Sunday, 5 January 2014

Mya's 5th Birthday (^_^)

Assalamualaikum semua! 
baru nak rajin update dah kemalasan melanda semula hikhok

moh le layan cerita basi ni, citer taun lepas ;P
terperuk dalam draf punya la lamaaa....
hari ni dah masuk besday papa di tahun baru

hari jadi anakanda ku yang tersayang, anugerah pinjaman yang tidak ternilai dari Allah swt
sedar tak sedar dah 5 tahun diberi tanggungjawab dan nikmat jadi parents
suka duka, ups and downs, tersilap decide, tercuai, terleka, unaware semua ada
anak pertama kan, siapa sulung tau la jadi bahan eksperimen mak bapak (angkat tangan!)

anakku yang mama sayang sangat tak tau nak cakap camne,
mya skang dah 5 tahun tau, dah boleh sangat jadi kakak walaupun kedekut tau mama dgn papa mya punya sorang hihi...cakap pasal nak baby mesti mya tu munchung sedepa...tak nakk tak nakkk...apa da...
punya la penakut giler dgn hospital and doctors, 
even tengok drama ada scene orang berbalut patah kaki pun nak nanges
tak bagi mama ada baby sebab nanti painful tummy mama kena cut ...
just so u know, penakut2 tu is sooo mama okey bahaha *jeling papa*

sekarang Mya tengah mood rajin, rajin ngaji, buat homework, buat workbook
bangun pagi cari workbook, balik sekolah bukak je kasut terus bukak homework
alhamdulillah, so far senang sangat nak rutinkan Mya, pendek kata memang beza la dari masa baby dulu
Mya yang baby adalah sangat cengeng okey? hehe. 
tp takpe sebab Nek Mun ckp budak kuat nangis tu pandai, macam papa.
err so i guess sebab tu la mama tak pandai kut?

apa pun, mama and papa sayang Mya sangat2, selalu mama mintak dipanjang umur nak tengok Mya besar.
mohon supaya Allah berikan
Happy 5th Birthday Mya! berangan nak jadi fairy, ok then fairy themed party it is!


party ni buat small scale je, hanya mampu jemput kawan2 Mya yang rapat and yang dia familiar je, sebab? 1. rumah kecik, dan mama tak mampu nak masak banyak to cater semua org, invitation pun only open for mummies and kids je, untuk papa and the geng Uncle Nazli/Anty Nurul bermurah hati offer their cosy pad to entertained the daddies, haha nasib baik kalau tak habisla papa kena duk starbucks or anywhere sampai 3-4 jam ;P
2. atas nasihat dan pengalaman kawan2, its better to focus on entertaining and games bila smale scale party, dan jugak kalau jemput orang ikut selera mama takut Mya yang tak comfortable being around kawan2 dia yang tak familiar, after all, its her day, kan?

sebab tu jugak la menu pun simple2 je, nak fokus pada games and entertainment katanya :)

'bahan hiburan' pertama to keep the kids entertained:


 face painting corner by Anty Uma

then we also had games, simple games je macam pass the parcel, guess how much sweeties in the jar, pick out card then buat ikut arahan dalam kad tu and grab the teddies aka musical chairs, but instead using chairs kita guna teddies :)

berjaya jugak buat diy tutu skirt nih

syahmi the handsome boy


deko yang tak seberapa, number 5 pinata tu diy okey, gigih mengtransformasikan kotak cereal kepada bentuk nombor 5, pastu guna double sided tape, lekat kan tissue paper yang dah keronyok2,  after about 2 weeks dgn kepantasan kura2 and sakit belakang membongkok siap jugekkk...pheww!

oh ye, bunting dengan bunga tisu lekat kt dinding pun diy jugak...ya ampunn...senang sangat nak membuatnya, bottom line is plan awal supaya tak kelam kabut, buat kraf diy ni makan masa jugak uolls...




california rolls, katanya...filling avocado, crabstick dgn salad wrapped with tortilla. rasa agak bland maybe uolls kalau nak buat tambah sos cili or tabasco or apa2 sos yang dirasakan sesuai ye...



Egg Fried Rice, Nutella Sandwich, Nugget and Veggie Spring Rolls, dan juga Spaghetti Olio


Homemade Pizzas by  Anty Nurul :)

Macaron tak berapa nak jadik,   and also Chocolate Cupcakes

Mango, Apple and Blueberry Fruit Salad

Raif yang comels

hadiah pemenang games ;)


simple goodies


ahoy there mateys! Pirate Kieshan
aiyoyo anty uma, how come la u can paint on the face so intricate like this meh?

