umang aiii...gile berhabuk dah rumah tinggal ni yek hahaha...
ape ke he la malas bebeno nak update blog skang, nak kata ada byk social network xde maknanya, harap fb je noks. org lain dah kemain ig la tweet2 la and now keek i takat ni gak hahaha
sekarang dah lebih kurang 2 bulan mula balik kehidupan di tempat orang, as usual jd tukang termenung dan tukang jaga kt rumah hihi...bosan gile masa mula2 tu, perasaan biasa yg pernah dirasakan bila status bertukar ; berkarier-suri rumah, then tukar balik suri rumah- bekerja pastu la ni tukar balik duduk termenung. rasa cam...loser okeh. mula la syaitan membisikkan kata2 dengki mereka rasa x berguna la apa la...pastu boring and moody. pastu home sick. al maklum biasa pagi2 dah terbiasa selama 8 bulan on the way gi opis singgah beli ns lemak lauk sambal paru or rendang kerang kt uniten kan....ni bangun2 lapar ada roti dgn butter je. mana kenyang weyyyy....hahaha...
nak balikk nak balikkk....haih. kalau la ada rezeki raya tahun depan dpt balik gile lama lagi tu nak dpt berjumpa dgn patin tempoyak. wuwuwwuuuu...see? cmne la x meroyan moody kan? ;P
banyak sgt nak update. citer raya pun nan ado lg kt sini kan?
eh jap? ate dah kenape x leh nak upload gambo kt ipad ni?? grrrr....adoiii bersambung di siaran akan dtg lah nampaknye ye...
ASSALAMUALAIKUMMMM....! (^_^) ada rumah ke tak ni? cam berhabuk je blog ni kan...fuhh fuhhh..kasi tiup sket sampah sampah ni hehe.. lama nye tak update blog, al maklumlah pemalas...haha amik ko terus terang je ;P hari keje kalau ada masa free dok shopping online je, memang rasa malassss sgt nak update. ye, saya dilanda wabak online shopping setelah pulang ke tanah air. bila hujung bulan duit dah kering baru teringat nak kira balik baper helai shawl and baju yg dah terbeli, ada satu bulan tu total beli 7 shawl! TU-JUH! wuuwuu...kronik je rasa...tp bila tgk membe2 lain ada je yg lagi teruk so sedapp sket ati ni..kira kita masih normal la...haha boleh?
trip to Kidzania sempena besday mya last November :)
cuti-cuti balik kampung aberdeen..mya dah tak tahan sejuk dahhhh..over sangat siap nak pakai glove
cuti-cuti sempena belated besday nenek ke Melaka, objektif naik beca accomplished. total kos untuk beca sahaja RM120 for 2 hari...perghhh...takpe la.. demi untuk menyokong industri pelancongan tempatan dan juga memperkenalkan sejarah kita kpd pelancong kenit dari scotland ni ku gagah kan juaa...
haha kelakar sgt masa ni, senyappp je takde membebel ingat tengah buat apa..rupa rupanya... =)
there are a lot going on since my last post, pengalaman tinggal berdua bila nenek, uncle and achu pergi umrah kami menumpang kasih ke rumah lain, lepas tu turn nek mun and atuk pulak pergi umrah, sukan sekolah mya, kejadian doktor mengong yg diagnose mya muntah darah sebab kena denggi membuatkan papa terbang pulang serta merta (which at the end, i dont think i was denggi buat gabra je), then kami pergi bercuti balik kampung aberdeen, rentetan dari cuti setelah berbincang kami decide to apply another unpaid leave immediately, then come mya's first choral speaking, and now its ramadhan...banyak sebenarnya benda nk citer buat kenangan kt sini...tp saya sangat letih (dan very the lazy)...alternate weekend akan balik seremban, kalau minggu yg stay di bangi akan merayap bawak nene jenjalan bersuka ria cari makan sedap-sedap... oh my, i am sooo going to miss all the food here lah. :( fyi, raya ke 8 insya Allah kami akan terbang kembali merantau teman papa yg selama 10 bulan bersendirian di tempat orang. alhamdulillah, permohonan untuk cuti unpaid diluluskan akhirnya, despite hanky panky here and there. deep inside harusla sedih uolls, nak tinggalkan keluarga, mak bapak yg makin tua, kawan-kawan, kerja and most of all the