Monday, 19 December 2011

hasil eksperimen semalam yg masih membingka dan my 1st Chicken Pot Pie.


serpihan kek yang dapat diselamatkan, dah selamat pun masuk perut mya dan mama =)

ini lah hasil eksperimen Kek Coklat Chiffon semalam uols....
part tengah still tak berapa masak, slightly undone...tapi part tepi memang lembut gebus sedap....
resepi from Mat Gebu yang famous tuh...kurang manis sket maybe sebab kita convert sukatan from gram ke cups hehe...sonang kojo ;P

tapi lepas tu ada buat eksperimen ke-2, Chicken Pot Pie.

yang ini wallah! memang sedap nyum nyum nyum....shortcrust pastry guna resepi basic je amik dari buku masak den - The Great British Book of Baking, from The Great British Bake Off Series 1.

banyak resepi Chicken Pie yang nampak menarik, especially part pastry tu...ada yg suka flaky pastry, ada yang prefer puff pastry so guna shopbought puff pastry je dah ok kut...tak yah susah2. makcik nigella pun buat chicken pot pie guna shopbought pastry je. senang.


tapi ada jumpa satu resepi pastry yang nampak menarik, dekat bakingmum sebab ada guna yogurt. next time kalau craving nak  makan pie harus cobain. (co-ba-in bukan kurt cobain ye)


filling pulak main campak2 ikut suka...sonang je bedah, pakai je apa bahan yang ada kek dapur tu....semalam pakai isi ayam, carrot sket, kentang, button mushroom dengan edamame...hehe si mya ni peas dia tak suka tapi kalau edamame gemar sangat2...kuah pulak sebab malas nak buat basic white sauce pakai tepung gandun just guna cornflour je untuk pekatkan kuah...nyum nyum nyum....

oven oh oven.

cookies, tick!
pie, tick! 
cupcake, tick!
cake, tettttt!!

kesimpulan yang dapat kita buat setakat ni is; kalau nak buat kek tak boleh pakai loyang besar..kena bahagi bakar layer by layer...tu kalau memang nak buat kek lapis dengan frosting and cream ok la kan, kalau nk buat marble kek ke butter kek ke cmno tuh? haih.

tapi takpe, practice makes perfect.
lepas ni mari kita teruskan ujikaji dengan membuat roti pula. chaiyok chaiyok!!


bantat

kan kita ada oven baru kan.

baru tak baru dah 2 months old la jugak so sekarang masih dalam fasa mengujikaji perangai cik oven. first time buat kek besday mya sangat tak puas hati.suppose nak basic kek victoria sponge tu, kek masak tapi tekstur cam berat semacam. but still edible la. tapi kalau buat cupcake ok la pulak.

then try buat cookies pun cam bantat, but that one maybe its the recipe sebab ratio butter dengan tepung cam tak balance, ke diri sendiri yang salah bancuh tak tau la. tapi pernah dengar orang cakap kalau cuaca sejuk baking2 ni susah nak menjadi, sebab tepung jadi satu macam. betul tak betul tu tak tau lah kan.

rasa cam seminggu 3-4 kali membaking, sebab nak dapatkan setting yang betul. mostly kalau kek yang loyang besar luar nampak macam dah ok tapi bila potong lapisan bawah tu tak masak. macam bingka. sangat frust tahu??

so far cookies dah ok, masak memang cantik sebab memang piring dia berpusing ala2 microwave tu kan, and oh yes i try resepi cookies yang lain hehe...sodap rangup, pueh ati den dapat benda nak mengunyap malam2. amik resepi kt curlybabes.

only god knows berapa kilo tepung ku habiskan and how many trips i made to the shop just to buy eggs and flour. agak2 cam tak jadi je cepat2 hambun and hapuskan bukti, kang kut terdengar usik usikan manja cik hubby ada yang akak meroyan bedah. hahaha.

jadi ujikaji hari ini adalah: Moist Chocolate Chiffon Cake. yang ni kalau tak jadi memang nak kena sumpah. sebab di buat dengan penuh kasih sayang you know, spend exactly 35 minit untuk beat meringued BY HAND.

yes you read me, penat berdiri duduk, sakit pinggang duduk berdiri pulak. siap ada coffee break once a while lagi. haha. sekarang nak menaip sikit pun tangan cam dah kebas haha. lenguh gile. tapi takpe, me beloved 'chicken wings' deserved it. LOL.

Friday, 16 December 2011

Renteten kes pelajar Malaysia hilang di Dublin - apakah benar??

ish. seriau beb seriau....kalau betul, kesian mak bapak kat msia tu..sudah la risau hidup tak tenteram anak menghilangkan diri, hantar belajar jauh2 dengan harapan tinggi jadi Doktor tup tup kena tanggung saman biasiswa pulak....ni tengok2 jadi macam ni... kesian sangat2 kat family...

apa la nak jadi.

Ya Allah, Kau jauhkan lah benda2 macam ni daripada keluarga, kawan2 dan mereka yang aku sayangi...berilah si Ariff ni hidayah dan nur supaya pulang ke pangkal jalan. Amin..

Untuk berita lanjut sila klik here and here .

Tuesday, 13 December 2011

amalan kecantikan yang telah lama saya tinggalkan. tsk tsk. T___T



kalau dah namanya perempuan. lumrah perempuan suka nak bercantik cantik, bersiap siap comel lote dan sanggup berhabis kalau masuk bab cantik dan melawa ni, tak gitu?

yours truly tak ketinggalan. masa zaman anak dara muda jelita dulu memang rajin la bab2 menjaga kecantikan ni, zaman sekolah tu lebur je krim apa yang mak pakai tapi bila dah masuk uni memang teeheehee duit habis sebab mengkayakan guardian dgn watson je la..dulu muda2 kadang2 ada jerawat2 comel seketul dua, condition kulit tak la teruk mana tapi dah namanya student hari2 berjalan kaki tengah panas dengan mata panda sebab stay-up (kononnya study padahal bergayut) jadi memang pantang kalau ada produk whitening baru keluar sure nak beli.

balik cuti sem sure mak layan belanja facial, hehe kenangan betul katil2 facial sebelah2 pastu tau2 je la facial ni kan lama, urut la mask la steaming la...tengah sedap relax2 tunggu mask kering and tahan mata yang dah layu tetiba terkejut dengar bunyi dengkuran mak tertido..haha LOL! =P

even lepas kahwin pun time hubby buat financial planning perbelanjaan sebulan siap propose, harus ya ada bajetnya untuk kecantikan gue dong. tapi haremmm tak buat pun sebab terus mengandung and bajet lebih terarah kepada melempiaskan nafsu makan. muahahaha. weekend2 tu drpd dok kat salun 2-3 jam baik la kita merayau jalan2 cari makan, betul tak? =P

tapi kan lepas ada baby tiba2 macam dah malas sangattttttt nak buat benda2 tu sume. bukan malas apa, penat. masa tu rasa nak marah2, miserable, tak terurus sume ada sebab tak cukup tido. nak adjust lifestyle bila ada baby ni bukan senang wooo....ada anak kecik tau2 je la kan, nak2 kalau tinggal berdua je dengan dia mana la ada masa nak berscrub muka pakai mask bagai. dapat mandi 5 minit tanpa gangguan pun dah cukup baik. bye bye lulur mandi puteri binari susu kambingku. kadang2 tu dia ok je tidur tapi telinga ni cam terdengar2 je baby nangis tengah2 sedap bershower tuh.

