Tuesday 14 December 2010

my big fat mummy-to-be confession (bukan..sy bukan mengandung..hehe)

RED ALERT: coretan ni sekadar luahan rasa sahaja ye....tak berniat langsung nak merungut mengeluh atau apa2 yang sewaktu dengannya...dan entry ni juga sangat panjang syok sendiri hehehe....anda-anda yang tengah sibuk tu dinasihatkan supaya jangan teruskan bacaan =P


a very good friend of mine just giving birth to her son, first child..eh ke dah nak habis pantang eh? hehe...we did exchanged a few messages via fb about baby care and other stuff too but then around last week she send another message.. kali ni she sounds like a bit stressed and buntu how to take care of her baby coz apparently baby tu asyik menangissss nangisss dan menangissss sahaja...

ok, first of all, apa yang saya nak cuba terangkan disini bukanlah satu rungutan (walaupun it did sound like that, i know) atau nak mengadu adoi susahnya nak jaga baby...bukan...ibu mana la yang boleh terfikir yang anak dia menyusahkan betul tak? but trust me, benda2 preparation dari segi mental dan fizikal especially when dealing with newborn tantrums ni takde tulis kat mana-mana pregnancy book tau...i think la..sebab dulu time expecting takde pun orang pesan atau buku panduan ibu mengandung tu tulis nanti bila ada sila bersedia dan top up kekuatan fizikal, mental dan keimanan anda ke tahap maksimum..serius takde...so luahan ni adalah sekadar nak berkongsi rasa dan pengalaman saya yg tak seberapa....please don't judge yang bukan2 dan rasa tak best tak tentu hala okeh...

so apa jadi pada bakal mummy yang baru first time nak jadi mak budak ni adalah enjoyyy je masa preggie...nak-nak yang alhamdulillah sihat sejahtera dan sepanjang kehamilan tak ada masalah selain dari masalah selera tak terkawal like me and my friend ni kan....happy sangat sampai 'terlupa' nak siapkan diri pada tanggungjawab besar menanti di masa depan... (fuhh ayat kalah skrip drama spektra)

so to cut it short, kawan saya ni tadi minta pandangan and idea serta solution macam mana la nak buat dangan keadaan baby dia ni...siang main for about 1/2 hour then start merengek dan membawa kepada meraung...apart from the mummy yang memang sangat perlukan rehat dengan badan yang belum fully recovered, restless nights dengan tidur duduk pangku si kecik yang tak nak letak kat bawah nak berpeluk je kan, the main concern is dia risau yang kalau2 cara dia tu salah and baby tu tak selesa or sakit ke kan sebab kita mana tau ye tak...antara solution yg saya cadangkan termasuklah pembersihan dan ketenangan jiwa mummy and baby seperti bukak selawat di Astro Awani yang selalu on-air after Maghrib tu, sangat berkesan mententeramkan Mya (and mama hehe) yang memang suka menangis around that time, self soothe - yang ni tak pernah try sebab saya adalah tak nak Mya independent cepat sangat hehe..lagipun kita mestila nak peluk and tenangkan baby kalau dia nangis kan? dan juga suggest supaya dia try baby massages....clinically proven untuk tenangkan baby dan mummy and amazingly tumbesaran baby akan meningkat dengan jayanya...

ada orang cakap jangan biasakan baby dengan berdukung, then jumpa orang ni pulak eh tak boleh dia nangis sampai kejung2 urat macam tu tak elok..kena angkat pujuk cepat2...konfius woohhh....

the first thing i said to her is - darling, most important jaga diri u elok2. kalau stress time baby nangis mintak tolong orang lain handle and go away for a while. (cewah siap nak ulang tayang skrip i pada dia kan?)

what i trying to said is, i am truly understand what she's going through...bagi mereka yang dah jadi mak ni mesti faham kan? sebenarnya bila kita luahkan benda2 cam ni bukanlah merungut ke apa...its just we need someone who understands..and sometimes that person is not even our husbands, tau je la orang lelaki ni kan cara pemikiran dia lain sket...bila kita mengadu memang la akan pujuk but deep inside diorang tak faham the whole concept pun kenapa kita depressed....nak share dengan mak lagi la, silap2 kena marah buat tambah stressed je (ye la dah mak kita tu jaga kita dgn adik2 dulu relek jek hehe) so apa yang boleh kita buat adalah share dengan kawan yang ada pengalaman...im not saying that i ni terer sangat bab2 macam ni....but frankly speaking, masa pantang dengan keadaan badan yang still sakit dan lemah ditambah dengan keadaan baby yang meragam....masa tu barula terfikir dan faham macam mana yang dikatakan 'gila meroyan' atau nama glamernya 'post partum depression'...baru la faham situasi tu and kenapa buku panduan tu tulis kalau stress bagi baby tu kat orang lain (dia tulis tips je tau tak bitau pun yang baby tu nangis non-stop =P)

