Showing posts with label raya mood. Show all posts
Showing posts with label raya mood. Show all posts

Wednesday, 24 July 2013

knock knock knock!

ASSALAMUALAIKUMMMM....! (^_^)

ada rumah ke tak ni? cam berhabuk je blog ni kan...fuhh fuhhh..kasi tiup sket sampah sampah ni hehe..

lama nye tak update blog, al maklumlah pemalas...haha amik ko terus terang je ;P

hari keje kalau ada masa free dok shopping online je, memang rasa malassss sgt nak update. ye, saya dilanda wabak online shopping setelah pulang ke tanah air. bila hujung bulan duit dah kering baru teringat nak kira balik baper helai shawl and baju yg dah terbeli, ada satu bulan tu total beli 7 shawl! TU-JUH! wuuwuu...kronik je rasa...tp bila tgk membe2 lain ada je yg lagi teruk so sedapp sket ati ni..kira kita masih normal la...haha boleh?
trip to Kidzania sempena besday mya last November :)

cuti-cuti balik kampung aberdeen..mya dah tak tahan sejuk dahhhh..over sangat siap nak pakai glove

teringin meroti, 90 minutes cinnamon roll...serius sedappppp sangat!

first time main bowling

cuti-cuti sempena belated besday nenek ke Melaka, objektif naik beca accomplished. total kos untuk beca sahaja RM120 for 2 hari...perghhh...takpe la.. demi untuk menyokong industri pelancongan tempatan dan juga memperkenalkan sejarah kita kpd pelancong kenit dari scotland ni ku gagah kan juaa...

haha kelakar sgt masa ni, senyappp je takde membebel ingat tengah buat apa..rupa rupanya... =)



there are a lot going on since my last post, pengalaman tinggal berdua bila nenek, uncle and achu pergi umrah kami menumpang kasih ke rumah lain, lepas tu turn nek mun and atuk pulak pergi umrah, sukan sekolah mya, kejadian doktor mengong yg diagnose mya muntah darah sebab kena denggi membuatkan papa terbang pulang serta merta (which at the end, i dont think i was denggi buat gabra je), then kami pergi bercuti balik kampung aberdeen, rentetan dari cuti setelah berbincang kami decide to apply another unpaid leave immediately, then come mya's first choral speaking, and now its ramadhan...banyak sebenarnya benda nk citer buat kenangan kt sini...tp saya sangat letih (dan very the lazy)...alternate weekend akan balik seremban, kalau minggu yg stay di bangi akan merayap bawak nene jenjalan bersuka ria cari makan sedap-sedap...

oh my, i am sooo going to miss all the food here lah. :(

fyi, raya ke 8 insya Allah kami akan terbang kembali merantau teman papa yg selama 10 bulan bersendirian di tempat orang.

alhamdulillah, permohonan untuk cuti unpaid diluluskan akhirnya, despite hanky panky here and there. deep inside harusla sedih uolls, nak tinggalkan keluarga, mak bapak yg makin tua, kawan-kawan, kerja and most of all the FOOD.

sedih jugak sebab memikirkan pasal kerja ku, my batch semua dah naik mencanak kut...sob sob...takpe la, niat untuk jaga family dan nak berada di samping suami kan..insya Allah ok ok aja...

some people really thinks that living abroad tu macam bessstttt giler, and ada je yg very insensitive i tell you cakap seolah-olah kita ni selfish untuk tinggalkan family and duduk sana senang lenang, in other way kalau apa2 jadi kat mak ko senang la ko ek, sebab ko jauh.

takpun, asal tak cari keje kt sini je ek? duk sana lama2 buat hape.

gituuu...cili mulut baru tau. mengong sangat. orang lain lagi berlumba-lumba nak cari peluang dan pengalaman kt tempat orang. bukan senang orang luar nak terima kita yg bangsa Melayu, grad local univ kerja dgn diorg, betul tak? walaupun dah kebal and boleh buat bodoh dgn cakap2 sumbang tu tp terasa gak kadang2, especially bila melibatkan family.

harap sangat, Tuhan permudahkan jalan kami...
lindungi kami sekeluarga di tempat orang dan tetapkan iman kami..

harap sangat jugak, Tuhan lindungi orang-orang yang kami sayang kat sini...
ya Allah, perkara yang paling takut is jangan la jadi apa-apa musibah sepanjang kitorang takde..huhu...

erk. sebak la pulak. 

anyway, dah 15 ramadhan ni korang dah start baking baking lom? as for me kena pulun habis2 sebelum my sugar daddy balik next week...weehooooo...


 raya cookies frenzy is on baby! lets go baking! mya dan smarties cookiesnya


chocolate chip cookies yang sangat rangup, thanks to emplex. 
kt uk mana nak cari bahan2 tambahan cam ni wehh...hehehe...



ada lagi dah buat cornflakes cookies dengan butter cookies yang sangat melt in your mouth dan lemak gitu...

lets enjoy puas-puas ye, spend time dengan family, endless trip to baking shop, balun shopping shawl habis habisan, try resepi sana sini utk raya..esok esok dah balik sana termenung melopong  la jawabnya *note to self*

Saturday, 18 August 2012

my undomestic goddes raya to-to list

Menu Raya:
Nasi Himpit, Rendang Daging, Kuah Kacang, Kuah Lodeh, Kambing Masak Hitam, Set Soto, Karipap Sardin, Kek Buah, Pandan Layered Cake, Biskut Sarang Semut and Popia Simpul for kuih raya 2012.