boleh je kut kalau nak maintain, patutnya bila tension and letih memanjakan diri is one of the thing yang kita boleh buat untuk release tension. tapi bila badan dah penat dengan kerja ofis, dinner pun ala kadar tapau seadanya, settle anak dari nursery, tidurkan dia and prepare baju kerja dengan barang utk nursery dia esoknya, ruji pakai mask and urut2 muka dah tak masuk dalam list penting.

sekarang bila dia dah besar ni baru la merasa balik pakai mask muka and mandi lama sikit memanjakan rambut. baru la rambut ni rupa rambut, lawa sikit la dari penyapu. kalau tidak....haish.

rindu pulak nak gedik2 belek muka weh. antara amalan kecantikan yang pernah dan wajib di hidupkan semula dalam kahidupan seharian as part of azam tahun baru is:

1. sapu EVO sebelum tidur : yang ni serius lama gilerrr kut tak buat, rasa cam zaman sekolah dengan uni dulu rajin la, massage a few drops minyak zaitun kat muka dan leher sampai la minyak tu merata cam ala2 kering sikit kat muka. best wooo...antioksidan semulajadi =)

2. tekap timun/cold used teabags atas mata: yg ni rasa memang semua orang at least mesti pernah buat sekali kan?

3. pakai bedak sejuk : orang yg selalu berjemur harus amalkan, saya ada satu favourite bedak sejuk gamat untuk resdung, all the way from langkawi. the bery first time pakai macam sejuk2 pedih, tak tau la sebab memang hidung ni beresdung ke apa =P tapi memang best gile la bedak sejuk ni, parut cepat hilang and elok untuk sunburn. make sure lepas pakai cuci bersih then sapu krim sebab bedak sejuk ni tend to make your skin feels dry after wards.

4. facial at least once a month and face mask once a week: facial oh facial. last sekali buat tahun lepas kut, tinggal mya dengan mak kejap, that was the first time after 2 tahun dia lahir. tapi macam tak best sebab dalam hati tak tenang ingatkan mya pastu sibuk berdoa eh cepat la amoi cuci muka gua, nak cepat2 habis je. pastu saya ni suka face mask yang jenis face-cloth tu, dulu feveret jenama from japan apa tu yang ada perisa lemon dengan orange. best sangat...tapi sekarang dah melambak2 kut skin care from japan/korea sampai cam takut pulak nak pakai.

5. steam rambut: yang ni best. sebab suka pergi salun nyonya style retro zaman 80-an kat pekan sungai besi. teeheehee...best sebab murah. dulu kalau datang 'kegilaan' tengah lunch break hari jumaat pun boleh pi pecut steam rambut jap. lagi tengah banyak kerja and stress rasa nak bakar opis lagiiiii la gatal semacam nak steam rambut...haha...tak dapat pergi sungai besi pi cuci rambut kat salun area precint diplomatik pun jadik, dokek sket den nak berkojar balik opis, boto tak? ;P

6. urutan dan tekan muka lepas bangun pagi: pernah sekali terbaca dalam majalah, pasal petua cantik artis, tak ingat la artis mana msia ke indon, tapi dia cakap bangun pagi basahkan muka then urut2 muka tu 5-10 minit. pastu tekan2 kat a few area contoh; tolak tulang pipi ke arah atas a few seconds and ulang, picit2 dagu, urut sekitar mata, picit2 belakang telinga serta tengkuk and urut leher dari bawah ke atas. kalau air kt muka dah kering basahkan balik dan ulang. so what i did is sambil urut sambil selawat. awet muda tuuuu selawat banyak2 kan? sekarang nan ado lah ye. bangun pagi pun sebab mya dah kejut mintak breakfast. T__T

7. sapu ais ke muka sebelum mekap: ni pun best gak. lepas cuci muka amik seketui ais then sapu keliling muka sampai cair, biar kering then baru pakai toner/sunscreen/ moisturiser/ serum or apa jadah la base ke apa then baru pakai mekap. entah la, macam suka sebab nampak mekap tu lagi blend and 'melekat'.

8. lulur badan: all time favourite, lulur mandi susu kambing. dulu hangat di pasaran jenama puteri binari, macam2 version ada yang bunga-bungaan, buah-buahan or milky type. rajin jugak la 2-3 hari sekali melulur. lagi best kalau mandi denga st ives apricot bath then sental badan dengan lulur. terasa diriku begitu berharga gitu! eh, rasa macam nak lari gi boots je beli body scrub hari ni...hmmm ;)

ada la lagi a few things yang agak rajin jugak dibuat dulu2, macam homemade face mask letak putih telur or crushed strawberries atas muka malam2. kalau bab supplement ni selalu lupa nak makan, time beli tu ye ye sangat je membeli vitamin c, kalsium, EPO tapi lepas 2-3 hari sure lupa nak amalkan.

rasanya sekarang ni bila dah di ambang three-o kena la mulakan balik apa yang patut...especially bab supplement dengan pemakanan kan? kena banyak kan lagi makan buah dgn sayur (yg ni cliche but so true) dah la malas minum susu, hubby selalu bising mama tu hantu kopi tapi susu tak nak minum =P dulu lagi la suka nau buat nescafe dengan coffemate..e.v.e.r.y.d.a.y.o.k. pernah dengar tak coffeemate tu sangat bahaya untuk tulang dalam jangka masa panjang? seram wehh...tau2 lutut reput peroi terus. sekarang tidak lagi hehe...jauhkan minuman instant, kalau nak pun buat kopi susu letak fresh milk instead of condensed milk. kalau hari2 minum bersusu letak susu pekat memang boleh rasa badan cepat naik tau.

penjagaan kecantikan ni bukan luaran je, zat2 dalaman pun kena jaga jugak. peringatan untuk diri sendiri tu. dah tu ni sape nak handle serunding dengan stok keropok ikan yang baru sampai ni? adoi...sedap pulak tu keropok ni, makan sampai kenyang gile pastu baru perasan pisang tersadai kt atas fridge. nak breakfast dengan banana konon. choi! =P

motip?? haha gambar ni masa keje kt Frankfurt, time ni semasa masih lagi gemuk tapi dah berani la sikit2 nak bergambar walaupun lepas tu rasa depressed tgk gamba sendiri. time mya dah umur 6 bulan. sob sob. T___T