FOOD. sedih jugak sebab memikirkan pasal kerja ku, my batch semua dah naik mencanak kut...sob sob...takpe la, niat untuk jaga family dan nak berada di samping suami kan..insya Allah ok ok aja... some people really thinks that living abroad tu macam bessstttt giler, and ada je yg very insensitive i tell you cakap seolah-olah kita ni selfish untuk tinggalkan family and duduk sana senang lenang, in other way kalau apa2 jadi kat mak ko senang la ko ek, sebab ko jauh. takpun, asal tak cari keje kt sini je ek? duk sana lama2 buat hape. gituuu...cili mulut baru tau. mengong sangat. orang lain lagi berlumba-lumba nak cari peluang dan pengalaman kt tempat orang. bukan senang orang luar nak terima kita yg bangsa Melayu, grad local univ kerja dgn diorg, betul tak? walaupun dah kebal and boleh buat bodoh dgn cakap2 sumbang tu tp terasa gak kadang2, especially bila melibatkan family. harap sangat, Tuhan permudahkan jalan kami... lindungi kami sekeluarga di tempat orang dan tetapkan iman kami.. harap sangat jugak, Tuhan lindungi orang-orang yang kami sayang kat sini... ya Allah, perkara yang paling takut is jangan la jadi apa-apa musibah sepanjang kitorang takde..huhu... erk. sebak la pulak. anyway, dah 15 ramadhan ni korang dah start baking baking lom? as for me kena pulun habis2 sebelum my sugar daddy balik next week...weehooooo...
raya cookies frenzy is on baby! lets go baking! mya dan smarties cookiesnya
chocolate chip cookies yang sangat rangup, thanks to emplex.
kt uk mana nak cari bahan2 tambahan cam ni wehh...hehehe...
ada lagi dah buat cornflakes cookies dengan butter cookies yang sangat melt in your mouth dan lemak gitu...
lets enjoy puas-puas ye, spend time dengan family, endless trip to baking shop, balun shopping shawl habis habisan, try resepi sana sini utk raya..esok esok dah balik sana termenung melopong la jawabnya *note to self*
15 February is the date, OUR date. masa nak set tarikh tu tak terlintas langsung nak dekat dekat valentines day, tolong sket tak kosser nak sambut benda karut cam tu. tapi disebabkan tarikh tu paling sesuai atau in other words paling segera lepas kita abes kursus 6 bulan, hoho gatal nau nak menikah gitew ;P
15 Feb 2013 marked as our 5th anniversary. boleh tak masa sibuk sibuk orang dok kecoh pasal sambutan valentines masa tu jugak terfikir, eh...jap, macam ada kaitan je tarikh ni dalam hidup i? but what was it eh? hamaigod...!!! esok anniversary la der! deym...boleh lak lupa langsung. hampeh punya bini (-_-')
dgn mi amor pun dok buat buat lawak je, eh kitew lupew anniversarey kitew kan..ahahaha. wish bodo bodo i lap u sket sket then buat cam biasa je la. pastu main main je mintak hadiah.
m: ahah, sempena anniversary mama nak beli turntable boleh tak? susah la nak sapu icing..huhu..
p: boli la mama..sukati la nak boli apo bondo eh tu..
m: papa, do you even know what the heck is turntable?
p: ontah.
cis..next time better guna term neverfull ke...damier ebene ke...kan? bukan dia tau pun...haha...
anyway, comes friday and as usual ke alamanda la kitew. kebetulan nak pass kek tu my fren. and ada date dengan kak iza, pelik gak asal tetibe dia ajak lunch. tapi dah dia kata ada keje kt pjaya so kita takde la syak pape.
ghopernyer ada misi mustahil, to deliver nota dan tanda cinta (ewah cam gelis ketiak kejap haha) dari orang jauh di bumi sekotlen. ternganga kejap. jaws dropping, weakening knees, tears about bursting out while trying to pull a brave poker face.
opocot tanjat itew! terkejut gila memang kezutan yang sangat menjadi.
i was soooo soooo soooo.....over the planet. rasa nak terbang dan tu jugak pegi sana. ya allah....kenapa rasa makin sedih ni? bukan ke dapat hadiah apetah lagi surprise macam ni patut lompat lompat kegembiraan??