Anisah, Mya and Mayeesha

Kakak Sarah

Ihsan the big handsome lion


mama gone so kaput la that day, gambar dengan kek pun takde yang semenggah, eh wait! I actualy almost forgot the cake! bahaha so kelam kabut I tell you! padahal malam tu tidur lambat sebab nak siapkan kek dengan deko. kelam kabut giler sebab a day before elok dah plan to-do-list tetibe last minit mi amor order buatkan mihun goreng dgn kek utk dia bwk pergi main bola, untuk farewell Nazli dgn geng main bola. aiyoh...ke laut la jawapnya persiapan ahkak kan, dgn kek tak frost lagi (belum masuk bab buang masa sbb buttercream disaster gile, so revolting in fact), bunting dgn bunga2 tak gantung lagi, meja belum susun and prepare...memang penat gilos tapi bila kakanda dah mintak tu sanggup ke nak cakap tak boleh?? ko sanggup?? bila dia balik tu tengok bekas mihun habis licin dengan muka happy giler terubat rasa lenguh kaki ni weh.

pressies, thanks so much to aunties yang pemurah bawak hadiah macam2 untuk Mya ;)



toadstool cake, deko caca marba tema home made kehkehkeh...dok cari fairy cake toppers punya la mahal sorang princess je £6! gilos...memang tak membantu dalam usaha mama organize party using as minimum amount of money as possible, last2 beli gambar fairy utk buat kad je nih. cantik gak kan..kan..cepat cakap cantik! patah pinggang nak membega kek ni okey...


base-marble cake; bahagian rumah-chocolate cake; rooftop-orange butter cake =)
budak2 berebut ladybug dengan bunga2 je


after all, tertunailah hasrat di hati nak buat proper party untuk Mya, since her 1st birthday lagi teringinnnnn sangat nak organize proper party untuk dia, I mean, 'proper' tu yang involve diy here and there and mama organizing and planning from scratch ye...terasa 'nikmat' jadi party planner uolls...haha...dulu rumah kecik so not so much on the deco part, tak pun buat yang sekali harung lump sum dgn birthday papa and every body else yang birthday october to january kat rumah atuk bila balik msia, kalau buat kt rumah atuk segan lah pulak makcik nak gantung2 deko lelebih ye tak, pastu kt msia memang takde masa nak ber-diy sangat, beli je la...

alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. terima kasih pada semua 

anyway, tutu skirt tu tersangatlah senang nak membuatnya, tissue paper flower tu pun senang gilers.
search aje 'diy no sew tutu skirt', kat msia lagi la murah kut kos nak beli kain tulle tu, kalau net biasa pun ok je, pastu beli 2-3 kaler matching2 and voila! untuk Mya punya ni pakai dekat 20 meter tulle jugak la, usah ditanya kosnya dong sebab dalam pounds, pejam mata je la mak incik haha...

bawah ni contoh video buat tutu skirt dgn tissue flower okey :)



Thursday, 14 November 2013

my French Macaron journey, and the inspiration behind it (^_^)

le Macaron.



kenangan entah kali ke 3 dengan kali ke 4 buat kut, out of entire batch tu yang ada rupa sebanyak atas piring tu je la haha sedehhhh... ;P tapiii...shell chocolate tu addictive woi sangat sedap dikunyah begitu sahaja


*sigh*

macam susah je, macam leceh je...haha nak jugekk ber'macam..macam..' mula tu ingat kan apa ke benda la macam comel macam kiut ni...rupanya wabak video baru, almaklumlah duk benua lain lambat sikit nak catch up naik ketapi ;P

anyway, macaron.

dulu memang tak suka pun nak makan, tapi anak bertuah saya ni la suka bebeno.

dia memang. benda kiut, colorful, pastu manis harus la suka. semua orang tau la kut bila cakap pasal macarn je seram sejuk nak buat. memang leceh. they are really cerewet, finicky little cutie.

lepas tu siap challenge mama lagi;

mama....buat la macaron lagiii...mya sukeee....seddapp sangat!
mama dah buat la mya tapi tak jadii....huhu...
mama, take ipad...kan? mama bukak la video dekat youtube tu..then mama learn la dengan anty tu. learn sampai pandai okey mama?

erk. betul jugak tu kan. awat la mama ni sengal sangat ek? tak terfikir lak nak belajar betul2 dengan acik youtube (-_-')

lantas dengan papa yang out of town ada course kat London for 3 days, terus ting! datang idea nak spend masa lapang yang tak payah masak dengan register kelas macaron one-to-one dengan acik youtube.