Friday, 9 December 2011

frozen mode


minggu ini adalah super-lemau.

oh ye! berita paling best minggu ni is my bestie didi dapat baby!! woot woot! elok pergi check up biasa tup2 esok kena c-sect...hihi teringat time beranak mya dulu, pergi check-up biasa terus kena warded kuarkan baby.


cuaca makin sejuk tak hengat, semalam dah start ribut angin around Scotland, gale-force org sini panggil...memang teruk, especially area Edinburgh and Glasgow...semalam half day je most office kat red-alert area dah tutup....high street Aberdeen pun tutup sebab lampu hiasan Krismas yg bapak besar jatuh atas jalan, jalan nak ke Banchory tutup terus sebab pokok tumbang dan yang paling bahaya but a bit funny is hubby's colleague saw this person yang pakai baju hujan 'terbang' kejap ditiup angin kt tepi jalan...

so memang sah sah la perintah berkurung berkuat kuasa secara rasmi oleh papamya =P

mya pun dah batuk and selsema...last sekali bawak dia keluar is Sabtu lepas, ada Christmas Fair dekat bakal sekolah Mya....dokek yo...jalan kaki 5minit dah sampai sekolah...alhamdulillah dapat yang dekat, sangat convenience especially dalam keadaan cuaca macam ni and dia pulak memang start term tengah winter bulan depan.

citer pasal pesta krismas sekolah mya; target pergi sebab mya nak face painting and mama pulak nak bawak something for homebake's stall..


elok pulak dia diam...baru betul anak dara suka org belek2 muka tak gitu? ;)


sempat amik gamba depan tingkap kelas hihi
tangan genggam sebab time ni sejuk gilerrr brrrr.....


contribution for home bakes; Fudgy Brownies....adeh, tengok gamba ni teringin la pulak....brownies yg chewy dan liat memang kelemahan saya


.....and Strawberry Cheese Tart, pastry case tu boli je dek non sonang kojo ;)


gambar tak sempat nak snap banyak2...sebab buat indoor dalam kelas2 and dewan...so dengan orang yang ramai dan padat tu nak jalan pun susah...korang jangan imagine bangunan sekolah dia cam sekolah kita kek msia nu..sini bangunan sume lama2, kecik comey je...mana la ada balkoni besar dengan laluan yg spacious in between sume....huhu..lepas drop brownies and tarts, buat face painting, singgah beli buku kt gerai used books and toys terus mya ajak balik...cik mya kita ni memang....dia mana suka kalau crowded and orang ramai 2 sangat, rimas!



the rest of the day sila panggil dia butterfly ok, not mya, i'm butterfly....

mya..eh silap, butterfly oh butterfly come eat...butterfly nak wee wee? butterfly cold ke? haha...

oh, papa baru beli toy kitchen as birthday present (lambat betul tunggu hadiah ;P ) nanti la mama snap gambo ye...esok ada tetamu ni so sibuk sket la nak prepare2

till then, have a nice weekend everyone! tata!

Wednesday, 23 November 2011

the one with the new baby, a party and a birthday cake disaster




last monday alhamdulillah selesai party kecil-kecilan hari jadi my princess...terima kasih pada aunties2 yg sudi datang memeriahkan majlis and get together, yg ramainya semua kawan2 mama je...kawan sebaya mya just ada sorang dua, batrisyia x dapat datang so tinggal la berdua dengan kakak anisah..

sebelum tu mari berkenalan dengan baby baru saya =)
Combination Microwave Oven jenama Goodmans, beli kt Comet; fungsi microwave dan fan assisted convection oven dalam satu, baguih naa sebab bawak balik msia nanti tak payah makan ruang dapur sebelah microwave sebelah oven.

oven ni kecik je, mula2 tengok macam skeptikal eh boleh ke buat kek ni dalam dia nampak cam microwave je kecik pulak tu...ada banyak choice yang besar sket, yg stylo, yg ada 3 fungsi dalam satu -microwave+oven+grill pun ada tapi sebab dalam hati ni macam tak caye je boleh buat kek so pilih yang paling murah dan basic...ye la, kek msia nun mano nak jumpo microwave sekali dengan oven ye tak? awal2 dah tanya kedai kalau tak suka boleh tak nak pulangkan....choii!! ;P

last weekend mmg busy, hancur plan mama nak eksperimen buat kek mya...beli oven hari sabtu, then balik buat dessert utk bawak ke rumah Kak Suni yg baru balik haji...malam pergi get together @Kak Suni's house minum air zam2 and kurma mekah...ahad awal2 kul 6 pagi dah bangun buat kek..terkial2 baca manual dah la digital..kejap2 terkagum whoa...fuyyoo...pandai dia beep beep bitau kita ek..kejap2 kang tertakut pulak...adoii apesal pulak ko beep beep beep non stop nih? last2 sebab takut tutup suis hah mati terus pastu start balik haha....padahal nak preheat oven jek

first batch kek yg buat di pagi buta ahad tu hancus; sebab tak pandai setting suhu...kita dengan tulus nya set la suhu 160C, macam biasa...kek tu jadi macam bingka telur uols, keras and macam getah pastu tengah tak masak...deymmm....lupakan hati yang lara kek tak jadi kena sambung masak pulak sebab ada tetamu nak datang....dalam kepala penuh dengan schedule task - first goreng papadom, dulu baru goreng ayam kalau tak nnt minyak kotor nak goreng papadom, maasak nasi tomato, then kari, then ayam masak merah,eh jap cili blend ada ke tak? bla bla....... nasib baik 2 orang je but still ketung tang jugak la kan....guest balik dah malam, tidokan mya then sambung balik eksperimen buat kek...turn out kena set suhu 140C baru kek tu ok..mano la den tau....

cubaan untuk stay cool, saya imagine poster keep calm ni
*image source

sambil tunggu kek masak panjat sana sini gantung belon and birthday streamers...kek kuar oven sejukkan kejap then sapu frosting yang tak sedap tuh (huh, damn you cheap hand mixer!), kelam kabut tabur sprinkles, tabur smarties sana sini...

so there you have it, benda paling tak nakkkk lah terjadi adalah masih membuat kek dengan lantai dapur yang melekit penuh gula di tengah malam...its almost midnight, my house is nowhere but chaotic, hubby's already so sedap snoring bergulung dlm duvet kepenatan tiup belon konon and i am soooo damn tired with a rumbling tummy....plus esok kena bangun awal nak masak lagi sebab party start @10 am....dan saya sangat stress dengan kejadian kek mya yang...err, not at all look like castle i would say...more like a tank ada la T___T

sickingly sweet icing dan keadaan kek yang belum diketahui di dalamnya...jeng jeng jeng...nasib baik rasa kek tu not bad, sedap jugak ada la rasa butter cake yg normal hihi


masa belum letak tower tu serius macam kereta kebal koo....sedih mak wuwuuwuuu....saya super stress...knowing me, when it comes to making cakes selalu buat in extra advance so that kalau kek tak jadi ada masa nak bake a new one....and bila tengok hasil yg langsung tak jadi macam yg di bayangkan lagi lah sodih....a castle with no big door, or windows...apetah lagi dengan bunga menjalar....dah la kita nak biru yang jadinya ijo chet!!