seriously rasa sangat sedih. terfikir alaaaa...apa papa buat ni, it would be much better kalau setakat wish wish gitu je sebab bila buat surprise macam ni bertambah sedih lagi ada la. i want you! get it?? haha over tau. dah la bersusah payah suruh ka iza cari tulip jugak, nak jugak nak jugak. tulip kt malaysia? mak aiii harga memang tak boleh tahan, cis...bagi kt kita suruh shopping lagi best kan? kalau kt uk tu lain la satu ikat 3-4 pound aje...huhu...
suka sangattt...tapi tak tahan lama la dah kelayuan...
dan saya sangat tak biasa romantika romantika begini, this is soooo not him you know...first time bagi bunga dekat 11 tahun yang lalu kut. and yes, its tulip. beli zaman gonjeng tersangat la mahal kurasakan pada waktu itu walaupun dapat 3 kuntum je hehehe...ahhh...me and him merayau dengan kancil biru, so sweet...teringat pulak kenangan silam aku dan si dia. aww!
kembali ke kisah anniversary tadi. until this day masih lagi trying so hard to enjoy the gift. rasa bersalah sangat. pastu siap tanya, 'ala...mahal sangat la hadiah ni..abes camne nak gi jalan2 spain ni? ni dah bayar lom ni? ish..mama tak biasa la mahal sangat...tahu tak boleh beli tiket balik uk, tahu??'
masa dapat tu muka kelat-kelat terkejut. termenung je dengan muka kosong...kosong...lepas tu tersedar uwaaa...rasa guilty sangat la kak iza..sebabnya...errr..sebab...kita dah swipe kad kredit banyakkk bulan ni...sob sob...
kena gelak lagi ada la. ahahaha tu la lepas ni nak swipe sila fikir fikirkan dulu ye laling...haih sabo je la.
why papa? why did you do this to me? officially
then hari tu jugak secara rasminya buat pertama kalinya masuk kedai pandora tu..melopong la kejap..ooooo ini ke pandora...eh, ramai nya manusia dalam ni..la hai memang tengah 'in' ke sekarang ni aku je yang tak tau...adess ketinggalan sungguh, nak harap beli untuk diri sendiri memang tidak lah ye. mahey beno! (-_-')
depan kak iza dengan dekda the delivery girls memang buat muka stoned je, tapi bila masuk keta dah sorang sorang terus banjir. sebak dan syahdu. sambil call yanti dok nanges nanges..uwaaa..aku tak nak aku tak nak...nak jumpa bukan nak hadiah...sob sob..ntah pape je. happy dapat hadiah tapi sedih, nak tapi tak nak. ish, jiwa kacau sungguh.
lepas tu tiap tiap hari bukak kad ucapan, his words but in kak iza's hand writing. ayat simple tapi sangat menyentuh hati.
thanks so much papa, you know i dont need all this kan? dapat shopping sikit sikit walaupun kena dengar tazkirah nasihat hujung bulan dari papa tu pun dah more than enough. hehe. happy anniversary yang ke 5 tahun sayang, we've been known each other for more than 10 years now. since then, you are the most wonderful thing that ever happen in my life. maafkan mama kalau mama tersilap apa apa ye, mulut ni memang kadang tu ringan je nak menjawab. loyar buruk. just like mya kan? huhu..mama harap papa sentiasa sayang, restu and redha dengan mama ok, i too will always love you. thank you for everything....
balik ofis terus update fb, since that morning dah wish ''you might be the most unromantic husband but to me you are perfect" jadi pembersihan nama dan imej beliau sebagai suami yang manis harus dibuat segera! muahaha...malu seh..
and papa, now i know the difference between not romantic and trying not to be romantic =)
hiks. tajuk tak leh blah. bisneswomen la sangat ;p
baiklah, dah lama bukak order kt fb baru ada masa nak update dlm blog.
untuk mengubat kesepian dan mengisi masa lapang waktu malam lepas mya tido daripada dok ralit main ipad skodeng fv and zalora kita decide nak bukak order membaking, apa lagi kalau bukan Si Baldu Merah.
dah itu yang paling senang kan? so far ok la, alhamdulillah ada la satu minggu tu dpt satu order. tu pun dari close friends macam kawan sekolah and kawan keje. ok la kan. saje memenatkan diri. tujuan utama pun bukan la nak buat bisnes, just nak sibukkan diri dari layan perasaan dan melempiaskan perasaan tak tentu hala dgn online shopping baik kita buat sesuatu. ;)
order dari su, feedbacl sangat memberangsangkan..alhamdulillah =)
birthday hot mama, 4 layer rvc..fuh serik rasa nak buat tinggi-tinggi..dah cucuk tiang konkrit guna straw dlm kek pun goyah goyah gitew..seram gak masa nak usung sana sini..phew!