semangat prepare bahan sume. papa belum masuk teksi dah kuarkan bahan. teksi gerak je terus trrrrrrr....on mixer membancuh. haha macam tu la penangan ketagihan macaron ni, berhantu sungguh. malam sebelum tu siap bersengkang mata stadi banyak2 video tau. tengah tido mimpi pun nampak gula dengan almond. ;P

untuk kelas pertama;
guna resepi Beth's Foolproof Macaron, full recipe kena klik 'Show More' dekat 'About' okey.


hasil eksperimen adalah seperti berikut:
rupa ada tapi tak perfect, sebab batter agak kering, dry ingredients punya sukatan sangat banyak okeh. 2 cawan icing sugar kau...pastu telur putih 2 biji, ahkak pulak main ambik je telur tak check saiz large ke free range punya. rasakan la sampai lenguh nak mengacau sebab berat. kesimpulannya, secara teori mungkin tak jadi sebab pakai telur saiz medium, plus suhu oven yang tinggi. tapi nak try pakai telur besar with the same recipe dah tak boleh sebab icing sugar dah nak habis. so kita teruskan uji kaji dengan resepi ke-2 okey.

sangat tak cantik, naik menggelembung and over baked.

kelas kedua dengan acik youtube and resepi baru:
kali ni guna resepi lain, as noted below from yumsugar.com. kali ni guna egg whites from large eggs, tak sempat nak aged ka putih telur tu pun, habis cuci mixing bowl from the first batch terus start resepi ni, again suka sebab pakai sukatan cawan. dasarrrr...hahaha...

hasilnyaa....

the moment where saya terjoget2

sekarang cuaca sangat sejuk, walaupun sejuk kering tapi kalau nak bukak tingkap untuk salai cik macs ni mau beku dengan tuan dia sekali. so beginilah ye panaskan oven kejap, tutup thenletak di jemuran cam ni.


esok bangun pagi terus mula projek lagi, 3rd batch guna resepi yang sama (^_^)

this time buat a hint of yellow for lemon curd macaron. err...nak cakap guna coloring apa untuk dapat kaler kuning cair tu pun sogan, pendek kata kalau org french tau ni mau amukan, offended terus bahaha..dah itu je yang den ado dik non..belasahhh...


still sukses! yeayy...suka suka..

ada a few steps yang penting to get perfect tau, the meringue and proses kacau batter to get the right consistency (macaronage - you just have to know when to stop beating), then the drying process and finally suhu oven aka the baking.

for the first two key points above, I found another video that can be helpful =)

check it out okeh, how stiff to beat the egg whites and the perfect consistency for the batter. dah la suara comel. bukti kalau takde gadget or flashy mixer bukan alasan untuk tidak membaking sebab adik suara comel ni pakai hand whisk old skool je ;)


once you got the hang of it, given trusted recipes and reliable oven, insya Allah jadi.

and mannn, it is addictive to bake this thing! ketagihan makin menebal the moment macaron menjadi dengan comelnya, terjoget-joget sengsorang tak sedar jiran ada kat luar, which happen memang kenal sebab anak dia satu sekolah dengan mya. cis..nasib baik ko jiran jauh sikit.

ah lantak, macaron dah jadi! yippiee!!

but harus diingat, with macaron beginners luck is almost impossible. it took me about 6 to 7 attempts (first time buat kt msia failed miserably, buat kelam kabut and nak cepat) to get it right. pastu bila buat tak jadi bukan nak buat notes ke apa kan. merasa la kau membazir ground almond dengan icing sugar. nasib baik la ground almond tu tak mahal kat sini, kalau kt msia tu tercekik gak la nak bayau...
bila tak jadi lagi la sakit hati kan.

kadang tu batter consistency dah okey, tapi suhu oven lak buat hal. ikut jenis oven masing-masing la kan, with mine guna suhu 140C around 14-16 minutes baking will be perfect.

kesimpulannya, kena rajin buat research and tengok vidoe kat youtube.
although you might end up feeling more confuse lepas dah baca banyak2 resepi. confusing confusing...



 
but when you get right, its worth it kan? Lemon Curd and Raspberry Macaron =)


sumber inspirasi mama untuk bermacaron, tapi dia cakap lepas ni mama have to go to the baking shop, to learn some more. haiya this cinonet customer ah....