oh sod it, apa2 je lah kan...badan dah penat dan no time to stress sana sini...woke up at 6 the next morning tergelak gila bila tengok kek yg kalerful tuh. ha-ha-ha. just what i need eh.

menu party - tidbits, spaghetti olio, mushroom bruschetta, and last minute decide buat nasi carrot dengan ayam goreng sebab being typical me takut makanan tak cukup.

sorry dengan gamba yang seadanya, so busy kamera bergantung di tangan dan nak kejar mya yang mengamuk tak bagi baby muhammad kutip her toys. kedokut!

sepanjang hari ni je yg sempat grab, so setengah pinggan yang habis ni memang saya mengaku tuan rumah yang dok makan, lapo!

rambut mengerbang sebab anisah bought her hair glitter, no tie up hair today mama!

at least the girls having fun eating the cake and the 'tower'


pressies - princess book, red satin monsoon shoes (kelas kau mya mama pun takde nak beli kasut kat monsoon), checked dress, money box, pink teddy, lunch box comel and princess watch.


alhamdulillah the princess herself is having a blast! senang jugak bila tak ramai budak2 ni elok je main berdua...suka hati lah nak buat sepah ke apa janji ko senyap dan happy sudahhh...and so far mama masih stick to the idea of making her birthday cake myself despite all the drama and the poorly looking cake *sigh* but hey, that's what home made all about right? baik korang setuju cepat! ;P

next year kita buat proper ok mya, with atuk, both neneks, cousins, uncles and aunties...time2 macam ni sedih jugak berjauhan huhu...

ah sudah. sudah. dont start melankolik terkenang kampung halaman.

by 4pm i hardly open my eyes, mengantuk tersangat sangat dan keletihan 2 hari memasak tak cukup tidur....tak tau pulak buat party simple macam ni pun boleh sleep deprivation...haih. that time baru sedar i might be bite off more than i can chew, baru sedar kau! =P

and i think i deserved this lah hehe...


come on everybody, keep calm and do what you want! =D

Friday, 18 November 2011

buttercream meltdown

i was mixing butter for the second batch of the buttercream when my cheapy, unstable hand mixer's beaters go wild and stuck to each other.

sampai mya pun takut, elok2 berdiri atas meja kecik leka tengok mama membancuh sambil main2 gula ising terus terkejut and mintak mama put down and larikkkkk duduk jauh2 atas sofa ;P

actually tengah prepare frosting untuk birthday cake mya ni, official party insya Allah Isnin ni..saje buat waktu hari kerja just for us mummies....ala bukan ramai nau pun jemputannya, kawan2 yang sebaya dia pun Anisah sorang je and Isnin hari Kakak Anisah cuti pergi nursery...kakak2 and abang2 lain semua out of age-range and diorang pun pergi sekolah.

berbalik kepada buttercream yg hancus tadi, eh silap bukan frosting tapi hand mixer.

tu la, dasar cheapskate, beli hand mixer pun jenama Argos, 4pounds aje padan muko den.

first batch frosting agak manis...seriously, 250gm butter sampai dekat 8 cups of icing sugar..bahan lain just susu and vanilla essence...sickingly sweet! tengah pukul butter untuk second batch tu la dia buat hal tersangkut, nasib tak meletup teeheehee....terpaksa guna kuasa gajah by hand aje memukul...adoiii lenguh lemak2 di lengan ni berkibar-kibar senah...

nak try yang hot syrup and egg base icing tapi macam bukan masa yang sesuai pulak nak bereksperimen, jadual weekend penuh dengan jemputan orang kepada kita dan kita menjemput orang makan, sabtu esok baru nak pi beli oven, ahad ada tetamu bila nak buat kek entah. hahaha...ada yang tidur tepi oven kang ;P

mya sambil duduk atas sofa macam biasa sibuk tanya mama itu ini...

mya : mama dont use the mixer ok? mya takut..use hand aje ok?
mama: ok sayangg...mama use hand aje ni ok (sambil berkeluh kesah membebel marah mixer)
mya : rosak ke hand mixer mama? don't worry ok..nak mya and papa buy new one?
mama: nakkkkk..mama so sad ni...
mya : say 'please mya'. say.
mama: oh ok sorry, 'please mya...' (tahan gelak, adoi mak nenek sungguh)
mya : ok nanti mya and papa buy new one for you ok? what colour you want? black? white? green?

and the conversation goes on and on and on...mya nak heart shaped cupcake cases yang kat kedai tadi tu la...why mama dont have enough money...nanti dont forget ask papa to give you money bla bla bla...

iyo lah mya sayang...apa2 je la kan, janji esok papa kena beli oven mama...kalau takde oven kat kedai tu alamatnya cake m&s dengan buttercream biru je lah jawabnya.


Wednesday, 16 November 2011

three. is a magic number


pejam celik dah 3 tahun dah my lil diva huhu....seriously korang, sape2 yang ada baby or small toddler tu sila nikmati bau sedap bayi anda dan aksi comel mereka, lepas ni mesti rindu like uwaaaa....dah bosar dah, rindunya nak pegang baby kecik =(

kejap je dah pandai jaga mama and papa, pantang terbatuk or terjerit sakit macam kena pisau or tersepak pintu cepat2 dia datang 'mama sakit ke? kat mana? come show mya i'll blow for you dont worry ok?'

dah pandai complain mama masak sedap ke tak sedap, baju bau busuk tak bau flower, smelly pillow, main scooter pretend pergi shop belikan mama mekap and usap2 kepala papa and said 'papa tired eh? nak massage?'

semalam ada la beli kek and celebrate sikit2 dengan kawan2 dia kat creche, unplanned sebenarnya sebab a day before masa amik dia saje la tanya cikgu tu esok birthday mya boleh ke bawak kek tengok2 eh boleh yo! kat sini lain sikit uols, snack time diorang just bagi fresh milk, fruits, or oatmeal toast je....sangat restrict dengan sugary foods for kids so ingatkan tak boleh...

so semalam letak mya kejap mama pun lari ke morrisons beli kek simple, hati ni tempted nak beli kek yang cantik2 balut sugar paste ada gamba comel2 tapi tau budak2 tu nanti mesti kopek makan marzipan dengan sugar paste kat luar tu je...and the cake itself sure tak sedap sebab tengok best before date pun sampai december, eurghh =P

so just grab a cake, candles, smarties and writing icing dan jadilah ia....