yeay! surprise birthday party ni tau...best sangat, first time layan seoul garden. balik sume bau daging bakar. ;P
yang ni order dari liza, my ex-staff =)
semua design roses kan? dah macam trademark pulak....ramai yang kenan dengan deko roses ni...as you can see finishing kek ni tak la licin mulus uolls..saya ni home baker je, keroje lak tu..so nak tak nak skill tu ambik masa la nak improve, bila ada order tu al peluang nak praktis...dan dah semestinya tak flawless macam profesional patisserie master ke apa kan...tapi from time to time each order tu kita memang tanya feedback, dan sangat berterima kasih pada my fren Di yang bagi feedback komen membina, thanks so much...kita akan take note semua kekurangan tu ok..
buat masa ni price list adalah seperti berikut:
saiz 6", berat anggaran 1 kg - RM50++
saiz 7", berat anggaran 1.4 kg - RM65++
saiz 8", berat anggaran 1.5-1.7 kg - RM70++
* setiap biji kek ada sebanyak 3 lapisan kek, dibalut frosting cream cheese yang sangat creamy and cheesy
*
harga ni basic ye, bergantung pada deko, kalau banyak guna cream cheese
mungkin mahal sket tapi masih boleh dirunding ikut bajet ;)
gitu ye kawan-kawan...untuk tempahan boleh la email kita, chika_83@hotmail.com. bagi no fon kang susah sebab time ofis takde makna nak pegang fon, sibuks la konon kan.emel insya Allah akan di check sejurus mya tido hehe(padahal malu takut org tanya bbm ke apa ke sebab fon masih lagi nokia cokia ;P)
oh, and please order 3 days in advance ye..supaya saya boleh plan masa membaking di malam hari.
lagi entry terkepam dalm draf. seperti yang dijanjikan, mama buat jugak la majlis kecilan untuk birthday mya bila papa balik. kebetulan flight papa on his birthday, so a week before that buat la makan-makan sikit, for the perasan birthday girl yang setahun entah baper kali nak blow candle and for my hero's birthday. kita just bake the cakes and bakes je. menu simple, beli seafood then bbq sendiri dekat depan rumah. red velvet cake for papa. castle cake for mya. phew! habis bertepung dan melekit dapur nek mun dibuatnya ;P see mya? mama ni janji ditepati tau, penat jugak la jadi arkitek on how to construct and plan the castle structure. hehehe. untuk memudahkan proses dah beli butter cake carrefour and kek yang nak bake to use as base istana tu just pakai tepung premix je. sonang kojo. the night before lepas dah tidurkan mya mula proses mendeko. siangnya dah habis bakar all the cakes, red velvet and one loaf pan size chocolate cake yg pakai premix tu. tak sia-sia juga bermain krim sampai ke tengah malam. tengok cik puan kenit happy bangun pagi castle cake dah siap mama cat, letak tower and tanam bunga menjalar semua puas sangat hati ni rasanya. ;)
simple, made with love, home made castle cake, fit for a princess.
oopss! sorang guard dah tumbang =P
covering pakai non-dairy whipping cream biasa je, titis pewarna merah sikit untuk dapatkan warna pink, pandan paste setitik utk hijau daun then tepek dengan store bought purple flowers tu. ice cream cone salut dengan krim dan tabur dengan gula manik for teh tower. siap!
cousins =)
you're the greatest mi amor!
konon nak try buat chicken pot pit, tapi macam kureng ej the pastry filling pulak termasin...eheh. takpe lepas ni boleh try puff pastry jenama lain pulak. guna yang instant puff pastry aje uols...nak ganti dengan mashed potatoes pun sodap! happy birthday mi amor! nasib baik you suka dengan hadiah i, berani la nak komplen2 kan, harusla suka sebab for the first time in 3 years dapat beli hadiah besday using my own money! wahahaha. kalau tak tu beli hadiah tapi pakai duit yang empunya diri. waddahey! ;P tapikan, orang lain yang punya besday, orang lain yang tiup lilin nyanyi bagai hehe. mya mya...setahun baper kali la nak tiup lilin, pastu cam pelik apesal setiap kali tanya still 4 years old ni? agaknya dia rasa cam dah banyak kali je dapat kek. haha. hmmm. teringat- ingat la pulak. deymmm...baru je kelukaan nak terubat. baik, bawak bawaklah sambung keje, fokus! fokus! caiyok caiyok! pop look pop look! eh? ;P
haih, lama entry ni terperuk dalam draft.