NOTA PENTING:
1. use LARGE EGGS with this recipe okey dahlings, it work for me and trust me you dont want to end up with dry mixture, I've been there. not good.

2. For first timer, use powdered food coloring if you want to add color. Letak sekali masa ayak together icing sugar dengan almond meal ye.


BASIC FRENCH MACARON
Source: www.yumsugar.com

INGREDIENTS

2/3 cup almond meal or ground almonds
1 1/2 cups powdered sugar
3 large egg whites at room temperature and preferably aged up to 3 days (i dont aged mine, egg whites are easier to be separated when its still cold, then just leave the whites to room temperature)
5 tablespoons granulated sugar
1 teaspoon vanilla extract (yang ni saya tak letak)
1/4 teaspoon serbuk pewarna merah (yang ni tambah sendiri, ayak sekali dengan icing sugar dan ground almond tu)


DIRECTIONS

The basic meringue-style French macaron is merely the springboard for your wildest color and flavor combinations. Try adding a teaspoon of Dutch-process cocoa and red gel food coloring for a red velvet macaron, or a 1/4 teaspoon rose extract and pink gel food coloring for rose. Always add the dry flavorings to the almond meal/powdered sugar mixture and the extracts/gel color to the meringue.
  1. Preheat the oven to 280º and position two racks in the lower section of the oven. Line two rimmed baking sheets with parchment paper. If you have time, draw 1-inch circles on the back of each sheet, spacing the circles at least 1/2-inch apart. (I just start to preheat the oven lepas dah siap pipe semua shells and sementara tunggu shell kering, kalau nak cepat letak dalam oven suam dengan pintu oven terbuka atau salai bawah kipas, kat sini kipas nan ado)
  2. If your almond meal is very coarse, grind it with the powdered sugar in a food processor until fine. Sift the almond meal-powdered sugar mixture twice through a mesh sieve.
  3. Place egg whites in the bowl of a stand mixer (or use a hand mixer) and begin to beat on medium-high. When the eggs are frothy, gradually add granulated sugar one tablespoon at a time until fully incorporated. Continue to beat the egg white mixture until glossy and stiff peaks form when you lift the beaters. (kalau terbalikkan mangkuk meringue tak jatuh and puncak meringue tu elok terpacak tak bengkok, get it? haha kalau tak faham refer video okey ;P )
  4. Gently stir in the vanilla extract. Be careful to not overbeat the meringue (e.g., the meringue takes on a clumpy texture).
  5. Add half of the sifted almond mixture and gently fold it into the meringue using a flexible silicone spatula. Lift from the bottom, up around the sides, and toward the middle, being careful to not overagitate the meringue and lose too much air. Once the almond mixture is predominantly incorporated, add the second half and repeat the folding motion.
  6. When the almond mixture is just incorporated, you will need to transform the batter into the appropriate texture. Using the flat of the spatula, "punch" down into the center of the batter, then scrape more batter from the sides to the center, and punch again. You will need to repeat this 10-15 times (or more, depending on your arm strength and the beginning texture of your batter) until the batter slowly and continuously drips back into the bowl when you scoop it up with the spatula. Think of the consistency of molten lava. (refer to the youtube video for the right consistency okey, this process is called 'macaronage', undermixed - cracked macaron; overmixed - no feet and spreading macaron). For the best results, punch the batter a few times, check the consistency, then punch a few more times, etc. Do not make the batter too runny or the macarons won't rise as they should, and you could end up with oil stains on the surface.
  7. Pour batter into a pastry bag fitted with a 0.4-inch tip. In a pinch, you can also use a gallon size Ziploc bag: just snip a teeny bit from one of the bottom corners. Twist and clip the top of the bag to avoid overflow. On your prepared baking sheets, pipe out 1-inch rounds in the circles you drew (remember to draw the circles on the back side of your parchment to avoid ink or pencil stains on your macarons!).
  8. Holding the baking sheet in both hands, rap each baking sheet firmly on the counter two or three times. This smooths out the tops and helps form the "pied" or frilly foot on the bottoms of the macarons. Allow the piped macarons to dry, uncovered, for at least 15 minutes. The macarons should form a very thin, smooth crust where, if you tap it lightly with your finger, the batter will not stick to your finger. If after 15 minutes, the batter is still sticky, let it dry longer. This may take up to an hour on humid days.
  9. Place both baking sheets in the oven and bake for 15-18 minutes. After the first 2 minutes, open the oven to allow any excess humidity to escape. Halfway through, swap oven racks and rotate the sheets for even baking. (yang ni saya tak buat, just bake one tray each even though my oven is fan assisted, 140C for up to 10 minutes, kalau still underdone tapak macaron melekat baru lah tukar position tray, rotate depan ke belakang then tambah lagi masa baking for another five minutes. Nak senang pakai silicone baking mat like Silpat)
  10. The macarons are done when they are baked all the way through and the shells are just hard. Take care to not underbake (insides will still be mushy) or overbake (tops will begin to brown). Remove them from the oven, and cool on baking sheet placed on a wire rack.
  11. When fully cooled, assemble the macarons with your choice of filling. The assembled macarons can be stored in an airtight container in the refrigerator for up to one week.
Makes about 4 dozen macaron halves (about 2 dozen complete macarons).