sebelum bawak kek masuk dalam kena touch up sikit kek ni, baru nampak homemade hehe


budak2 ni cam malu ke takut tak tau la sume cam malu2 and blur je asal ada makcik pakai tudug lak ari nih? ramai yang dok kutip smarties je haih.

tapi sebelum start party cikgu kena make sure other parents is actually ok with their kids being photographed, other than takde sape yang allergic kena makan gluten free or dairy free stuff...see? i told you kat sini jangan main2 kalau pasal kids, depa sangat protective you know.

to Mya, happy 3rd birthday sayang! nak tidur malam tadi tiba2 out of blue dia cakap 'mama, mya dah big kan?' then masa bagi goodnight kiss and hug dengan innocentnye cakap 'thank you mama for buy colourful chocolate for mya..'

nak nanges T___T
apa mya cepat sangat besar sayang oi? cepat je masa berlalu..she's like literally turn into fine young women overnight huhu...excited and nervous at the same time nak tunggu dia masuk sekolah, ada kawan, nak exam, ada boyfren...nak kawen... erk. uwaaa....

selongkar2 folder cari gambar mya inilah hasilnya...pantas betul masa berlalu *sigh*


















Monday, 14 November 2011

winter on its way


its that time of the year again.

where my batang hidung started to berkerak, kulit muka semakin kusam and my toes are officially getting their 2011 frost bites yesterday.

kesimpulannya, me and winter time = love-hate-relationship.

love:
  • siang pendek thus pukul 5.30 settle dah sampai solat Isyak
  • siang pendek makanya waktu paling ummpphh ganti puasa
  • freshly poured snow on the ground..oh so fluffy! sambil tu tangkap snow flakes comel yang manja2 jatuh turun
  • when everything was covered with snow, and ada sedikit sunshine. glowing je nak posing2 amik gambar.
  • christmas sale. everything dapat 3 for 2. adoiii meleleh ayaq lioq senah tengok mekap dengan skincare dah la packaging come lote.
hate:
  • sejuk kering, kulit yang memang kategori very dry ni makin tenat lah jadinya
  • frost bites. annoying sangat sebab kat jari kaki, nak tidur mengenyam gatal hujung jari beb nak garu cam tak puas kan? ish geram lah.
  • bersiap nak keluar. jaket,socks,another socks,gloves, scarf, boots, bla bla bla....
  • stale snow on the ground. dah keras nak cair tapi tak cair. licin gile.
  • blizzard.
suka tapi tak suka. ish. camne tuh?

tapi ok jugak sebab sekarang dah start mengomel kat anatawa ku muka kering la, hidung ni berkerak sampai gatal la apa la....omelan tu kita teruskan ye kawan2 sampaiiiii la cik hubby cakap 'iyo iyo nanti poie la boli kerim apa mendenya tuh...dah jangan duk garu2'

teeheehee (^-^)

tu sebenarnya....ni la nak tanya korang, ada sape2 yang pakai skincare clinique tak? ingat nak try clinique punya facial wash. only 14pounds 200ml, ok la kan? bosa tu. baca review lagi la terpengaruh. tapi bila tengok katalog krismas boots hati dah goyah.

what? spend 22pounds on No 7 product dapat set skincare worth 31pounds?
woh, soap and glory set comelnyeeee....
wait, coca cola ada lip balm? kalau pakai time puasa agak2 batal puasa tak eh?

Coca-Cola Cherry, Classic and Vanilla Lip Refresh
uhuk. mencik tau kalau packaging vintagey cmni. benda yg tak perlu pun jadi perlu.


adeh deh gatalnyaaa.....frost bites oooo frost bites, apesal la ko ni annoying sangat...pfftttt...

barulah raya


hurrah! nasib baik ada hamba Allah yang rajin buat video pasal sambutan raya korban sabtu lepas...ramai2 borak2 tengah sedap makan kambing masak kari tu tak kuasa nak keluarkan kamera nyah, baik i makan...yours truly bawak burger malaysia dengan rojak buah, kes nak ngabiskan kuah rojak yang buat hari tu....mau cirit beb nak habiskan satu botol besar kuah rojak sorang2 hehehe ;P

Sunday, 6 November 2011

raya tak raya


best ke korang raya haji? we all kat sini hampeh duk rumah jek kehkehkeh...this weekend baru ada jamuan makan2 bagi yang buat korban kat sini...yummeh! so simpan je la perut tu ye...nak masak rendang baru je 2-3 hari lepas menu rendang, nak buat kuah kacang dengan lodeh mi amor tak suka so malasnya nak bersusah payah masak setakat makan sorang2

frankly speaking me and raya haji memang selalunya tak sambut mana pun...kalau zaman bujang dulu setakat tolong mak and mak usu masak2, setting meja, settlekan kek raya (orang dulu2 selalu panggil 'kepala meja' tak silap), then sampai masa gi solat raya tu je la. dah duduk kt tempat orang ni lagi la beb, takde rasa apa pun. nak gi solat tengah percutian bulanan, malam tu pulak tido lambat main tenet so pagi tu sejuk2 sedapppp je golek2 bergulung atas katil borak2 dengan mya sampai kul 9.30 oopss! ;P

hari raya mya and mama cuma sibuk buat 'sampah' sepahkan rumah...lets get artsy mama!

orang suruh senyum buat muka konon comel



puas dah setting gambar ni nak sengettt jugak dia, haih.

aik, lawa beno mya buat kraf2...muahaha...nampak cam mama je yang syok sendiri main tampal2 ni ;P

petang raya lapo jom layan cekodok udang cicah sos cili megi

gitu je la habis raya kami...haha boring je kan? papa pun malas nak keluar jalan2 sebab minggu ni minggu penat banyak keje so tido je bergolek depan tv di sebalik sampah2 kertas si mya...papa bising lantai melekit dengan gam and terpijak2 kertas dengan sequins, pompoms sume mama sengihhh je...lorr...dah rumah kecik mano laie weols gurls nak main kan mya kan?

soooo looking forward to this weekend, dah kumpul ramai2 makan daging korban baru datang feel raya haji kut....oh and yes, looking forward nak jadi undomestic goddess planning for mya's partayyy also...oh yeah...oh yeahhh...

Saturday, 5 November 2011

sayang mya ku sayang


walaweh...lama sangat dah rasanya tak ngomel pasal anak dara i sorang ni kan?