and the worst is, we mummies kept on blaming ourselves bila ada benda tak kena pada baby...benda ni yang la yang menjadi punca kita stress...salahkan diri tak pandai jaga anak, tak tau apa yang anak sendiri mahukan..asyik terfikir 'im a bad mummy', 'oh anak aku tak sihat ni sbb aku tak jaga betul2', 'aduh..terjatuh pulak si kecik ni kenapa la aku cuai sangat! dush dush!' kan kan? betul kan? bila dalam hati dok fikir benda macam ni bila orang lain tengok yang baby tu tak sihat or menangis kita terasa hati yang mereka juga salahkan kita atas benda tu.....kan kan? tu belum masuk bab drama air mata dalam kereta lepas hantar baby kat nursery before pergi keje...haih....nak nak masa mula2 start kerja tu, mamang diva habis dalam hati berkata 'oh my baby...seeing you being held by those strangers hands huk huk...sorry sgt2 ye baby mama...' terbayang2 wajah sayu baby menangis kena tinggal sampai dalam meeting, badan tengah salin minit tapi otak dah sampai kat depan pintu gate nursery kehkehkeh...

back to my friend tadi, dia cakap lega sangat bila ada orang yang faham EXACTLY apa yang dia rasa....macam ada young mummies support group pulak! itu kata dia eh bukan i hehe....sekalut mana pun baby tu meragam, its all worth it bila tengok muka tenang comel dia masa tidur...cair terus...ituah ubat penenang paling mujarab...hehe...as for me, sangat bertuah sebab keluarga sebelah husband banyak membantu...my mak kan keje so time pantang kat bangi tu nak tak nak kena jaga diri sendiri la kan hehe...tapi bila pantang kat seremban whoaaa....terasa lega sangat sebab ada orang yang boleh tolong buat macam2...kurang sikit malam-malam yang terpaksa tidur duduk memeluk si kecik...and after confinement pun my MIL siap bagi pinjam bibik lagi, buat peneman and tukang tukar shif 'berjaga' hehe..selalunya shif malam tu mama la kan...nak dekat subuh pass mya to bibik and baru la dpt tidur kejap....ada orang tolong tu pun dah bersyukur sangat-sangat dah...and my sis in law once said, dulu masa anak dia still baby and kecik lagi dia pun selalu stressed tak tentu pasal....sikit2 takut anak demam, tak nak bawak keluar sebab takut sakit la...then bila anak sakit risau and gelabah semacam, bila mak dia cakap 'ala, biasala tu kaka budak2 sakit' apa yang dia terjemah dalam otak waktu tu adalah dia rasa macam orang lain tak care and ambik mudah pasal anak dia....terkejut and lega sebab ada juga org yang melalui benda yang sama.....barula tau yang pengalaman2 ni semua normal... seriously, i was like that before...macam tu la yang saya rasa bila mak tegur yang saya ni risau tak tentu hala pasal mya...panas sikit takut demam...hehe....ngada kan? =P

and another thing i pesan kat my friend, benda ni just sekejap je...around 3-4 bulan je...kena sabar dan kuat sikit kan...before you know it your baby dah besar...dah start makan solids, merangkak, nak bertatih, dah pandai layan kita berborak and walla dua tahun kemudian mama dah boleh mandi dan shampoo dengan tenang, no more mandi 'kambing' and dah boleh layan scrub dan pakai mask once a week hehe...silap2 rindu pulak time anak kita baby2 dulu huhu...terus terfikir tak boleh jadi ni mari kita buat rancangan pertambahan ahli keluarga =D

pregnancy is one thing, but to deal with parenthood stuff is another....kawan-kawan yang tgh preggie jangan la rasa takut pulak...just take this as tips sukses menjadi ibu cemerlang gitu...tak semua orang melalui pengalaman macam ni...ujian Tuhan tu kan berbeza-beza, betul tak? masa tengah struggle on how to handle my lil princess yang meragam dulu pun selalu fikir, ya Allah...kuatkanlah imanku, tabahkanlah hatiku...maybe sebab pregnant dulu sihat dan takde masalah mungkin Tuhan nak uji masa ni kut....

sebanyak mana pun tips and petua or method untuk jaga baby dan didik anak kita, rasanya the best way how to do it adalah ikut cara kita sendiri...sebab kita je yang tau anak kita and they did say that every baby and every child is different....betul tak? yang penting gather your entire support system behind you, banyak2 berdoa and insya Allah you'll be fine....oh, paling penting, try to stop blaming yourself....benda ni memang sangat makan dalam wooo...bisa menjadikan hati tidak tenang dan cepat tergoda dengan bisikan syaitan...then mula fikir bukan2 dan kesannya baby juga tidak happy sebab mama yang bad mood...kan?