Tuesday, 12 November 2013

what's cookin - Creamy Mushroom Soup (without the cream!) inspired by Abg Jamie =)

entry tertangguh, resepi ni request by my ex-ofismate kak Lin...kenangan silam aku dan dirinya, bilik ofis sebelah2, masa tu baru je start keje, gi course, balik keje kejap i kawen pastu dpt mya pastu terpisah lepas pindah Aberdeen. huhu....paling sedih dia dah transfer ke Penang and lagi sedih I wasn't there on her wedding day.

this is what you get living abroad you know? wedding sume org ko takde kan. sucks BIG time. lagi sucks eh tetibe balik org tu dah beranak pinak.

anyway, nak cakap pasal resepi sup cendawan ni. sup ni memang feveret kawan saya tadi tu la. dah pernah tunjuk demo lagi kat dia cmne nak masak sume. then baru2 ni dia tanya lagi resepi, and kebetula memang tengah teringin nak mushroom soup. cuaca sejuk2 makan sup panas owhh nikmattt...

elok lak sehari sebelum tu tertengok rancangan Abg Jamie ku, Jamie's 15 Minutes Meal dan dia masak Mushroom Soup ni, andddd...paling best, no cream needed! kira ala-ala skinny la ni kannn. maka boleh la makan bermangkuk2 sebab tau je la heavy/double cream ni kalori banyak mana ye tak.

and I think it is a bonus point kalau kt msia nun, krim dah la mahal. cendawan pelbagai jenis lagi. pastu selalu krim nak pakai sikit je lebih masuk fridge pastu lupa and end up buang je.

bahan cam biasa basic seperti ini ye, main agak2 je tau no specific sukatan:

cendawan - potong kecil cendawan dari pelbagai jenis; button,chestnut,oyster, wild, shitake (rendam dulu ok)
bawang - potong dadu
garlic - 2 ulas gitu cincang kasar
thyme - optional
mix herbs - pun optional
sedikit kiub ayam - ikut citarasa
sedikit susu - untuk bagi kuah putih sikit
salt and pepper - ikut keperluan dan citarasa

and the trick Abg Jamie letak to get that smooth silky soup consistency; RICE!

yeah you read me baby, dia letak beras. but since i got some white rice leftover letak je dalam segenggan gitu.

jom masak! =)

ni bahan-bahan dia ye mak jemah

tumis bawang besar sampai layu, masuk bawang putih. kacau sampai naik bau sedap, masuk daun thyme then cendawan aneka ragam tadi, kacau sampai cendawan tu semua kecut. kalau pakai shitake masuk shitake dulu ye then baru cendawan yang lain. bila cendawan dah keluarkan air masuk nasi, sini la si Jamie Oliver tu masuk beras. literally beras kembang dgn air sup tu so jadi nasi kan? so sama je letak nasi putih, short cut ;)

then tuang air, nak cepat letak air panas. sikit je tau, pastu letak susu sket. jangan banyak sangat sebab kalau kurang cair boleh tambah later. masuk kiub ayam, garam dan lada hitam sesedap rasa. masak sampai menggelegak sekejap. get ready blender untuk kisar sup.



sebelum kisar tu kalau ahkak la kan, suka asingkan sikit kepingan cendawan tu dalam mangkuk asing sebab nak gak ada yang boleh kunyah2 time hirup sup. ikut suka hati korang lah ye. blend sampai tahap kehancuran (haha apa da punya ayat) yang korang suka, some like it extra silky smooth with no bits, some likes it chunky. macam yang ni kita blend lamaaaa sikit sampai dia betul-betul smooth. kalau perlu tambah air sket dalam blender tuh ye. pastu masuk balik sup tadi dalam periuk. masa ni la adjust rasa, kepekatan dan warna krim tu ye. 