16 November ni genap 3 tahun...dalam kepala mama tengah berkira party-no party? party? no party? sebabnya kalau buat haruslah sederhana apa lagi dengan keadaan rumah yang comel....dalam kepala jugak dah merancang2 menu party,dah siap conteng2 design kek besday si kecik (which is more into nak melunaskan nafsu baking mama sebenarnya hehe) tapi rasanya faktor utama kewujudan party ni is dengan kehadiran oven baru..owh! cepatlah hari gaji ni weh tak sabar nak tuntut oven dengan cik abang sayang....

baru baik demam tengok cuaca cantik ajak mya jalan2 belakang rumah amik angin....mya still moody malas nak keluar rumah lagi masa ni tu yang mama beria bawak kamera konon nak bagi dia main snap2 mushrooms ke bird ke apa2 je lah...buat umpan konon ;)

sekali jumpa pokok epal kecik ni beb...berterabur kat bawah pokok buah epal comel2...jakun kejap anak beranak mya siap nak gigit puas la bergaduh2 nak explain tak bagi dia makan...why cannot mama? i want la this apple....adeh...ada yg baik demam keracunan makan epal beracun cam snow white pulak nak oii....


si kecik mama sejak dari demam hari tuh makin meragam perangai, makin pandai menguji kesabaran, makin tahu celah mana yang sah2 mama akan mengamuk...which is at the end of the day mama akan rasa bersalah sangat2 sebab naik suara marah2 Mya yang pada mulanya fikir konon nak disiplinkan dia untuk sedapkan hati sebab mama tau main reason mya bertantrum is sebab dia takde kawan sebenarnya....start dari dilanda virus flu hari tu memang seminggu tak keluar rumah, no playgroups, no shopping for groceries, no bus ride, no dancing session let alone our cake eating session afterwards...mind you, after berdancing dengan mya sangatlah lapar dan sakit badan okeh sebab dia suka dancing sambil mama lambung2 makanya sepotong kek berkrim sangatlah tempting...emmmm...nyaman beb....

tapi tak jugak...hari ni hari Sabtu macam biasa pergi citymoves studio nak join sesi untuk pre-school tapi sekali hari tak ada kelas daaa.....adoi penat je mak kelam kabut masak meehoon goreng buat stok lunch untuk papa tadi....untuk mengubat kekecewaan sepotong kek Victoria Sponge Cake adalah harus ya...walaupun badan tak sakit berjoget nak jugakkk....

dah baper hari dok teringin victoria sandwich dapat jugak kau...sanggup tu berleceh2 naik lif, celah mencelah home furnishing department yang boleh buat mama gugur jantung kalau mya capai kristal2 pasu semua, target: John Lewis Cafe, The Place to Eat (what a name huh?)...sebab hari tu masa jalan sorg dah ternampak kek sepan plain yang gebus nembam kat situ =P

meroyan ngidam kek Victoria Sponge ni dah lama tau, since tengah gila tengok Great British Bake Off hari tu...siap google resepi specific 'Mary Berry's victoria sponge' konon beli oven je first sekali nak buat kek ni haha...eh, tau tak they even had Junior Bake Off? ala2 Junior Masterchef la ni budak2 umur bawah 12 tahun..serius pandai baking, mama mya terus berangan Mya nanti dah besar target umur 8 tahun wajib pandai godek buat kek sendiri hehe...dah jadi mak ni baru faham perasaan mak2 kita dulu kan? dah siap plan apa nak suruh anak2 buat...dapat anak degil cam moi patah hati beb...err...si kecik tu pun dah tunjuk taring sikit2 kuat melawan...tak ikut apa kehendak dia je nak tunjuk perasaan...ikut perangai siapa lagi kalau bukan ehem ehem! ;P

tangan kotor baru lepas main glue, lagi kita tegah jangan celup tangan dalam sup lagi dia buat...siap slow motionnnnn je nak celup jari sambil mata jeling mama...hah marah la marah la kena jual baru tau dengan muka dan senyuman notty....

asal dah siap nak tidur dah settle bedtime stories semua amik mood mengantuk elok je mama nak tarik selimut tiba-tiba 'i'm hungry la mama...my stomach so sad you know' dengan nada paling merengek guling2 atas katil

uwaaa...saje je kan bagi alasan tak nak tidur sebab by the time mama dgn muka muncung mulut pok pek 'mana la tak lapar tadi org suruh makan tak nak sibuk nak main je pok pek pok pek *toott* kan dah lapar bla bla...' masuk balik hall ambik makanan untuk dia terus lompat2 sambung main balik...mau i tak muncung; nanti nak tidur kena ulangggg balik semua; baca 3-4 buku, tunggu dia ngantuk bukan kejap wooo siap dengan suruh mama sing mama sing please....dah nak kena ngaji pulak berdodoi bagai subhanallah, walhamdulillah walla illa ha illallah wallahuakbar...tiga, empat sepuluh kali round baru boleh stop >_<

sekarang paling mencik nak suruh dia mandi, tau la dah makin sejuk tapi kalau mulut penuh air liur basi sampai dekat kul 11 tengah hari apa kes anak dara? hari2 sure bergaduh nak heret dia masuk bilik air...mya jom take bath jom..no mama eat dulu...dah makan kang alasan lain pulak, no mama play puzzle first (which is kena habiskan 3 set puzzles), no mama i want colourful chocolate first...no mama watch mr tumble dulu ok? (-_-')

selalu kalau dia buat melawan saja nak test mama marah ke tak mama akan pakai alasan tipikal yang bila ingat2 balik emak dulu ada guna jugak..which is nanti polis tangkap sebab mya smelly, spider eat sticky buttock nanti baru tau, your tummy so hungry so sad the doctor have to cut away your tummy, and paling popular buat2 merajuk and nak lari rumah hahaha...

i dont know about you guys, tapi baru la faham perasaan emak masa dia ugut nak lari rumah kalau asyik gaduh je adik beradik...sebab borak2 dengan mi amor dulu pun dia cakap ma pun ada nak lari jugak sebab tensen diorang asyik bergaduh je...lepas tu bila ma dah keluar boleh tak terus baik and pakat tadah tangan berdoa ramai2 ya allah janganlah bagi ma lari....miahahaha =D

and of course bila dah selalu sangat berlakon mya dah tak heran...like kita dah elok buat2 nak bersiap sarung jaket pakai kasut bukak pintu and said 'ok mya tak sayang mama kan? mama nak run away la you wait for the new scary mama ok? babai!'