jiwa kacau katanya...
macam mimpi.
macam tu la yg kita rasa skang ni. kejap je dah habis 3 minggu jolly holiday bersama mi amor.
sedih hati toksah cakap la kan, cry me a river baby dah ni. pantang teringat or ternampak apa2yg mengingatkan kita kat dia mmg bergonang. T_T.
masa 3 minggu tu memang rasa happyyyy sangat, dah tu bila kena tinggal balik harus la terjelepok.
macam mimpi je rasanya bila mula2 jumpa duduk kt sebelah, eh selalu dengar suara je.
dup dap tunggu kt erl kalah time bercinta dulu haha.
mya hanya diberitahu papa's coming home pada hari ketibaan, kt carwash tunggu keta yg konon baru lagi still bau kedai tp hanya dimandikan err, once? twice? (alasan tipikal, musim hujannnnn hehe)
mya, guess who's coming today? who mama? i dont know. guess whooooo..... ala mama ni! u tell me la i dont know!!
(hoih garang betul sabaq la sket mesti ikut perangai papa ni ;P) its p.a.p.a, papa is coming home.
terus terdiam, menung kejap then grinning ear to ear.
is it mama??!! papa nak balik? for holiday? papa miss mya ke? nak jumpa mya?
and then mama terus regret for telling her so early. setiap minit tanya, desak come la mama we pick papa up from the airport...why? why we dont have pick up papa at the airport? i want to go there...papa naik train aje? kan papa naik aeroplane from scotland? why train pulak? mya wear dress
ke mama? because papa want to see mya pretty pretty eh? mama come la get down...why wait inside
the car aje..mana train ni...ishhhhhh lama dah mya tunggu!! mamaaaaa.....
nampak papa terus berlari terkam. dah berebut nak peluk papa masing masing. haha
tapi mama still menang, sebab ayat pertama papa cakap is 'sayang mama...' awwww....sila termuntah korang. ;P
plan cuti sgt simple. lagipun i still have to go to work kan, tu pun dah mengelat amik cuti isnin jumaat, thanks to christmas and new year yg jatuh on tuesday. aktiviti padat dengan makan, makan, dan makan. layankan je la orang nak balas dendam kan, asal bawak keta je mata melilau tengok kiri kanan jumpa makanan sedap ke tak.
paling best spend cuti weken before krismas dekat the gardens, shopping after shopping after eating after eating,makan setiap 2 jam sekali kut. melampau tau. pastu penat naik bilik tido. bangun pagi layan mya celup kaki kt pool. mya sgt attach dgn papa, sebak sgt tengok dia happy je main dgn papa, ye la knowing its only for sekejap cuma. ikut papa hantar and amik mama from work, lepas tu bfast lepak mama mkn roti canai, spend time berdua dgn papa layan dia main kat megakidz, mandi dgn papa, golek2 atas katil tickle2. sampai berebut la dgn omak eh, mama this is my papa. what? no ni mama punya, give me! no la mya punya papa! go la mama!
aiyoh poning pala nak layan 2 baby gegurl haha.
hadap la korang kan meluat dgr luahan hati kitew. pedulik la kan.
sapa yg dah kahwin sure faham, cmne la rasa sesak dada tahan sedih bila tak dapat bersama. rasa incomplete, macam tali terputus tergantung kat tengah tengah.
deep inside you know its not right. what the heck are we doing this? come again? future? what
future? arghhhh....! its NOW we're living in, screw the future!!!
ha lebih kurang gitu la bunyi memberontak dalam hati ni. tau dah takde choice, but cant help from feelingso geram, and marah. geram marah kat sape pun tak tau. mungkin marah sebab tau tak boleh marah.
dah seminggu terpisah, tapi rasa macam lamaaaa sangat sob sob...emosi tak stabil, sangat tidak keruan. dah 14 hari masuk ke tahun baru tapi semangat yang hilang masih tak ketemu, dan kredit kad untuk tahun baru pun masih clean and clear. ngehngehngeh...gitu la kelukaan kita uols, drive kereta rasa melayang je tau2 dah sampai. kalau kelaur jalan-jalan tu pandangan seloronggg je (istilah ma kalau budak kecik ngantuk dah 'bodoh' nak tertido) nak shoppong pun takde mood you know???
