgn gula melaka cam puteri mandi, sagu gule melaka, bubur kacang hijau durian, bubur pulut hitam...kalau terbau mil buat bubur kacang hijau durian terus jadi buruk perangai, orang tengah dok kacau2 bubur tu lagi tetibe muncul bawak mangkuk wakakaka...

aih, melalut la pulak....cakap pasal makanan memang mudah hanyut syok sendiri tau....

anyway, seri muka ni nak buat sonang yo rupanya...kalau kt msia nun jangan harap la nak datang minat dan semangat nak buat kuih2 talam ni kan? boli yo sonang kojo hehe...dah duduk sendiri2 kat tempat orang ni baru la hegeh2 nak belajar buat...first time ni wooo....

tanya mi amor dulu, minat seri muka tak? muka konpius2;

'oh seri muka tu yang lapis hijau dgn pulut tu eh? nak nak tapi tang hijau tu kasi lebih eh yang pulut tu kalau sikit pun xpe...pastu nak potong2 empat segi tau cam jual kat kedai tuh...'

wah wah wah...bini sendiri yang buat boleh la kan nak order macam2 potong empat segi la kasi hijau lebih la, cuba try beli kat pasar malam;
'makcik, kasi seri muka hijau lebih satu! bentuk empat segi ye tak nak bentuk lain'

agak2 kena baling tak dengan loyang kuih tu ek? eh budak ko nak buat sendirik la!! ;P


masak dalam bekas ni je uols, pulut tu masak asing dulu dengan garam and santan guna microwave juga..dah masak baru tekan2 dalam bekas then curah adunan hijau yang dah dimasak likat, cover loosely dengan penutup then masuk micowave lagi..kena stop kejap2 every 1-2 minutes utk check kut kang membuak2 kuih korang sebab panas sangat


dah potong kasi posing jap buat tatapan para pedestrian di luar sanun hihi

the verdict? ok jer rasa..sodap! cuma mi amor komen yang hijau tu kurang lembik la..la pulak...i dah kerut2 buat muka what's-with-you-and-the-green-thing haha...kita punya la dok tambah masa dalam microwave tak nak kasi lembik so that senang nak potong cantik rupanya dia nak yang lembik2 daaa....hehe...macam-macam...

juadah lain - cucur udang, konon nak ulang kegemilangan cucur udang sedap giler buat last friday tapi x sama la dik non sebab taugeh nan ado...semangat ni siap buat kuah asam pedas sebab nak dip dip dip dengan ini cucur...i memang pelik, suka cicah cucur dengan asam pedas, very the mahvelous you!!


presenting, clams masak serai sedap giler dapat hirup kuah slurrp slurrpp...minggu lepas dah tema ayam daging, minggu ni hadap la korang tengok menu seafood kitorang ek..hehe...semalam pergi beli ikan wallaweh dia ada clams la..! excited gile koo..selalu tu pergi x pernah terserempak pun dengan clams tauu...


the spread - ikan bream sweet sour yang belum bersiraman (separuh je sebab tang ekor dah selamat mya makan lunch), clams masak serai, mi amor mintak nasi kuning, ada sampingan udang dengan daging goreng kunyit, cucur udang, and seri muka..alhamdulillah meriah! (^_^)


Friday, 5 August 2011

Iftar Day 4; 16 days to go...


Menu simple berbuka hari keempat semalam;

buah melaka, kurma ayam, sambal dan ulam courgette, sayur kacang goreng, and tak ketinggalan strawberry mya ada menyelit dan kuih siput sebagai kudapan selepas berbuka


Buah Melaka Perantau - inspirasi dari cik lurpak yg ada citer ok jeww buah melaka pakai dessicated coconut yo! tapi i punya la tak nak rasa kelapa tu garing sangat siap bagi dia sauna dalam periuk nasi panas lagi hehe...mya sangat amazed tengok mama golek2 small green balls dalam kelapa...suka jugak dia makan tapi biji yang kedua tu mintak mama take off the white thing and also the brown one...baik mama golek2 tepung je kalau gitu...oh, she's soooo into green food; lagi suka pandan cake dari chocolate cake, in fact memang tak suka coklat pun...tp kalau coklat tu kaler pink or putih memang suka..


ada orang kata sambal gesek, kalau orang jawa panggil sambal lote cuma yg bezanya gaya jawa pakai cili kering...apa2 je la, yang penting sambal ni cicah dengan timun or courgette memang syiok buat penambah selera


simple aje uolss...lepas buka tu ada org request lempeng so melempeng lah kita cicah sambal bilis balance semalam....hari2 pun fening lah fening nak fikir menu berbuka ni....masak simple yang cinonet tu pun tak habis tau...hubby pun cakap udoh2 le tu tak yah dok tambah2 dah jangan membazir hehe...dia masa 1st day tu konon lepas buka nanti nak makan sandwich sardin, poyo je i dah prepare sardin sume last2 tak pandang pun...astaga..punyala takut lapar lagi ish ish ish...last2 jadi karipap sardin je inti tu hehe...

so lesson learned jangan membazir...so far takde lagi plan iftar beramai2...masing2 pun sibuk and masih awal lagi kan...masyarakat Melayu kat Aberdeen ni takde la ramai sangat, but quite close la especially us families...dengan student tu kureng sikit sebab jarang jumpa...rasanya student pun dah ramai yang grad tahun ni..

16 days to go nak naik katube weh! yippieee! =D