dah siap! senang aje kan? kan? makan panas-panas di kala cuaca mencecah 2C adalah nikmat yang amat, cicah pulak dengan garlic bread rangup, fuhh...

buat jangan tak buat! 

eh lupa, tima kasih la abg Jamie bagi idea bernas resepi di atas. ;)


Thursday, 24 October 2013

mengimbau kenangan hari pertama Mya di Primary 1

assalamualaikum uolls! =)

ye ye cerita dah basi tapi kena gak tepek kat sini. buat kenangan. 

elok tak sampai seminggu selamat mendarat di bumi Sekotleng, term sekolah mula. rezeki Mya sebab masa papa contact school nak register memang tinggal satu tempat je lagi. last slot. pheww...syukur sangat dapat sekolah dekat dengan rumah. jalan kaki tak sampai 5-7 minit kut, yg lama tu pun sebab lintas jalan tunggu traffic light pedestrian. sekolah pun baru renovate, very light, airy and modern. 

sebab kalau korg tengok sekolah2 kt sini memang la tak nampak cam sekolah ye, semua granite cam rumah or kedai je. pastu kecik sangat, takat paling tinggi 3 tingkat pastu ada la dalam 2-3 blok. total student pun ratus2 je. totally bukan cam sekolah kt msia, cikgu nak kejar anak murid pun semput. ;P



 

 papa siap lari jap balik rumah tau sebab nak hantar first day tu hehe anak bapak kan...camno nak buek. actually first day ni just 1 hour session je, sesi berkenalan dengan cikgu kelas and classmates. then utk 3 hari berikutnya 9.30-11.30, pastu 2 minggu berikutnya just 9-12, lepas tu baru ikut waktu sekolah yg betul 9-3.

hoho..yeah yeah..i know..korang musti cumburu dengan tertanya2 what??? got 6 solid hours just for yourself?? omaigoddd...i know right? gendang gendut mama lepaks kt rumah....well, we'll get back to that later okey...xde maknanya senang lenang tau... *menguap sambil bergolek atas sofa capai remote*  ;P




environment yang sagat light and airy. acik suke acik suke...ada snap gamba  kt school cafe tapi lupa nak tepek. pun best lapaaanggg je.



ok tu la citer di hari pertama Mya sekolah. sangat mengujakan u know...anak first kut, tau2 sedar2 dah masuk sekolah. kat sini start Primary 1 umur 5 tahun. 

FIVE YEARS ALREADY??? pheww....how time flies by....sedih pulak ek. dah besar dah anakku. -_-'

so far dia okey, happy je pergi sekolah. dpt bestfren budak thailand, nama ai-ai. haha cute kan? ada sorg budak laki ni notty and kasar, mya ckp dia selalu push2 mya sampai jatuh. si ai-ai ni la yang akan backing sbb the boy tu classmate dia masa nursery so rasa mcm tanggungjawab dia untuk jaga mya, kut? haha.

comel okeh ada sekali tu nampak the boy kt luar tgh nak balik pergi buat muka garang 'arghhh!!' depan2 pastu blah. siap ada action tangan cam mengaum tu. adoiii la haiii...pastu mak dia kata si ai-ai ni pagi2 mesti cam 'hurry up mummy i want to go early, i want to look after mya'

hari tu dia demam, cuti 3 hari tak gi sekolah, mak dia kata dia risau, sape nak jaga mya ni...LOL.

tapi, maybe sebulan dua ni ai-ai kena pindah rumah, so of course la pindah sekolah sekali kan sbb rumah baru agak jauh. huhu...bukan mya yg sedih, dia sedih logik la kan tapiii...papa yang risau lebih. ish, mama ckp la kt diorg jangan la pindah, siannn mya baru nak dpt bestfren...papa yg sedih nnt tengok dia sedih. kena buli esok xde sape nak backing mya...

haiyolahai. overprotective ni bukan sepatutnya mama ke? haha.
then I ckp, biarla papa, this is the real world man.... lama2 dia dah besar nanti benda2 macam ni la dia kena belajar nak face the world, independent sket. man up mya! plus, we are not going to able around her all the time tau? dah besar esok ada boypren konfem papa yang merempan. haha.

ye, papa sangat tak boleh tengok mya susah hati or sad. 

anak bapakkkk....