waahhh...that.is. so. not. me. uols should worried tahu? kehkehkeh.
haihhhhhh...mengeluh lagi. semangat tolongggg datang...
on the day papa balik tu memang dah promise tak nak hantar ke airport. always have the love-hate relationship with airports. yang empunya diri pun tak bagi, sebab nanti sedih sedih dia tak suka.
lagipun trauma dengan last time punya separation, mya meraung bagai nak gila. fuhhh..and i think this time it wil be mama. so there. memang tak nak hantar. kebetulan adam nak balik subang so they just drop mi amor at the airport, buat macam nak hantar gi outstation je.
salam semua orang laju-laju, peluk and tahan air mata terus masuk kereta. terus tayar bergolek. and i was like eh cepatnya jap jap rasa nak lari je tahan peluk kaki. drama? yes. tapi itu la yang saya rasa. mya pun blur, eh why everybody cepat-cepat ni? kenapa mya tak ikut abang adam? why mya tak send papa?
lepas papa pergi me and mya pun terus angkat kaki, nak balik bangi. tak salam pun ma dgn pa terus cabut je. i just can't look at their face. sangat sedih. dan waktu tu hujan sangat lebat. selebat air mata yang berguguran. singgah petonas mya (budak ni pantang nampak petronas, eh petonas! petonas! walaupun kalau dalam perjalanan ke pavilion, petonas dia jgk yg dia teruja) sebab dah janji mama belikan aiskrim.
dalam hujan bawak keta sambil nangis, mya layan aiskrim. lagiiiii la kita sedih, ya ampunnn...kesiannya dia, tak faham apa pun, umpan aiskrim terus senyap. dan takde pun dia tanya why mama cry, elok je makan aiskrim.
habis aiskrim terus cakap,
mama...mya miss papa la..mya nak skype papa boleh?
uwaaaaaa.....jangan la mya..mama dah goyah ni sebab dah nak sampai simpang klia....
kang termasuk simpang kang ranap terus T__T
tabah la hati, kental la diri...jangan la ter'signal' masuk simpang...kalau terjah airport kang sure lagi drama air mata, mya yang dah elok-elok takde pape lain lak citer kan...lagipun bukan boleh masuk harrods pun. eh eh tetibe ek..eheh =P
gitu la uols, ada all the money in the world pun tak guna...dapat permission pegang credit card sendiri tapi orang lain bayar pun rasa tak bermakna, sampai macam tu sekali tau. not even beg ribu-ribu oh my guccik or prado hatta kitchen aid metallic sebijik pun rasa nak campak je...we just want to be together. arghhhh....whyyy whyyyy......ni dah tak dapat pegang, nak peluk, nak cubit cubit baru nak terkilan...
mya kiss kiss pun kat skrin ipad je, then tanya 'papa boleh rasa ke mya kiss?' sedih tak sedih?
kesimpulannya, sape yang agak-agak selalu nak masam muka or gaduh gaduh sayang ke gaduh ganas ke sila appreciate your other half...please eh uols...ahkak jeles ni.
yang separuh diri kita tu la kalau hilangdepan mata baru korang ya ampunnn susahnya nak teruskan hidup, jangan ingat kalau selama ni semua kerja rumah kita yang buat, jaga anak pun kita, yang pergi kerja cari duit hari-hari pun kita tapi kita ingat kalau dia takde kita boleh hidup sendiri. no no no. bila dah macam ni semua tu remeh je. i will be more than happy to do it, seikhlas hati. baru la rasa nikmatnya dapat sediakan makan pakai untuk suami tu macam mana. nak plan menu, amik order nak makan apa. uwaaaaa....rindunya....bila boleh cuti balik ek? terus google pekeliling cuti hahaha.
tapi kita tau, seteruk mana dan walau sesedih mana pun kita rasa, mi amor lagi sedih. dah la duduk sorang. dia sangat malas nak sms bagai, kalau nak cakap call je tapi kalau dah tengah-tengah malam waktu uk sampai sms jiwang hati lara maknanya dia tengah suffer la tu. adoiii sunyinya...kesiannya....elok jejak kaki seminggu terus snow, syahdu tak syahdu? lagi la jiwa melankolik, suasana pulak romantika, perut lapar...sangat mencabar.....