kesimpulannya...embrace your mummyhood to the fullest....yes of course there were ups and downs through the journey...tapi inilah pengalaman unik dan mencabar, salah satu nikmat kurniaan Tuhan yang tak ternilai =)


8 comments:

kew_chop said...

huhu.. 100% agreed ngan ko mek..
teringat balik detik2 aku pantang maira dulu. sumpah kalo boleh aku takmo ingat balik saat2 tu. dah la baru dtg nihon, ngan takde org tolong n adala dugaan2 kecik yg melanda. nasib baikla ada suami peneman di sisi sebab time tu student lagi leh ponteng2 kelas, hihi.. tapi even dia pun aku tak berani sgt nak soh jaga bb yg masih merah. tapi at least ada gakla ada yg dengar keluhan hati aku masa tu.
masa pantang hakimi plak ngan stress baru pindah tempat baru then ngan stress suami tgh bz baru start keje pastu nak deal ngan anak 1st lagi n tambah haru 3 minggu awal tu internet kat umah plak takde. huhuhu, memang aku rasa tabik kat diri sendiri plak sebab bila fikir balik camana la aku harung saat2 2 kali pantang tu. tapi camana pun tak penah serik, ni pun rasa teringin la sgt nak pregnant lagi. jom mek tahun depan.. hihi..

aTuLaDawiYah said...

lin, don't think your fren tu is complaining about her baby.. mungkin she just want someone to talk to and share her problems.. kesian dia..

tapi bab kita org perempuan ni suka nak salahkan diri kita mmg aku setuju sangat-sangat.. somehow or rather kita suka salahkan diri sendiri bila something happen to our baby.. sedangkan kita dah buat yang terbaikkan.. tetiba teringat betapa aku menyesali dan menyalahkan diri sendiri when i need to abort my first pregnancy.. Berhari-hari pikir apa salah aku smp jd mcm tu... Arghhhh.. Sedey....

mek mur: wow, thn depan nk tmbh lagi ke.. jauh ketinggalan laa aku mcm ni.. :P

mamamya said...

kew_chop:huhu..tu la mek, aku teringat gak kat hang yg jauh nun..kita ingat kita 'susah' tp ada org lagi susah dari kita kan? masa tu mmg la stress sgt2...dlm hati cam serik pun ada..tp time yg 'susah' tu kejap je kan? sedar2 dah besar, dah boleh suruh, dah pandai byk benda..kita pulak yg rindu nak bau baby kecik hehe...

xpe mek hang jalan dulu naaa...kalau boleh takmo ah aku pantang sorang kt uk...mau nangis air mata darah mendiva sorg2, nak tunggu mya besar sket biar dia je tolong jaga adik hehehe...

mamamya said...

atul: kan kan? kesian tau..sbb benda ni agak sensitif...nak share pun kena cari org yg memahami, bukan nak merungut tp just nak share masalah dalaman yang dok terpendam...

kita mmg selalu nk blame diri sendiri atas apa yg terjadi atul...rasa mcm diri ni tak guna and terus down sgt2...kalau dok pendam mmg la lagi teruk...

xpe la, kena ingat semua benda yg jadi tu ada hikmahnya...skang Tuhan dah bagi rezeki yg lain kan? jaga diri elok2 naaa....

Mursapap said...

Lin: Kalau tak ber-anak lagi mcm mana nak embrace lifE? Dok dating dgn suami 24/7 peluk-peluk manja-manja eh..

Ehehehe.

mamamya said...

wahh...gitu! hehe..

harusla laling, sila embrace sehabis mungkin sepenuh tenaga jiwa dan raga...once ada baby nnt br u faham mcm mana yg dikatakan 'cemburu' dgn anak tu cmne...jeles woh bila papa asyik panggil si kecik sayang sayang...hehehe...

sue said...

uhuk2...mcm tau2 je cite ni pasal sape:)

babe, i think cabaran sebagai mak ni mmg takkan habis kan...bile back to work, every nite i akan tidurkan baby sambil menangis mintak maaf dgn dia sebab terpaksa tinggalkan dia dgn org lain...ikutkan hati nak je berenti kerja tapi apakan daya commitment kehidupan byk yg blum selesai lagi...tak tau mcm mana nak buang perasaan bersalah ni sebab tak bersama anak when they need us the most

mamamya said...

sue: yes laling, memang takkan habis..rasa bersalah balik kerja tu mmg ada, rasa nak nangis sbb dpt jumpa baby 2-3 jam je sehari...which membuatkan weekend adalah hari bersama baby 24hrs, no laundry, no cooking hehe...

its ok beb, first child mmg mcm tu, nnt bila baby dah besar ok sket perasaan bersalah tu ok =)