Sunday, 20 October 2013

what's cookin - Pandan Chiffon Cake

assalamualaikum semua!

kellass kau lama menyopi tetibe entry resepi ;)

tp harus di share resepi kek pandan chiffon yg sedap lagi mantop ni bebeh! the only nota yg harus diingat is KURANGKAN GULA. sebab agak manis sikit, other than that perfecto. dah la sukatan pakai cawan ngeee mokcik sukeeee....

tengah kemuncak baking process nih, kembang and gebus yang amat, adunan ni agak banyak so have to use 2 loyang sederhana sebab xde loyang chiffon cake, tapi kalau uolls ada loyang standard yg besar utk chiffon cake tu ok je kut since loyang chiffon to agak deep


see see see??? sungguh lebut dan gebu membelai tekak...fuhhh...


this is cubaan kedua sebenarnya, and so glad diperkenalkan kepada resepi ni oleh mama Ihsan Cik Puan Fadhlina hehe...source resepi adalah dari blog JuwitaFariz yang di share dari blog Yatie Memories
many thanks kepada otai2 baking tersebut :)

happy sangat bila mi amor bagi stamp of approval untuk hasil experiment kek chiffon kali ni, sebab yg first time tu dia kata tak sedap. suka hati je kan cakap memang tak de lapik2 langsung haha...

cuma tips yg kita tau untuk bakar kek chiffon ni is jangan grease loyang dengan butter/minyak dan tepung atau baking paper and lepas keluar oven tu terus terbalikkan atas redai sampai sejuk.
(tang sampai sejuk tu I dare you to wait okeh, konfem tak sabar and panas2 lagi dok korek loyang nak keluarkan kek like moi hohoho)

reason kenapa tak yah lapik kertas bagai tu sebab kek ni meringue based; telur putih dipukul asing dan sangat ringan so kalau kita lapis dengan kertas or butter dan tepung nanti kek tu lepas naik dia turun balik. adunan kek perlukan loyang yg tak di lapik untuk 'panjat' dan mengembang dengan jayanya.

explaination ni actually baru tahu masa tengok GBBO (Great British Bake Off) minggu bila ntah, depa dapat Technical Challenge buat Angel Food Cake which is similar and adik beradik la dengan Kek Chiffon.

ooooo...gitu...baru acik tahu...melopong jap dengar hihi 

eh korang kena try tau buat kek ni, ingat eh KURANGKAN GULA SKET.
resepi klik je la eh malas nak taip ;P

Happy Baking! (^_^)


Friday, 18 October 2013

hola hola!

assalamualaikum..

umang aiii...gile berhabuk dah rumah tinggal ni yek hahaha...

ape ke he la malas bebeno nak update blog skang, nak kata ada byk social network xde maknanya, harap fb je noks. org lain dah kemain ig la tweet2 la and now keek i takat ni gak hahaha

sekarang dah lebih kurang 2 bulan mula balik kehidupan di tempat orang, as usual jd tukang termenung dan tukang jaga kt rumah hihi...bosan gile masa mula2 tu, perasaan biasa yg pernah dirasakan bila status bertukar ; berkarier-suri rumah, then tukar balik suri rumah- bekerja pastu la ni tukar balik duduk termenung. rasa cam...loser okeh. mula la syaitan membisikkan kata2 dengki mereka rasa x berguna la apa la...pastu boring and moody. pastu home sick. al maklum biasa pagi2 dah terbiasa selama 8 bulan on the way gi opis singgah beli ns lemak lauk sambal paru or rendang kerang kt uniten kan....ni bangun2 lapar ada roti dgn butter je. mana kenyang weyyyy....hahaha...

nak balikk nak balikkk....haih. kalau la ada rezeki raya tahun depan dpt balik gile lama lagi tu nak dpt berjumpa dgn patin tempoyak. wuwuwwuuuu...see? cmne la x meroyan moody kan? ;P

banyak sgt nak update. citer raya pun nan ado lg kt sini kan?

eh jap? ate dah kenape x leh nak upload gambo kt ipad ni?? grrrr....adoiii bersambung di siaran akan dtg lah nampaknye ye...

hihi :P





Wednesday, 24 July 2013

knock knock knock!