takpe la, semua ni ada hikmahnya kan? weekend ni plan nak balik seremban, tapi rasa kelukaan tu masih ada. sabtu lepas drive mak ke wedding kt sendayan pun dah jiwa kacau balik, sebab macam jalan nak balik sana jewww...haha teruk ok, impak yang sangat besar..sikit lagi dah nak tahap sasau dah ni..kut nampak bumbung rumah entah camne la kan...
my oh my...every time we say good bye i die a little la macam ni.
mode jiwang, layan lagu Cole Porter je skang ni. from one of my fav movie De-Lovely.
kita suka part ni. ish, lagu ni memang best la.
haha lantak la ek tengah merempan jiwa kacau, tetibe ada link lagu sedih bagai ;P
alhamdulillah me and mya dah semakin 'serasi' dengan hidup berdua, with much needed help from endless buying session dan makan sedap of course, dah macam ketagihan membeli pun ada sebab tiada hari yang dilalui tanpa membuat pembelian wakakaka ;P
yes, sila salahkan sedih sebab kanda yang jauh di mata.
it is true you know, rasanya siapa yang pernah lalui cinta antara benua dan duduk terpisah je tahu macam mana rasanya; rasa incomplete, tergantung, sangat tak best nak share something kena tengok jam..alamakkk sana baru kul 4 pagi then by the time dah dapat cakap lupa apa benda yang nak cerita beria tadi huhu...
these are the things yang terasa sedih when our hero is not around:
1. bila pertama kali drive bawak balik kereta baru dari kedai;
perghhh...betapa sayunya Tuhan yang tahu, menangisi nasib yang memang
dah dijangka why??? whyy??? kena duduk jauh2 ni haaaa???? hehe sebenarnya terkeluaq lagu syahdu kat radio, rock kapak yang kitorg selalu melalak sesama kat rumah...that's why lor.. ;P
2. mya demam; akibat baru discover rambutan yang oh so yummy taste like lychee mama!! terus batuk dan suara cekci ala ratu rock cinonet. ya udah di larang tapi dia pandai curi makan senyap-senyap bila mama takde. tetapi deep inside disyaki antara sebab dia demam adalah rindu kepada papa :(
3. nak bertolak balik ke bangi dari seremban sedar-sedar one of the front tyre flat tercucuk paku, terkezut gile okeh sampai terjadi aksi mata ke atas tangan di pipi uols..harus la kan? omaigod omaigod...terus menyesal aduhhh apesal la masa org perodua tu explain mana tayar spare, the tools and what not tergelak2 chumel je..padan muka! luckily my brother in law were there, thanks uncle guax yang gagah menukar tayar kereta mya! =D
4. bila drive berdua; dan tersesat tak tahu di mana (due to the poor signage systems ye, suka kan letak signboard belakang tiang la pokok besar la..pfttt!!) cuaca pulak gelap, hujan lebat dengan petir dan kilat, amazingly mya kat sebelah diammmmm je and tak banyak cakap (which is VERY unusual) seakan faham mama tengah stress.
5. bila drive berdua; dan sebelah tangan pegang stereng, sebelah lagi pok pok mya yang tertido kepenatan kat sebelah.
6. bila drive berdua: sebelah tangan bawak kereta sebelah lagi tahan mya yang tertido kat belakang takut terjatuh time brake mengejut.
7. hari pertama hantar mya sekolah :(
8. mya's 4th Birthday, double triple :( :( :(
being the most over-protective daddy and hubby anyone can ever be, i know its hard for mi amor to adapt as well, lagi la dia duduk seorang, kena uruskan diri sendiri then tak boleh imagine how la mama dengan mya balik kampung berdua, mya kacau while driving or not, can mya cope with her new school, why la the money licin so quickly apo yo la yang diboli dek omak eh (hahaha) and etc etc....
sabarlah sayang, sabarlah hati....even so he'll be home this Sunday for 3 weeks, insya Allah, malam-malam dah start terleleh air mata bila teringat hari yang papa kena balik sana...dah lepas puas berjimba cuti-cuti harus meraung kena tinggal khenn (T__T)
note to self: hargailah pasangan anda selagi berkesempatan, we will never know what will happen in the future, manusia selalu lupa bila kesenangan dan nikmat ada di depan mata dan hanya mula menangisi bila nikmat tu ditarik balik 'pinjamannya'.