yeah you guessed it right, elok je dia dengan happynya cakap; 'ok bye mama!' siap lambai2 tangan lagi

at that moment panggg! baru tersedar, she is truly, the authentic mini-me T__T

cinta hati mama and papa, selalu kalau tengok mya dah tidur malam2 terfikir ini lah hasil lepas 8 tahun bercinta ahaks! ;)

kehadapan anakku,

mya sayang, mama ni bukan lah emak yang elok sangat...jauh sekali dengan title ibu mithali lemah lembut suara manja mendayu-dayu...perangai kita kan sama kalau benda jadi tak ikut yang kita nak suka je nak sentap2 kan so mya jangan la suka lawan cakap mama sangat ok? lawan sikit2 nak test ok la tapi kalau dah mama cakap sikit je mya dah jerit2 p. ramlee pun cakap wah ini boleh menimbulkan kemarahan! tahu? mama nak mintak maaf sangat2 sebab sejak dua menjak ni mama selalu nak marah2 jugak kan? i'm not proud of it and somehow those were the days where i found mummyhood is sooooo damn hard for me...taking into consideration mama pun boring kat rumah what with ketiadaan oven my 2nd bestfriend selama ni kan? i'm so sorry mya...tak suka sangat tau sebab bila asyik hati panas je sangat tak enjoy jadi mama...mama yang marah2 akan melahirkan anak kecil yang marah2 juga...kadang2 malam sebelum tidur mama siap berdoa ya Allah bagila mama kesabaran, jadikanlah mya anak yang baik....makanya lepas ni mari kita sama2 berazam untuk happy sahaja no marah2 ok sayang? all rightt! hi five! (^_^)

p/s: bila mya nak sampai peringkat suka shopping ni? tak rock ar cam ni asal masuk boots je nak ngamuk...asal mama baru nak usha dress display kt luar kedai je pun nak ngamuk...come on bebeh! cepat2 jadi true anak dara tau.

Wednesday, 2 November 2011

rumahku porak peranda......

hola!

rumah jadi tongkang pecah, porak peranda dibuatnya, sebab kami 3 beranak take turn demam...huhu...

first down is papa mya, malam yang kena tu memang agak teruk tak boleh bangun sebab body ache all over...serius tak pernah tengok cik suami yang selalu setakat demam biasa boleh lagi berlawak2 ni sampai mengerang2 kepala terlalu sakit....tolong2 lap and picit2 badan sampai satu tahap i was like dalam hati, please God tolong la papa buat lawak je....huahuahua...sebab dia kan selalu je nak buat2 tido pastu bila kita pergi dekat tiba2 huarghh! menjerit nak terkejutkan kita kan....sebab time tu dah takut gila beb...esoknya yang empunya diri gagahkan diri drive jumpa GP, balik makan ubat, pengsan sampai petang then getting much better...

malam tu pulak turn mya, kesian sangat bila si kecik ni sakit...ye la, dia mana la faham eh apesal tiba2 kepala aku ni rasa tak betul...ting tong ting tong je....selalu happy je berdancing2 dengar lagu Katy Perry ni umpan nak bagi tengok favourite song dia kt Youtube dengan syarat bagi mama lap badan pun dah mengamuk sakan huhu....malam tu tak tido lagi la jawabnya sebab mya asyik menangis 'mama...sakittttt...headache sangat la mama.....' adoiiii......risau beb suhu dah sampai 39.6 kau!

then bangun pagi esoknya pulak turn mama pulak....flat habis nampak segala macam mak nenek unggas burung serangga macam berkelip2 melayang2 depan mata hehe....mi amor lapkan badan pun redha je terkulai...take it all baby, im yours...tapi busuk sikit la hehehe....orang demam lap badan orang demam =P

melopong si mya tengok mama melepek, ayat paling kureng 'mama, what's that? your breast ke? haha so wobbly!'

cisss kureng sungguh dikau mya! hang dah sihat boleh ar ('-_-)

tapi ada jugak ayat sweet dia, tengok mama pening2 and batuk siap offer 'mama headache ke? mama nak mya buy ubat for you? massage? why your hand so hot? nak mya blow kan? nak?' auwwwww =)

but after breakfast terpaksa jugak gagahkan diri merangkak sikit2 masak nasik and goreng telur for lunch....haruslah kan kawan2, pada yang duduk di perantauan sure faham...mana la ada gerai or restoran bertaburan nak keluar pi beli lauk jauh sekali McD delivery untuk di suruh hantar bubur ayam....kalau terbaring je kat situ alamatnya tak berisi lah perut umat dalam rumah ni huhu...lagipun Mya tak nak minum milo yg papa buat utk bfast sebab dia cakap tak sedap, let alone nak papa masak sup for her lunch memang tak la kan =P

punca kena demam ni sebab last Monday we all ada 2 orang tetamu jauh datang from Msia, and one of them tengah tak sihat demam...adoi, jauh betul virus demam ni datang kan? hehe...orang tu dah selamat pulang pun ;)

sekarang alhamdulillah dah 100% up and running mengemas rumah...nak masak tu still a bit malas lagi la sebab takde selera tengok nasik je rasa nak terbluekk...err, dalam banyak2 benda boleh tak teringin nak Victoria Sponge Sandwich? nak kek butter simple yang light2 ada krim dengan jam wah sedapnyeeee.....

mi amor tengok muka mama ni pun sekonyot je sebab bosan dah seminggu tak keluar ni huhu...a part of that is sebab oven baru tak beli lagi hahaha...so cepat2 la beli oven utk mama okeh papa darling ;)

Thursday, 6 October 2011

Balik Kampung 2011 Recap



tak kira walaupun dah basi nak cerita jugak alkisah balik kampung tercinta secara kompilasi (sebenarnya still a bit carried away, masih home sick huahuahua T_T)

1) RAYA 2011 - first time ever spend first raya di rumah mak, selama ni malam raya mesti dah ada kt sg besi....even bila saya dah kahwin pun kebetulan bila tiba giliran raya on my side mi amor pulak berjauhan jadinya angkut mya tido sg besi jugak celebrate takbir malam raya sume, so tahun ni giliran raya @ bangi (tak kisah sangat pun first raya kat mana alahai bangi-seremban je pun, need i say more? ;) ) mak decide ok anak2 it's time to spend raya kat rumah sendiri...huhu...agak boring la sebab kitorg adik beradik je....and plus kena masak sendiri hehehe....haip, bukan lah saya nak mengelat tak nak masak ye tapi bila raya kena masak sendiri adalah tak best sebab dah set dalam kepala nak balun masakan emak2 dan aunty2 sekalian, gituu....

Raya 2011 @ Sg. Besi - macam ni lah Mya tiap2 tahun nak amik gambar raya mesti kena bergusti bagai..haih. eh awat besar semacam gamba ni ek kantoi dah jerawat mama kt bwah dagu yg comel tu auww...


2) Mya's first professional hair cut ever, di salun okkkk...elok pulak tu dia diammm je sebab dah amaze tgk mama duduk atas kerusi and ada uncle potong rambut mama guna gunting zus zas zus zas...ye la, selama ni kan dia ingat mama dia sorang je yg pandai potong rambut huhu...tabik spring kpd papa yg setia menjaga mya for almost 2 hours mama syok sendiri balas dendam buat treatment itu ini mintak macam2..hello, setahun ok tak potong rambut haruslah kan...pastu bila time bayar elok je laju2 keluar kedai woops! =P

ala potong fringe aje...masih tak sanggup nak cantas pendek rambut mya..takut nanti bila pendek hilang curly hujung tu mau mama meraung =P


3) Kuih Raya 2011- for kuih raya tahun ni hanya sempat buat chocolate chip cookies dan tart nanas...tart tu try dua resepi, satu yang biasa and satu lagi ada campur ghee dalam doh pastry, i buat yang bentuk bunga simple aje uols tapi gambar nan ado lah ye...banyak lagi kerja lain yang best boleh buat bila kampung so takde masa nak snap2 gamba hasil makanan ni hehe....resepi yang ada ghee tu memang sedap woh! pastu cari balik link resepi dah x jumpa sebab laptop baru lepas kena format chet!

