Thursday 7 January 2010

what's cookin - Lemon Chicken & Sambal Ikan Bilis Kentang

Menu hari malas dan ketandusan idea semalam:

Sambal Ikan Bilis Kentang
sedap weyh tengah sejuk2 makan sambal...
oh tempe, alangkah bahagianya kalau kau ada disisiku saat ini (T_T)



Lemon Chicken
*manis, masam, masin nano nano...lala..lala....

saat ini rindu bangat mau balik ke malaysia....huhu...kat sini hari2 bila fikir menu je terus blank.
jemu hari2 makan ayam je, nak cari ikan fresh susah sebab banyak jual kat hypermarket which is jauh dan perlu berkereta....nak pergi beli kat pasar basah entah cam tak tau sangat kat mana walaupun dengar2 nya dekat je kat bandar nun, dengan sejuk2 salji bagai so tak yah la seksa diri membekukan diri berjalan kat luar semata-mata mahu ikan...ada la sekali tu jalan-jalan kat town ada cam pasar lambak kat bandar, ada kek, cheese, barang hiasan rumah and surprisingly - fresh fish! woohoo...terus hubby cari atm kuarkan cash (kat sini jarang pegang cash sebab most kedai accept debit card) and beli ikan siakap seekor...7pounds tuuu...dalam RM45 la..amik ko! haha puas hati den dapat makan ikan bakar fresh! (walaupun hubby kena tolong siang ikan tu sebab saya takut dengan rupa paras ikan yang mengerikan..ikan siakap dia kaler hitam tau, bukan putih mulus cam kat msia...ni adik beradik dia kut yang belah nenek sedara org putih hehe)

jemu i tengok ayam sekarang ni...hari2 rotate menu yang sama - nasi lemak ayam goreng, nasi beriani daging dgn kari ayam or ayam madu, nasi ayam, ayam masak sambal or masak kicap, sup ayam, tomyam, ayam goreng, nasi tomato of course compliment dgn ayam merah, soto ayam...you name it darling!

so when i came across this recipe from Simply Recipes for sure it takes a hit! yeay....! sudah ada idea mahu masak apa...and resepi tu terpaksa diubahsuai mengikut bahan yang ada di pantri saya sahaja ya...

Lemon Chicken

Ingredients for chicken:
chicken pieces (ikut suka nak banyak mana)
3 cloves garlic
2 cm ginger
4 TBS lemon juice (again, according to your preference, nak masam or kurang masam)
ground black pepper
salt
sugar

Lemon Sauce Ingredients:
3-4 TBS lemon juice
1 TBS corn flour / plain flour
a pinch of salt
3-4 TBS sugar


1. Blend garlic, ginger and lemon juice to make a paste.
2. Marinade chicken with the paste with salt and pepper to taste. The longer the better bebeh.... =)
3. Then fry or bake the chicken until golden brown.
4. To prepare the sauce; combine all ingredients and cook over low heat. (in my case, i also add on the previous marinated leftover stock that i used for the chicken - kita adalah perlu untuk gunakan segala bahan yang ada sebaiknya =) )
5. Then, pour the sauce over cooked chicken. Taraa! Siap!silap-silap boleh lawan Nandos...hehe...

Note:
i. Sos itu hendaklah masam masam manis rasanya...
ii. Kalau ada rosemary or thyme or honey boleh marinate sekali dgn ayam, mesti lagi syiok! kan? or kalau anda jenis lidah pedas macam Cik Puan Didi or Puan Mursapap maybe boleh tambah cili padi..uuuu..sizzle bebeh!


resepi sambal? ala...takyah la...itu rasanya semua org ada cara masing2 membuat sambal...yang penting rasa air asam jawa, garam and gula mesti seimbang...oh, kalau ada tempe or kacang tanah mesti lagi terangkat..fuhh! oh ye, lagi satu kentang tu mesti hiris nipis2 dan goreng betul2 garing baru sedap...i punya cam tertebal (wah,tetibe teringat kat en. ayol, apakah perkaitannya? muahaha) so kentang tu ala2 soggy sikit..haha takpe next time dah tau mana yang kurang so boleh buat betul2 kan?

happy cooking peeps! (^_^)v

5 comments:

swit@kon said...

korang memang makan makanan melayu la eh lin? hehehe. ko kobar kan dokek lagi ko tu. makan tu tukar2 la makanan omputih. hahahahaha. tempe memang nan ado la kan.

makan la ekau salad ko, coq au vin ke hahahahaha :P

Eny Yusof said...

Lin,

Cuba baca blog ni. (http://salam2benua.blogspot.com/) Dia duduk kat Australia and hari-hari tujuk masak apa. Memang tangkap leleh tengok lah. Pastu kalau nak resepi boleh mintak kat dia. Lepas ni boleh la pelbagaikan juadah kat sana tu.

Lady said...

kagum aku nengok.. agaknya kalau aku dok jauh dari mesia, aku bole survive ke aa.. dah la tak reti masak~ erk!

Cik Piza said...

tempe mmg mende berharga ye kat scotland sana...aku akan lebih menghargai tempe lepas ni! hehe

mamamya said...

cik ahkon: hehe.itu la..ari ni den bagi laki den makan fish and chips =)

eny: hehe thanks! boleh tambah koleksi food blog feberet nih =)

lady: babe, kalau ko kene dok jauh pun ko akan survive cam aku *tsktsk (T_T) percaya x my first time ever nasi lemak n nasi beriani adalah di bumi granite ini? huhu..

piza: iya, sila hargai segala mak nenek makanan sedap di msia itu ya... =D