Sabtu:
1. goreng kacang
2. siapkan kek
3. buat bergedil, tengah buat
4. rendang daging, in process
5. goreng ayam, in process
6. rebus nasi himpit
7. lomang, bako! bako! bako!, separa siap
8.  sambal kicap
9. karipap sardin
10. prepare bahan untuk kuah lodeh
11. kambing masak hitam
12. kuah kacang

pagi raya:
1. sup soto
2. kuah lodeh
3. goreng karipap
4. goreng bergedil

err...macam cita cita tinggi sangat je menu ni kan? oh mungkinkan tercapai? gulp. now dah 1.30pm, nasi himpit pun tak rebus lagi. tsk. nasib baik dapat idea bernas dari Cik Lurpak pakai nasi segera asda je hehe...

untuk jadikan nasi rebus 20 minit, utk jadikan ketupat kena rebus 1 jam gitu...katanya...


note to self: GOOD LUCK! =P

Friday, 27 July 2012

my raya parcel


got samping for papa, baju kurung, dress and kasut comel for mya


thank you nenek! so cute like smarties kan? nenek baru balik shopping kat Vietnam...tau tau je la kan tempat murah cam tu dengan penuh kain baju cotton bagai,sorgaaa kut kalau nak shopping raya sume...sampai gak kau kat UK ek kasut?


yg ni baju raya mya, order baju kurung cotton for kids online aje, highly recommended! kain selesa, jahitan kemas dan ukuran tepat macam yang diberikan...utk raya dah closed order tapi maybe boleh tengaok2 mana tau nak tempah untuk masa2 akan datang...kita bagi order betul2 tengah nak tutup tempahan.. phew! after exchanging a few emails tokey kata ok boleh la dia jahitkan...thanks you so much Ina! refer Sabrina Collections for details =)


rindu nak shopping raya kt jalan tar...uwaaaa...saya mahuuuuuuuu!!!

Monday, 21 March 2011

projek menyiput

gaya kepochi macam makcik jual kerepek kat pasar..mai2 adik kakok...

tiba2 teringin nak makan kuih siput...memandangkan mak dah pos acuan hari tu apa lagi kan, jom menyiput! hehe...

mak dah pesan kalau buat tu jangan banyak2 sangat, nanti nak termuntah habiskan gentel tu berjam2 pun tak habis...omg, so true ok! memang agak psycho tau sebab doh tu besar, kena cubit kecik2 je then tenyeh kat acuan...kalau ikutkan hati memang i buat je siput saiz gaban XXL tapi nanti bahagian dalam dia tak masak pulak, sia2 je usaha gigih menyiput kalau hasil tak sedap kan?

nasib baik buat setengah adunan je, pheww! tapi hasil tak berapa banyak, dapat la satu botol setengah tu ha...memang betul la kuih ni psycho beb, nak buat leceh, hasil tak banyak lepas tu bila makan tak boleh berhenti...wakakaka... =D



hamik ko, kedekut tau budak kecik ni sekarang semua benda tak share dgn org

resepi i amik kat My Resepi ok, buat setengah adunan je dalam 2 cawan tepung, tapi i tambah serbuk kari sikit and daun kari...ikut hasil research marjerin tu yang menentukan kadar kerangupan so pandai2 la adjust ye...senang sangat nak buat leceh je lebih... rasa ok tapi tak berapa rasa sangat la curryness beliau hehehe..ni kata mi amor la, so next time maybe kena lebihkan sikit daun kari and udang kering...baru mahsyuk!

KUIH SIPUT
Source: My Resepi
  • 5 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 50gm margerine
  • 1 s.kecil serbuk jintan manis
  • 1 s.kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu kecil serbuk udang kering
  • 1 sudu kecil garam (ikut rasa)
  • Sedikit serbuk perasa (optional)
  • 3 sudu besar cili boh/serbuk cili - tukar dengan serbuk kari
  • Daung bawang /daun sup (dihiris ) - ganti dengan daun kari gunting2 je
  • Santan secukupnya untuk menguli

Cara-cara

  1. Gaul semua bahan ( kecuali santan ) hingga bercampur semuanya.
  2. Uli dengan santan hingga menjadi doh.
  3. Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.
  4. Bila semua dah digentel, boleh lah goreng hingga garing. -time ni kalau dia melekat2 pun tak pe, slow2 masuk dalam minyak panas nanti ok la tu hehe....