4) Demam RVC and everything cheesy - marathon membuat rvc dan tiramisu, apparently telah menjadi kegilaan kakak ipar saya yg rock itew...hehe..juga melempiaskan permintaan hubby's cousin yang request Lasagna...sebab wife dia baru deliver i buat jugak no-egg Tiramisu sepapan...pendek kata dari raya asyik baking buat dessert berasaskan cheese ni je lah mano den tak gomuk..welpp!! =P

5) Cuti2 Malaysia - first time menjejakkan kaki di negeri Kedah selain dari Langkawi, tu pun sebab my sil's hubby orang Kedah kat err, alamak serius tak ingat hehe...area2 sebelum Gurun ke Guar Chempedak eh? tapi we all stay dekat homestay betul2 bawah kaki Gunung Jerai...mula2 ingat homestay tu rumah kampung sekali semi-D daaa...ada aircond lagi kau! malam tu satu rumah tidur dalam bilik master yang ada air-cond sebab panas haha...apa daaa orang KL (dgn org Aberdeen sekali =P) datang kampung air-cond gak yang dicari

6) Reducing Carbon Footprint (haha yo lah tu) - bye bye viva...farewell city....a week after raya we are officially car-less hehe...habis dah kena jual beb kereta2 itu semua...sebab apa? ada la kan dalam perancangan kitorg macam bayar je tiap2 bulan tp takde org pakai...buat gapo? betul tak? motif adalah nak kurangkan beban hutang bulanan thus dapat tingkatkan produktiviti simpanan wahh gitu kelas kau! haha....so next year kalau i balik nak pakai kereta beli je la yang murah2 and affordable utk beli cash or bayar duit muka lebih sket so bayar bulan tak la byk sgt...gitu....

7) Double Celebration - im not a birthday person, selalu je lupa birthday sendiri kalau ingat pun like a week before tapi bila on the day itself lupa hehe....kena pulak tahun ni sama dengan first raya so lagi lah i terleka dalam kepala sibuk fikir menu nak masak, kek raya apa nak buat, baju raya dah siap gosok ke belum bla bla bla....hadiah birthday tahun ni macam err best la jugak kut (alamak malu pulak nak citer =P ) sebab untuk orang yang appreciate barang designer tapi lebih taksub kepada baking gadget like moi dapat handbag Coach pun dah happy tergolek2....thank you sayangku yang dengan sportingnya telah memberi moral support untuk rembat 2 beg sekaligus...adehh...bengkok la sket time nak bayau tu kan teeheehee =D

me with coach no 1 tetap dihati berbaju merah and my Coach Poppy, so suke sebab soft leather white in karer =)

8) Quickie Party - sebab balik kali ni sibuk dengan wedding, makanya party advance birthday mya idok le sempat nak buat bosa2 bona...sempat buat RV Cupcake aje sekali harung untuk Atuk (my fil) and Adam yang besday Oct/Nov...tengok? balik2 red velvet je kan takde benda lain hehe...ni memang betul2 last minit baking sebab esoknya tu pagi2 dah pi airport nak berangkat pulang...sob sob...tiap2 tahun cam ni tau, malam sebelum balik tu makan2 gelak2 suka sangat pastu esok menangis beria sebab kesedihan T__T


ini namanya red velvet zaman gawat sebab silap bajet cream cheese...sapa yang agak2 sedar diri badan extra tebal tu elokla amik yg kurang frosting ye, which is takde pun orang nak sedar diri kehkehkeh....

9) Hostess with a mostess, no? - as for open house, yours truly sempat jadi hostess with a mostess (self-proclaimed haha) for 2 sessions...satu yang very the intimate and last minute for close friends and bffs - Yanti, Didi, Min, Kak Lin, Um and Mila...so sorry you all sebab memang boleh ajak time weekdays aje huhu....tapi terharu jugak sebab depa duk beli cuppies untuk tiup lilin belated besday for moi...sob sob....and second time for my old school friends mana yang sempat di gebang di fb...haha yang ni pun memang very the last minute ok...mula2 chit chat pastu tetibe eh kau kt msia ke jom la jumpa..plan zus zas zus zas ajak datang raya sume and the last thing i know they said 'weh lin aku dah ajak sekampung kt fesbuk ni tunguuuu...' miahahaha....mak ok je nokkss....for my ptd-clan i masak Nasi Daging, Dalca, Ayam Masak Merah, Lasagna dengan Lemon Cheesecake Bars....another session pulak Soto with all the accessories bergedil, kacang, cili kicap bla bla and again my Red Velvet Cupcakes....adehh...memang penyakit rvc betul huhu..apakan daya tu yang paling senang..dan sodap! =D


sesi satu - memula ingat nak simple aje but bila cik Yanti bitau dia puasa so tukar menu kepada nasi =)

Nasi Daging main campak2

mya tumpang sekaki, marah wo bila nyanyi tak sebut nama 'HAPPY BESDAY TO..MEE-YAAA...'
see that fringe? dah macam abu bakar ellah pun ada jugak haha


menu sesi II Soto Ayam dan segala mak nenek aksesori, as for cuppies nampak cawan cupcake je tergolek tu haa...

sesi dua - ada yang last jumpa masa amik result spm kau! giler lama i dah beranak dah pun...eh jap, both session i pakai baju sama kan? wahhaha dah jadi uniform hostess =)


10) Family Outdoor Photography - walaupun sibuk, we all sempat jugak buat family outdoor photography session hikhik...menumpang pengantin sebenarnya...dah alang2 si tukang gambar tu dah kenal sebab mi amor amik photographer kitorang time kawen dulu for my sister in law's wedding...susah wooo nak amik gambar dengan ini cik diva...sebab pagi2 pukul 10 mya dah siap tunggu punya tunggu tak start2 jugak maunya tak dia nak mengamuk hehe...mengantuk sudahh...sebabnya hari tu hujan lah pulak terpaksa la tunggu hujan stop dulu and pengantin pun kena mekap2....mekap pulak diy je so memang kena buat slow2 la..pendek kata mya tak bagi kerjasama sangat la hehehe....i yang mak budak pun letih wooo panas lagi inikan pulak cik budak =P

eh ni bukan from photographer okay..ni disebalik tabir aje tiyin cik pengantin yang amik haha so cheeky!

tengok swimming pool mya dah sibuk ajak mama terjun








bye bye everyone! (^-^)