Friday 10 December 2010

what's cookin - Mayonnaise Potato Croquette (Kroket Kentang Mayonis)

Croquette - i know its French, tapi bila baca dalam cik wiki here, baru la tau ia adalah French snacks yang sangat fofular and widely adapt by people around the world but us msian hehe... Indonesian calls it 'Kroket', Japanese - 'Korokke', Bangladesh- 'Alu Chop', Hungary- 'Krokett' dan macam-macam lagi la...and of course dah dipelbagaikan cara masakannya, ada yang letak minced meat, isi ikan, sayur2...gitu...


sekarang ni memang tengah mood rajin maak snacks untuk Mya..and walla! kroket kentang ni sangat diterima baik oleh cik mya kita dan tak lupa juga mamanya yang sememangnya selera tak pernah tak baik tu hehe...since dah stop bagi susu formula ni memang selera dia makin baik..alhamdulillah...selagi dia nak makan tu bagi je...selalunya mya snacking biskut, croissants(suka gila kauu dengan croissants), fruits, yogurt and kadang2 bagi jugak makan chocolate...sekali sekala kan...bukannya banyak nauu dia makan pun....kalau kat luar or travel tu beli jugak la keropok kentang, fries dengan donut...dah itu je yang boleh makan kan sob sob...deep inside rasa bersalah jugak tengok dia makan cikedis tapi tu just simpan untuk masa2 kecemasan je..contoh masa kecemasan adalah macam dalam flight, the moment mya dah tak terkawal and mama dah tak tahan mabuk..hehe...emergency la tu kan? =P


here goes the recipe, sekali lagi intai dari blog Hana...thanks Hana sebab share resepi sonang bebonabona nih...lain kali nak try letak isi ikan or daging cincang pulak =)

Kroket Kentang Mayonis

Bahan-bahan

5 biji kentang medium

1/4 biji bawang bombay @ bwg kuning besar - cincang

1 sudu makan carrot - cincang (optional)

1/2 sk serbuk lada putih

1 sudu besar butter

1 sudu besar mayonis

1 sudu makan gula

Garam

Untuk Saduran

Telur

Breadcrumbs

Tepung gandum@tpg maizena – guna tepung jagung pun okeh

Cara-cara

1. Rebus kentang hingga empuk. Jangan terlalu empuk sbb akan mengakibatkan kroket lembik dan pecah semasa digoreng.

2. Kupas kulit dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan butter dan mayonis. Lenyek kentang sehingga halus. Jangan kasar2 yer..Dan jangan tunggu sejuk! susah pula nak melenyek halus.

3. Masukkan serbuk lada putih, bawang, carrot (jika suka). Gaul sebati kemudian perasakan ngan garam dan gula.

4. Ambil sedikit dan kepal2kan. Bentukkan oval dan leperkan sedikit.

5. Untuk saduran - Bedak2kan kentang ke dalam tepung. Masukkan pula ke dalam telur yang telah dkocok. Kemudian ke dalam breadcrumbs. Utk saduran yang agak tebal, ulangi proses tadi. (petua nak senangkan keje tgk chef buat kat tv– satu tangan untuk handle bahan kering – celup tepung / breadcrumbs, satu tangan lagi handle celup telur..gitu..kalau x nanti salut kroket ke mana jari korang yang tebal lebih2 kena salut hehe)

6. Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.

7. Boleh juga di frozenkan sebelom digoreng. Susun tidak berlapis dalam plastik ziplock. Kemudian simpan dalam freezer.

8. Hidangkan dengan sos cili, mayonis, atau mustad. Enak juga dimakan begitu sahaja.

Nota Dapur: sori la ye kualiti gambar sangat tak best..masa ni luar dah golap so xleh berposing tepi tingkat...terpakse guna flas, mak tak soka taw! hikhik..



5 comments:

swit@kon said...

sedaaaaaaaaaaaaaaaap!!!
nak try!

mamamya said...

senang je beb, boleh tambah2 bahan lain ikut suka...mya makan sekeping dua, mama dia yg lebih2 hehe...

Mursapap said...

Nak try jugak!!!
Agak-agak dpt tak rasa mcm kat Sushi King punye tu...
Yum!!

Cik Piza said...

Lin...ni macam makanan Faheem yang didewasakan haha...but so nice rasa nak try la!

mamamya said...

piza: hehe tu la pasal..sbb tu la mama mya yg rembat lebih2...over tau =P