ASSALAMUALAIKUMMMM....! (^_^)

ada rumah ke tak ni? cam berhabuk je blog ni kan...fuhh fuhhh..kasi tiup sket sampah sampah ni hehe..

lama nye tak update blog, al maklumlah pemalas...haha amik ko terus terang je ;P

hari keje kalau ada masa free dok shopping online je, memang rasa malassss sgt nak update. ye, saya dilanda wabak online shopping setelah pulang ke tanah air. bila hujung bulan duit dah kering baru teringat nak kira balik baper helai shawl and baju yg dah terbeli, ada satu bulan tu total beli 7 shawl! TU-JUH! wuuwuu...kronik je rasa...tp bila tgk membe2 lain ada je yg lagi teruk so sedapp sket ati ni..kira kita masih normal la...haha boleh?
trip to Kidzania sempena besday mya last November :)

cuti-cuti balik kampung aberdeen..mya dah tak tahan sejuk dahhhh..over sangat siap nak pakai glove

teringin meroti, 90 minutes cinnamon roll...serius sedappppp sangat!

first time main bowling

cuti-cuti sempena belated besday nenek ke Melaka, objektif naik beca accomplished. total kos untuk beca sahaja RM120 for 2 hari...perghhh...takpe la.. demi untuk menyokong industri pelancongan tempatan dan juga memperkenalkan sejarah kita kpd pelancong kenit dari scotland ni ku gagah kan juaa...

haha kelakar sgt masa ni, senyappp je takde membebel ingat tengah buat apa..rupa rupanya... =)



there are a lot going on since my last post, pengalaman tinggal berdua bila nenek, uncle and achu pergi umrah kami menumpang kasih ke rumah lain, lepas tu turn nek mun and atuk pulak pergi umrah, sukan sekolah mya, kejadian doktor mengong yg diagnose mya muntah darah sebab kena denggi membuatkan papa terbang pulang serta merta (which at the end, i dont think i was denggi buat gabra je), then kami pergi bercuti balik kampung aberdeen, rentetan dari cuti setelah berbincang kami decide to apply another unpaid leave immediately, then come mya's first choral speaking, and now its ramadhan...banyak sebenarnya benda nk citer buat kenangan kt sini...tp saya sangat letih (dan very the lazy)...alternate weekend akan balik seremban, kalau minggu yg stay di bangi akan merayap bawak nene jenjalan bersuka ria cari makan sedap-sedap...

oh my, i am sooo going to miss all the food here lah. :(

fyi, raya ke 8 insya Allah kami akan terbang kembali merantau teman papa yg selama 10 bulan bersendirian di tempat orang.

alhamdulillah, permohonan untuk cuti unpaid diluluskan akhirnya, despite hanky panky here and there. deep inside harusla sedih uolls, nak tinggalkan keluarga, mak bapak yg makin tua, kawan-kawan, kerja and most of all the FOOD.

sedih jugak sebab memikirkan pasal kerja ku, my batch semua dah naik mencanak kut...sob sob...takpe la, niat untuk jaga family dan nak berada di samping suami kan..insya Allah ok ok aja...

some people really thinks that living abroad tu macam bessstttt giler, and ada je yg very insensitive i tell you cakap seolah-olah kita ni selfish untuk tinggalkan family and duduk sana senang lenang, in other way kalau apa2 jadi kat mak ko senang la ko ek, sebab ko jauh.

takpun, asal tak cari keje kt sini je ek? duk sana lama2 buat hape.

gituuu...cili mulut baru tau. mengong sangat. orang lain lagi berlumba-lumba nak cari peluang dan pengalaman kt tempat orang. bukan senang orang luar nak terima kita yg bangsa Melayu, grad local univ kerja dgn diorg, betul tak? walaupun dah kebal and boleh buat bodoh dgn cakap2 sumbang tu tp terasa gak kadang2, especially bila melibatkan family.

harap sangat, Tuhan permudahkan jalan kami...
lindungi kami sekeluarga di tempat orang dan tetapkan iman kami..

harap sangat jugak, Tuhan lindungi orang-orang yang kami sayang kat sini...
ya Allah, perkara yang paling takut is jangan la jadi apa-apa musibah sepanjang kitorang takde..huhu...

erk. sebak la pulak. 

anyway, dah 15 ramadhan ni korang dah start baking baking lom? as for me kena pulun habis2 sebelum my sugar daddy balik next week...weehooooo...


 raya cookies frenzy is on baby! lets go baking! mya dan smarties cookiesnya


chocolate chip cookies yang sangat rangup, thanks to emplex. 
kt uk mana nak cari bahan2 tambahan cam ni wehh...hehehe...



ada lagi dah buat cornflakes cookies dengan butter cookies yang sangat melt in your mouth dan lemak gitu...

lets enjoy puas-puas ye, spend time dengan family, endless trip to baking shop, balun shopping shawl habis habisan, try resepi sana sini utk raya..esok esok dah balik sana termenung melopong  la jawabnya *note to self*